Aku melihat suamiku sudah tidur lena di sebelahku. Aku mengambil kesempatan untuk berdoa kepada tuhan agar dapat memberkati kehidupan seharianku. Aku pun melelapkan mata dengan perlahan akibat terlalu mengantuk. Harap-harap esok adalah hari indah aku.
"Luna...Luna bangun lecturer dah datang" Aku terdengar suara sayup-sayup memanggil namaku. Aku lantas terbangun dan terkejut apabila aku sedang berada di dalam kelas. Yang paling aku terkejut bagaimana Claire iaitu kawan lamaku boleh ada di sini.
"Ehhh...Claire?! Macamana aku boleh ada dekat sini?! Apa yang dah jadi ni?!" Aku berasa hairan mengapa aku boleh berada di dalam kelas sedangkan tadi aku elok sahaja tidur bersama suamiku.
"Kau merepek apa ni Luna? Tulah engkau tidur sampai tak ingat dunia. Kau ada dalam kelaslah. Kau ni dah kenapa bangun-bangun terus tanya soalan pelik. Kau mengigau apa ni?" Tanya Claire dengan nada hairan.
"Kau seriuslah? Cuba kau tampar aku sekarang. Kalau boleh aku nak bangun dari mimpi ni. Apasal nampak real sangat ha?" Soalku dengan hairan.
"Kau nak sangat kan? Meh sini aku tampar kau bukan sahaja boleh bangun dari mimpi, malah boleh bangun kat alam bazakh lagi." Ujar Claire lalu menampar pipiku dengan kuat.
"Aduh!!! Sakitlah sis!!" Aku cuba menutup mataku agar aku boleh bangun di dunia sebenar. Setelah aku membuka mata tiba-tiba sahaja wajah lecturer terpampang di hadapan wajahku.
"Kau dah kenapa nyah? Kalau kau nak buat drama sila buat kat depan sana biar satu kelas ni tengok." Ujar lecturer tersebut mengundang ketawa satu kelas. Aku menunduk wajah akibat malu diketawakan.
Disebabkan aku tidak berpuas hati dengan apa yang sudah terjadi pada diriku. Aku segera membuka telefonku dan meneliti tahun yang sedang aku hadapi sekarang. Apa?!!! Tahun 2008? Inikan tahun waktu aku masih menuntut di Unversiti? Adakah aku sedang berada di masa silamku. Aku meneliti kedudukan aku sekarang. Rupanya aku sedang berada di negara asalku iaitu Australia.
"TAK MUNGKIN!!!"Aku menjerit sehingga pelajar lain terdiam mendengar jeritanku.
"LUNA CASIDY. Sila kawal suara anda agar tidak menganggu pelajar lain. Nak saya humban awak kat luar kelas? Kalau nak sila keluar sekarang sebelum saya bertukar menjadi singa." Ujar lecturer tersebut sekali lagi mengundang tawa satu kelas. Claire mencubit bahagian pinggangku.
"Auch sakitlah!!" Aku menjerit kesakitan.
"Kau ni kalau ya kot tak payalah nak jerit satu kelas malu tau tak. Kau ni sakit apa ya sampai otak kau sekarang dah jadi makin tak betul?" Soal Claire.
"Sorry..sorry..aku tak sengaja. He..he.." Ujarku walhal aku masih bingung dengan apa yang sudah terjadi sekarang. Takpa kalau tak dapat guna cara ni untuk bangunkan aku semula mungkin boleh guna cara lain.
"Weh..nyah.." Tiba-tiba sahaja ada orang mencuit bahuku dari belakang. Rupanya Benjamin. Benjamin orang pernah tegurku di restoran sehingga menyebabkan pergaduhan dengan suamiku akibat salah faham.
"Kau tengok kat sana tu. Lelaki handsome tu ketawa dekat kaulah waktu kau jerit tadi. Seriuslah dia kan jarang ketawa selama ni tapi kenapa dia tiba-tiba ketawa pasal kau ya?" Ujar Benjamin dengan jarinya ditunjuk ke arah seseorang. Roy?
Baru aku ingat dahulu aku pernah satu kelas bersama dengan Roy sewaktu di universiti dahulu. Dia boleh dikatakan orang yang paling ditakuti oleh student satu universti. Bahkan lecturer juga tidak berani untuk berhadapan dengannya. Walaupun dia membuli pelajar banyak mana sekalipun, lecturer tetap tidak berani mengambil tindakan kerana dia mampu mengupah pihak atasan berjuta-juta dalam mempertahankannya. Dia terkenal dengan sikap panas baran dan kaki pukul menyebabkan ramai orang takut untuk mendekatinya. Dia juga adalah mahasiswa yang paling bijak dalam akedemik.
Roy memandang ke arahku dengan menyimpulkan senyuman manis untukku. Aku sekadar tersenyum pendek dan cepat-cepat mengalihkan pandangan darinya kerana masih trauma dengan apa yang pernah dia lakukan untukku.
****
Semua orang bersorak beramai-ramai dalam memeriahkan pertandingan bola futsal yang diadakan di universiti kami. Habis sahaja waktu belajar, kini pertandingan bola sepak diadakan. Ramai perempuan bersorak-sorai menyokong Roy kerana Roy sangat handal dalam bermain bola sepak.
Dia jugalah antara pemain bola sepak yang terbaik dan sering menghadiahkan jaringan gol. Tiada siapa yang mampu mengalahkan Roy dalam apa-apa acara. Apabila Roy menunjukkan aksinya dalam menyepak bola, ramai orang menjerit seperti hilang waras dan sesetengahnya konon dikatakan histeria apabila melihat wajah tampan Roy.
"Weh hensem siot lelaki tu!!"
"Roy!! We love you!!"
"Go Roy go!!"
Itulah salah satu jeritan yang aku dengari daripada mereka. Boleh tahan bising juga gelanggang ni. Nak pekak pun ada juga rasanya. Disebabkan aku terlampau stress dengan teriakan mereka. Aku segera mengetuk kepalaku agar aku boleh terbangun dari tidurku. Stress juga dapat mimpi macamni ingatkan dapat mimpi nak jalan-jalan kat kayangan ke. Last-last dapat mimpi pasal encik suami pula. Aku risau sekiranya aku tidur terlalu lama hingga sarapan suamiku diabaikan. Tapi tiada gunanya juga kerana aku tetap melekat dalam alam mimpi ini.
"Argghh!!! Hensem siak Roy tu nyah!!!" Jerit Claire keriangan. Aku sekadar menyimpulkan senyuman tipis kerana kenal akan sikap rakanku yang menyimpan crush terhadap Roy. Kau belum tau lagi apa yang dia dah buat dekat aku waktu kami dah kahwin Claire...
****
Lama juga aku dalam alam mimpi. Lebih kurang dah berjam-jam aku tidur. Aku segera mengigit tanganku dengan lebih kuat lagi. Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi bising seperti ada orang sedang memukul. Aku bersembunyi di celah-celah rak sekolah dan ternampak Roy sedang menyepak pihak lawannya tadi sewaktu pertandingan futsal.
"Kau memang sengaja kan nak tolak aku tadi?! Nah ni ambik kau!!" Ujar Roy lalu menyepak perut pelajar-pelajar tersebut sehingga meringis kesakitan. Bukan itu sahaja malah wajah pelajar tersebut jadi mangsa tendangannya. Rakan Roy yang lain amat gerun melihat keganasan Roy kali ini.
Habis pihak lawannya dipukul olehnya akibat tidak berpuas hati. Bukankah dia sudah menjaringkan gol banyak kali? Mengapa dia begitu marah pada pihak lawannya? Pihak lawannya menggelupor kesakitan akibat ditendang oleh Roy. Terdapat juga lecturer yang perasan akan kejadian tersebut tetapi berpatah balik akibat takut wajah bengis Roy. Lecturer tersebut seperti tidak peduli akan kejadian tersebut. Sebab itulah aku tidak berpuas hati dengan lecturer di sini kerana mereka langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan pelajar di sini.
Tidak semena-mena Roy memandang ke arahku dengan wajah psiko. Eikk? Macamana dia boleh perasan aku dekat sini? Hatiku bertambah gersang apabila dia menunjukkan tanda diam ke arahku.
Share this novel