Empat Puluh Dua

Other Completed 44787

Cinta siap membersihkan badannya. Dia berlalu keluar dari kamar mandi dan ingin mengeringkan rambutnya yang basah.

Suaminya naik bersama dulang yang berisi Meggie ayam dan Air suam dan susu segelas.

"Hmmm Abang." Kata Cinta terhidu bauan Meggie yang membuatkan liurnya kecur.

"Nah. Demi Sayang dan baby. Abang takkan halang." Kata Luthfi.

"Thanks By." Kata Cinta.

"Hmm kan elok Sayang oanggil Abang dengan gelaran tu." Kata Luthfi memancing Isterinya.

"Hmm betul jugak kan. By" Kata Cinta lagi.

"Ni nak panggil ke nak goda Abang ni?" Tanya Luthfi.

"Erm dua dua." Kata Cinta sambil ketawa manja.

"Tolong lah Sayang jangan goda abang macam ni. Kuatkan Iman ku ya Allah." Doa Luthfi didepan isterinya.

Cinta makan Meggie yang dimasak oleh Luthfi hingga habis.

"Alamak. Abang nak ke?" Tanya Cinta merasa bersalah terhadap suaminya.

"Abang masak untuk Sayang. Lepas tu makan ubat ni." Kata Luthfi. Ubat yang ada dalam sampul surat bersama dengan surat yang diberikan Cinta padanya tadi.

"Banyak nye." Kata Cinta dengan wajah tak puas hati.

"Makan je. Atau." Ugut Luthfi yang mula mendekatkan wajahnya pada Cinta.

Telan liur Cinta dibuatnya. Wangian lelaki itu membuatkan dia sentiasa angau sama seperti Luthfi. Angau oleh bauan Isterinya.

Selesai menelan ubat dan meminum susu, Luthfi membawa semula dulang tadi kedapur.

Luthfi masuk semula dan melihat isterinya sedang leka dengan laptop didepannya.

"Abang. Kita jalan jalan nak." Tanya Cinta.

"Tadi cakap penat." Tanya Luthfi.

"Terfikir lah Cinta, betulke Cinta mengandung ni." Kata Cinta.

"Kenapa?" Tanya Luthfi.

"Cinta taknak Abang terlalu berharap. Sebab Abang tahukan separuh dari rahim Cinta dibuang." Kata Cinta.

"Ye. Tapi dah lehendak takdir. Sayang mengandung." Kata Luthfi.

"Takut nanti abang dah terlalu mengharap, tup tup rahim Cinta kosong." Kata Cinta.

"Sayang takut Abang kecewa?" Tanya Luthfi.

Cinta menganggukkan kepalanya.

"Ok. Baiklah kita keklinik." Kata Luthfi.

"Cinta macam ni je. Malas nak ganti pakaian lagi." Kata Cinta.

"Apa apa je Sayang. Yang penting Sayang tetap cantik dimata Abang." Kata Luthfi.

Cinta menyarungkan tudung express kekepalanya. Dia mengaduh kesakitan kerana terkena luka didahinya.

"Pelan sikit." Kata Luthfi.

Dia memimpin tangan isterinya menuruni tangga. Dan berlalu masuk kedalam kereta. Luthfi memandu dalam kelajuan sederhanaenuju keklinik Swasta ibu anak yang ada tak jauh dari Firma guamannya.

"Tahniah Puan, Encik. Kandungan Puan dah masuk 2 minggu lebih." Kata Doktor itu.

"Betul ke ni doktor?" Tanya Cinta.

"Betul Puan." Kata Doktor itu.

"Tapi tak percaya je, saya mengandung. Rahim saya dah kena buang sebelah." Kata Cinta lagi.

"Takde masalah nakengandung jika rahim Puan hanya tinggal sebelah. Cuma risiko untuk keguguran diawal kehamilan tu tinggilah." Kata Doktor itu lagi.

"Maksudnya.?" Tanya Luthfi pula.

"Macam ni Encik, Isteri Encik ni memang boleh mengandung. Walaupun hanya dengan separuh rahim. Dan jika rahim ouan jenis subur memang senang jadilah." Kata Doktor itu.

"Cuma sekarang kandungan Puan masih dalam fisrmester. Tahap pertama. Jadi risiko untuk kandungan gugur tu tinggi. Sebab tu, Saya sarankan Untuk Papa dia ni, pastikan Ibu dalam keadaan stabil emosi juga main peranan. Pantau si Ibu. Jangan suruh buat kerja berat. Hinggalah masuk tahap kandungan yang kedua." Kata Doktor itu.

"Cuma saya nak bagitahu, Perut siibu takkan besar macam ibu ibu yang mengandung kat luar. Dia hanya akan besar sikit je." Katanya lagi.

"Baik doktor. Saya akan pantau." Kata Luthfi.

"Ok. Ni buku pink, Ibu bawak setiap bulan untuk checkup ye. Dan ni ubat Ibu harus makan ikut waktu yang diberikan." Kata doktor itu.

Mereka akhirnya keluar dari Klinik selepas menebus ubat dikaunter.

Didalam kereta, Tak lepas genggaman dijemari si isteri. Tak percaya dia akan ada Zuriat yang lahir dari rahim isterinya.

"Kenapa sengih ni?" Tanya Cinta.

"Abang tak sabar nak tengok Junior." Kata Luthfi.

"Masih baru kot." Kata Cinta.

Cinta terlihat ada gerai Soto ditepi pantai. Rasa ingin makan waktu tu datang membuak.

"Abang. Kita makan kat sana." Kata Cinta.

"Kat mana?" Tanya Luthfi.

"Dekat gerai tu." Tunjuk Cinta.

"Ok kejap abang Parking dulu." Kata Luthfi.

Mereka menapak kearah gerai yang ditunjuk Cinta tadi.

Cinta memesan Soto Urat dengan Air kelapa, Manakala Suaminya Teh aks lemon dan Soto makasar.

"Erm sekarang dah terbukti. Jadi Sayang nak minta claim dekat Abang." Gurau Cinta.

"Claim apa?" Tanya Luthfi.

"Hermm macam si Al, dia claim dekat Panglima diatas kecederaan yang dialami. Dan Cinta nak Claim lah dekat Abang." Kata Cinta.

"Eh eh Sayang cedera sebab Misi nak claim dengan Abang pulak." Kata Luthfi.

"Haihh memang macam ni ke kawen dengan orang tua ni?" Kata Cinta lemah.

"Abang dengar ok." Kata Luthfi.

"Cedera dekat Misi esok atau lusa Cinta claimlah. Ni Cinta nak Claim sebab Abang buat Cinta digugurkan dari semua Misi lepas ni." Kata Cinta.

Luthfi yang faham apa yang dikatakan isterinya ketawa lepas.

"Eh eh. Tu mana boleh claim Sayang Oi." Kata Luthfi.

"Alaa boleh lah." Kata Cinta memujuk.

"Sayang nak apa?" Kata Luthfi.

"Motor kawasaki or BMW 1000cc." Kata Cinta.

"No. Tak boleh. Kalau sayang mintak lain mungkin Abang akan tunaikan." Kata Luthfi.

"Takpelah kalau tak dapat." Cinta memunjungkan bibirnya merajuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience