29

Romance Series 93218

Puas Aayra berfikir sama ada ingin menceritakan segala - galanya kepada suaminya ataupun tidak. Jika dia terus mengambil langkah untuk berdiam diri, Aayra khuatir perkara ini akan timbul salah faham di kemudian hari. Namun jika sebaliknya yang terjadi, ini beerti dia bukanlah insan yang amanah dalam memegang rahsia seseorang. Dalam tak sedar, Aayra sudah berkali - kali mengeluh di hadapan Harraz.

“Sayang, are you okay? Abang tengok dari tadi sayang asyik mengeluh je. Kenapa ni? Sayang ada masalah ke?" Soal Harraz bimbang.

Aayra kembali sedar dari lamunannya sebaik ditegur Harraz. Wajah risau Harraz ditenung sedalam - dalamnya. Sejujurnya dia berasa bersalah kerana merahsiakan hal ini dari pengetahuan suaminya. Aayra mula dipanah perasaan takut. Jari jemarinya mula bermain sesama sendiri. Bibirnya kelu. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk dia memulakan ceritanya. Perlahan - lahan dia menundukkan wajahnya ke bawah bagi mencari kekuatan.

“Sayang, kenapa ni? Sayang ada masalah ke? Ceritalah. Janganlah buat abang risau." Rayu Harraz lagi.

“Err.. Abang.." Hanya itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari bibir Aayra saat ini.

“Ya, sayang. Kenapa ni? Cuba bertenang dulu. Tarik nafas dalam - dalam, kemudian lepaskan perlahan - lahan. It's okay. Take your time. Abang tunggu." Pujuk Harraz lembut.

Aayra menuruti saranan suaminya. Nafas ditarik sedalam - dalamnya kemudian dilepaskan secara perlahan - lahan. Dia memberanikan diri menatap wajah suaminya. Aayra bertekad. Dia harus menceritakan hal ini kepada Harraz. Sebolehnya dia tidak lagi mahu menanggung perasaan bersalah terhadap suaminya. Harraz layak mengetahuinya kerana bagi Aayra mereka berdua bukanlah orang asing. Mereka berdua adalah saudara yang rapat.

“Minggu lepas semasa majlis cukur jambul Nufael dan Nuffan, Ezmal ada datang jumpa sayang. Ezmal ada cerita something dengan sayang." Ujar Aayra perlahan. Nada suaranya kedengaran masih takut - takut.

Harraz memandang wajah Aayra pelik. Entah mengapa hatinya mula berasa kurang enak. Fikirannya mula memikirkan sesuatu. Namun segera dibuang perasaan itu jauh - jauh kerana baginya itu semua hanya mainan perasaannya sahaja. Lagi pula dia sangat mempercayai Aayra. Aayra tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya.

“Apa yang Ezmal ceritakan dengan sayang?" Soal Harraz ingin tahu. Dia cuba mengawal nada suaranya agar tidak kedengaran seperti marah atau cemburu.

“Tentang punca sebenar hubungannya dengan Ramona putus." Lancar sahaja bibir Aayra menuturkan ayat tersebut. Wajah tenang suaminya dipandang.

Jantung Harraz semakin kuat berdegup. Perasaan kurang enak yang dirasainya sejak tadi kini menjengah kembali. Entah mengapa dia mula merasai perasaan cemburu terhadap isterinya sendiri. Wajah Aayra ditenung lama. Jelas kelihatan wajah ketakutan dari riak air muka Aayra.

“Sebab apa?" Soal Harraz sedikit tegas. Kali ini dia sudah tidak mampu mengawal perasaan cemburu itu lagi. Puas dia berfikir mengapa Ezmal perlu menceritakan segala - galanya kepada Aayra dan bukannya dirinya. Walhal sejak dahulu mereka berdua memang sangat akrab. Segala rahsia mereka kongsikan bersama.

“Err.. Ka.. Katanya Ramona ada hubungan dengan lelaki lain. Dia sendiri saksi akan hal tersebut. Lebih teruk lagi, hubungan mereka sampai dah tahap terlanjur katanya. Sebab tu Ezmal tak boleh terima semua ni dan dia ambil keputusan untuk putuskan sahaja pertunangan dia orang." Jelas Aayra tentang cerita yang sebenar.

Harraz melopong mendengar cerita isterinya. Sungguh dia tidak menyangka seberat itu dugaan yang dipikul Ezmal selama ini. Jadi tidak hairanlah mengapa sejak kebelakangan ini Ezmal dilihat lebih memilih untuk bersendirian. Namun begitu, Harraz masih jua dilanda tanda tanya. Mengapa Ezmal menceritakan hal yang sulit seperti ini kepada Aayra? Mengapa Aayra yang dipilih untuk menjadi tempat luahan isi hatinya? Apakah keistimewaan Aayra? Tidakkah dia mengetahui bahawa Aayra sudah menjadi isteri serta ibu kepada anak - anaknya kini? Harraz semakin dilanda keresahan. Puas dia mencuba untuk mengikis perasaan itu dari hatinya. Namun semakin dia mencuba, semakin dia keresahan.

“Sayang tahu abang pelik kenapa Ezmal ceritakan semua ini kepada sayang. To be honest, sayang sendiri pun tak tahu kenapa dia nak bercerita dengan sayang instead of abang or his family. But I'm trying to be positive. Maybe sebab dia dah terlalu lama memendam rasa. Selama ini dia cuba untuk menjaga nama baik semua orang but in the end, perkara ni memakan dirinya sendiri. Sebab itu Ezmal memilih untuk menceritakan semua ni kepada sayang kerana sayang orang luar. Bukan keluarga terdekatnya." Jelas Aayra panjang lebar. Dia sedaya upaya cuba meyakinkan suaminya.

Harraz cuba menghadam sebiji demi sebiji butir bicara Aayra sebentar tadi. Apa yang diperkatakan Aayra itu ada benarnya. Dia tidak septutnya memikirkan sesuatu yang negatif tentang Ezmal dan isterinya. Lagi pula dia sangat mengenali diri Aayra yang sebenarnya. Isterinya sama sekali tidak akan melalukan perkara yang tidak baik di belakangnya. Ketulusan serta keikhlasan hati Aayra dalam menjaga ikatan perkahwinan mereka sangat dipujinya. Lihat sahaja situasi sekarang. Andai kata Aayra berniat tidak baik, sudah pasti dia tidak menceritakan semua ini kepadanya. Jadi apa lagi yang perlu diraguinya tentang kesetiaan Aayra? Wanita itu sudah cukup sempurna di matanya. Harraz menarik tubuh Aayra dekat ke arahnya. Majalah yang berada di tangannya segera diletakkan ke tepi. Kedua - dua tangan Aayra digapai lalu digenggam erat.

“Sayang jangan risau. Abang percayakan sayang. Yes, abang akui. Mula - mula tu abang ada juga terfikir kenapa Ezmal perlu ceritakan semua ni dengan sayang sedangkan abang ni lagi rapat dengan dia? Tapi selepas difikir - fikirkan balik, mungkin Ezmal ada sebabnya tersendiri yang kita tak tahu. But it's ok. We keep praying for the best for him. Abang yakin Ezmal kuat untuk hadapi semua ni. Lagi pun lebih baik dia terluka sekarang dari dia terluka di kemudian hari kan? To be honest, abang memang dari dulu lagi tak pernah setuju dengan hubungan dia orang. For me, Ezmal deserves to get a better one." Ujar Harraz tentang rasa hatinya.

“Tak baik kita fikir yang bukan - bukan tentang Ramona, abang. Walaupun dia macam tu, kita tak sepatutnya buang dia. Sebaliknya orang macam tu kita kena bimbing dia dengan lebih baik lagi. Siapa tahu selepas ni dia akan berubah. Betul tak?" Aayra masih cuba bersikap positif.

Harraz tersenyum. Itulah kelemahan Aayra yang dilihatnya sejak dari dulu lagi. Bagi Harraz, Aayra terlalu berfikiran positif sehinggakan dia tidak boleh menilai diri seseorang itu dengan mata kasarnya. Mungkin ada baiknya jika kita selalu berfikiran positif namun biarlah kena pada tempatnya.

“It's ok. Sayang belum kenal Ramona dengan sebetulnya. One day you will know what I mean. Dahla. Tak perlu bercakap pasal dia orang lagi. Sekarang jom kita ke dapur dan masak untuk makan tengah hari nanti. Abang dah lapar ni. Hari ni abang tolong sayang masak ye?" Harraz menawarkan diri untuk membantu isterinya memasak.

Tanpa menunggu jawapan Aayra, tangan isterinya ditarik perlahan lalu dibawa ke dapur. Mujurlah Nufael dan Nuffan sedang nyenyak tidur selepas disusukan sebentar tadi. Jika tidak pasti mereka tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti riadah bersama seperti ini.

Aayra tersenyum lebar. Kini dia tidak perlu berasa bimbang lagi kerana segala - galanya telah diceritakan kepada suaminya. Mujurlah penerimaan Harraz agak baik. Bimbang juga kalau - kalau timbul pentengkaran kecil tadi. Tetapi seperti biasa, Harraz begitu mudah untuk diajak berbincang. Jadi tidak hairanlah mengapa selama mereka berkahwin, Aayra dan Harraz jarang bertekak atau bermasam muka. Segala masalah yang mereka hadapi dapat mereka atasi dengan baik. Doa Aayra, biarlah selamanya rumahtangga mereka berkeadaan baik begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience