"hai sayang" amir memeluk ku dari belakang.
"eee abang. bau nya!" aku menutup hidung dan menolak suamiku.
"hah? bau? abang baru lepas mandi. abang pakai minyak wangi yang sayang suka cium tu lagi." aku mencebik. amir menciun pakaiannya dan ketiaknya. "hah! wangi lah"
''ish.. jangan la pakai minyak wangi. pergilah mandi." aku menyambung masak. lalu dia mengucup pipiku sambil berkata
"lepas mandik abang nak sayang" dia ketawa kuat. aku hanya mencebik.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
amir menghampiri ku diatas katil lalu mengucup pipiku lembut. secara tiba tiba aku merengus kasar.
"sayang ni kenapa? dulu suka je abang cium" nadanya geram.
"liya panas lah!" nadaku tinggi. amir menghempas badan nya kuat. lalu dia baring mengiring kearah lain. bukan kearah aku. 'dia marah ke?' tanya hatiku. sedikit rasa kecil hati namun cepat sahaja ia menghilang. aku tidak menghiraukan lalu aku tidur.
terasa gegaran disebelahku. tiba tiba satu tangan melingkar pada pinggangku. 'baru rasa selesa'. aku memegang tangannya dan terdengar bisikan ditelingaku
"maafkan abang." perlahan ia bersuara. aku berpaling menghadapnya
"liya yang salah. maafkan liya" pintaku dengan penuh pengharapan.
malam yang indah. yang hening dan aman. dua cinta tersemai semakin kuat. semoga ianya kekal selamanya.
Share this novel