Rate

Bahagian Dua

Short Story Completed 892

Nurul Nisrina baru melangkah keluar dari perut kereta Perodua Bezza miliknya. Wajah jelita dan pemakaian berfesyen ala-ala artis membuatkan dia menjadi tumpuan orang ramai. Hampir semua mata terpana ke arahnya.


"Hai si cantik manis. Pakai baju seksi, lawa-lawa macam ni nak pergi mana?" sapa seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. Lelaki itu tersenyum nakal. Di sebalik cermin mata hitam yang dipakai sepasang matanya tidak berhenti meneliti Nisrina daripada atas sampai ke bawah. Ketika itu Nisrina memakai baju yang cukup ketat menampakkan bentuk tubuh. Masakan tidak jika dia menjadi santapan mata-mata jahat.

Nisrina terus berjalan. Sapaan itu langsung tidak dihiraukan. 'Kurang ajar betul. Macam tak pernah nampak orang perempun. Korek biji mata kang baru tahu,' bebel Nisrina di dalam hati.


"Amboi, sombongnya awak! Muka cantik, body pun dah mantap tapi sayang sombong gila," ujar Zafran.


"Orang perempuan memang macam tu. Suka pakai baju ketat-ketat. Suka tayang dengan free. Benda free tak kan orang tak nak tengok? Lepas tu bila orang tengok tahu pulak nak marah, tahu pula nak salahkan orang lelaki. Hairan bin pelik. Padahal semua tu berpunca daripada diorang sendiri. Menyampah betul," sampuk Afiq.


"Zafran, Afiq, kita ni sebagai lelaki kenalah jaga pandangan jugak. Jangan nak salahkan orang perempuan je," tegur Ilyas yang turut berada di situ.


"Iman aku ni senipis bawang tau tak? Dah diorang pun tayang macam tu je apalagi tengok je lah. Siapa suruh suka tayang?" spontan Afiq bersuara. Ilyas menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicaranya.


"Rasulullah SAW bersabda, ada tiga mata yang tidak disentuh oleh api neraka. Yang pertama mata yang menangis kerana takut Allah, yang kedua mata yang berjaga di jalan Allah, dan yang ketiga mata yang menjaga pandangan daripada perkara yang diharamkan Allah," ucap Ilyas dalam nada yang tegas.


"Kalau ternampak sekilas yang macam tadi tu, cepat-cepat tengok ke arah lain. Palingkan pandangan kita. Dalam surah An-Nur ayat 30 Allah SWT berfirman yang bermaksud, katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan," beritahu Ilyas lagi.


Afiq dan Zafran berpandangan sesama sendiri. Mereka terdiam seribu bahasa. Hati yang lalai sedikit tersentuh. Keduanya kehilangan kata-mata. Teguran daripada Ilyas tidak dibahas sama sekali.


Sementara menunggu pelanggan datang, Dahlan melabuhkan punggungnya ke sebuah kerusi. Peluh yang memercik di dahi dilap menggunakan sehelai sapu tangan. Sebotol air mineral dicapai lalu diteguk perlahan-lahan. Cuaca panas membuatkan tekaknya berasa kering sahaja.


Dahlan menyeluk poket seluarnya. Telefon pintar segera dikeluarkan. Dia melog akaun laman muka bukunya yang sudah lama tidak terurus. 'Scroll' punya 'scroll' dia ternampak lambakan gambar kakaknya di laman sosial itu. 670 'likes' , 200 'comment.' Rata-rata orang meninggalkan komen berbaur pujian pada gambar tersebut.


Dahlan menepuk dahi. Hatinya dihujani perasaan bersalah yang teramat. Nurul Nisrina semakin hanyut dibuai dosa. Gambar yang tidak menutup aurat dimuatnaik secara sengaja. Sesiapa pun boleh mencuri gambar itu lalu ditatap setiap hari dan mungkin akan dijadikan koleksi peribadi. Paling menyedihkan selagi gambar itu tidak dipadam dan selagi orang lain masih melihatnya selagi itulah dosa terus mengalir.


Nurul Nisrina pula tersenyum bangga kerana mendapat pujian melambung tinggi. Jiwanya puas. Dia yakin berbekalkan kecantikan yang dimiliki bila-bila masa sahaja dia boleh jadi terkenal di alam maya. Semakin hari bilangan 'followers'nya juga semakin ramai tak kira di laman muka buku atau pun instagram.


Dahlan tidak berhenti menasihati. Semangatnya tidak pernah mati untuk membimbing kakak kesayangannya. Sampai ke titisan darah terakhir sekali pun dia cuba berusaha sebaik mungkin. Nurul Nisrina adalah amanah yang ditinggalkan oleh arwah kedua orang tuanya.


"Kak Ina tolong delete semua gambar akak kat fac dan instagram tu," rayu Dahlan. Dia duduk di sebuah sofa berhadapan dengan kakaknya.


"Apa lagi ni Lan? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" Nisrina mula memberontak.


"Gambar akak yang tak tutup aurat tu tolong delete cepat-cepat. Dosa tau tak. Makin ramai orang tengok dosa tu akan terus mengalir. Dan tolonglah jaga aurat akak. Pakai baju yang sopan, yang betul-betul menutup bukannya membalut," tegur Dahlan.


"Kau siapa nak tentukan dosa pahala aku hah? Kau sendiri yakin ke kau tu banyak pahala? Apa masalah kau ni Lan tak jemu nak nasihat aku macamlah kau tu baik sangat. Tolong eh tolong cermin dulu diri sendiri sebelum nak betulkan orang lain!" herdik Nisrina dengan berang. Dia merenung Dahlan dengan tajam bagaikan seekor singa yang kelaparan. Ikutkan hati mahu saja dia menampar adiknya itu.


"Rasulullah sendiri pernah cakap, golongan wanita lebih ramai di dalam neraka salah satunya disebabkan mereka tidak menjaga aurat. Lan tak nak akak termasuk dalam golongan yang Rasulullah sebutkan tu. Kak Ina, Lan nak kita sama-sama menuju syurga Allah. Kita sama-sama cari redha Allah," pujuk Dahlan lagi.


"Kau rasa aku ni confirm ke masuk ke dalam neraka? Dan kau tu confirm ke masuk dalam syurga? Kau siapa nak tentukan nasib aku hah!" kata Nisrina lagi. Suaranya semakin meninggi. Kalau boleh biarlah seluruh jiran mendengar suaranya. Dia tidak peduli asalkan dia bebas dengan pilihan sendiri.


"Astaghfirullah hal 'azim. Bukan macam tu kak. Wallahi, Lan bukan nak hukum akak. Lan tegur akak sebab Lan sayangkan akak dunia akhirat," balas Dahlan. Air matanya hampir saja menitis.


"Hoi budak buta sebelah mata. Dengar sini. Kubur pun masing-masing, so lantak akulah nak pakai baju macam mana, lantaklah aku nak post gambar free hair ke. Bukan urusan kau pun. Kau uruskan jelah dunia kau sendiri. Kalau kau tak suka dengan cara aku kau keluar je lah dari rumah ni. Ala rumah ni pun aku yang bayar bukannya kau. Kau tu cuma menumpang je. Sedar diri tu sikit. Aku boleh je hidup tanpa kau. Aku tak perlukan adik tak guna macam kau. Dahlah buta sebelah, muka pun tak handsome, kerja pun jual nasi lemak je, pelajaran pun tak ada. Apa je yang kau ada? Lainlah macam aku, semua benda aku ada. Kau?? Kau sebenarnya dengki dengan aku kan sebab tulah kau asyik cari kesalahan aku. Orang macam kau lebih baik mati je terus masuk dalam kubur kan bagus. Aman hidup aku!" ucap Nisrina panjang lebar. Dahlan terdiam. Ayat makian yang baru dilontarkan itu ibarat guruh membelah bumi.


Nisrina bingkas meninggalkan Dahlan seorang diri. Dia memanjat anak tangga. Pintu bilik dihempas kuat-kuat melepaskan rasa geram terhadap adiknya.

Dahlan terjelupuk di lantai. Dia kehilangan kata-kata. Buat seketika dia mula terkenangkan nasib diri sendiri. Nilai ketabahan yang selama ini tersimpan rapi di dalam hati tercicir entah ke mana.


Dahlan memejamkan mata. Dia cuba melupakan bicara Nisrina tadi. Tetapi gagal. Sakit hatinya bagai ditusuk dengan sebilah pedang tajam. Seumur hidup dia tidak pernah dicaci sebegitu. Dalam sakit hati sempat dia berdoa, "Semoga akak dikurniakan hidayah. Aamiin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience