Bab14

Romance Completed 78329

Ketika dia hendak melangkah keluar dari rumah, sempat dia memandang ke arah Vitalika yang sedang nyenyak tidur. Risau pulak dia nak tinggal adik kembarnya sorang-sorang dalam rumah ni lepas apa yang dah jadi.
Boleh ke kalau aku mintak cuti untuk dua hari? Tapi, aku baru je masuk kerja. Macam susah je nak dapat cuti.

Tak apalah Gia…kau jangan fikir yang bukan-bukan sangat! Fikir yang baik-baik je dan adik kembar kau akan sentiasa ok. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Gia menutup pintu rumah lalu dikunci dari luar. Dia menuju ke resort dengan hati yang berat.

Ada sebuah motor menghampirinya dan dia kenal siapa gerangan yang membawa motor tersebut. Siapa lagi
kalau bukan Martin?

“Gia? Nak pergi kerja ke?” Martin memberhentikan motornya.

“Ye. Hari ni syif malam,” jawabnya.

“Kalau macam tu, naiklah. Saya hantarkan awak sampai ke resort.”

“Tak apalah Martin. Saya boleh jalan kaki.”

“Janganlah macam tu. Bahaya awak jalan sorang-sorang macam ni apatah lagi awak masih orang baru di sini. Saya hantarkan awak ke resort ye? Lagipun saya nak pergi ke Pearl of Santa Fe kejap,” Martin terusan memujuk
Gia naik sekali dengannya. Yelah, dia risau kalau sepanjang perjalanan Gia ke resort, macam-macam benda yang berlaku tambah-tambah lagi Gia masih lagi usia muda dan mentah padanya. Maklumlah…Martin dah berumur 20 tahun.

“Ok,” dengar saja Martin cakap macam tu membuatkan tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri. Akhirnya, dia membonceng sekali dengan Martin hinggalah ke resort.

Sampai saja di resort, Gia mengucapkan terima kasih kepada Martin. Martin membalas dengan senyuman dan anggukan sebelum dia membonceng pergi dari situ menuju ke Pearl of Santa Fe.

Gia memulakan misi mengemasnya bila Jessy memberitahu ada dua bilik tetamu yang masih belum dikemas dan bilik yang selebihnya dah diuruskan oleh Gabriel. Walaupun dia sibuk dengan kerjanya, fikirannya tetap tak boleh lari dari terfikirkan adik kembarnya. Haih! Macam manalah aku nak fokus dengan kerja aku yang satu ni? Dah Gia! Jangan fikir yang bukan-bukan! Dengan izin Tuhan, Vitalika takkan apa-apa.

“Gia? Gia? Awak dah habis kemas ke belum?” tanya Jessy sambil menyandang beg kerjanya. Maknanya syif Jessy dah habis dan akan digantikan dengan siapa pun dia tak pasti.

“Sikit je lagi. Kenapa?”

“Auntie Malini tunggu dekat depan tu. Dia kata awak ada nak bincang sesuatu dengan dia?”

“Ha yelah tu. Cakap dekat auntie Malini tunggu kejap ye?”

“Yelah…” Jessy segera berlalu dari situ menyampaikan pesanan Gia kepada auntie Malini.

Selepas memastikan keadaan bilik sudah kemas dan teratur, Gia menolak troli keluar dari bilik dan mengunci kembali pintu bilik. Troli diletakkan di sebelah kaunter pendaftaran dan kunci bilik disimpan kembali ke tempatnya. Dia segera menghampiri auntie Malini yang menunggunya di ruangan depan.

“Sorry auntie Gia ambik masa auntie.”

“Tak apa…auntie tak kisah pun. Gia nak cakap apa dengan auntie?”

“Errr…boleh tak auntie tolong Gia dengan urusan sekolah?” Terus dahi auntie Malini berkerut seribu mendengar permintaan dari Gia.

“Gia nak sekolah ke? Tapi kalau Gia nak sekolah, macam mana nak handle dengan kerja lagi sekolah lagi? Boleh ke handle time Gia?”

“Bukan untuk Gia tapi untuk adik kembar Gia, Vitalika. Auntie tahukan yang sekarang ni Vitalika duduk dengan Gia?”

“Ouh untuk Vitalika rupanya. Tapi, Gia ada duit ke nak biaya duit sekolah Vitalika?”

“Rasanya cukup sebab haritu abang Eric ada bagi duit dekat Gia dan Gia rasa cukup untuk daftar dia masuk sekolah. Tapi secondary school mana yang terdekat di sini? Ke jauh?” Kalau jauh, susah jugak nak hantar Vitalika ke sekolah. Takut menyusahkan auntie Malini je nak kena hantar Vitalika setiap hari.

“Daripada sini adalah jugak dalam 30 minit nak sampai ke sekolah tapi jangan risau sebab ada van yang ambil dan hantar budak-budak ke sekolah.”

“Ye ke? Bagus jugak tu. Tapi, betul ke auntie nak tolong Gia? Tak menyusahkan auntie?” manalah tahu dia dah menyusahkan auntie Malini. Rasa kesian pulak.

“Alah Gia ni macamlah tak biasa mintak tolong dengan auntie. Auntie boleh je tolong Gia. Kalau bab sekolah ni jangan risaulah. Esok auntie tolong pergi settle kan untuk Gia ya?”

“Terima kasih auntie! Kalau pasal yuran, baju, buku yang nak kena beli auntie bagitahu je dekat Gia berapa banyak. Nanti Gia bagi duit dekat auntie ya?”

“Yelah. Apa-apa nanti auntie akan inform terus dekat Gia. Oklah, auntie balik dulu ye? Esok kita jumpa.”

“Ok. Sekali lagi terima kasih auntie!” Auntie Malini sekadar mengangguk sebelum membonceng motornya pergi dari situ.

Semoga urusan untuk masukkan Vitalika ke sekolah dipermudahkan. Aku nak sangat masa depan Vi cerah dan aku nak dia berjaya dalam hidupnya. Biarlah aku korbankan masa depan aku sekalipun janji Vi ada masa depan yang cerah. Aku tak kisah kalau aku perlu kerja 24 jam semata-mata nak kumpul duit untuk bayar pembiayaan sekolahnya memandangkan sekarang ini Vitalika berada di bawah tanggungjawabnya.

SUASANA di meja makan sunyi sepi. Mr. Scott Padilla perasan yang sekarang Vitalika tak ada di meja makan. Yang ada pun hanya mereka berempat sahaja di meja makan. Dia dah mula syak sesuatu lagi sejak dia balik ke rumah semalam. Langsung dia tak namapk kelibat Vitalika.

“Mana Vi? Tak turun makan sekali ke?” Soalan yang keluar dari bibir Mr. Scott Padilla membuatkan Madam Valona yang baru saja hendak menyuap nasi ke dalam mulutnya, terus tak jadi.

Sudu dan garfu diletakkan kembali ke atas pinggan. “Vi tak ada dalam rumah ni.”

“Dia pergi mana?” Pelik dengan apa yang dikatakan isterinya. Setahunya Vitalika jarang sekali nak keluar dari rumah dan suka terperuk dalam bilik buat kerjanya sendiri.

“Dia dah keluar dari rumah ni.”

Jawapan yang keluar dari mulut Madam Valona betul-betul mengejutkan Mr. Scott Padilla dan Eric. Dah kenapa pulak Vitalik keluar dari rumah ni? Apa ada benda dah berlaku dekat rumah ni sepanjang dia berada di Manilla?

“Dah dia buat benda yang tak sepatutnya dalam rumah ni, saya halau jelah,” jawapan yang senang diberikan oleh Madam Valona.

“Apa pulak salah dia kali ni? Saya rasa Vitalika tak pernah buat salah apa pun dalam rumah ni. Dia dengar je cakap awak.”

Danial yang sedang makan mula tak senang duduk. Janganlah Madam Valona buka rahsia dia yang satu itu.

“Sorry…saya tak boleh nak bagitahu awak apa yang dia dah buat. Biarlah saya je yang tahu.”

“Valona!”

“Yang awak sibuk sangat nak ambil tahu pasal dia dah
kenapa?”

“Dia anak saya jugak Valona!”

“Anak tiri!” Tegas pertuturan Madam Valona sebelum bangun dan beredar dari meja makan.

Mr. Scott Padilla mengeluh seketika. Haritu Gia yang keluar dari rumah dan sekarang ini Vitalika pulak? Haih…apa yang dah jadi sebenarnya ni?

“Danial…tahu tak kenapa mummy tiba-tiba je halau Vitalika keluar dari rumah?”

“Tak tahulah daddy. Time tu mummy bertengkar sakan dengan Vi then terus mummy halau Vi keluar dari rumah,” fuh!!! Mantap! Mantap! Pandai ehh kau berlakon Danial?! Walhal semuanya terjadi sebabkan kau!

“HAH?! Akak nak Vi masuk sekolah? Akak biar serius? Vi ingatkan akak main-main je pasal tu,” rupa-rupanya memang betul Gia nak suruh dia masuk sekolah balik.

“Akak tak pernah main-main bab macam ni. Akak serius nak Vi masuk sekolah then nanti dapat sambung belajar. Dapat kerja elok-elok. Kalau Vi tak fikirkan masa depan Vi, tolonglah fikirkan akak ok? Akak janji dengan Vi yang akak akan kerja sungguh-sungguh untuk bagi Vi duit, bagi Vi kesenangan pada masa depan Vi tapi janji dengan akak yang Vi akan sambung belajar untuk akak. Please?” Gia sedaya-upaya memujuk adiknya untuk sambung belajar.

Melihat kesungguhan kakak kembarnya untuk melihat dia sambung belajar, akhirnya Vitalika bersetuju tapi banyak benda yang bermain di dalam fikirannya.

“Ok Vi sambung belajar tapi akak yakin ke yang akak boleh tampung Vi belajar nanti? Akak yakin? Vi takut akak tak mampu.”

“By hook or by crook, I will do it for you! Okay? Don’t worry. Everything will be okay and smooth. Vi kena yakin dengan akak sebab dengan duit yang abang Eric bagi dan duit gaji akak, akak yakin semuanya mencukupi.”

“Are you sure?”

“Very sure.” Gia mengukirkan senyumannya. Dia yakin yang dia mampu untuk tampung semuanya dan masa hadapan Vi akan lebih terjamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience