BAB 2

Romance Completed 18280

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan tidur Mariam Syuhada. Jam yang elok terletak di tepi meja sudut dicapai. 6 pagi. Perlahan2 Mariam Syuhada bangun dari katil sambil memisat mata yang masih mengantuk. Penangan tidur dengan perut yang masih kenyang.

Mariam Syuhada membuka lampu bilik. Dia berjalan ke meja solek lalu merapikan rambutnya yang panjang mengurai. Pernah sahaja umi ingin memotong rambutnya tapi ditolak. Sayang nak dipotong. Mariam Syuhada mencapai sepit rambut lalu menyepit kemas rambutnya. Air botol yang terletak di meja solek segera diteguk perlahan. Menjadi amalan biasa Mariam Syuhada untuk meneguk air putih sejurus bangun pagi. Biar kulit mulus gitu!

Kaki dilangkah menuju ke bilik air. Wudhu diambil dengan tertib. Telekung disarung kemas di kepala. Mariam Syuhada mulai mengangkat takbir lalu solat dengan khusyuk. Perintah yang wajib dilakukan oleh setiap umat islam. Usai solat, Mariam Syuhada sempat membaca al quran buat terapi minda dan hati. Setiap kali mengalunkan ayat suci al quran, hatinya terasa seperti dijaga dan dilindungi sentiasa.

Mariam Syuhada mula bergerak ke dapur. Kelihatan Puan Faizah sedang sibuk menyediakan bahan2 untuk membuat sarapan.

"Umi! Nak masak apa?". Tegur Mariam Syuhada ceria. Pipi Puan Faizah dikucup lembut.

"Pagi, sayang! Umi nak masak nasi goreng je. Dah mandi ke?".

"Dah!".

Mariam Syuhada segera mencapai telur didalam peti sejuk lalu mencuci bersih.

"Syu kata nak keluar dengan Fiza, pukul berapa?". Puan Faizah bertanya. Kuali diambil lalu diletakkan diatas dapur gas.

"Kejap lagi. Syu nak beli barang sikit lepastu baru jumpa dia. Lama dah tak jumpa nenek sorang tu, rindu!".

"Hafiy?".

Mariam Syuhada berkerut. Pagi2 lagi sudah dengar namanya.

"After tu". Ringkas jawapannya. Mariam Syuhada kembali meneruskan kerjanya.

"Umi tengok, baik betul mak dia layan Syu. Agak dia memang berkenan sangat tu kat kamu".

Mariam Syuhada beriak biasa. Malas nak komen!

"Hafiy tu pun anak tunggal rasanya. Mungkin sebab tu la mak dia beriya nak menantu". Sambung Puan Faizah lagi. Tak sudah dia berceloteh tentang lelaki yang bernama Hafiy.

"Umi pun makin yakin kalau Syu jadi menantu diorang. Nampak baik diorang layan anak umi ni".

Mariam Syuhada bosan. Agak umi pun dah angau dengan Hafiy tak? Ish, mintak simpang!

"Umi.. jangan berangan sangat. Kita tak tau apa akan jadi nanti". Bidas Mariam Syuhada. Buah epal digigit kuat.

"Apa pulak cakap macamtu! Umi yakin la. Naluri ibu tu tak pernah salah, tau!". Puan Faizah berkata megah. Dengan senduk sekali naik ala2 nak berucap di parlimen.

"Boleh la, umi!". Tergelak kecil dibuatnya.

Fikirannya menerewang jauh. Peristiwa malam tadi menerjah fikiran. Sebenarnya, Hafiy tu tak lah teruk mana. Masih dalam golongan lelaki terpelihara la jugak. Masalah sekarang, Mariam Syuhada tak tahu patut buat apa dengan lamaran lelaki itu. Dia sendiri tak tahu nak cakap macamana. Memang la dia nak kahwin, tapi takkan secepat ini? Hafiy.. lelaki itu misteri!

"Termenung apa tu anak dara oi!". Sergah Puan Faizah. Suka benar anak sulungnya termenung. Alih2, dibiarnya kita membebel sorang2.

"Umi rasa Syu boleh bahagia ke?".

Puan Faizah tergelak kecil. Dia mengambil tempat di sebelah anaknya. "Bahagia tu bukan atas rasa2 atau agak2 orang. Bahagia tu atas diri sendiri. Kalau Syu bina bahagia tu, InsyaAllah, bahagia lah nanti. Bahagia kita, kita yang buat".

Pesanan keramat Puan Faizah. Mariam Syuhada mengangguk faham.

"Katalah Syu bina bahagia tu, kalau masih tak bahagia jugak?".

"Ingat, tu semua kuasa dan kehendak Allah". Ujar Puan Faizah lagi. Diusap lembut lengan anaknya.

Bahagia tercipta atas usaha diri sendiri!

"Terima kasih, umi. Syu akan ingat pesan umi tu". Dia tersenyum manis. Mariam Syuhada hampir kepada jawapan.

"Eh, dahlah! Bagi umi masak dulu. Nanti satu apa tak siap. Pergi tengok adik kamu tu dah bangun belum". Arah Puan Faizah seraya menuju ke kuali. Mereka memang tak boleh dekat, ada saja nak diborakkan.

Mariam Syuhada bingkas bangun menuju ke bilik Mariam Zulaikha. Pintu diketuk beberapa kali, tapi tiada sahutan. Mariam Syuhada terus membuka pintu perlahan. Mariam Zulaikha sedang enak tidur dilitupi gebar hingga ke kepala. Sejuk penghawa dingin mulai terasa.

"Patutlah tak dengar, tidur lagi!". Bebel Mariam Syuhada. Dia meluru terus ke katil Mariam Zulaikha. Gebar ditarik kuat.

"Bangun! Dah pukul berapa ni?!". Jerit Mariam Syuhada sambil menggoncang kuat tubuh adiknya. Dia tak kira, adiknya mesti bangun jugak.

"Akak, bagi la adik tidur kejap!". Rengek Mariam Zulaikha manja.

Dia cuba menarik gebar yang sudah direntap kakaknya. Habis punah lenanya. Baru sahaja dia ingin bermalas2 di katil. Malam tadi selepas pulang dari makan, dia terpaksa bersengkang mata menyiapkan kerja yang tergendala.

"Bangun lah! Anak dara bangun lambat, nanti jodoh pun lambat!".

"Ala.. biarlah lambat pun.. adik tak kisah!".

Mariam Syuhada ternganga. Pandai pulak menjawab adik aku ni!

"Bangun la Mariam Zulaikha! Akak bagitau ayah nanti". Ugutnya. Adiknya memang tak boleh bila diugut sebegitu. Dengan perasaan sebal, Mariam Zulaikha bangun dari katil.

"Macamtulah! Pergi mandi, turun bawah tolong umi".

Mariam Zulaikah mendecit. Suka paksa2 macamni. Dia membetulkan rambutnya yang sudah kusut. Matanya teramat berat untuk dibuka. Mariam Syuhada tersengih suka.

"Suka la paksa orang macamni. Adik ngantuk tau. Semalam tidur lewat siapkan kerja". Luah dia cuba meraih simpati. Berkali2 dia memisat matanya yang masih katup.

"Bangun dulu, mandi. Tak elok tidur lepas subuh. Nanti habis sarapan, adik sambung la balik. Bangun ye?". Mariam Syuhada memujuk. Dicubit manja pipi adiknya.

Nak tak nak, terpaksa dia menurut kehendak kakaknya. Dengan malas, Mariam Zulaikha menuju ke bilik air. Tersenyum Mariam Syuhada melihatnya. Sempat dia menolong mengemas katil dan buku2 yang berserakkan di atas meja belajar. Adiknya memang kuat belajar. Gambar keluarga setia menemani bersama. Mariam Syuhada tersenyum lagi. Penghawa dingin ditutup. Dia segera keluar dari bilik adiknya menuju ke dapur semula.

Aroma nasi goreng menambat seleranya pagi ini. Encik Azhar sudah siap berada di meja makan. Surat khabar pasti tak lepas dari tangannya. Rutin harian ayahnya. Mariam Syuhada mengambil tempat di meja makan.

"Haa, Syu! Baru bangun ke?". Soal Encik Azhar. Surat khabar dilipat kemas.

"Taklah. Kejut adik tadi. Ajak makan sekali".

"Mana dia?".

"Mandi".

Encik Azhar mengangguk. Puan Faizah mula menceduk nasi gireng ke pinggan suaminya. Air milo juga dituang ke dalam cawan. Perut Mariam Syuhada mula berbunyi minta diisi.

"Sedapnya!". Puji Encik Azhar. Dia meneruskan lagi suapan.

"Makanlah, bang. Saya buat banyak". Balas Puan Faizah ringkas.

Mariam Syuhada juga mula menjamu selera. Ternyata makanan ibu adalah yang terbaik di dunia. Sekalipun Mariam Syuhada pandai memasak, dia masih lagi tak dapat nak meniru rasa air tangan uminya.

"Umi tak makan ke?". Soal Mariam Syuhada terpandangkan pinggan Puan Faizah yang kosong.

"Belum lapar lagi. Nanti umi makan lah".

"Pagi umi, ayah!". Mariam Zulaikha muncul dengan wajah yang segar. Bau perfume mengisi ruang dapur.

"Pagi! Meh makan. Umi buat sedap ni". Puji Encik Azhar. Dia meneruskan suapan. Mariam Zulaikha duduk di sebelah kakaknya. Pinggan dicapai lalu disenduk nasi goreng ke pinggan.

"Umi, adik kena jumpa kawan kejap lagi. Pasal assignment". Ujarnya ringkas.

"Iyelah! Nanti jangan balik lewat pulak". Pesan Puan Faizah.

"Nak akak hantar?".

"Eh.. takpe! Kawan adik ambil nanti. Akak tak payah risau la".

Mariam Syuhada tersenyum manis. Dia menghabiskan baki nasi goreng sebelum bangun menuju ke sinki.

"Umi, akak kena gerak ni.. takut jammed pulak". Ujarnya. Puan Faizah mengangguk.

Langkah dihayun menuju ke bilik tidur. Mariam Syuhada mula bersiap ala kadar. Blouse yang siap digantung di dalam almari dan juga tudung shawl labuh berwarna merah menjadi pilihan. Sedikit perfume disembur sebelum keluar bilik.

Enjin dihidupkan. Mariam Syuhada bersalaman dengan orang tuanya dahulu. Sesudah itu, dia terus memecut laju menuju ke pasaraya berdekatan.

Beberapa barang untuk tempahan diambil laju seperti ayam, lada hitam, halia, serai, mentega an banyak lagi. Mariam Syuhada juga sempat membelek beberapa keperluan rumah yang sudah kehabisan. Roti gardenier diambil dari rak. Perutnya teringin nak menjamah roti bakar buatan sendiri. Jem kaya pandan juga diambil. Mujur ada promosi harga. Senang hati Mariam Syuhada membeli belah.

Selesai mengambil semua keperluan, Mariam Syuhada mula membayar dan terus berjumpa dengan Hafiza ditempat yang dijanjikan.

"Fiza, lama tunggu?". Soalnya seraya mengambil tempat berhadapan Hafiza. Panas terik menganggu selesanya petang itu. Mariam Syuhada mencapai tisu lalu mengelap peluh yang memercik di dahi.

"Takdelah, baru je. Kau parking mana?".

"Tu..!". Dia memnuncungkan bibirnya menunjuk kearah kereta Iriz kesayangannya.

"Lama tak jumpa kau, rindu sangat! Kau free harini?".

"Aku free je. Kau tu yang sibuk memanjang!". Perli Mariam Syuhada. Dijeling kawan baiknya.

"Ala.. suka buat aku serba salah macamni. Aku sibuk sikit. Homestay tu aku yang uruskan sekarang. Agak kelam kabut la jugak". Ceritanya. Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Aku tak kisah la! Gurau je. Eh, kau dah order ke? Aku haus la".

"Belum! Aku tunggu kau. Jap aku panggil".

Hafiza mula memesan minuman. Memandangkan lama dah tak berjumpa, Hafiza berbesar hati ingin belanja Mariam Syuhada makan. Bukan main suka lagi dia. Habis dipesan makanan yang paling mahal sekali.

"Kau apa cerita? Bisnes macamana?".

Mariam Syuhada tersenyum. "So far so good. Not bad la. Kadang tu tak menang tangan. Rezeki kan, kejap ada kejap lambat sikit".

"Hirm.. samalah! Kadang tu senyap sunyi je. Tapi, bila dah ada kelam kabut dibuatnya".

"Tapi, kau ok la boleh handle homestay tu sorang2. Tak rasa cuak ke ambil alih kerja parents kau?". Soal Mariam Syuhada ingin tahu. Dia menopang dagu memandang Hafiza.

"Gila tak cuak?! Rasa nak pengsan hado! Aku ni kira gelabah lagi ni tau. Mak ayah aku pulak memang lepas kat aku saja. Dia kata biar aku belajar sendiri. Nak kata apa lagi? Terima jelah labu!".

Mereka tergelak kecil. Mariam Syuhada memang respect kawan nya ini. Muda2 dah ada pekerjaan yang tetap. Macam dia, entah bila bisnes nya mampu bertahan.

"Baguslah! Kalau aku, entah apa jadi agaknya. Eh, aku dengar cerita kau nak tunang ye? Langsung tak cakap pun!". Dicubit lengan kawannya kuat. Hafiza tersengih.

"Bukan aku tak nak cakap, aku sengaja rahsiakan. Ni la aku nak cerita". Hafiza tersenyum lagi.

"Ingat tak masa kita bercuti kat Pangkor dulu? Kan ada sorang mamat yang tolong kita tukar tayar, ingat tak?".

Mariam Syuhada mengerutkan dahi. Puas dia berfikir, macam tak masuk.

"Siapa?".

"Ala.. Faiz yang tinggi2 lepastu hitam manis tu.."

"Erm, yang pakai baju hitam tu?".

"Ha! Tepat sekali! Dia la. Kitorang kenal via abang aku. Rupanya dia kawan abang aku. So, dari situlah kenal sampai sekarang!".

Mariam Syuhada mengangguk faham.

"Best la kau!". Dia mengusap lengan Hafiza.

"Dah jodoh. Abang aku suruh cepat2 tunang lepastu kahwin. Aku ikut jela cakap dia. Kau kena jadi pengapit aku nanti tau!".

"Aku?". Mariam Syuhada tergelak. Buang tebiat agaknya si Hafiza ni!

"Takpe.. lama lagi. Kau ada masa nak ready!". Seloroh Hafiza riang. Diteguk sedikit air yang dipesan. Mariam Syuhada mengangguk.

"Eh Syu, apa cerita pasal kau? Dah ada jawapan?".

Mariam Syuhada terdiam. Dia mengeluh seketika. Jarinya lincah bermain dengan straw digelas.

"Aku rasa aku setuju kot. Aku fikir2 balik, pilihan umi dengan ayah mesti yang terbaik buat aku, kan?".

"Seriously? Wow! Aku tak tahu nak cakap apa. Tahniah wei!". Dia terjerit kecil. Lengan kawannya dipegang lama. Hafiza pasti Mariam Syuhada akan dapat menerima dan menyesuaikan diri nanti.

"Ish, kau ni! Slow la sikit suara tu. Malu kat orang je".

"Hehe.. sorry!". Hafiza menggaru kepala yang tak gatal. Perasaan teruja menghiasi wajahnya. Kawannya bakal berkahwin tak lama lagi!

"Kau pun ada nasihat aku yang pilihan orang tua always the best. So, aku ikut je. Umi dengan ayah mesti dah pilih yang terbaik. Tak salah kan apa yang aku buat ni?".

"Ish, nak salah apa! Kau buat yang betul lah. Aku percaya kalau umi dan ayah kau redha, insyaAllah perkahwinan kau nanti mesti ada berkatnya". Ujar Hafiza lembut. Dia menggenggam erat tangan Mariam Syuhada memberi kekuatan buat kawannya.

"InsyaAllah, itu yang aku harapkan".

Dia terdiam. Wajah Hafiza dipandang lama. Hatinya sedikit tenang.

"Wah.. aku pulak tak sabar nak tengok kau naik pelamin!". Hafiza beriak teruja. Tak henti2 bibirnya mengucapkan tahniah.

"So, bila nak cakap kat umi dengan ayah?". Soal Hafiza tak sabar. Bersinar anak matanya.

"Erm.. entah! Malu la nak cakap". Mariam Syuhada tersengih malu. Merah pipinya.

"Eei.. ngada2! Cakap jela 'umi, akak nak kahwin!' Haa.. macamtu!". Seloroh Hafiza. Sempat Mariam Syuhada mencubit lengan Hafiza kuat. Suka nak mengusik dirinya.

"Kau tahu kan aku mana berani nak cakap macamtu. Eei, segan tau! Nantilah aku fikir macamana nak cakap kat umi".

"Nak aku tolong ke?".

"Er.. tak payah! Biar aku buat sendiri. Erm.. tapi, aku nak mintak tolong kau sikit, boleh?". Mariam Syuhada mengetap bibir.

"Apa?".

"Teman aku jumpa Hafiy".

Hafiza terlopong. Tak lama lepastu, dia mula mengusik suka. "Nak dating ke?".

"Eei..kau ni! Teruk lah. Aku tak macamtu, eh!". Marah Mariam Syuhada. Dia mula menarik muka masam.

"Aku gurau lah! Dah2, jom makan cepat. Aku teman la. Buat muka macamtu pulak. Ingat comel ke?".

"Aku memang comel!". Mariam Syuhada menjelirkan lidah geram. Meletus gelak mereka berdua.

Mariam Syuhada tersenyum sendiri. Dalam hati dia berdoa agar pilihan yang dia buat, tepat! Ameen.

Usai makan, Hafiza menyusul Mariam Syuhada dari belakang. Dia sudah berjanji ingin menemani kawannya berjumpa dengan Hafiy. Di dalam kereta, tak habis Hafiza tersenyum suka. Bahagia melihat kawannya akan berkahwin juga tak lama lagi. Mariam Syuhada pula yang cuak. Tak tau nak membayangkan keadaannya nanti.

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya Mariam Syuhada tiba di taman rekreasi. Keluar kereta, dia berpimpin tangan bersama Hafiza mencari kelibat lelaki itu. Berdebar jantungnya. Sejuk tangannya. Mesti Hafiza perasaan cuak yang terhias di wajahnya.

"Mamat tu pakai baju warna apa?". Soal Hafiza. Matanya meliar mencari kelibat lelaki yang mungkin dicari Mariam Syuhada.

"Entah!". Sepatah jawapannya.

"Asslamualaikum, Syuhada". Suara Hafiy dari arah belakang. Mariam Syuhada menoleh. Kelihatan Hafiy tegak berdiri bersama kuntuman senyuman.

"Waalaikumussalam. Er, lama dah sampai? Ada mana? Syu tak nampak pun".

"Ada je. Tu.. kat sana tadi". Dia menghala jari telunjuk ke arah pokok rhu yang merimbun di hujung taman.

Mariam Syuhada mengangguk. Hafiza menyiku lengan kawannya.

"Er..ni kawan Syu.."

"Saya Fiza. Hafiza". Potongnya laju.

Hafiy tersenyum. "Nasib Hafiy tak bawak mak".

Mariam Syuhada tergelak. Ada saja nak mengusik.

"Er.. saya bagi masa awak curi kawan saya. Tapi awas ye! Jangan macam2 dengan dia. Saya perhati dari jauh, tau!". Ujar Hafiza acah2 caring. Mariam Syuhada mencebik.

"Ok miss!". Hafiy tersengih. Hafiza berlalu menuju ke meja kayu berhampiran. Matanya tak lepas memandang Mariam Syuhada.

'Nasib handsome! Haha'.

Hafiy bergerak jauh sedikit dari Hafiza. Dia berdiri berhadapan tasik. Mariam Syuhada mengekori langkah lelaki itu perlahan.

"So, ada apa nak jumpa ni?". Mariam Syuhada mula membuka bicara. Pandangannya terarah pada tasik yang tenang dihadapannya.

"Syu dah ada keputusan?".

Mariam Syuhada kelu. Jantungnya kembali berdegup. Segan nya nak cakap!

"Boleh Syu tanya satu perkara?".

"Tanyalah!".

Hafiy kelihatan tenang. Cermin mata hitam dibuka lalu diletak kedalam poket kemeja. Hafiy memandang pandang Mariam Syuhada.

"Kenapa boleh suka Syu? Er.. bukan apa, Syu langsung tak pernah nampak Hafiy sebelum ni. Macamana Hafiy boleh buat keputusan ni?".

Hafiy tersenyum. Sempat dia meraup wajahnya sebelum menjawab. "Hafiy taknak jawab sekarang. Cuma, Hafiy boleh cakap yang Hafiy betul2 ikhlas dengan perasaan Hafiy. Kalau Syuhada setuju, Hafiy orang yang paling bahagia sekali!".

Mariam Syuhada diam. Dia mahu bermain teka teki nampaknya. Dia mengalih pandang kearah sekumpulan kanak2 yang leka bermain bola.

"Syuhada?".

Mariam Syuhada menoleh. Dia menghela nafas panjang.

"Syu terima".

Hafiy terkelu dan terkedu. Rasa tak percaya dengan apa yang baru didengari. Lama dia memandang wajah Mariam Syuhada. Dia suka!

"Er.. Syu serius? Syu terima Hafiy?!". Soalnya sedikit teruja. Dia menghembus nafas berulang kali. Jantungnya bagai nak pecah.

"Syu setuju. Tak dengar ke?". Ulang Mariam Syuhada lagi. Lucu pula melihat wajah Hafiy seperti itu.

"Allahu Akbar! Terima kasih Syu! Er.. Hafiy teruja gila!". Lebar senyumannya. Mariam Syuhada tersengih.

"Boleh tak Syu nak minta satu benda lagi?".

"Yes! Boleh! Cakap je apa dia, Hafiy ikut".

"Boleh tak kita buat majlis akad saja? Syu taknak ada naik pelamin semua. Cukup yang wajib je". Pintanya. Lagipun, dia lebih selesa melakukan yang wajib dalam Islam sahaja.

"Hafiy ok. Nanti, Hafiy bincang dengan mak dan ayah, ye?".

Mariam Syuhada mengangguk. Lega kerana Hafiy memahami permintaannya. Hafiy tak sudah tersenyum. Tak sangka Mariam Syuhada menerima lamarannya. Bahagia hati hanya Tuhan yang tahu. Tak sabar ingin menghalalkan Mariam Syuhada sebagai suri hatinya.

"So.. boleh Syu balik?". Soalnya tersekat2. Tak betah rasanya berlama dengan Hafiy.

"Ok. Nanti, apa2 Hafiy bagitau Syu. Hafiy akan suruh mak dan ayah bincang dengan keluarga Syu nanti". Ujarnya. Dia sempat mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Mariam Syuhada sebelum berlalu pergi.

"So, apa jadi?". Hafiza menghampiri. Dicuit lengan kawannya kuat.

"Apa jadi apa? Macamtulah!". Jawab Mariam Syuhada sengaja mengelak. Naya la kena bahan kalau cerita nanti!

"Ish budak ni! Orang tanya dia lari pulak!".

Hafiza berlari anak mengejar Mariam Syuhada yang sudah ke depan. Terkumat kamit mulutnya membebel. Mariam Syuhada tergelak kecil. Nasib la kena dengar mak nenek ni membebel sampai balik!

Entah kenapa bibirnya tak mahu diam. Asyik nak tersenyum saja!

***

"Syu setuju".

Tenang dia mengucapkan keputusannya dihadapan Puan Faizah dan Encik Azhar. Ruang tamu yang tadinya sepi, kini bersuara. Seisi rumah teruja dengan jawapan Mariam Syuhada. Puan Faizah orang yang paling teruja sekali.

"Mak tak sabar pulak ni! Nanti kita nak masak apa ya? Nak katering tak? Abang nak buat bila akad nya?". Bertubi2 soalan yang terpacul di bibir Puan Faizah. Mariam Syuhada tergelak kecil. Tak sangka keputusannya membuatkan semua orang bahagia.

"Kamu betul ni? Dah habis fikir?". Encik Azhar bersuara setelah lama mendiamkan diri. Ditenung wajah anak perempuannya lama.

"InsyaAllah, ayah. Pilihan umi dengan ayah mesti yang terbaik buat Syu. Syu yakin selagi ayah dengan umi redha, Syu pasti akan bahagia". Ujarnya tenang.

"Alhamdulillah. Ayah lega dengar. Syu memang anak yang baik. Ayah bangga dengan kamu".

Mariam Zulaikha memeluk kakaknya bahagia. Sedih pula kerana mereka bakal berpisah selepas ini.

"Akak jangan lupa adik pulak bila dah kahwin nanti".

Mariam Syuhada tergelak kecil, "Apa pulak nak lupa nya. Adik ni yang paling akak sayang! Bukan akak nak pergi jauh pun".

"Janji? Akak kena sayang adik lebih dari dia!". Mariam Zulaikha merajuk manja. Comel melihat gelagat Mariam Zulaikha seperti itu. Puan Faizah juga turut tersenyum.

"Iye, akak janji! Adik akak ni sensitif pulak malam ni ye?". Dicubit pipi mulus adiknya. Mereka berpelukan kembali.

"Boleh la kita bincang dengan keluarga diorang pasal tarikh nya". Puan Faizah mencelah. Mariam Syuhada meleraikan pelukan.

"Umi, ayah.. boleh tak kalau Syu mintak majlis akad je? Pasal kenduri tu, kita buat majlis doa selamat, bagi makan. Syu segan la nak majlis kenduri pakai baju mengerlip macamtu. Cukup kita buat majlis untuk raikan jelah".

Encik Azhar bersetuju. "Ayah pun cadang macamtu jugak. Tak elok nak tayang2 dekat orang. Cukup buat makan2 saja".

"Umi pun setuju! Akad itu yang penting. Yang lain, kita bersederhana je. Janji, bagi orang makan dan hebahkan perkahwinan tu".

Mariam Syuhada tersenyum. Lega hatinya kerana umi dan ayah juga bersetuju dengan cadangannya.

"Umi tak sabar betul! Anak umi akhirnya nak jadi milik orang". Ujarnya teruja. Berkali2 dia menggeleng kepala seakan tak percaya.

"Umi doakan yang baik2 tau!".

"Umi selalu doakan, sayang! Lepasni, jaga diri elok2. Jadi isyeri yang baik". Pesan Puan Faizah sepenuh hati. Sebak pula hatinya.

"InsyaAllah, umi. Terima kasih sebab pilih suami buat Syu".

Encik Azhar tersenyum manis. "Esok, ayah dengan umi jumpa keluarga diorang. Kita tetapkan  tarikh nya baru kita bincang kemudian hal2 seterusnya".

"Terima kasih, ayah!".

Mariam Zulaikha kembali memeluk kakaknya erat. Mariam Syuhada tersenyum. Dia bakal berdepan dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. Dia berharap dapat memikul tugas itu sebaiknya.

"Tahniah, nak".

Puan Faizah menghampiri. Dia turut memeluk erat Mariam Syuhada seakan tak mahu melepaskan.

Sekejap sudah Mariam Syuhada bakal beralih tangan. Dulu, dia dijaga dari sekecil tapak tangan. Dari tak tahu apa2 kepada gadis yang serba tahu dan serba lengkap didikannya. Puan Faizah merasa bangga kerana anak yang di didik dan diasuh membesar dengan baik. Keterujaannya bertambah bila anak perempuannya dirisik oleh lelaki yang baik budinya. Serasa segala penat lelah selama ini sudah terbalas. Puan Faizah bahagia.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience