Bab 1

Romance Series 1597729

Bab 1

Malam masih muda ketika seorang wanita berusia 22 tahun berjalan kaki bersama teman-teman keluar dari sebuah restoran berdekatan kampus selepas menghadiri mesyuarat kelab. Mereka berbual dengan rancak dan pakaian mereka juga sangat trendy walaupun masih sopan.

Mereka adalah pelajar dari golongan yang berkemampuan kerana itulah mereka belajar tanpa perlu memikirkan masalah kewangan.

“El!”

Elena tersentak lalu menoleh ke belakang dan langkahnya juga terhenti. Dua lagi rakannya turut memperlahankan langkah dan menoleh ke arah seseorang yang mereka kenali.

“Sarah…” jawab Elena. Dia memandang wanita muda yang berwajah pucat dan selekeh itu.

Sarah kelihatan tercungap-cungap kerana berlari laju untuk mengejar kumpulan itu dari jauh.

“Kenapa kau berlari?” soal Elena dengan dahinya berkerut. Selebihnya wajahnya yang serius itu kelihatan seperti sombong bagi sesetengah orang.

“Mana Tasya? Aku tak dapat hubungi dia.” soal Sarah dengan wajah agak serabut.

“Kau ni kenapa? Apa masalah nak jumpa Tasya?” soal Fathia yang berdiri di sebelah Elena. Tasya merupakan salah seorang rakan mereka.

“Biar aku terus terang sebab korang pun mesti tahu. Tasya dah upah aku untuk settle assignment dia. Bila aku dah bagi dia, dia tak nak bayar kononnya assignment tu tak betul. Aku dah habiskan masa dua minggu nak selesaikan. Kenapa dia nak tipu aku?”

Fathia dan Qaisara terus ketawa sinis, tetapi Elena kekal serius dan memerhatikan sahaja Sarah.

“Kau terdesak sangat ke?” soal Elena secara tiba-tiba.

Bertambah merah padam wajah Sarah ketika itu. Dia menggigit bibir dalam kerana terlalu malu. Tetapi, dia memang benar-benar terdesak ketika itu. Dia sedar, meminta bantuan dari Elena sepatutnya adalah pilihan yang paling terakhir.

Elena melepaskan nafas berat lalu selangkah ke hadapan.

“Kau boleh dapatkan duit dengan cara lain. Kenapa nak buat kerja kotor macam ni…”

“Kenapa? Kau nak lapor kepada lecturer? Bukan aku sorang yang terlibat… Aku yakin korang bertiga pun sama je. Sebab korang anak orang kaya yang suka mengambil kesempatan kepada kami…”

“Hey!” Fathia mula meninggikan suara tetapi dihalang oleh Elena dengan mengangkat tangannya.

“Tasya mesti ada alasan kukuh kenapa dia tak bayar. Dia ada banyak duit. Sebenarnya... orang macam korang yang mengambil kesempatan kepada kami…” balas Elena dengan serius.

Sarah ketawa sakit hati. Air matanya terus bergenang kerana hatinya benar-benar pedih. Dia tersilap kerana bertanya dengan anak-anak orang kaya yang sombong itu. Tetapi, dia betul-betul tiada pilihan.

“El… Walaupun kita tak rapat. Kita dari sekolah yang sama kan. Tak boleh ke kau beritahu aku di mana Tasya? Atau beritahu dia yang aku cari dia. Aku kena dengar penjelasan dia! Sebab assignment tu sangat sempurna.” tegas Sarah.

Elena menarik begnya yang hampir jatuh kembali ke atas bahu dengan selamba.

“Aku tak nak masuk campur… Dalam erti kata lain, aku tak nak bersubahat.” Elena terus memusingkan badannya lalu melangkah ke hadapan.

“Kau ni terdesak sangat kenapa? Malulah sikit… Kalau tak mampu, jangan masuk universiti!” balas Qaisara sebelum melangkah pergi.

Elena berjalan tanpa menoleh lagi. Malah moodnya juga tiba-tiba hilang. Sarah adalah pesaingnya sejak di sekolah lagi. Walaupun dia mendapat pendidikan yang lebih baik ketika di rumah kerana ada guru tuisyen peribadi, dia tetap berada di belakang Sarah. Walaupun tidak banyak perbezaan markah, kedudukan nombor dua itu tetap menghantuinya.

Kini, apabila melangkah ke universiti dia berjaya melepasi Sarah kerana wanita itu bergelut untuk menjaga ibunya yang sakit dan belajar pada masa yang sama. Sarah merupakan pelajar fakulti Undang-undang, manakala Elena merupakan pelajar jurusan kesetiausahaan.

Bidang itu sudah lama diminati sejak di bangku sekolah. Tetapi, dia mahu menjadi setiausaha korporat yang berjaya di syarikat yang besar. Dengan kelebihannya mempunyai rupa paras cantik dan tubuh yang menarik, dia pasti akan menjadi setiausaha yang berkaliber tidak lama lagi.

“Kau rasa kenapa dia nampak terdesak? Adakah sebab ibu dia?” soal Fathia.

“Dia sombong walaupun miskin… Dia selalu nak buktikan dia lebih bagus walaupun latarbelakang dia macam tu. Jangan layan orang macam tu. Entah-entah dia menipu je mak dia sakit. Sebab dia nak beli buku rujukan mahal² kan?” ujar Qaisara pula.

“Entahlah… Tasya ni pun satu hal. Ke mana dia pergi?” soal Elena dingin.

“Kau pun tak tahu?” soal Qaisara dan Fathia serentak.

“Aku bukan guardian dia! Korang ni agak-agaklah…”

“Aku ingat kau saja tak nak tolong schoolmate kau…” balas Fathia.

Elena terus terdiam dan hanya meneruskan langkah ke arah tempat letak kenderaan.

“Bye korang…” Fathia melambai tangan apabila dia sudah mendapatkan kereta Honda Civic miliknya.

“Bye…” balas Qaisara dan Elena lalu meneruskan langkah ke hadapan.

“Thanks El, sebab tumpangkan aku. Kereta aku abang aku pakai seminggu. Leceh betullah…”

“Mana pegi kereta dia?”

“Rosak katanya.” balas Qaisara dengan kecewa.

“Ehh!” jerit Elena secara tiba-tiba.

Qaisara terus berhenti mengejut. “What's wrong?”

“Where's my car?!”

“What? Kereta kau hilang ke?!”

“Sepatutnya aku parking sini!” kata Elena dengan gelabah.

“Kau ingatlah betul-betul El! Ke kau lupa tempat parking?”

Elena memegang kepalanya dan berpusing kiri dan kanan.

“Aku memang parking sini!! Kereta aku dah hilang Qai!” jerit Elena.

****

Emir cuba meronta kerana tangan dan kakinya telah diikat oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya itu, malah matanya turut ditutup dengan kain. Dia dibawa ke hotel itu melalui pintu belakang dengan menaiki tangga. Dia keletihan akibat terlalu lama meronta dan ketakutan. Terus tergambar wajah mamanya yang pasti bimbang keadaan dirinya ketika ini.

“Mana budak tu?” soal Raees ketika melangkah masuk ke dalam suite mewah tersebut.

“Tolong lepaskan saya… Korang semua ni penculik ke? Ibu saya mesti dah hubungi pihak polis sekarang! Di kawasan saya diculik ada banyak CCTV! Kamu semua akan ditangkap!” jerit Emir walaupun dia berada dalam ketakutan dan tubuhnya menggigil.

Raess hanya tersenyum sambil melangkah ke hadapan remaja itu. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Emir.

“Jangan kurang ajar!” jerkah Kamal lalu menampar kepala Emir. “Bos dah datang!”

Emir sekali lagi menjerit kerana sakit. Tubuhnya semakin menggigil walaupun tidak dapat melihat wajah orang yang dipanggil ‘bos’ itu. Dia sudah terbayang wajah yang bengis seperti ahli kongsi gelap yang pernah ditontonnya dalam filem.

“Culik? Ini bukan penculikan… Tapi… Aku jemput kau ke sini.” ujar Raees sambil membelek kad pengenalan milik Emir.

Emir terkedu mendengar suara yang gentleman itu. Adakah ini suara bos?

“Mesti kau tak tahu kenapa kau ada di sini kan?”

Emir hanya mampu menggeleng ketika kepalanya hanya menunduk ke bawah. Bahunya masih terhinjut menahan tangisan.

“Kau belajar taekwondo di sekolah? Nampaknya kau ada potensi…”

Emir perlahan-lahan mengangkat mukanya. “Potensi? Saya cuma nak balik rumah!”

Raees mengangguk perlahan. “Jadi… siapa yang akan bayar hutang ayah kau? Mak kau? Dia boleh buat apa? Setahu aku… Mak kau cantik dan muda lagi…” ujar Raees dengan selamba. Dia duduk menyilang kaki dengan santai.

“Ku... kurang ajar!!” jerkah Emir walaupun dia berada dalam ketakutan. “Kami tak berhutang dengan sesiapa! Kau dah salah orang…”

Emir mendengar suara ketawa yang mendatar. Dia menjadi curious dengan lelaki bergelar bos ini. Bukan seperti dalam gambaran kepalanya. Lelaki ini terlalu tenang!

“Berani juga ya… Kau tahu… Bos tak suka orang tinggikan suara dengan dia!” bentak Ezhal lalu mencengkam rambut Emir.

“Bapak kau dah berhutang dengan kami. Sekarang dia dah larikan diri… Kalau kau nak keluarga kau selamat. Kau kena bayar!” kata Ezhal lalu menampar wajah remaja itu.

Emir terasa pipinya berbirat dengan tamparan yang kuat itu. Dia pantas menggeleng kepala. Mustahil papanya berhutang dengan lintah darat seperti ini! Mustahil!

“Papa saya ada perniagaan sendiri, sekarang dia berada di luar negara. Korang dah silap orang...”

Viky dan Kamal terus ketawa besar. Ezhal terus meludah di sisi Emir. Raees mengangguk perlahan dan hanya tersengih.

****

Elena terasa tubuhnya menggigil ketika melihat skrin telefon untuk menghubungi Puan Sofea.

“Macam mana aku nak beritahu mama?” Elena menyeka air mata gementar yang tiba-tiba mengalir.

“Wey... Jomlah pergi buat report dulu!” kata Qaisara.

“Aku kena beritahu mama aku dulu sebab geran kereta ada di rumah...”

Qaisara mengeluh berat. “Kita nak buat apa sekarang?!”

Elena terkejut apabila tiba-tiba nama mamanya terpampang di skrin telefonnya.

“Ma aku call!” Elena perlahan-lahan menjawab panggilan itu.

“Mama...”

“El... Ada di mana?” soal Puan Sofea.

“Ma... Ermm... El dekat-dekat kampus je ni.”
Elena mengetap bibir dan dadanya semakin berdebar.

“El... Boleh balik sekarang?”

“Ma... Ermm...”

“Hurry!” kata Puan Sofea lantas memutuskan talian.

Elena terkebil-kebil sambil menatap skrin yang gelap.

“Mama kau dah tahu ke?” soal Qaisara dengan cuak.

Elena menggeleng perlahan dengan wajah bingung. “Aku tak tahu...”

****

Raees berjalan keluar dari suite bersama Ezhal dan Vicky. Wajahnya juga agak tegang ketika itu.

“Sorry bos, sepatutnya kes kecil macam ni kami handle sendiri. Tapi... Si bangsat Esmael tu dah berjaya larikan diri ke luar negara. Outstation konon...”

“Vicky... Hantar orang pergi cari dia. Sampai jumpa. Makhluk macam ni yang buat aku rasa nak bakar je rumah orang. Sebelum presiden tahu dia pergi luar negara, korang kena cari.” tegas Raees.

“Kalau bagi muka kat penghutang ni, baik kita buka syarikat pinjaman wang kebajikan je! Menyusahkan betul!” bentak Vicky.

Raees hanya ketawa kecil. “Dah hantar orang ke rumah dia?”

“Semua dah diaturkan bos. Sekarang bos boleh masuk bilik... Dan enjoy.” kata Ezhal dengan mengangkat kening tinggi.

Raees menuding jari kepada Ezhal. “Aku tak perlukan hiburan malam ni.”

“Jangan tension sangat bos. Kes ni mesti selesai cepat. Serahkan je kepada kami. Bos cuma uruskan kes yang lebih lumayan je. Please enjoy...” kata Ezhal lalu menarik bahu vicky untuk kembali ke sky bar.

Raees hanya mengeluh dan meletakkan tangan di dahinya. Suhunya masih panas. Demamnya masih belum kebah sejak seminggu. Sentiasa on off walaupun dia sudah mendapatkan rawatan. Rasa lemau itu membuatkan dia terasa sukar untuk bekerja ataupun berhibur.

Dengan perlahan dia membuka pintu suite mewah khas untuknya di hotel tersebut. Dia melangkah masuk dengan langkah longlai sambil membuka butang kemejanya.

“Hai...”

Teguran dari suara itu membuatkan Raees tersentak lalu menoleh ke sebelah. Kelihatan seorang wanita cantik dan seksi sedang duduk di sofa. Wanita itu perlahan bangun dan mendekati Raees yang hanya terpaku.

“Ezhal ke yang hantar you?” soal Raees dengan dahinya yang berkerut.

Wanita itu tersenyum seksi lalu merapatkan dadanya ke tubuh sasa Raees. Dia membantu menanggalkan butang kemeja lelaki tampan itu.

“I'm Elly...” ujar wanita itu.

Raees hanya terdiam dan membiarkan sahaja wanita itu menanggalkan kemejanya. Elly membesarkan sedikit matanya apabila melihat kesan parut lama di dada dan bahu lelaki itu.

“You're so sexy...” kata Elly sambil menyentuh parut di dada Raees dengan jari-jari runcingnya.

“You demam ke?” soal Elly dengan dahinya yang berkerut kerana suhu badan lelaki itu agak tinggi.

Elly pantas menyentuh leher dan pipi Raees tetapi terus ditepis lembut.

“Sorry... I need a rest. You may go...” kata Raees lalu bergerak ke arah wardrobe.

“Tuan Raees... It's okay. I boleh je jaga you malam ni. You tak sihat... Lagipun, Ezhal dah bayar I banyak...” kata Elly yang masih membuntuti langkah Raees. Dia semakin teruja apabila melihat otot bahagian belakang lelaki itu.

Raees mencapai tuala bersih dan menoleh ke belakang.

“I akan bayar you double. Kerja you dah selesai.” kata Raees lalu melangkah ke arah bilik mandi.

“Tuan Raees!” jerit Elly dengan geram. Dia terus menarik tas tangannya di atas katil dengan kasar lalu melangkah keluar tanpa menoleh lagi.

“Jual mahal!” bentak Elly tetapi dia tetap gembira kerana mendapat bayaran tanpa perlu bekerja!

*****

Elena sampai di rumah banglo milik keluarganya dengan menaiki grab. Dia melangkah luas menuju ke pintu pagar dan memasuki rumah besar itu.

“Mama!” panggil Elena dengan lantang.

“Elena!” Puan Sofea terus berlari turun dari tangga apabila melihat kepulangan anak gadisnya itu.

“Mama, kenapa ni?” soal Elena dengan rasa gusar yang mula bertandang apabila melihat riak wajah Puan Sofea.

“Emir... Ada orang culik Emir!”

Elena tergamam sehingga tidak mampu bersuara. Dia melihat air mata mamanya yang mula mengalir.

“Ma... Emir? Culik?”

Puan Sofea menggengam erat tangan Elena. “Pergi ambil pakaian dan pergi dari sini. Pergi sembunyi di mana-mana! Asalkan bukan rumah saudara mara kita!”

“Ma! What's happened? Please tell me what's going on? Siapa yang kidnapped Emir? Mama dah report polis ke?” soal Elena bertubi-tubi.

Puan Sofea hanya mampu menggeleng. “Mama akan jelaskan nanti... Sekarang kita dah tak ada masa. El kena cepat pergi! Jangan balik ke rumah ni sampai mama panggil! Cepat pergi ambil pakaian!”

Elena menggeleng laju. “El tak akan berganjak selagi tak tahu apa yang sebenarnya berlaku...”

Puan Sofea menekup mulutnya menahan tangisan. Elena semakin bingung walaupun dia turut merasai kesakitan disebalik tangisan mamanya.

“Papa dah bankrupt sejak tahun lepas... Papa dah banyak berhutang untuk selamatkan perniagaan dan juga bayar yuran pengajian El... Sekarang papa dah tak mampu bayar. Rumah ni pun dah disita. Kita kena keluar dalam tempoh seminggu. Kereta El pun dah kena tarik...”

Elena berganjak beberapa langkah ke belakang. Dia menggeleng kerana tidak percayakan apa yang sedang didengarinya.

“Ma... Papa kan ada di overseas untuk urusan business...”

“Papa memang pergi overseas untuk urusan business, tapi dia telah ditipu. Sekarang papa tak ada duit nak balik. Dia perlu berkerja dan dapatkan duit yang cukup...”

Elena terus terduduk ke lantai. Dia masih menggeleng kepala dengan air mata yang mula merembes laju. Kenapa Semua ini terlalu tiba-tiba. Dunianya terasa kelam tanpa sebarang amaran.

“Papa janji nak hantar duit untuk bayar semua hutang. Tapi, sampai sekarang mama tak dapat hubungi papa...”

“Mama... Rumah ni? Kita akan kehilangan semua ni?” soal Elena dan tiba-tiba tubuhnya menggigil.

“Mama! Emir? Macam mana dengan Emir?”

“Kumpulan itu... Mungkin dah culik Emir. Mama tak boleh beritahu pihak polis. Mereka dah bagi amaran kepada mama...”

“Di mana diaorang? Jangan mereka berani buat apa-apa kat Emir!!” jerit Elena.

“Elena... Sekarang mama akan uruskan semuanya. El kena pergi ke tempat selamat!”

“Emir... Ma... Apa diorang dah buat kat Emir?” Elena terus meraung apabila mengingati adik kesayangannya itu.

Ketika itu kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu di pintu utama. Elena dan Puan Sofea pantas menoleh dan mereka saling memegang erat tangan masing-masing.

“Buka pintu! Sebelum kami bakar rumah ni!”

Puan Sofea terus menekup mulut. Elena mengetap bibir dan pantas bangun berdiri.

“Lintah darat tak guna!”

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience