BAB 5

Family Completed 7465

“Jauh kamu termenung. Menungkan apa Diana?” Tanya Pak Amin.

Sedari tadi dia melihat, anak perempuannya itu hanya diam. Entah kemana melayang fikirannya memikir. Di panggil beberapa kali, tidak di sahutnya pula panggilan ayah.

“Ayah..” Diana menyapa.

“Kamu menungkan apa sampaikan ayah panggil kamu diam aja.” Tanya Pak Amin.Kemudian, dia meletakkan tikar mengkuang di tanah di bawah pokok kelapa. Di hamparkan tubuhnya di tikar. Beristirehat seketika sementara menunggu azan zuhur berkumandang setengah jam lagi.

“Apa yang kamu menungkan Diana?” Tanya Pak Amin lagi.

“Tak ada apa ayah..” Jawab Diana perlahan.

“Ayah tahu. Diana pendamkan sesuatu kan.” Pak Amin mengipas-ngipas wajahnya topi yang menjadi penutup kepalanya sewaktu bekerja.

“Ayah.. tak ada apa yang Diana fikirkan.” Jelas Diana lagi.

Tidak tega rasanya hati untuk mengatakan apa yang sedangkan di fikirkan. Takut pula nanti ada yang menuduhnya tidak sedar diri. Sudahlah menumpang kasih di tempat orang.

“Usah kamu runsingkan fikiran. Kalau soal nak sambung belajar, insya Allah. Ayah masih mampu untuk tanggung kamu nanti di universiti.” Kata Pak Amin.Terkejut Diana mendengarnya. Seakan memahami apa yang sedang bergejolak di fikiran Diana saat ini.

“Tapi ayah..”

“Sudahlah. Ni, kamu pergi balik rumah dulu. Kejap lagi dah masuk zuhur. Lepas zuhur balik semula ke sini tolong ayah dengan ucu. Boleh?” Pinta Pak Amin.

Diana menjawab pertanyaan ayahnya dengan anggukan. Seketika kemudian, Diana berlalu meninggalkan Pak Amin dan Pak Cunya di kebun.Di pertengahan jalannya, Diana di tahan oleh sebuah kereta Outlander hitam. Terkejut Diana dengan tindakan drastik pemandu kereta tersebut yang tiba-tiba menghalangi perjalanannya untuk pulang ke rumah.

“Hai.” Mustafa menyapa dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Ada apa abang Mustafa?” Tanya Diana ragu-ragu.Tak pernah-pernah Mustafa nak bertegur sapa dengannya. Apatahlagi memandang wajahnya. Setahunya, Mustafa paling benci dengan dirinya. Apatahlagi bila dia mengetahui yang Diana bukan anak kandung Mak Kiah dan Pak Amin. Kebenciannya meluap-luap!

“Eh, jangalah takut-takut. Kitakan dah nak jadi satu keluarga nanti.” Jelas Mustafa

“Er, Diana dari mana ni? Dan nak ke mana? Kalau tak keberatan boleh abang tumpangkan?” Mustafa terus-menerus memancing perhatian Diana yang sememangnya sukar untuk mana-mana lelaki dekat.

“Tak payah. Saya boleh balik sendiri. Lagipun, saya nak cepat.” Jawab Diana.Sebenarnya, dia cuba untuk mengelak dari bertembung dengan tunang along. Kalaulah along tahu, pasti teruk dia di kerjakan. Bukannya dia tidak tahu perangai along macam mana. Kuat cemburu. Apa sahaja yang Diana ada, dia pasti mahu juga. Dan kalau boleh mahu lebih dari itu!

“Kalau macam tu, biarlah abang hantarkan. Naik kereta baru abang tu. Baru seminggu abang beli. Kalau Diana sudi, Diana lah perempuan yang pertama yang abang bawa naik kereta abang tau.” Jelas Mustafa lagi. dia cuba memegang lengan Diana. Namun, Diana mengelak.

“Tak payah. Saya pergi dulu.” Diana terus berlalu tanpa membiarkan Mustafa berterusan mengambil kesempatan keatasnya.Fitnah boleh berlaku di mana-mana. Maka, lebih elok sekiranya dia segera pergi dari situ.

“Diana!! Diana!!” Mustafa memanggil nama Diana yang sedang berlari meninggalkannya di sini.Sia-sia dia menjerit nama gadis itu. Sedangkan gadis itu langsung tidak mengendahkannya langsung.Di sebalik semak yang memisahkan dua insan yang baru sahaja bertemu itu, ada seseorang yang ralit menyaksikan adegan itu. Sakit hatinya dengan apa yang berlaku. Tahulah dia macam mana nak ajar Diana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience