Akhirnya kedua- dua mereka menguatkan hati dan membuka pintu belakang kereta itu secara perlahan-lahan. Mereka merangkak sambil memerhati keberadaan segerombolan kumpulan tadi dan berlari anak menuju ke arah sebuah pondok penjaga parking kerana ingin mengetahui peta kawasan tempat letak kereta untuk keluar dari tempat tersebut. Adam berlari anak dan tersadung sesuatu sehingga Danial turut terikut. Dia terkaku melihat sepasang tangan memegang erat kasutnya dan melihat lelaki yang hanya tinggal separuh badan mahu mengigit kakinya tetapi bernasib baik kerana kasutnya yang tebal itu. Danial terus menendang badan lelaki itu dan mereka berlari sepantas kilat menuju ke rumah pondok pengawal. "Abang, adik tengok tu dah pelik. Tu bukan orang abang, dia nak makan abang. Abang memang tak mahu kata tapi tu zombi?. Cara dia dan sekumpulan tadi pelik dan mengerunkan!" Daniamemberi pandangan. " Kamu tak boleh kata begitu, entah mereka tu cuma sakit. Tak mungkin..." Adam menafikan. Mereka berdua berhenti sejenak mengambil nafas sambil memerhati sekeliling. Danial menolak perlahan pintu depan pondok itu yang sedikit terbuka dan seperti di dalam hospital juga kedaaan di dalam berselerakan seperti di pecah masuk. Adam segera mengintai peta kawasan dan dia melihat mereka sudah pun berada di tingkat empat. Jalan keluar berada di tingkat satu dan mereka perlu memikirkan cara untuk sampai dengan selamat.
Mereka menyelongkar barangan yang berada di dalam almari. Danial menemui sebilah pisau bersama sarung lalu menyimpannya di kocek seluar dan abangnya menjumpai juga sepucuk pistol bersama sekotak peluru. Dia teragak-agak untuk menyimpannya tetapi memikirkan kecemasan dia pun menyimpan pistol itu ke dalam beg silangnya. Dari kejauhan mereka mendengar suara enjin kereta menghampiri pondok itu dan segera mereka menyembunyikan diri. Seorang lelaki berambut perang membuka pintu dan menyelongkar sebuah laci berdekatan. Adam mengintai di bawah meja . "Eh, Pak cik Hathen!" , Adam lega. Hathen sedang memegang senapang M-16 dan dia mengambil dua buah walkie talkie dan sebuah jam penggera. Adam segera keluar dari bawah meja dan memeluk Hathen membuatkan lelaki itu terkejut. "Eh, Adam kamu selamat rupanya. Bagus Danial pun. Puas saya cari kamu berdua tetapi kamu tiada dan pak cik ingat kamu terkorban. Syukurlah." , dia pun memeluk kedua-dua anak buahnya itu. " Mari ikut pak cik kamu mesti sesenyap mungkin, kita akan pergi naik kereta pak cik." ,dia membawa mereka bersamanya.
Mereka melewati beberapa kereta dan berjaya menaiki jip Range Rover milik pak ciknya. Hathen terus memandu dengan perlahan sambil mengelak kereta yang terdampar dan berjaya keluar dari kawasan parkir itu. Keadaan di jalan boleh dikatakan berselerakan dengan kereta dan beberapa mayat. Mereka bernasib baik kerana terdapat juga laluan akibat kesan dari sebuah trak minyak yang mungkin telah melanggar semua kenderaan hingga menolak kenderaan lain ke tepi sebelum meletup dan dapat dilihat kesan letupan telah berlaku. Tetapi yang aneh bandar itu masih beroperasi dibantu oleh sistem tenaga nuklear yang beroperasi automatik di pulau itu. " Ok, sekarang kita akan ke bandar Whoops sebab sebelum semua ni berlaku pak cik dapat arahan untuk evakuasi di sana kerana di situ terdapat kem askar yang masih bertahan dari serangan zombi ni." , Hathen menerangkan. " Kita bernasib baik sebab ayah pak cik iaitu datuk kamu sudah cipta dahulu vaksin antivirus ni walaupun di dalam percubaan lagi. Tapi semua tidak tahu maksud pak cik kerajaan dan orang ramai. Hanya keluarga kita semua sahaja yang sudah dapat vaksin tu. Kamu mesti ingatkan pak cik ada suruh kamu berdua minum ubatkan. Tapi kamu berdua minum dalam bentuk cecair sebab atuk takut kamu berdua tidak mampu terima kekuatan ubat itu. Kamu berdua perlu ingat ke mana sahaja kamu pergi,jangan sesekali beritahu sesiapa . Biar pak cik uruskan hal ni." Hathen menerangkan. Danial yang duduk di hadapan mengangguk dan diikuti abangnya yang duduk di kerusi belakang. " Pak cik, ayah selamatkah? Macam mana dengan mak cik May dan Sarah?", Danial menyoal dengan kerisauan. "Setakat ni pak cik kali terakhir hubungi ayah kamu, ayah kamu masih berlindung di hotel. Mak cik May dan Sarah selamat di kem askar di mana atuk berada. Mereka berlindung di kem Phinie tapi amat jauh dari sini. Jadi sekarang kita pergi selamatkan bapa kamu dan lepas tu kita ke kem Whoops. Nanti di sana kita akan pergi ke Phinie menggunakan helikopter untuk jumpa atuk dan semua saudara yang tinggal di pulau ni. Kalau keluarga kamu berdua di Malaysia pak cik dengar masih selamat lagi sebab negara kamu jauh dari sini." Adam pula menyoal "Erm... Pak cik Hathen bagaimana dengan orang lain? Kita tak patut abaikan mereka semua?". Hathen hanya mampu memandang anak saudaranya itu dengan senyuman kesal. Dia juga tidak mengerti mengapa bapa mereka enggan memberitahu perihal vaksin tersebut kepada khalayak ramai. " Adam, cuba kamu tanya pada atuk. Atuk sangat sayang pada kamu berdua kerana kamu anak Yusuf." , sambil di dalam hatinya Hathen muram kerana bapa mereka amat bangga akan Yusuf seorang saintis yang genius berbanding dirinya hanya seorang doktor biasa.
Namun begitu dia tidak mengambil hati akan layanan bapa mereka kerana Yusuf abangnya sangat baik dan selalu menolong diri dan keluarganya ketika susah. Dia berjanji akan menjaga keselamatan anak-anak Yusuf bagi membalas jasa. Adam dan Danial pun makan mengisi kelaparan walaupun tiada selera akibat amat kelaparan dan kepenatan. Danial mengunyah keropok di dalam begnya dan memandang pak cik Hathen. Dia perasan akan sesuatu. Terdapat kesan darah di paha kiri pak ciknya tetapi dibalut dengan kain dan dia mengintai wajah Hathen. Hathen berpeluh sangat banyak dan kelihatan berwarna kuning pekat. Beberapa minit kemudian mata Hathen bertukar ke separuh gelap namun dia masih fokus lagi memandu. Danial menelan air liurnya." Tak mungkin... pak cik kata semua keluarga kita dah dapat vaksin. Tapi kalau tengok dari filem zombi semua kalau kena gigitan boleh dijangkiti. Pak cik Hathen tengah bertukar ke?" , Danial keresahan. Dia berhenti makan dan secara senyap mencapai senapang M-16 yang disimpan Hathen di bahagian kakinya diletakkan. Danial mengintai di cermin hadapan dan melihat abangnya sedang merenung ke luar tingkap. " Aduh, macam mana ni!" Danial mahu memberitahu abangnya tetapi buntu dan takut menyinggung pak cik Hathen. Danial kerisauan namun lega kerana dia dapat melihat hotel yang disewa oleh bapanya semakin dekat.
Hathen membelokkan kereta ke sebuah stesen minyak dan dia terus keluar meninggalkan kereta dan memasuki kedai di dalam stesen minyak tanpa mengajak mereka dua beradik tersebut. Adam terpingga-pingga akan kelakuan Hathen dan mengintai sekeliling lalu dia mengajak Danial keluar dari kereta. Mereka melihat Hathen menutup dan mengunci pintu kedai serbaneka itu dan beberapa zombie yang turut berada di dalam hanya memandangnya tanpa menyerang. Hathen menolak beberapa rak dan kerusi menghalang laluan keluar dan masuk dari kedai itu. Adam dan Danial segera berlari ke arah Hathen. Hathen membuat tanda berhenti dan dia menangkat walkie talkie. Dia menunjukkan pada mereka supaya berhubung menggunakan alat itu.
Adam pun segera mengambil walkie talkie dan memusing punat hingga dapat mendengar suara dari Pak ciknya itu. " Hello , Adam ... pak cik rasa tak dapat teman kamu. Pak cik dapat rasa pak cik dah kena virus ni. Pak cik akan tinggal di dalam ni. Kamu berdua pergi ke hotel dan cari bapa kamu. Kalau kamu selamat datanglah jenguk pak cik. Pak cik... Pak cik harap masih sedar akan kamu berdua lepas ni. Tolong kata pada ayah kamu jagakan mak cik May dan Sarah jika kamu semua dah selamat tiba di Phinie..." Hathen menamatkan perbualan itu dan menangis sambil memaling muka dari mereka berdua. Adam dan Danial bingung dan mereka mula cemas dan turut menangis kerana bimbang pak cik mereka itu tidak dapat diselamatkan. Adam mahu ke belakang kedai untuk masuk juga dan cuba memujuk Hathen supaya keluar. Danial menarik abangnya supaya pergi ke hotel. " Abang, mari kita segera cari papa. Kalau cepat mungkin papa boleh tolong pak cik." , Adam bersetuju. Dia mengelap air matanya. Betul kata adiknya mereka tidak dapat membantu Hathen . Mereka berdua memandang Hathen dan melambaikan tangan lalu beredar.
Sekeliling pagar hotel itu telah pun roboh seperti baru sahaja berlaku rusuhan. Terdapat beberapa zombi yang berdiri merenung kosong dan ada juga yang sedang menyantap beberapa tubuh di sana sini. Adam dan Danial agak takut namun mereka berjalan anak melalui belakang beberapa buah kereta kemudian melalui dua batang pokok besar lalu tiba di pintu laluan staff yang terbuka sedikit. Untung badan mereka kecil mudah untuk menyorok dan bergerak lincah.
Share this novel