Bab 11

Drama Series 3858

Waktu malam, di rumah Musalmah.

 

Selepas masak, Musalmah melayani adiknya makan. Ayah yang baru pulang dari surau turut ikut sama menjamah nasi sekadarnya. Sunyi. Ruang makan itu tidak riuh mana kerana ayah jenis yang tak suka bercakap bila sedang makan.

          “Lepas makan, buat kerja sekolah. Lepas tu baru tidur ya.” Ucap Sayang Musalmah pada adiknya. Maizurah angguk kepala. Air dalam cawan diteguk hingga separuh. Langkahnya bertitir ke depan. Musalmah kemas meja makan. Dia lihat ayahnya sedang mencari-cari sesuatu di almari buku.

          “Cari apa ayah?”

          “Surat mati arwah mak kamu. Dulu ayah letak di sini. Entah ke mana pula. Ada kamu nampak?”

          “Err... ada. Mah ambil dan simpan di bilik Mah.”

          “Bawakan ke mari.”

Musalmah angguk kepala. Penyapu di tangan disendengkan ke dinding dan langkahnya naik memijak tangga ke atas. Tidak lama kemudian, dia turun dengan satu kertas empat segi berukuran 5A di tangan. Kertas itu langsung diberikan pada ayahnya.

          “Petang esok, kamu siapkan adik kamu ya. Lepas isya’ kita gerak ke Lumut.”

          “Tidur sana ke yah?”

          “Eh tak lah. Balik!”

Musalmah angguk kepala. Dia menyudahkan kerja menyapunya yang tertunda tadi. Saat kakinya sampai di bangku yang diduduk Pak Daim, matanya mereling sedikit melihat kertas putih berhelai-helai yang sedang dipegang oleh lelaki itu. Borang Pengantin Lelaki. Perkataan itu masuk ke matanya. Musalmah tarik nafasnya dalam-dalam. Perasaannya jadi berkecamuk semula. Hasratnya untuk meminta ayah membatalkan pernikahan itu seperti sudah sia-sia.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience