Bab 58

Romance Series 80702

"LISA ?."

Suara sapaan yang memanggilnya itu membuatkan dia berpaling ke arah itu.

"Hi, Qisya.."

Agak terkejut bila terjumpa wanita itu di sini. Hampir dia gelabah bila teringatkan dirinya kini bukan Nurjihan. Apa yang ada sarat di kepalanya itu sehingga tidak menyedari ?

"Great to see you here. Eh alang-alang tu jom borak kejap." Kata Puteri Qisya yang sedang berura-ura untuk membuat pesanan minuman di cafe starbuck.

"Sure, i tunggu you dekat meja belakang sana okey?" Jawab Karlisa lantas tersenyum setelah melihat anggukan daripada Puteri Qisya.

*****

"Hei, i memang dah lama cari masa untuk borak dengan you. Finally dapat jugak. Thanks God." Tegur Puteri Qisya seraya menarik kerusi untuk di duduki di hadapan Karlisa.

"I ada je dekat office tu you yang busy dengan tunang you sampai tak nampak bilik i eh ?". Perli Karlisa lantas membuatkan Puteri Qisya menepuk dahinya.

"Of course Lisa, you tahu kan sepupu you tu macam mana, susah untuk i nak jumpa dia. he's too busy. hmm... sorry okay, next time i akan singgah bilik you." Pujuk Puteri Qisya di sangkakan Karlisa berjauh hati.

Hanya senyuman hambar yang dapat di pamerkan. Susah untuk mengawal riak bila nama suaminya menitir di bibir wanita lain.

"Oh ya, by the way i nak minta tips dari you."

Berkerut dahi Karlisa saat itu.

"Huh ? tips untuk apa tu."

"Tips pujuk Syed Iqwal bagi dia lembut hati sikit. Susah tau nak ajak dia pergi mana-mana. Asyik busy je. Macam yang you nampak dekat office semalam tu kan macam mana dia layan i ? Geram je i tau dengan dia tu."

Tergelak Karlisa mendengarkan kata-kata dari Puteri Qisya itu.

"Why tanya i tips ? dia kan tunang you.. supposedly you tahu kan macam mana nak handle dia ?".

"Hello, memang la tunang i, tapi sepupu you yang dah rapat dari kecil..maybe you tahu serba sikit ?".

Eh, eh kau....tips nak mengada dengan laki aku ? kalau boleh di ganyang wanita ini....fuhh sabar Nurjihan !

"I tak sure sangat la Qisya. Syed Iqwal memang macam tu dari kecil. Serius je orangnya sebab tu i pun malas nak ambil pusing sebabkan dia memang Style macam gitu. Banyakkan bersabar jela eh. I wish you good luck lah."

Terjuih bibir Puteri Qisya saat itu. Macam tak membantu je ni...hmmm !

"Hmmm it's okay.. thanks."

"Dato' Megat sihat ? lama i tak dengar pasal dia." Karlisa lemas bila hal suaminya di sibukkan.

"Haa, papa macam itu la. Slow sikit, kesihatan tak berapa nak baik kan. Eh, datang jela rumah nanti. Papa tu kadang selalu jugak ada sebut pasal you. Lama dah rindu nak borak dengan you."

"Seriously ?".

"Yeah, i serious..rindu dekat menantu tak jadi dia. heheh."

Ada yang pelik dengan ayat Puteri Qisya itu.

"Hmm ? i don't get it." Soal Karlisa.

"Macam ni, Papa kan suka sangat dengan you. Memang hajat dia pun nak buat you jadi menantu dia. It's for Haider..tapi nampaknya macam tak tercapai la bila i tahu yang Haider dah ada buah hati."

Terangkat kedua-dua kening Karlisa berfikir.

Haider dah ada buah hati ?

"Who ? someone famous ke ?". Tanya Karlisa

Sepet matanya Puteri Qisya cuba untuk mengingati sesuatu.

"Erm... I don't know her, tapi i pernah nampak yang ada one girl yang bersama dengan Haider waktu tu dekat park tengah jalan-jalan. She's so innocent. Muda lagi i guess."

Karlisa menelan air liur. Itu adalah dirinya.

Nurjihan !

Nurjihan yang sedang bertekak dengan Megat Haider tentang Tuan Syed.

"Kalau sepadan okay la kan, Choice masing-masing. Cakap dekat Dato' Megat, kalau i tak jadi menantu dia...i still akan visit dia. Don't worry." Ada ketawa kecil di hujung kata-katanya itu.

Peluh mula memercik di dahinya. Tisu yang ada di atas meja itu segera di capai.

"Hmm kalau you jadi dengan Haider, kan best ! kita boleh buat semua benda together." Kata Puteri Qisya yang hanya menyimpan angan-angan.

Kata-kata yang kedengaran itu hanya di sambut dengan senyuman. Mana mungkin dia dan Megat Haider bersatu. Dirinya sudah bersuami.

DUA BULAN KEMUDIAN.....

"Knock ! knock !."

"Who's there ?".

"It's me ! ". Ceria Nurjihan menyapa di muka pintu bilik tersebut.

"Ya ampun...Lama banget sih ngak ketemu. Kangen tahu !". Suara seakan marah itu sengaja di tuju buat gadis ini.

"Alah mbak, cuma 1 minggu doang kita gak ketemu. Lama apaan ?!" Jawab Nurjihan yang cuba untuk berdialog dalam bahasa Indonesia.

Bellinda tertawa mendengarkan.

"Wah, kamu jago sih berbahasa indo. lumayan sih !".

"See my leg." Nurjihan terlalu bangga saat ini di puji sebegitu oleh Bellinda.

Bellinda ketawa melihat karenah Nurjihan itu. Lalu dia tepuk atas cadar pada ruang kosong di sebelahnya itu pada memanggil Nurjihan.

"Jihan, sini duduk sama aku."

Tanpa banyak bicara Nurjihan hanya menurut.

"Wah, baca buku apa ni ? boleh saya tengok sekejap ?." Tanya Nurjihan lalu di ambil buku yang ada di sebelah bantal itu.

Hanya respond anggukan mewakili kebenaran daripada Bellinda.

"Itu favorite aku sih, karyanya dari Bridgett Devoue."

"Wow buku puisi ni. Boleh story sikit tak apa yang ada dalam ni ?." Merasa bila mendengarkan cerita itu adalah lebih menarik dari membaca lalu dia menatap Bellinda yang mula menggeleng padanya.

"Eii, kepikir buku itu di ambil lalu mahu di baca, malah nyuruh aku cerita..apa an ." Kata Bellinda lantas mencubit pipi kanan Nurjihan yang sedang mengaduh sakit itu.

"Please...." Rayu Nurjihan.

"Okay, dengar ya..."

Nurjihan mula memberikan perhatian bila melihatkan Bellinda yang telah kembali menutup buku itu setelah di buka sekejap tadi.

"Katanya Bridgett.....

I don't remember love as a child,
My only teacher being megazine and movie scenes..
So i spend my life searching for fantasies...
but, fantasies in a real life is also known as a lie."

" Aha...i see...betullah apa yang penulisan tu kata. Yang ada di dalam fantasi tu semuanya indah belaka. Bila tau hakikat sebenar yang apa kita mahu tu untuk ada pada dunia sebenar...tak wujud pun. Hmm tak bestnya.."

Keluhan dari Nurjihan itu menerbitkan senyuman dari Bellinda. Dia yakin gadis ini terlalu percaya pada angan-angannya.

"Bisa sih menjadi kebenaran. Tergantung pada cara kita merealisasikannya. Apa yang ada di dalam fanatasimu boleh di wujudkan di dunia nyata tapi.. mungkin jalan cerita di ujungnya bakal berbeda dan kamu sih perlu siap-siap untuk menghadapinya."
Kata Bellinda lalu di selitkan anak rambut yang terjuntai di hadapan itu ke telinganya Nurjihan.

Angan-angan itu percuma. Imaginasi la setinggi apa pun asalkan dapat membahagiakan hari-hari kita.

"Demam lagi ke hari ni ?". Tanya Nurjihan lalu menekapkan telapak tangannya ke atas dahi Bellinda.

"Lumayan, udah baikan."

"Tak nak pergi cek dekat dokter ? kerap demam ni."

"Ngak papa, it's on and off. Aku udah kebiasa."

Ooouhhh gitu.

"Jihan, aku kepingin makan kue." Hajat di hati akhirnya di luahkan.

"kue ? kue apa ?" Kepalanya di garu perlahan.. mana aku nak cari kuih malam-malam ni aduh..

Ketawa Bellinda melihatkan kecelaruan pada wajah Nurjihan itu. "No, maksudku itu... cake."

"Ouh....kek ! hahah.. boleh.. boleh, tapi esok la eh kita cari. Malam ni kedai dah tutup. Esok kita pergi cari secret recipe okay ? boleh jalan-jalan sekali."

"Iya..."

*******

Topi yang di pakainya itu di turunkan sedikit menutup separuh dahinya untuk di elakkan dari terlihatkan kepada umum. Sepasang mata di balik cermin mata gelapnya itu memerhati pergerakkan wanita yang berambut perang itu dari jauh. Dia menunggu masa untuk mengheret wanita itu untuk pulang.

Terkejut Bellinda bila lengannya di rentap kasar oleh seseorang. Siapa dia ? lelaki yang memakai pakaian serba hitam ini sedang tiba-tiba muncul.

"Ayo, ikut gue." kata lelaki itu dan terus mematikan langkahnya.

Tidak ! tak mungkin !

Dia sangat kenal dengan suara itu. Suara yang menjadi mimpi negeri pada setiap tidurnya.

"Ngak ! lepasin !".

Bellinda menepis kasar tangan itu berupaya meretap kembali tangannya dari pegangannya lelaki tersebut. Lelaki itu ketawa begitu sinis sekali. Dan dia membuka cermin mata gelapnya.

"Gue cari lo kemana-mana, tapi...di sini rupanya lo tinggal. Betul-betul ngak nyangka gue."

"Apa mau lo ? aku tuh ngak ada apa-apa urusan lagi sama lo. Jangan terus-terusan ganggu hidup aku !". Marah Bellinda kepada Aditya sehinggakan menampakkan urat tegang di dahinya. Kebenciannya sedang meluap-luap saat ini.

"Lo pikir semudah itu gue akan lepasin lo ? ngak usah mimpi !." Kata Aditya yang turut membesarkan matanya..

"Lo itu ngak punya hak apa pun ke atas aku ! meningan lo pergi jangan ganggu aku terus terusan.. kalau ngak aku teriak ! jangan kau bikin ulah di negara orang ini ya !."

"Apa ? teriak ? lo pikir gue heran ya ?" Lantas terus di tarik Bellinda mengikutinya dengan paksaaan. Aditya tidak peduli. Walau apa pun caranya Bellinda harus balik bersama-sama dia ke Jakarta. Kekayaan hidup untuknya harus di ambil.

"Help..help me !!". Jerit Bellinda yang mula menarik perhatian orang ramai di pusat membeli-belah itu.

Aditya menekup mulut Bellinda yang menjerit bagai orang di rasuk itu. Dia tidak peduli..Terus di heret wanita itu.

"Hoiii !". Kedengaran pekikkan dari beberapa pengawal keselamatan di situ yang mula berlari mendekati mereka.

Bellinda yang tidak tahan dengan pergelutan bersama Aditya itu tiba-tiba pengsan. Keadaan badannya yang lemah itu tidak mampu untuk membekal tenaga dan tidak berupaya melawan. Aditya pula kalut melarikan diri.

"Eh, apa kecoh-kecoh tu ?". Tanya Nurjihan kepada Hawa dan Pia.

Bahasa isyarat Pia : Kawan kau tu mana Jihan ? pergi beli tisu tak balik-balik ni ?

Eh ! betul juga.

Terus tanpa lengah mereka bangun dan bergegas ke arah himpunan keramaian di tengah-tengah laluan dalam pusat membeli-belah itu.

"Jasmine !!".

****

Tet ! tet ! tet !

Bunyi mesin monitor kadar jantung itu kedengaran di sekeliling bilik yang menempatkan Bellinda yang sedang terbaring lemah masih tidak sedarkan diri dari pengsan tadi. Kelihatan Hawa yang meraup rambutnya dan menongkat dahi berada di sebelah kiri Bellinda dan Pia turut berasa bimbang dengan keadaan Bellinda itu.

Nurjihan yang tersandar lemah di dinding itu hanya menggigit jari. Keadaan resah menghimpitnya. Bagai tidak percaya dengan apa yang di maklumkan oleh dokter yang merawat Bellinda sebenar tadi.

*Imbasan kembali ...

Berdiri mereka bertiga di laluan kaki lima hospital luar bilik itu sedang memandang Dokter yang memakai tanda nama Dr. Haikal sedang berdiri dengan tenang sambil tangannya berada di dalam poket jubah putihnya.

"Macam mana keadaan kawan kami dokter ?" Tanya Nurjihan dengan tidak sabar.

"Keadaan kawan awak tu stabil sekarang. Tetapi...boleh saya tanya dulu yang pesakit tu dah ada di sini berapa lama dah ?". Soal Dr. Haikal.

Mereka memandang sesama sendiri. Pertanyaan dokter ini sangat meragukan.

"Ermm ada dalam 3 bulan dokter. Kenapa ya dokter ?."

"Erm, berat untuk saya katakan yang kawan awak tu sebenarnya dah di diagnosis ada penyakit leukemia dan setelah saya semak id kad pengenalannya, dia sebenarnya di dalam tempoh rawatan. Pihak hospital Jakarta sahkan yang dia di bawah perawatan seorang dokter di sana yang bernama Dokter Cristiano. Tetapi tempoh rawatannya hanya sebentar sebelum dia hilangkan diri serta berhenti dengan tiba-tiba dari menjalani rawatannya hampir setahun yang lalu."

"berhenti dari rawatan ?." Kata Nurjihan perlahan. Jelas mereka sangat terkejut. Siapa diri Bellinda yang sebenarnya ini ?

"Tahap berapa dah tu dokter ?". Hawa pula mencari kepastian.

"Hmm...kami tak dapat pastikan lagi. Setelah dia berhenti dari menjalani rawatannya kami perlu menjalani satu prosedur yang di panggil LP iaitu Lumber Puncture ataupun di kenali sebagai Spinal Tap. Kaedah ini adalah dengan mengambil cecair serebrospina dari tulang belakang dan di uji di bawah mikroskop untuk melihat kehadiran sel-sel leukemia. Dari situ baru kita boleh mengetahui tahap ke berapa penyakit ini telah merebak."

"Astagfirullahaladzim....Jasmine..." Istigfar Hawa bila mengengarkan penjelasan dokter itu.

"Apa yang boleh saya katakan, banyakkan bagi kata-kata semangat buat pesakit dan kalau boleh pujuklah dia untuk bersetuju melakukan prosedur yang saya sebutkan tadi tu untuk memudahkan dia. Saya faham sesetengah pesakit takkan setuju untuk melakukan prosedur tersebut. Semua ini tergantung kepada kekuatan dan semangat pesakit itu sendiri."

Jeda...mereka kehilangan kata-kata saat ini.

Siapa yang harus di hubungi untuk memaklumkan hal Jasmine ini ? Baru mereka sedar yang Jasmine terlalu banyak rahsiakan perihal dirinya.

"Kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu untuk melawat pesakit saya yang lain. Kalau ada apa-apa masalah boleh rujuk pihak hospital ya ?".

"Baiklah dokter, terima kasih."

Dr. Haikal mengganguk dan beredar dari situ meninggalkan mereka bertiga yang sedang di pukul 1001 persoalan dan perasaan.

"Patutlah Jasmine desperate sangat nak cari Tuan Syed."
Kata Hawa lantas mengerling Nurjihan yang ada di sebelahnya.

"Aku....ah ! aku rasa bersalah sangat. Tak tahu yang dia tu tengah sakit. Dan aku pulak tak bagi dia petunjuk lansung tentang keberadaan suami aku." Air matanya Nurjihan laju mencurah jatuh.

"Bukan salah kau Jihan ! bukan... Kita tak tahu.. Kita semua ni ha ...bukan kau sorang. Jangan fikir macam tu."

Bahasa isyarat Pia : Betul tu ! Sekarang ni yang utama kita kena cari keluarga dia dulu untuk bagitahu yang dia tu sakit dan ada dekat sini.

"Tak Pia, Jasmine pernah bagitahu aku yang dia dah tak ada sesiapapun. Dia hidup sendiri." Balas Nurjihan.

"Betul." Hawa turut menyokong kata-kata Nurjihan.

"Jihan, aku rasa dah sampai masanya untuk kita temukan Jasmine dengan Tuan Syed. Kalau tidak kita ni semua akan di himpit penyesalan. Sebab memang itu tujuan dia datang ke sini untuk cari Tuan Syed." Hawa meraih kedua-dua tangan Nurjihan. Di genggam tangan itu memberikan kata-kata kepastian.

Nurjihan di rundung keresahan. Mendengarkan kata-kata dari Hawa itu kian menghentak dadanya. Perasaan berat yang harus dia korbankan untuk tunaikan sebuah keiginan.

"Kau bersedia tak Jihan ?".

Matanya kembali merenung dalam-dalam ke anak mata Hawa.

Nurjihan mengganguk.

Aish, Hud tak tahan..hud ingat nak publish esok je. Nah la bagi korang baca la malam ni jugak . huu ;(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience