23

Romance Series 93218

Setelah hampir setengah jam Aayra bertarung nyawa di dalam labour room, akhirnya kini dia selamat melahirkan dua orang bayi lelaki yang sangat comel dan sihat. Ya, itulah kenyataan yang sebenarnya. Aayra selamat melahirkan dua bayi kembar yang sangat comel persis wajah suaminya Harraz. Sejak dari awal kandungannya lagi Aayra dan Harraz sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai bayi kembar itu dan berita itu sudah pastilah disambut baik oleh mereka berdua. Aayra dan Harraz masing- masing menganggap ianya merupakan rezeki Allah yang paling bermakna buat mereka berdua. Perasaan teruja di dalam diri masing - masing memang tidak dapat disangkalkan lagi namun kedua - duanya bertekad untuk merahsiakan perkara itu dari pengetahuan keluarga masing - masing. Niat mereka hanya ingin memberikan kejutan buat keluarga masing - masing dan mereka yakin kejutan ini pasti akan meninggalkan suatu memori yang indah buat mereka semua.

Sudah menjadi suatu kewajipan bagi bayi yang baru lahir, mereka haruslah diberikan susu ibu terlebih dahulu. Ianya adalah suatu proses yang dipanggil sebagai ransangan positif untuk si ibu dan si anak. Untuk permulaan, Aayra dilihat seperti agak kekok untuk mengendong kedua - dua bayi dalam satu masa. Namun berkat dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh jururawat yang bertugas, akhirnya sedikit demi sedikit Aayra dapat menyesuaikan diri dengan kedua - dua anak kembarnya itu. Harraz yang sejak tadi tidak jemu - jemu menjadi peneman setia Aayra, segera menghampiri katil isterinya. Kepala Aayra diusap dengan lembut sebelum dahi isterinya dicium. Kemudian dia mengendong seorang demi seorang untuk diazankan. Perasaan sebak menyelubungi dirinya. Sungguh dia terharu dengan kelahiran bayi kembarnya itu. Berkali - kali pipi tembam bayi kembarnya dicium sebelum dikembalikan semula kepada Aayra.

“Thank you, sayang. Thank you so much for this babies. I'm so happy right now. Tak dapat abang nak ungkapkan dengan kata - kata tentang perasaan abang sekarang ni. You such an angel for me sayang." Ucap Harraz lalu diciumnya dahi Aayra.

Aayra tersenyum bahagia. Tidak semena - mena air matanya bergenang. Sungguh dia terharu dengan layanan yang diberikan Harraz sepanjang berada di dalam proses delivers sebentar tadi. Suaminya itu tidak henti - henti meniupkan kata - kata semangat buatnya. Tidak cukup dengan itu, Aayra dapat lihat dengan mata dan kepalanya sendiri betapa Harraz tidak jemu - jemu berdoa kepada Allah agar memudahkan segala urusannya. Acap kali dia melihat bibir Harraz terkumat - kamit melafazkan beberapa keping kalimah doa buatnya. Sesekali Harraz akan membisikkan doa - doa itu di telinganya. Berkat doa dan semangat yang ditunjukkan suaminya itu, akhirnya proses delivers itu dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Menyedari bahawa isterinya sedang menangis, Harraz pantas menyeka air mata Aayra dengan lembut.

“Shhh... Don't cry honey. I know you're so touched and happy right now. Same goes to me. Apa yang kita ingin dan hajatkan sebelum ni akhirnya ianya sudah pun menjadi kenyataan. To be honest, abang benar - benar terhutang budi dengan sayang. Sayang sanggup menempuhi detik - detik seperti ini demi melahirkan anak - anak buat abang. Tak dapat abang nak gambarkan macam mana perasaan ni tadi sewaktu abang lihat sayang sedang bertarung nyawa melahirkan anak - anak kita. Dalam hati abang, abang cuma mampu berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan dan memudahkan segala urusan sayang. Abang tak sanggup nak tengok sayang terus menanggung kesakitan itu lama - lama." Ujar Harraz panjang lebar. Kali ini suaranya juga kedengaran sedikit sebak.

Pengakuan Harraz itu semakin mengundang sebak di hati Aayra. Dia langsung membenamkan kepalanya di dada Harraz. Air matanya semakin laju mengalir.

“Apa yang sayang berikan ni masih tak mampu untuk ditandingi dengan segala pemberian dan kasih sayang abang kepada sayang selama ni. Sayang harap abang gembira dengan lahirnya baby kembar kita ni. Hanya ini sahaja yang dapat sayang berikan sebagai tanda ucapan terima kasih sayang kepada abang. Anak - anak kita ini adalah amanah dari Allah. Sayang berharap sangat yang kita berdua mampu membimbing mereka menjadi anak yang soleh dan berguna suatu hari nanti. Semoga Allah sentiasa ada bersama - sama kita untuk membimbing mereka kelak." Balas Aayra syahdu.

“In shaa Allah, sayang. In shaa Allah. Sama - sama kita doakan yang terbaik untuk mereka ya? Abang janji abang akan jaga amanah dari Allah ini dengan sebaik - baiknya. Abang akan cuba jadi suami dan daddy yang terbaik untuk sayang dan anak - anak." Harraz memeluk bahu Aayra erat.

Aayra tersenyum. Pandangannya kembali tertumpu ke arah dua orang anak kembarnya. Perlahan - lahan pipi tembam kedua - dua bayi itu dicium silih berganti. Bagi Aayra kehidupannya bagaikan sebuah mimpi kerana hanya dalam sekelip mata dia kini telah bergelar seorang ibu kepada dua bayi kembar yang sangat comel. Jauh di sudut hatinya, Aayra memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan zuriat - zuriat yang cukup sempurna dimatanya. Aayra berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan menjaga anugerah Allah ini dengan sebaik - baiknya.

“Abang dah ada nama untuk anak - anak kita ni?" Soal Aayra sambil memandang wajah suaminya dengan penuh rasa cinta.

Harraz mengangguk sambil tersenyum. Sejak semalam dia sudah menyediakan pebagai pilihan nama - nama yang terbaik untuk anak - anaknya dan keputusan telah pun dibuat.

“Abang nak namakan anak - anak kita ni dengan nama Muhammad Hadi Nuffan dan Muhammad Hadi Nufael. Sayang rasa ok tak dengan nama - nama tu?" Soal Harraz meminta pandangan isterinya.

“Alhamdulillah. Ok sangat dengan nama tu abang. Sedap dan lembut aje Aayra dengar. Pandai abang pilih." Puji Aayra.

Memang sejak dari awal kandungannya lagi Aayra telah menyerahkan tanggungjawab memilih nama anak itu kepada Harraz. Ini kerana dia ada terbaca di dalam sebuah petikan yang dibicarakan oleh seorang ustaz yang mengatakan adalah sunah bagi seorang suami dalam memilih sendiri nama anak - anak mereka sekaligus menamakan anak - anak mereka itu dengan nama - nama yang baik dan indah.

“Thank you, sayang. Semoga budi pekerti anak - anak kita ini mampu menjadi seindah nama mereka. Sama - sama kita doakan yang terbaik untuk mereka ok?" Ujar Harraz seraya memeluk tubuh Aayra dan anak - anaknya erat.

“In shaa Allah, abang." Balas Aayra ringkas.

Harraz tersenyum. Anak - anaknya langsung diangkat lalu diletakkan kembali ke dalam katil yang disediakan oleh pihak hospital untuk mereka. Sengaja dia memberi peluang kepada Aayra untuk berehat kerana dia tahu isterinya itu masih dalam keadaan lemah dan terlalu letih. Aayra banyak menghabiskan tenaganya semasa proses kelahiran sebentar tadi. Jadi biarlah isterinya itu berehat buat seketika sementara anak - anak mereka masih tidur. Sebaik Aayra terlelap, Harraz segera meninggalkan bilik itu lalu mengatur langkah menuju ke kaunter jururawat. Masih banyak tugas - tugas penting yang perlu diselesaikan terutamanya melibatkan uri anak - anaknya yang perlu ditanam dengan segera. Mujurlah kedua - dua buah keluarganya banyak membantu dalam mengajarnya cara menguruskan perkara - perkara seperti itu. Jika tidak Harraz sendiri tidak tahu bagaimana ingin menguruskannya. Jujur Harraz katakan, dia sangat - sangat teruja ketika ini. Banyak ilmu baru mengenai tugas keibubapaan yang telah dipelajarinya. Doanya semoga dia mampu melakukan semuanya dengan baik dan sempurna untuk keluarga kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience