Ku renungkan sahaja gelagat kucing di hadapanku.Terasa tenang sekali
melihat gelagat kucing ini.Warnanya yang kelabu kehitam-hitaman
seolah-olah melambangkan kesunyian yang bersarang di dalam dirinya. Aku
namakan kucing ini Dudung , bersempenanama tempat dia dijumpai olehku.
Mungkin nama ini langsung tidak berapalah sesuai,namun tampaknya Dudung
tidak membantah malahan redha sahaja.
Aku terjumpa Dudung semasa ingin pulang ke blok kediamanku selepas
selesai menghadiri kuliah sepanjang hari itu. Masih ku ingat,hari
tersebut aku terlihat Dudung duduk dalam kesejukan di tangga tanpa
sesuatu pun menutup dirinya. Badannya kurus dan menggigil.Dia hanya
mengiau meminta simpati dari mereka yang lalu lalang dihadapannya.Lantas
ku berikan sedikit keropok ikan yang ku beli pagi tadi kepadanya. Nyata
dia sangat lapar,dan sejuk lalu berlindung di dalam dakapanku selepas
makan. Aku tidak mampu membiarkannya kesunyian pada hari tersebut lantas
ku bawanya ke bilikku buat sementara waktu.
Share this novel