Bab 13

Fantasy Completed 13890

"kai!"

Shh.. Kai menunjukkan isyarat senyap sambil matanya memerhatikan sekeliling mereka. Deria baunya dapat menangkap satu bau yang tidak menyenangkan.

Dah kenapa pulak kai ni? Jane memandang pelik. Mata gadis itu pun ikut sama memerhatikan sekeliling. Ada apa apa ke?

"dah ikut aku masuk" arah kai sambil matanya dihalakan ke pintu.

Prakkk.. Pintu terbuka secara tiba tiba.

Bulat mata Jane memandang tidak percaya. Terkebil kebil matanya memandang pintu itu. Macam mana kai.. pintu tu...apa ni?!

Kai terus menarik tangan gadis itu masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rapat.
"duduk situ" arahnya lagi sambil menunjuk ke arah sofa.

"jap.. Jap.." jane merentap tangannya.
"kai.. Macam mana awak boleh tiba tiba muncul dekat sini?" tanya jane keliru. Berkerut dahinya memandang lelaki itu.

"ni rumah aku la kau tu yang sebenarnya buat apa kat sini budak" soal lelaki itu sambil mengangkat keningnya.

"err saya.. Saya ada hal lah" tipu jane. Matanya cepat cepat dialihkan ke arah lain. Aduuu.. Soalan bodoh apa kau bagi ni jane?! Dah terang terang ni rumah dia! Gadis itu mengetap bibir.

Kai tersenyum sinis. Oh.. Ada 'hal' rupanya.. Tak pe. "betul ke kau ada hal..atau..?" kai tersenyum sambil matanya di kecilkan. Dia berjalan mendekati gadis itu perlahan lahan.

"kai.." jane berundur setapak. Asal mamat ni?! Main dekat dekat pulak!

"kai! Jangan dekat." jane memberi amaran. Tangannya menghadang ke depan cuba menghalang tubuh kai yang semakin mendekatinya.

Kai tersenyum sinis. Sengaja dia meletakkan kedua tangannya ke dinding untuk menghalang gadis itu lari.

Jane tersekat. Macam mana nak lari ni? Hah! Jane tersenyum memandang kai sebelum tangannya menolak kuat tubuh kai ke belakang menjauhinya. Tubuh lelaki itu hanya bergerak seinci sahaja darinya. Aduh.. Berat nya dia ni!

Kai tersenyum sinis. Dia menolak semula tubuh jane rapat ke dinding dan mendekatkan wajahnya ke muka gadis itu. Bulat mata gadis itu memandang wajah kai yang begitu hampir.

Dup..dap..dup..dap jantungnya berdebar laju.

"hei budak lembik. kau datang sini sebab kau ade hal ataupun.. Kau dah jatuh cinta dengan aku?" bisik lelaki itu perlahan.

Apa?! Ma.. Mana ada! Deruan nafas jane menjadi laju. Pantas dia menggelengkan kepala. Nafasnya semakin sesak apabila dia dapat merasa bahang nafas lelaki itu di pipinya.

"baguslah. Sebab aku tak pernah anggap kau lebih dari permainan aku" bisik lelaki itu lagi dan terus berlalu duduk di atas sofa.

Jane terus terdiam tidak bersuara. Dia anggap aku permainan?! Gadis itu mengetap giginya kuat. "kai apa maksud awak?"

"kau bendul sangat ke tak faham maksud aku?" sinis kai berkata.

"kai awak ni kenapa? Kenapa tiba tiba aw.."

"kenapa apa?" potong kai.
"aku tolong kau selama ni sebab aku kesian.  Bukan sebab aku suka kau. Lagipun kau patut sedar diri." ujar kai lagi dengan nada sinis.

"sampai hati awak kai.." jane menggenggam penumbuknya untuk menahan perit di hatinya. Tak sangka.
"kalau saya tahu.. Lebih baik saya tak payah kenal awak kai!"

"mana mak saya?! " jane bersuara tegas sambil matanya merenung tajam ke arah kai.

Kai membalas pandangan jane. Dapat di rasakan aura benci gadis itu mula tumbuh. Dia tersenyum sinis. Misinya berjaya.

"aku tanya mana mak aku lah!!" jane meluru ke arah kai dan menarik baju lelaki itu dekat ke arahnya.

"Mak kau ada dekat bangsal belakang hutan." ujar kai. Dia hanya membiarkan perlakuan gadis itu. Matanya masih lagi merenung mata jane di hadapannya.

Hutan Belakang? Kenapa ade dekat bangsal? Pantas jane berlari menuju ke bangsal belakang di dalam hutan. Suasana senja semakin dapat dirasai. Keadaan hutan yang semakin gelap membataskan pergerakan gadis itu.

Aduh.. Baru senja, belum malam tapi dah gelap macam ni. Jane mula meraba raba tangannya ke depan. Takut terlanggar pokok. Tak pasal pasal benjol. Aduh! Tangan jane direntap seseorang.

"tulah tergesa gesa sangat dah tahu tak nampak asal tak bawak lampu suluh. Menyusahkan betullah kau ni" kai bersuara sambil menarik tangan gadis mengekorinya.

Jane menahan sabar. Tiba tiba baik apasal?
Tadi macam nak gaduh! Apasal lelaki ni pelik sangat hah? Suka hati je nak pegang tangan aku! Jane cuba merentap tangannya namun tidak berjaya. .

"tak payah nak kutuk aku. Kita dah nak sampai"
Kai bersuara tiba tiba. Dia tahu gadis itu sedang marah.

Jane menjeling. Sungguh dia mula benci lelaki itu.

Pergerakan jane berhenti apabila lelaki di hadapannya berhenti melangkah.

"jane. Mak kau ade dalam tu. Pergi la tengok."
Ujar kai sambil menunjuk ke arah bangsal usang.

Mak! Jane pantas berlari masuk. Kelihatan puan erika sedang terbaring lemah.
"mak! Mak! Ni jane mak" jane memeluk puan erika erat.

Puan erika membuka matanya perlahan-lahan. Wanita itu terbatuk kecil. Bibirnya menguntum senyuman lemah. Jane.. Anak mak.

"mak.. Mak okey? Mak sihat?" jane mengesat air matanya. Dia terlalu rindu akan ibunya ketika itu.

Puan erika hanya mengangguk. "mak sihat.. Kamu?

Jane hanya mengangguk." jom balik mak"

"mana.. Mana budak lelaki tu?"

Budak lelaki? Siapa? Kai ke? Jane memandang emaknya. "kai ke mak?"

Puan erika hanya mengangguk lemah.

"ada dekat luar.. Jom jane bantu mak"

Puan erika berdiri dalam keadaan susah payah. Beberapa hari dia di tahan di tempat yang tidak diketahui. Nasib baik budak lelaki itu menolong dia keluar..jika tidak.. Mungkin dia sudah mati.

"kai.." jane melihat sekeliling. Mana pulak dia ni pergi.

"mana dia jane.."

"tadi ada dekat luar.. Tapi sekarang entah ke mana" tiba tiba matanya terpandang lampu suluh yang ditinggalkan di tepi bangsal. Mana pula datangnya benda ni?

"mak tunggu jap." jane mengambil lampu suluh itu dan mula melangkah keluar dari hutan itu bersama emaknya.

"nak...mak nak jumpa lelaki tu.. Mak nak berterima kasih dengan dia." ujar puan erika penuh berharap.

Jane terdiam. Dia tak tahu ke mana kai pergi dan.. Kalau boleh dia tidak mahu jumpa dengan kai lagi.

"ye mak..nanti jane panggil dia.." balas jane perlahan.
________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience