Episode 20

Adventure Series 25852

Episode 20-eyka_aqua

Di terminal KGEKT,

Perayaan manisan adalah perayaan yang sentiasa dikaitkan dengan pasangan kekasih. Perayaan ini disambut oleh seluruh pelusuk Aqua, mereka akan menyediakan manisan bersama keluarga dan berkumpul suatu tempat yang luas dan ramai orang untuk berkongsi manisan mereka buat dengan dengan jiran atau orang sekeliling mereka walaupun tidak dikenali.

Perayaan ini selalu dikaitkan dengan pasangan kekasih. Mereka akan melakukan aktiviti berjemaah dimana masing-masing meluahkan perasaan cinta sambil menghulur manisan kegemaran pasangan. Simbolik dengan sejarah mereka bagaimana wujudnya perayaan manisan.

Terdapat mitos yang sudah disejarahkan tentang Perayaan manisan.

#################

"Las~!" Suara seperti kucing kedengaran mula kedengaran dalam gegendang telinga lelaki itu.

"Sah! Suara nada macam kucing ni.. Sabrina." Kata Las dalam hati sambil memaling wajahnya ke kiri. Cuba mencari kelibat Sabrina.

Mata dapat menangkap sebuah figura yang indah dimatanya. Gadis yang comel berlari anak ke arahnya. Sabrina memakai baju sama warna denganya. Kemeja-T hijau berlengan putih dan seluar jean putih corak bunga sakura berwarna hijau dihujung seluarnya.

“Cantik.” Las sempat memuji Sabrina perlahan sebelum melambai tangan kearah Sabrina.

Sabrina memberi senyuman yang indah. Terasa jiwa lelakinya sedikit goyah. Diri cuba menghilangkan gudah hati dengan berdehem. Nasib baik wajahnya terhalang dengan pakaian penutup mulutnya.

"Maaf sebab lambat!! Lama ke awak tunggu?" Kata Sabrina sambil tercunggap. Pasti gadis ini berlari untuk mengejar masa ke sini.

Entah mengapa terasa gembira pula hati Las apabila memikirkan hal itu.

"Hurm? Taklah.. Aku baru sahaja sampai.”

"Awak memang dekat sini ke masa awak telefon saya tadi?" Wajah Sabrina menunjukkan dia risau kerana terlambat.

"Aah.”

“EH?? Serieslah?” Nada terkejut jelas kedengaran.

“Ada nampak aku tipu kau ke?” Las sengaja mendunga.

Hatinya mahu sahaja gelak guling-guling. Sengaja dia mahu mengusik sedangkan ketika dia menelefon gadis itu dia sedang memakai baju.

“Weh… Maaf..” Suara Sabrina kendur.

“Tiada maaf bagimu.” Las sengaja membalas sebegitu. Dia bergerak ke lift angin. Dia meninggalkan Sabrina dibelakang. Lagaknya seperti mereka yang sedang marah.

Sabrina mula tidak keharuan apabila layanan Las sebegitu sedangkan Las tidak pernah begitu saat mereka bersama. Sabrina mengejar Las dengan lari anak. Dia perlu meminta maaf lain kali. Las dan Sabrina memasuki lift angin bersama.

####################

Mereka sampai ke bahagian atas terminal Keretapi Graviti Elektronik Kelajuan Tinggi atau KGEKT atau KGE. Suasana berbeza jelas kelihatan dimata mereka.

"Jom pergi terminal 7." Ajak Las sambil matanya membaca jadual perlepasan ke Bandaraya Metropolitan Matahari.

"Terminal 7? Maksudnya landasan 7lah kan?" Tanya Sabrina. Sudah lama dia tidak menaiki KGE, terasa kekok pula.

Las mengangguk kepala sebelum melintasi laluan bertutup seperti jabatan untuk melintasi laluan keretapi graviti elektronik yang luas dibawah mereka.

#################

Mereka langsung tidak berbual semasa berjalan diatas jabatan. Difikiran Las ketika itu, dia sedang merancang sesuatu dimana dia boleh menggenakan Si Arsh. Berani dia keluar bertemu janji dengan senior. Pelbagai idea jahat difikiran Las.

Sabrina pula mula tidak keharuan apabila Las langsung tidak berbual atau mengalih pandang padanya.

Adakah Las marah sangat? Sabrina menarik nafas sedalam boleh dan menahan seketika sebelum menghebus perlahan-lahan. Baiklah, Dia akan mula dahulu perbualan.

"Kita nak pergi mana?" Sabrina cuba bertanya Las.

"Kan aku dah cakap tadi.. Pasaraya Mega Pavi." Kata Las bagaikan sedang menyindir Sabrina. Dia tidak berniat untuk menyindir Sabrina saat itu.

"Saya…Lupa..pula..ha..ha..haha~" Sabrina cuba gelak. Tidak menyangka Las menyindirnya pula.

Las menyedari ketidak ikhlasan dalam ketawa Sabrina lalu mengalih pandangan ke belakang dan mengetuk perlahan kepala Sabrina. Perlahan tetapi cukup kuat terasa.

“Aduh! Apa?? Sakitlah!” Sabrina menutup kepalanya.

"Tak payah nak buat muka sedih. Jangan risau aku tak marah kau lambat tadi. Aku tau bila perempuan bersiap memang “laju”.” Ujar Las sambil mengosok perlahan kepala Sabrina.

“Tengok tu! Dalam memujuk sempat dia menyindir!” Sabrina mengomel dalam hati. Dia mula menjuih mulutnya.

Las yang mendengar kata hati Sabrina ketawa kecil. Dia menarik hidung Sabrina sebelum bergerak ke kerusi graviti. Lagi 30 minit sebelum keretapi sampai.

###################

Las menjeling ke arah Sabrina yang duduk di kanannya sambil termenung landasan terminal. Matanya bagaikan berserabut memikirkan sesuatu yang tidak dapat dibaca oleh Las.

Apa yang dia fikirkan agaknya?

"Sabrina."

"Urm?" Memandang kearah Las seketika sebelum kembali memandang landasan.

"Kau tak nak bagi ke manisan dekat Arsh?" Las sengaja menguji Sabrina.

"Manisan?" Wajah Sabrina merah apabila nama jejaka itu disebut. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki mesti Arsh?

"Yelah. Lagi tiga harikan nak ada pesta perayaan manisan."

"Kenapa kena bagi dia? Bukan ke kita memang makan beramai-ramai?" Sabrina mengerut kepala.

Bukankah perayaan manisan perlu makan beramai-ramai ditempat lapang?

"Alahai. Selama dia hidup ni. Dia tak tahu ke kenapa perayaan manisan ni sangat terkenal?" Las berbicara dalam hati.

"Sebelum ni kau sambut dengan siapa?"

"Apa? Perayaan manisan ni?” Tanya Sabrina semula. Las mengangguk kepala.

Suasana jeda seketika.

“… Dulu saya sambut dengan keluarga masa mak saya masih ada dekat Bandaraya Bulan…" Jawab Sabrina bersahaja.

"Bandaraya Bulan?"

"Aah. Saya bukan penduduk lama dekat Bandar Aqua ni. "

“Oh.. patutlah..” Bisik hati si Las.

Dia amat mengenali Bandaraya Bulan. Bandaraya Bulan adalah Bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Serpen, penduduk sana terkenal dengan makanan manis yang tinggi khasiat dan kurang kolestrol serta lemak. Penduduk Bandaraya bulan adalah penduduk yang majoriti mahir menggunakan magis dalam masakkan mereka tetapi magis mereka bukan digunakan untuk berperang hanya sekadar diguna pakai dalam masakkan. Mereka sangat ramah dengan orang sekeliling.

Bandaraya Bulan terletak di utara Bandar Metropolitan Matahari kira-kira 630 km manakala dari Bandar Aqua untuk ke sana mereka perlu menaiki keretapi selama 5 jam.

"Kau kata kau sambut perayaan manisan ni masa mak kau ada. Mak kau dah tak adakan?" Teka Las.

"…Aah... Dah tak ada…Dia meninggal sebab penyakitnya." Terang Sabrina dengan suara yang serak.

"Jadi bila kali terakhir kau sambut?"

"Masa kita semua tahun 1 sekolah menengah bawah. Selepas saja kematian mak saya, ayah saya hantar saya ke rumah nenek dekat sini." Jawab Sabrina perlahan.

“Nenek?”

“Nenek dah tak ada…” Las mengusap kepala Sabrina perlahan cuba menenangkan hati Sabrina.

Entah mengapa suasana menjadi emosi. Orang sekeliling memandang mereka. Las menyedari hal itu, lalu mengusap air mata dijubir mata Sabrina.

"Ayah tak pernah jumpa dengan Brina selepas kematian ibu. Kenapa ayah buat Brina macam ni?? Kenapa?? Bila Brina pergi ke rumah ayah, ayah tak layan Brina. Ayah abaikan Brina macam Brina ni orang luar. Malah, itu hari, ayah pukul Brina sebab Brina tak nak balik rumah nenek sampai ayah ingat Brina." Las mendakap tubuh Sabrina yang hanyut dengan tangisan.

Orang sekeliling memandang Las yang sedang memujuk Sabrina yang teresak-esak menahan tangisan. Wajah Sabrina kini berada ditapak tangan lelakinya. Mata Sabrina tertutup kerana terasa jari Las mengesat air matanya.

"..." Las mendengar setiap butir tangisan Sabrina dan luahan hatinya tanpa berbicara.

"Pukul?" Las bercakap dalam hati. Las mengingati sesuatu.

"Jadi tempoh hari badan dia bekas luka dekat tangan disebabkan ayah dia??" Las bertutur dalam hati. Las terasa geram dengan tindakan ayah dia.

Las mengusap rambut Sabrina dengan lembut sehingga Sabrina berhenti menangis.

"Sabrina. Jom..."

"Jom?" Balas Sabrina sambil menarik nafas kerana hidung tersumbat.

"Jom sambut sekali perayaan manisan dengan aku, dengan Arsh, dengan senior Zulian dekat taman?" Pelawa Las.

Sabrina yang mendakap tubuh Las sesudah mendengar perlawaan Las.

Sabrina melepas tubuh Las apabila terdengar suara petugas terminal melaporkan kedatangan KGE.

"Nampaknya KGE dah sampai." Kata Sabrina sambil menunjuk landasan 7 dari biru cair bertukar biru pekat.

"Nah. Tuala ni lap air mata." Las menghulur sapu tangan kepada Sabrina.

"Terima kasih."

Mereka beratur untuk memasuki gerabak KGE. Mereka perlu menunjuk kad elektronik bertahta delima ditengah-tengahnya di pintu masuk sebelum dibenarkan masuk.

"Las..." Panggil Sabrina lembut.

Las menjeling seketika sebelum memandang petugas tiket untuk mengimbas tiket mereka berdua. Mereka dibenarkan masuk.

"Urmm? Kenapa?" Tegur Las sebaik sahaja mereka duduk di kerusi gerabak.

"Jangan bagitau Arsh eh? Yang aku menangis dengan cerita aku bagitau tadi."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku tak nak Arsh gelisah dan tak tenteram."

"Urmmm. Ok.." Balas Las sambil terfikirkan Arsh.

"Uishhh Arsh.. Sabrina comel giler masa dia menangis. Rugi kau tak ada. Pasti kau cair habis tadi." Kata Las dalam hati. Mulutnya mengukir senyuman.

Las memandang ke luar tingkap sambil memangku tangan kirinya manakala Sabrina mengeluarkan katalog mengenai manisan yang menjadi ikutan masa kini.

Las memerhati Sabrina dengan ekor matanya.

"Mesti hati dia bersemangat habis sebab pelawa dia sekali untuk perayaan manisan." Kata Las dalam hati.

"Las, Arsh suka manisan apa?" Tanya Sabrina.

"Arsh tak suka benda manis." Laju sahaja dia menjawab.

"Ehhhh?? Habis tu nak bagi dia apa?" Muka Sabrina kecewa. Las menahan ketawa dengan reaksi Sabrina.

"Kau bagi saja apa-apa. Mesti dia makan punya kalau kau bagi." Kata Las.

"Betul ke?"

"Iya."

#################

"Dalam kiraan 5 kita akan melepasi demensi B. 5..4..3..2..1.." Suara perempuan terminal bersuara dipembesar suara.

Sebaik sahaja mereka melepasi sepadan demensi B. Terus mereka memasuki Bandar Metropolitan Matahari

"Selamat datang ke Bandar Metropolitan Matahari. Bandar induk di Planet Aqua. Penduduk disini mencecah 2.5 billion penduduk. Di sini terletaknya, istana diraja di hujung Bandar Metropolitan Matahari. Sila menjaga adab dan displin ketika berada disini. Benda paling dilarang adalah berkelakuan kurang sopan atau berbahasa biadab dihadapan Tuanku Pemerintah." Suara automatik yang akan bergema setiap kali KGE melepasi demensi B sehingga KGE memasuki terminal terbesar didunia untuk menurun penumpang.

"Woahhhhhh!!!" Sabrina terpegun melihat Bandar Metropolitan Matahari.

Suasana yang sangat berbeza berbanding Bandar Aqua. Banyak kereta solar yang langsung tidak mengeluarkan bunyi serta asap ketika memandu. Bangunan yang unik, papan tanda yang berkonsep LED, warna bangunan yang menarik, setiap kenderaan ada laluan masing-masing, jalan utama atau highway dilengkapi dengan siren kecemasan berlaku kerosakan atau kemalangan, papan tanda hologram, jalan atas bangunan ada laluan angin untuk penghantaran barang. Ada taman di atas bangunan yang tinggi. Malah jika kita terjatuh dari tingkat atas bangunan ke jalan raya tidak menjadi masalah kerana ada sihir pengapung yang akan mengapung benda berjisim supaya tidak berlaku kematian. Boleh Nampak mereka terbang diudara menggunakan siistem graviti di kiri dan kanan KGE. Mereka yang terbang dilangit, agak jauh dari landas KGE kerana terdapat pendinding yang diaktifkan disepanjang landasan keretapi, kapal terbang dan jalanraya.

Bandaraya Metropolitan Matahari sedang meriah kerana seluruh Aqua akan menyambut perayaan manisan. Banyak banner hologram digantung disetiap tempat strategik, belon-belon pelbagai warna digantung di setiap kawasan dan dijual di kedai-kedai peralatan, mereka beramai-ramai mengecat dinding yang kotor, pasu bunga di cat dan dibersihkan, pokok-pokok digantung kertas perayaan malah ada yang mengantung patung mainan berkonsep manisan, ada yang sedang mencuba bunga api untuk diletupkan dilangit semasa perayaan manisan, ramai antara mereka membeli barangan untuk membuat manisan bersama kawan, keluarga, serta pasangan masing-masing dan boleh dikatakan sangat-sangat meriah. Bau manisan mampu dihidu oleh mereka yang baru sahaja keluar dari perut KGE.

Sabrina mampu melihat separuh dari metropolitan kerana ketinggian terminal KGE.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience