Meluat Julia dengan perangai tak semenggah si Faris tu. Dah orang tak sudi, masih lagi nak menyuakan diri tu. Hati Julia menggumam geram. Dalam tempoh beberapa hari bekerja sebagai PA si Faris ni sudah cukup buat Julia rasa mahu berhenti kerja.
Tindakan tak beradab Faris telah membuatkan Julia jadi malu terhadap staf-staf yang lain. Satu pejabat sudah tau yang si Faris ni hanya mengejar perhatian dari Julia. Bahkan, dirinya telah menjadi buah mulut orang sepejabat dengannya.
Julia tahu, yang sememangnya dalam bidang setiausaha yang diceburi ini cukup glamour Dan sering dicap wanita simpanan bos. Hakikatnya semua tu hanya tanggapan orang luar yang tidak mengetahui hal sebenar. Julia lebih rela digelar tukang bancuh kopi daripada dipandang serong oleh rakan- rakan sekerjanya.
"Sabarlah wahai hati..."Sedaya upaya hati dipujuk agar tiada air mata yang tumpah.
Tak guna kalau dia menangis kerana mahu kelihatan lemah dihadapan Faris dan staf-staf di pejabat. Tiada siapa akan peduli pada air mata yang dibazirkan itu. Julia pasrah, untuk berdepan lelaki seperti Faris ini memang memerlukan masa yang lama untuk melupakan sejarah hitam yang telah menimpa dirinya suatu masa dahulu.
###################################
Waktu pejabat sudah tamat. Kebanyakan staf di pejabat sudah pulang. Julia mengemas meja ala kadar. Tiba-tiba Faris yang hendak pulang berhenti di hadapan meja Julia. Ia memerhati telatah PA nya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Sudah hampir 2 bulan dia menggantikan tempat encik Ali sebagai pengurus di syarikat itu.
"Julia... boleh tak Harini saya hantar awak balik?" Soal Faris kepada Julia.
"Err... Hari ini saya bawak kereta so saya oleh balik sendiri. Terima kasih banyak banyak ye encik Faris." Ujar Julia.
"Apa lah yang dia nak dari aku. Dasar buaya."
Getus hati Julia.
"Saya tanya sebab saya risaukan awak. Berat hati pulak nak biarkan gadis sexy macam awak ni pulang sendirian.
"aku ni seksi sangat ke. Aku rasa aku dah pakai baju longgar kot harini" Getus hati Julia.
Niat sebenarnya tersembunyi di balik sifat baik itu. "Perempuan, jual mahal laa sikit. Aku boleh laa tambah harga, akhirnya dekat kaki aku jugak dia melutut nanti." Ujar Faris perlahan.
Encik Faris ada cakap apa-apa ke? Kalau tak de apa- apa saya balik dulu. Assalamualaikum.
Mereka berdua melangkah seiring menuju ke arah pintu lif. Masing-masing hanya mendiamkan diri sehingga memasuki lif. Walaupun hanya beberapa minit, hari Julia sudah keresahan. Dia tidak senang apabila hanya mereka berdua yang berada di dalam lif. Julia juga tidak senang dengan renungan mata Faris yang liar memandang ke arahnya.
"Julia, malam ni awak free tak?" soal Faris kepada Julia sambil merancang strategi untuk memancing julia.
Julia hanya diam. wajah Faris dipandang dengan wajah kosong.
"Saya cuma nak ajak awak keluar. Kita pergi makan atau jalan jalan je. Boring laa kalau makan sorang- sorang." pinta Faris dengan nada menggoda.
Julia hanya tersenyum nipis. "Maafkan saya encik Faris. Saya jarang keluar malam dan saya tak suka keluar malam. Lagipun harini saya ada kerja sikit dengan kawan saya yang perlu saya settlekan di rumah." ujar Julia dengan lebar.
Faris hanya tersenyum nipis. Dia faham dengan penolakan Julia itu. Wajah Faris masih kelihatan tenang walau hakikatnya hati Faris sudah diamuk dengan perasaan geram. Dia geram kerana Julia jual mahal.
Takpe, perempuan cantik macam kaulah yang suka jual mahal. Sabar Faris sabar. Lagi kau jual mahal lagi tinggi laa saham si betina ni. Lagi sedap lah kalau aku dapat ratah. Hati Faris meledakkan ketawa jahat.
"Okey lah kalau macam tu. Lain kali jelah kita keluar sama- sama." Faris mengalah.
Untuk kali ni je aku biarkan kau terlepas. Esok boleh laa aku gula gula kan dia lagi. Betina macamni memang suka jual mahal. Lepasni jangan harap kau terlepas.
Faris buaya darat yang berbahaya. Dia bersembunyi di dalam air. Permukaan air nampak tenang tetapi kalau disuakan ayam pantas sekali ia menyambar dengan penuh lahap. Julia tidak mahu menjadi jadi ayam yang disambar oleh buaya darat seperti Faris.
'Ya Allah... aku berlindung kepada-Mu dari segala tipu daya syaitan dan hasutan hawa nafsu yang jahat. Kau berikanlah aku kekuatan ya Allah." doa Julia didalam hati.
Bersambung...
Share this novel