Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Ayriz mencelikkan mata apabila terdengar bunyi telefon yang malam tadi sudah di kunci. Dia terus bangun dan menutup alarm. Lama dia termenung. Sudah hampir seminggu lebih dia berkeadaan begitu. Hidupnya seperti tiada hala tuju. Ayriz menarik nafas panjang dan kemudian terus bangun mencapai tuala.
“Kau kena kerja Ayriz.”
“Good morning Reen. Awalnya kau sampai.” sapa Ella sambil meletakkan beg tangannya.
“Good morning. Tak payah awal sangatlah. Kau duduk dalam kereta daripada tadi kan. Kau ingat aku tak tahu?” Ella tersengih. Ingatkan tak tahu.
“Aku punya awal tadi sampai tak sarapan kat rumah. Itu yang aku capai je biskut tadi.”
“Lah kau ni, yang tak sarapan dulu kenapa? Excited nak kerja ke?”
“Bukan excited kerja risau kehadiran aku merah jee…. baru semalam aku lambat. Tak nak aku lambat lagi. Kang kena tolak gaji tak memasal je.” Reen tertawa kecil mendengar adu Ella. Ada ada sahaja kawannya itu. Sedang mereka berborak mereka terdengar bunyi tapak kasut. Mata terus memandang ke arah lif. Agak sedikir teruja apabila Ayriz yang keluar daripada lif. Wajahnya kelihatan muram dan matanya juga kelihatan sembab.
“Ayriz!” panggil mereka serentak. Ayriz tersenyum sebaris dan terus menuju ke mejanya. Ella dan Reen memandang satu sama lain. Mereka terus bangun menuju ke arah Ayriz.
“Riz kau pergi mana? Lama nya kau cuti.” soal Ella yang masih dengan teruja. Lain pula Reen yang sudah menilek wajah muram Ayriz.
“Riz kau okay tak ni?” soal Ella lagi apabila Ayriz hanya diam. Reen menarik lengan Ella supaya beredar dan tidak mengganggu Ayriz. Ella masih lagi keliru dengan apa yang berlaku namun kakinya turut beredar daripada meja Ayriz.
“Ayriz kenapa weh?”
“Aku rasa better jangan kacau dia. Dia nampak tak okay.”
“Aku pun rasa benda sama. Harap dia tak jadi macam dulu lah. Susah kita nak borak nanti dengan dia.” Reen mengagguk setuju.
“Aku suruh cari kau tak nak… ni duk termenung je.” tegur Eriq yang masuk ke dalam bilik Fariz. Rupa Fariz sedikit serabut dan sedikit tidak terurus.
“Bila masa kau masuk? Kau tak ketuk pintu dulu ke?”
“Haah macam dah nak tercabut pintu tu aku ketuk.” perli Eriq sambil tangannya diletakkan di meja. Dia merenung rakannya.
“Kau pandang pandang aku asal?”
“Sampai bila kau nak ikut ego kau Riz… kau tak nak cari dia ke?”
“Dia mesti dekat rumah parents dia. Buat apa aku nak cari. Nanti dia okay dia baliklah tu.” Fariz bersandar di kerusi. Matanya terpejam. Sudah berapa hari tidurnya tidak teratur. Banyak perkara yang harus difikirkan.
“Kau yakin dia kat rumah mentua kau? Kalau dia dekat sana kenapa mak ayah dia tak call kau? Eh bro mak ayah mana yang tak tanya anak dia yang ada suami duduk rumah diaorang lama lama. Kau baru sebulan dengan dia. Kau belum kenal dia sepenuhnya Riz.”
“Kau nak aku buat apa? Kau cakap dengan aku.” Ya dia sunyi. Balik sahaja di rumah seakan ada sesuatu tidak lengkap. Namun dia masih bersikap biasa kerana ego nya.
“Carilah. Then pujuk. Tu pun nak aku ajar.”
“Haih sepupu dia cakap, dia kalau merajuk lama do. Makan hari. Macam mana aku nak pujuk dia.” Eriq tergelak kecil. Konon macam tak ada apa padahal dah sasau ingat bini.
“Pujuklah berhari hari. Setakat bini bro, tak akan kau nak putus asa.” Fariz mengeluh perlahan. Mahu tidak mahu esok dia kena ke rumah mentuanya.
Tengah hari itu, Ayriz tidak makan bersama rakan ofisnya. Tepat waktu makan tengah hari dia terus keluar tanpa sebarang kata. Dia ingin berseorangan. Sedang dia berjalan, bahunya dirempuh seseorang. Kebelakang Ayriz.
“Aduh…” Ayriz memegang bahunya. Ayriz memandang tidak puas hati kepada lelaki di hadapannya. Muka lelaki tadi beriak bersahaja.
“Yang pandang macam i tunjuk show kat situ kenapa? Tak tahu nak minta maaf ke?”
‘Dia boleh tenung aku macam dia tak buat salah pula mamat ni.’
“Kau tak jatuh pun.” bersahaja sahaja lelaki itu berkata. Tangan sebelah dimasukkan ke dalam kocek. Ayriz menjeling lelaki itu tidak puas hati. Lantas Ayriz menghampiri lelaki itu lalu saja kakinya memijak kasut lelaki tadi. Terjengkit jengkit lelaki itu menahan sakit.
“Eh budak! Sakitlah!”
“Tak luka pun.” jawab Ayriz bersahaja lalu meninggalkan lelaki tadi. Sempat dia menjelirkan lidah. Lelaki itu masih lagi menggosok kakinya sambil matanya tidak lari memandang Ayriz.
“Bos, bos okay tak ni?” pelik melihat bosnya menunduk sejak tadi.
“Okay. Dapat info?” tanya lelaki itu membuat riak beku.
“Dapat bos.”
“Kumpul budak… aku nak hari ni juga dia lenyap.”
“Baik bos.” Lelaki itu terus beredar dan ikuti dengan pengikutnya tadi.
“Ish apa lah nasib aku jumpa mamat muka ketat tu. Dah rempuh aku lepas tu sikit tak reti minta maaf. Badan dahlah besar lepastu tinggi. Dah rupa aku berdiri dengan pokok je. Arhhh…Malas betul nak kerja!” bebel Ayriz seorang diri sambil berjalan menuju ke parking kereta.
“Ayriz.” panggil seseorang. Ayriz memusingkan badannya lalu riak wajahnya berubah.
‘Kenapa hari ni.’
“Ada apa? Dah lambat nak masuk ofis.”
“Awak pergi mana? Kenapa keluar rumah macam tu je?” soal Fariz tanpa banyak tanya. Ayriz tersenyum sinis.
“Jangan risau encik Fariz. Dekat sini tak ada family awak atau family saya. Awak tak perlu berlakon.”
“Kita kena bincang.” Faris bernada serius kali ini membuatkan Ayriz tidak rasa ingin berbolak balik lagi.
“Saya dah cakap saya kena masuk ofis.”
“Itu saya boleh uruskan. Sekarang ikut saya.” ajak Fariz yang masih lagi serius wajahnya.
“Tak nak. Saya nak masuk ofis.” Ayriz masih berdegil membuatkan Fariz geram melihat isterinya.
“Ikut saya atau saya dukung awak?” terbeliak mata Ayriz ketika itu.
“TAK NAK!” bentak Ayriz terus berjalan.
“Ayriz Elyna!” panggil Fariz kuat. Ayriz memberhentikan langkahnya. Dia merengek ingin nangis. Tidak suka nama panjangnya dipanggil.
“Orang taknaklah!” rengek Ayriz sambil menghentakkan kaki seperti budak kecil. Berubah air muka Faris ketika itu. Daripada serius kepada sedikit gelabah.
‘Dia boleh buat perangai budak pulak. Tadi kemain ketat lagi muka tu. Betullah bini aku ni susah nak baca perangai dia.’
“Sini! Husband cakap sini.” panggil sambil membuat isyarat jari memanggil Ayriz. Ayriz tiada pilihan, dia berpatah balik ke arah suaminya. Mukanya masih lagi mencebik dan tangan bersilang memeluk diri.
Fariz semakin geram melihat terlatah comel isterinya. Tangan Ayriz dicapai untuk mengikut langkahnya. Ayriz ingin menarik namun dia batalkan niatnya apabila Fariz menjengilkan mata.
Sepanjang di meja makan, Ayriz hanya mendiamkan diri. Dia merenung wajah suaminya tidak puas hati. Fariz menyedari perbuatan isterinya.
“Yang tenung muka husband macam tu kenapa? Nak makan? Jom balik rumah.” bersahaja dia membuat lawak bodohnya.
“Awak tarik saya sebab nak tengok awak makan je? Baik saya balik office. Kerja berlambak tak siap.”
“Siapa suruh tak siapkan.” lagi sekali Fariz membuat riak bersahaja. Ayriz mengetap gigi geram.
“Nak bincang apa? Cepatlah!” sedikit meninggi suara Ayriz. Kesabarannya makin tipis ketika itu.
“Hah tinggi suara, ingat eloklah tu.”
“Ish awak ni banyak cakaplah… dulu tak ada pula banyak cakap macam ni.” rimas pula Ayriz mendengar suara Fariz. Setiap apa yang keluar dari mulutnya semua menyakitkan hati.
“Awaklah ajar. Ouhh awak tak fikir masa dekat rumah 24 jam mulut awak tu tak berhenti bercakap. Ni awak duduk mana selama ni?”
“Baru nak tanya? Agaknya kalau saya kena culik, dah selamat organ saya kena jual.” perli Ayriz sambil menjeling ke arah Fariz. Menyampah!
“Betul betullah…. Awak stay mana? Rumah papa? Rumah kawan awak?”
“Saya tak ada kawan encik Fariz.”
“Yang 2 orang hari tu? Bukan kawan awak?”
“Kawan office.”
“Samalah tu. Kawan juga.”
“No.”
“Haih…. jom balik rumah.”
“Tak nak.”
“Kenapa pula. Jomlah. Awak tahu tak malam esok mama saja ajak makan malam dekat rumah. Nanti saya nak jawab apa?”
“Pandai pandai awaklah. Tak pun, tu ajak bakal wife awwk tu ikot. Bolehlah awak kenalkan dia nanti. Dah saya nak balik office.” Ayriz terus bangun namun dihalang Fariz.
“Ayriz janganlah macam ni. Baliklah rumah. Saya….”
“Saya apa?” diam tanpa sahutan. Ayriz menarik semula tangannya.
“Jangan buang masa saya encik Fariz Mikael.” Ayriz terus beredar tanpa menunggu Fariz. Fariz seakan kaki di tempat itu. Entah apa yang difikirkan.
‘Saya rindu awak.’
Share this novel