Kepala dijengulkan. Mata meliar melihat ruang sekeliling itu. Terdengar sesuatu yang tidak enak didengar. Dia tersenyum sumbang. Pintu yang terbuka sedikit itu membuatkan dia tersengih jahat.
Klik! Klik!
Beberapa gambar diambil lalu video pun diambil. Walaupun dia agak meluat mendengar suara yang tidak enak tetap dikuatkan hati.
"Are you interested?" Terkejut Vivain mendengar suara garau itu. Jantung diurut perlahan.
"Senyap! Nanti diorang tahu. Dah aku dah habis misi. Kau, kalau nak dengar lagi duduk diam je."
Vivain melangkah dengan perlahan. Nanti orang dalam bilik yang tengah buat projek sains mega 9.0 itu mendengar. Punah rancangan dia.
"So, what are you doing here, little girl?" Si lelaki bertanya.
Vivain menjeling lelaki itu. Kalau tidak membuat orang terperanjat tak boleh ke? Kalau dia mati tengah jalan siapa nak jawab? Dia nak jawab apa dengan raja Neraka kalau disoal macam mana mati? Tak ke jadi bahan lawak.
"Jangan pandang aku macam tu, little girl. Aku tergoda." Lelaki itu menolak kepala Vivain yang semakin dekat dengannya.
Vivain menjongketkan kening. Dipandang lelaki itu atas bawah.
"Kacak memang dah okay. Pakej pun full. Tapi sayang. Otak tak seberapa betul. Lain kali tanya doktor sama ada otak awak tu ada masalah ataupun tak." Vivain melangkah masuk ke dalam kereta.
Lelaki itu ditinggalkan. Laju sahaja kereta Almera hitam itu mengaum meninggalkan lelaki yang masih tercegat di situ.
"What is wrong with me? Am I too nervous? My heart beating fast. Fall in love with a little girl? Am I crazy?" Kepala digelengkan.
Kepala dihantuk ke tiang berdekatan dengan dirinya. Nasib baik sahaja dia menggunakan pelitup muka dan juga cermin mata hitam. Tidak lupa topi hitam. Tiada siapa yang mengenali dirinya.
"Hello, pick me at The Teddy's Shop." Telefon dimatikan tanpa menunggu balasan dari pihak di sebelah sana.
"We will meet again, little girl." Dia tersenyum. Kemudian, tengkuknya digaru. Kenapa dia asyik teringat muka comel itu? Sah dia gila sekarang! Dia ada penyakit miang tahap keladi buluh ni! Sah!
Pon! Pon!
"Fuck!" Dia mencarut. Kacau sahaja orang nak ingat buah hati. Eh?
"Woi, setan kepada atuk moyang malaun alien! Kau tahu tak waktu apa kat Malaysia? Dan apa yang penduduk Malaysia buat pada masa ini? Soalan ini bermarkah 10 dan merupakan soalan esei. Jawab sekarang menggunakan penanda wacana yang betul dan juga cara menjawab yang betul!" Si pemandu membebel.
"I know you are a teacher but please. This is my car and one more important thing. This is not school. It is in the middle of night. 12 a.m. and Malaysian always sleep at this time. Maybe some of them will stay as an owl." Si lelaki itu menjawab selamba. Si pemandu pula sudah berasap-asap telinganya.
"Dah tahu tengah malam, kau kenapa ganggu ketenteraman aku setan? Tahu dah malam dan Malaysian always sleep at this hour. Yang kau kacau aku nak tidur kenapa?! Huh, marahnya aku!" Si lelaki tidak mengendahkan rakannya. Baik dia pergi tidur dan fikir tentang little girl lagi bagus.
"Huh! Kau memang kena dengan title 'lelaki ais kutub selatan zaman naga antartika'!" Lelaki itu kembali senyap apabila tidak mendapat balasan.
Beberapa minit kemudian, mereka berdua sampai di mansion empat tingkat itu. Kelihatan beberapa lelaki berpakaian hitam menyambut kedatangan keduanya.
"Sir Arvyan, your room are ready." Lelaki yang digelar Arvyan itu hanya mengangguk. Senyuman langsung tiada di mukanya.
----------------------------------------------------
Vivain melangkah dengan lemah ke arah bilik tidurnya. Mata-mata yang memerhatikan tidak dihiraukan.
"Vi, kenapa lemah semacam je ni?" Si abang kembar, Alvaine bertanya. Vivain hanya menggelengkan kepala. Tidak ada kudrat untuk menjawab soalan-soalan dari mereka.
Si abang kembar yang menyedari adiknya tidak bermaya itu segera mengejarnya. Pintu dibuka tanpa izin tuan punya bilik.
"Vi, anything bad happen?" Tanya Alvain.
Walaupun kembar yang pertama keluar adalah Alvain tetapi yang nampak lebih matang adalah Vivain. Itu yang menyebabkan mereka dua beradik lebih rapat. Adiknya itu bermulut becok. Dia pula lebih kepada suka menyakat si adik.
"I saw him. Dia buat projek mega 9.0 dengan perempuan tu. I'm so.." kepala ditundukkan. Ayatnya tergantung.
Si abang kembar terus memeluk si adik. Diusapnya belakang si adik. Dalam hati dia bersyukur yang adiknya telah mempercayai kata-kata mereka sekeluarga. Mereka memang tidak berkenan dengan tunang adiknya pada permulaannya. Tetapi apakan daya. Mereka sanggup menyembunyikan perkara itu demi kebahagiaan si adik. Mereka juga menyembunyikan perkara di mana tunang Vivain juga seorang kaki perempuan dan kaki mabuk. Ramai perempuan di luar sana telah mati keguguran akibat daripada tingkah laku tunang adiknya.
"I'm so happy! Yahoo!!" Teriak Vivain dalam dakapan abangnya.
Alvain menolak jauh sedikit badan Vivain dari dirinya. Pekak kang sapa nak kawin dengan dia?
"Feeling better?" Vivain angguk.
"Abang, nak tau tak yang sebenarnya Vi memang dah lama nak clash dengan dia. Tapi tak cukup bukti. But now, I found it! Abang, nanti tolong Vi buat gini-gini tau." Dia mula membisikkan sesuatu ke telinga si abang.
Alvain jadi tukang angguk. Tak disangka yang adiknya ini juga seekor rubah disebalik topeng arnabnya.
"Tu je? Tak nak yang lagi kejam ke?" Alvain bertanya. Vivain geleng.
"Ha.. ni kenapa?! Apa jadi?!" Kedua-dua kembar itu melompat akibat terkejut. Muncul kedua orang tua mereka.
"Mae, Vi nak mintak maaf sebab lukakan hati mae masa tu. Maafkan Vi sebab tinggikan suara. Pi, maafkan adik sebab menengking pi." Si ibu dan ayah berpandangan antara satu sama lain. Anak dia ni dah minum dengan jin and tonic ke?
Kedua kembar itu berpandangan sesama sendiri bagaikan berinteraksi. Kemudian, tubuh kedua orang tua mereka didakap dengan erat. Uwu, family hug!
"Adik, abang. Lepas. Mae dengan pi tak cukup oksigen. Kejap!" Tubuh kedua orang kembar itu ditolak. Oksigen dihirup. Selepas itu, kedua kembar itu kembali masuk dalam pelukan mereka berdua. Sudah lama mereka tidak sebegini.
--------------------------------------------------------
Di bilik Arvyan, dia kini sudah selesai mandi dan hanya bertuala sahaja. Rambutnya berjuntaian akibat basah itu disapu menggunakan tuala kering yang terletak elok di atas bahu.
"Evan, I want you to hack the CCTV in front of the Teddy's Shop. Also, help me to check the little girl who just talked to me this early in the morning." Telefon ditutup lalu dimatikan.
What is wrong with me. My mind are full with that little girl images. Love at the first sight? With a little girl? And the girl just took away my first love? Damn! I'm crazy! Go to sleep Vyan.
-----------------Done---------------------
Kalau kau lari, aku akan kejar. sebab dalam kamus kehidupan aku tak ada perkataan menyerah kalah. lainlah kalau kau dah jadi milik orang
Share this novel