Bab 2- Kebencian

Romance Series 60814

Bab 2

Bertahun sudah berlalu..

Danin minum berseorangan malam ini. Dia tidak mahu menemani atau ditemani sesiapa. Dia mahu menyendiri. Terserempak dengan lelaki yang pernah bertahta di hati petang tadi.. pastinya bukan sesuatu yang mudah. Dia pernah berkongsi hidup dengan lelaki itu malah berkongsi rasa yang sama kini. Mereka saling membenci sesama sendiri. Pasti hatinya tak dapat menipu saat terlihat wajah si bekas suami. Kenangan lama kembali mengusik jiwa yang dah lama mati.

Sedikit sebanyak pertembungan tanpa sengaja itu mengganggu emosi Danin.

Tahir membencinya kerana dia telah memaksa lelaki itu dalam ikatan perkahwinan tanpa rela. Manakala dia membenci si bekas suami kerana cintanya langsung tak dihargai dan tidak bernilai bagi lelaki itu. Murah!

Air di dalam gelas dipandang lama sebelum diteguk habis.

I hate him. Gumam Danin.

Setiap kali mengingati detik akhir perbincangan bersama Tahir, setiap kali itu rasa benci meluap dalam hati Danin.

Kau tak layak untuk memiliki cinta aku Tahir.. Kau tak layak! Sekarang puas hati kau? Hidup bebas tanpa aku dan dapat bersama dengan dia yang kau cinta? Puas Tahir?!

Gelas digenggam kuat. Mata Danin terpejam rapat. Ya, dia sangat berdendam dengan lelaki bernama Tengku Tahir itu.

Sedikit air mata amarah yang tiba-tiba jatuh dari tubir matanya lekas ditolak kasar. Don't cry! Danin don't cry!

---------------

Flashback.

"Kenapa.. kenapa awak terseksa hidup dengan saya? Why? Apa yang tak kena pada saya Tahir?"

Tanya Danin setelah Adam pergi. Sakit dia menahan rasa sepanjang Adam ada bersama mereka. Dia mengawal air mukanya sebaik mungkin kerana tidak mahu Adam menghidu sesuatu yang tidak baik bakal berlaku dalam perhubungan mereka.

"So..you heard everything?" Tebaknya santai, memeluk tubuh dengan kening diangkat. Wahh. . tanpa bersalah ya kau!

"Yes I am. Saya dengar semuanya dan itu sangat sakit."

"Answer me , Tahir. Jangan buat saya seolah tiada perasaan. Why? Kenapa terseksa? Teruk sangat ke saya ni? "

"Kau nak tahu sangatkan? Yes, Danin Sefiyya. Kau sangat teruk."

" Apa yang teruk? Apa yang dah saya buat pada awak? Bahagian mana yang saya seksa awak? Adakah mencintai awak dengan sepenuh hati saya, berarti penyeksaan total bagi awak?"

Lelaki itu mengangguk. Memang pun! Bagus pun kau sedar. Aku tak hadaplah cinta kau. Sikit pun tak hamak.

"Kenapa buat saya macam ni?"

Tahir gelak? Kau tanya? Air mata Danin dibuang pandang.

"Sebab dari dulu kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku."

"I am your wife!

"No! Aku tak pernah anggap kau isteri. Hakikatnya kau bukan sesiapa. Kau bukan kawan aku, bukan saudara aku dan bukan juga wanita yang nak aku angkat sebagai yang istimewa dalam hati aku. Kau yang terhegeh-hegeh sampai hilang rasa malu."

Makin hancur hati Danin. Kau terlalu jujur wahai suami..

"Jadi kenapa kita berkahwin?"

"Sebab aku tak diberi pilihan."

"Maksudnya?"

"Mummy paksa aku untuk terima kau sedangkan aku langsung tak suka. Tengok muka kau pun aku tak sudi apatah lagi nak buat bini.Aku bertahan selama ini untuk Mummy. Tapi hati aku sekarang dah berpunya. I can't resist Her anymore. I want her! "

Tengku Tahir hanya pandang sahaja air mata Danin yang mencurah-curah jatuh laju ke bumi. Simpati? Entah. Hatinya tiada rasa kini.

"Awak sedang menghina saya dengan perkahwinan ini Tahir. Perkahwinan yang saya bina dengan rasa Cinta telah awak musnahkan dengan kebencian awak terhadap saya yang bukan sedikit. Tiada penghinaan yang lebih besar bagi seorang isteri apabila dia tahu suami dia terseksa hidup dengan dia."

Tahir diam. Dia juga tak rasa untuk mengungkapkan kata maaf atas bicaranya yang menyakitkan.

"Siapa perempuan tu?"

Mata mereka bertentangan. Lama. Mungkin Tahir tak jangka Danin akan bertanya soal itu.

"I can't tell you."

" Why can't?!" Danin kian membara. Tak cukup dihina, malah lelaki itu merobek jiwanya dengan sangat dahsyat.

"You want to protect her, is it? From me??" Danin bersuara tak percaya.

"Awak takut saya sakitkan dia? Saya lempang dia? Saya rosakkan muka dia? Do you think I will do that?"

Jahat sangat ke aku ni?

Tahir tak bersuara. Ya.. mengenali Danin yang obses, dia tahu wanita itu akan melakukan sesuatu yang buruk pada wanita yang mula bertapak di hatinya.

"Seteruk itu saya di pandangan mata awak?"

Tahir kekal diam. Danin pendam rasa sakit hati yang dalam. Air mata yang menitis laju diseka kasar lagi. Kenapa kau nak menangis Danin? Jantan macam ni tak layak kau buang air mata! Marah dirinya. Dia tarik nafas dalam. Pandang Tahir dengan tepat.

"Dia lebih mencintai awak dari saya?" Lirih suara Danin namun ada rasa sayu dalam ketegasan di situ.

"Aku tak tahu. Yang aku tahu, aku cintakan dia dan aku taknak kehilangan dia."

"Saya? Bagaimana dengan saya? Apa cinta saya langsung tak bermakna untuk awak? Saya cintakan awak sepenuh hati saya Tahir... "

"Danin Sefiyya.. I don't love you."

"How could you! Saya bagi awak cinta, tapi awak balas dengan penghinaan. Sampai hati awak.

I am you wife Tahir..Your official wife. Saya lebih layak dicintai."

"Aku tak mampu jadi suami yang baik untuk kau. Kita akan bawa haluan sendiri."

Danin tekup muka. Malu bila nyata si suami nak buang dia.

"Berapa lama awak kenal dia?" Suara Danin pasrah.

"Tak perlu untuk kau tahu."

"Perlu.Sebab saya cintakan awak dari dulu hingga kini. Tak pernah pun rasa cinta ini terluak.

Saya perlu tahu Tahir..untuk saya beralah dengan tenang. Saya perlu tahu untuk saya sedar yang nilai cinta saya terlalu murah di mata awak. So tell me.. berapa lama? Berapa lama masa yang awak perlukan untuk jatuh cinta dan serahkan hati awak pada dia. Please..tell me.."

"Dua bulan."

Dua bulan? Danin tergelak dalam sebak.

"Jer? Cinta saya lebih dua dekad untuk awak, Tahir! Langsung awak tak nampak. Saya terpaksa mengalah untuk wanita Dua bulan awak itu?"

Diamnya seorang Tahir buat Danin makin sakit hati.

Kenapa cinta aku terlalu dalam untuk kau? Dan kenapa aku tak mampu jadi wanita yang kau cinta?

"Kenapa saya tak mampu jadi satu-satunya perempuan yang awak cinta? Jujur lah dengan saya Tahir. Saya nak hidup atas kejujuran awak."

"Sebab kau murah. Cinta Kau Murah. Kau jatuh cinta pada orang yang salah, pada orang yang tak ada hati pada kau dan tak teringin nak letak kau dalam hati."

"Thank you Tahir.. Thank you very much." Hati Danin bersuara.

"Aku akan ceraikan kau."

Mata mereka berlaga. Danin ketap bibir lama sebelum bersuara dan melempar sesuatu tepat di atas meja, dekat dengan suaminya.

"Boleh.Tapi bukan sekarang."

"Ohh shit! Drama apa lagi kau nak buat? Kau tak faham bahasa ke? Kau tak nampak ke aku memang tak suka kau?"

"I am pregnant."

Bagai halilintar. Mata lelaki itu membulat, wajahnya makin tegang.

Shit! Marah Tahir kuat hingga menumbuk kuat meja cermin di depannya. Pecah berderai.

Danin terkejut.

"Kau memang perempuan puaka! Tak habis-habis kacau hidup aku. Dulu Mummy, sekarang baby. Kau nak aku terikat dengan kau berapa lama?! Sampai bila?! Benda ni bullshit! " Alat Pregnancy Test itu dilempar menjauh saking marahnya dia.

Danin terkaku tak terkata saat alat itu mendarat ke lantai setelah pecah dibaling ke dinding.Luluh hati.

Dia sangat gembira dengan perkhabaran kehamilannya pagi tadi tetapi reaksi lelaki itu kelihatan sangat berbeza. Tanpa sedar, jiwa Danin parah terluka. Sedaya mungkin air mata ditahan agar tidak jatuh lagi.Cukup.
"Kau dengar sini Danin. Aku akan pastikan kau terluka bila bersama aku. Sebanyak mana derita yang aku hadap, kau pun akan merasainya. Jangan menyesal bersuamikan lelaki macam aku!" Tahir beri amaran sebelum ingin mengorak langkah pergi.

"Saya tak pernah berniat untuk ikat awak dalam hidup saya. Saya tak pernah paksa awak untuk kahwin dengan saya." Danin bersuara perlahan. Ada nada esakan sebak disitu. Bergetar suara yang dituturkan.

"Tak ikat? Tak paksa? Tapi kau buat Mummy aku sampai sayang gila kat kau. Kau buat Mummy hanya nampak kau. Kau ingat aku nak kat kau? Perempuan murah! "

"Bie.. "

"Stop Calling me that! Bie Atok kau! Aku jijik dengan kau. aku meluat, aku menyampah. Kau boleh berambus dengan anak kau. Masa untuk aku berdrama boleh terima kau dah tamat. Sekarang tiada apa lagi yang perlu aku sorokkan dari kau. Aku muak!"

" Tahir... " Bergetar suara Danin. Pandangan redupnya tak mampu memberi bekas di hati Tahir yang sedang panas.

"Saya faham awak tak suka saya. Saya pergi Tahir. Saya pergi. Tapi lepas anak ini lahir.

Saya takkan seksa hidup awak lagi. Saya lepaskan awak Tahir. Lillahi Taala saya lepaskan awak. Saya rela melepaskan dari terus dibenci."

Tahir merengus kuat.

"Aku harap budak ni mati!" Balas Tahir tepat ke perut kempis Danin.

Tahir kembali mengorak langkah, berlalu pergi. Pintu rumah dihempas kuat. Terhinjut bahu Danin.

----------------

Masa kini..

Ya Tahir.. Kau menang. Setiap kata-kata kau menjadi nyata.

Gelas digenggam kuat. Wajahnya dipalit rasa amarah yang bukan sedikit. Tahir, aku benci kau untuk selamanya..

Jangan muncul lagi depan aku..

********

Share this novel

Siti Rohani Idris
2024-02-15 15:59:09 

Dont cry Danin. He's not worth it


NovelPlus Premium

The best ads free experience