BAB 18

Horror & Thriller Completed 175

“Mustahil. Aku rasa Nek Lae pun pengamal sihir macam Aki Lawi”

“Aku pun rasa macam tu?” sahut Hanna. “Kalau tak, masakan dia boleh jadi
muda”

“Aku pun dah bingung ni. banyak perkara nak kena hadap, nak kena hadam.
Cramp otak aku nak fikir” Lutfya memegang dan mengurut kiri dan kanan
kepalanyanya.

“Aku rasa seram semacam la..tempat ni pulak..aiii…menakutkan. bunyi
ombak..angin dari laut..macam-macam. Kita kat mana ni ha?” Luah Amira.

“Dah selamat dari menjadi korban Aki Lawi pun dah cukup baik?” Bela
Lutfya. “entah apa lagi yang orang tua tu boleh buat dekat kita pun tak
tahu”

“Kemari semua” satu jeritan dari dalam hingga bergema seluruh gua.

Iffah dan kawan-kawannya berjalan kearah suara tersebut.

“Kau!!!” Jerit mereka hampir terkejut. Semua menjerit serentak!!!

“ Ha..kenal pun korang!!”

“Bukan ke Aki Lawi dah pancung kepala kau!”

“ Yang terkorban tu ibu aku sebenarnya” Laila sedikit sebak. “Dia
betul-betul mahu selamatkan aku”

“Kemana kau menghilang selama ni?” Tanya Iffah.

“Aku terpaksa menghilangkan diri dari terus diburu. Orang-orang aku
mengembara dari pulau ke pulau untuk terus hidup”

“Kau boleh hidup seperti kitaorang apa? Semuanya kau ada. I.C, degree,
lessen…kau boleh kerja dengan aku kalau kau nak” Tawar Hanna.

“Aku dah janji pada Ibu untuk jaga kaum aku sampai bila-bila. Ini
mungkin kali terakhir aku jumpa korang semua..lepas ni aku akan terus
menatap di kampung aku...”

“Kampung kau kat mana?” Tanya Lutfya. Dia semakin ingin tahu.

“Nun atas sana” Laila menunjukkan jarinya ke arah siling gua.

“Gila la kau. Kitaorang serius ni” Marah Iffah.

“Maaf, Aku tak dapat bawa korang ke kampung aku. Bahaya. Sebab
orang-orang aku bukan macam yang korang sangka. Aku cuma nak korang tahu
aku masih ada dan selamat”

“Kau ni manusia ke apa?” Amira yang tadi diam bersuara.

“Aku manusia laaa”

“Tadi tu…”

“Itu..Solekan plus special effect…doa-doa sikit-sikit..”

“Wei..biar betul. Kami pun tak cam langsung.” Soal Hanna.

“Itu sahaja cara aku untuk terus hidup. Aki Lawi lepaskan aku sebab dia
sangka aku dah mati. Rupanya Ibu aku yang serahkan diri untuk dibunuh”
Getus Laila, sedikit kesal.

“Aku simpati wei. Macammana dengan kepala Ibu kau tu?”

“Kalau korang terjumpa. Tolong kebumikan sahaja. Aku dah tak boleh ke
sana. Tak selamat untuk aku. Doakan dia sekali tau. Dia banyak berkorban
untuk aku.” Laila sebak mengenangkan ibunya. Cepat-cepat dia mengesat
air mata apabila mengenangkan Hanna dan Lutfya yang masih cedera. Mereka
perlu dibawa balik untuk mendapat rawatan segera.

“Kami nak balik macammana?” Tanya Amira.

“Korang ikut sahaja gua ni hingga ke penghujung. Nanti jumpalah kampung
kat sana. Diaorang pasti akan tolong!”

“Terima kasih. Sebab tolong kami.”

“Aku yang patut berterima kasih. Sebab korang masih ingatkan aku”

“Group hug geng” Iffah memanggil mereka semua membuat satu bulatan dan
memeluk antara satu sama lain. Bunyi esak tangis juga kedengaran.

“Jumpa lagi tau..jangan lupa kawan-kawan..Lain kali kira reunion lagi..”

“Insha Allah” Sahut semua.

“Woi, sakit la peluk lama-lama” Jerit Hanna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience