25

Romance Completed 132664

Kelopak mata Hazim terbuka perlahan-lahan. Hidungnya dijengah bau seakan-akan sesuatu yang pahit, seperti bau ubat. Setelah matanya tercelik luas, barulah lebih jelas pandangan di hadapannya.

"Azim..." suara milik si ibu didengar buat pertama kalinya.

"Umi .." Hazim menyambut dengan perasaan lega. Akhirnya bangun dari mimpi buruk sebentar tadi.

Hazim membetulkan duduk. Lenguh dirasakan seluruh badannya. Sambil dibantu oleh Noor, Hazim mengingati kembali sedikit demi sedikit apa yang telah terjadi.

"Syukurlah keadaan Azim tak teruk. Umi risau bila Mona call cakap Azim accident tadi." Noor mengusap bahu Hazim yang masih diam.

Sebut sahaja nama itu, Hazim menoleh ke sisi. Ternyata Mona memang berada di situ. Sedang berpeluk tubuh sambil merenung tajam ke arahnya. Seperti ada sesuatu yang hendak dituturkan. Hazim kembali memandang ke arah uminya.

"Azim okey. Sikit je ni."

Dia bernasib baik, kerana hanya sekadar luka kecil di dahi dan kaki. Fikirnya kerana dia sempat memberhentikan kereta dari dilanggar lebih teruk.

"Ayah tengah cakap dengan doktor. Inshaallah esok petang Hazim dah boleh balik." terang Noor.

Hazim hanya mengangguk.

Bukan keadaan dirinya yang menjadi keutamaan kala ini. Ada perkara lain yang lebih mustahak sedang bermain di fikirannya. Seakan sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Mona pula turut membisu. Banyak yang hendak dibicarakan dengan Hazim. Tetapi memandangkan dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di hospital itu, Mona memilih untuk memendam. Lagi pula dia tidak mahu kekeruhan rumah tangga mereka dihidu oleh si ibu mertua.

.
.

Halim dan Azizah tekun mendengar penjelasan doktor mengenai kondisi Hana. Ada kalanya Halim menenangkan Azizah si sisi apabila isterinya itu dilanda sebak.

Segala proses kemoterapi dan rawatan khas yang bakal dijalani oleh Hana diterangkan sebaik mungkin. Hanya itu pilihan terbaik bagi mengurangkan kesakitan dialami Hana.

Berkat kata sepakat ahli keluarga, Hana dibawa ke sebuah hospital swasta untuk ditempatkan di wad onkologi. Di situ Hana dibekalkan bermacam bentuk ubatan bagi tujuan chemo.

Hana mengusap perut yang kurang selesa setelah muntah beberapa kali. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Sambil mengiring, air mata Hana jatuh bercucuran mengenangkan nasib diri.

Hana buat tak endah dengan berita yang didengari dari doktor. Terlalu berat untuk dia menghadam satu persatu berita buruk mengenainya. Sehinggakan dia hanya mampu diam dan membiarkan sahaja apa yang berlaku.

Hana berserah nasib kepada yang Maha Esa. Mungkin ini satu kifarah, atas dosa-dosanya sebelum ini. Mungkin dengan sakit ini, dia akan menjadi seorang hamba yang lebih kuat dan taat. Itu doanya saban hari. Agar sempat bertaubat sebelum masanya tiba.

Hana cepat-cepat menyapu air mata ketika kedengaran tapak kaki dari arah belakangnya. Pasti mama orangnya.

"Hana. Ada orang nak jumpa Hana ni." kata Azizah dalam senyuman.

"Siapa ma?" Hana berpaling tubuh ke arah Azizah.

Hana terjenguk-jenguk akan bayang seseorang yang jelas lebih tinggi dari mamanya.

Azizah berganjak sedikit ke tepi, memberi ruang kepada tetamu yang baru sahaja sampai itu. Hana sedikit terkejut melihat kedatangan tetamu itu. Seseorang yang sudah lama benar dia tidak temui.

Lelaki berkemeja biru gelap itu tersengih menampakkan barisan gigi yang putih bersih.

.
.

Hazim pulang ke rumah setelah dibenarkan. Walau dalam keadaan terhinjut-hinjut, Hazim tidak duduk diam di dalam biliknya. Mundar-mandir kegelisahan sejak dia sampai ke rumah.

Pintu biliknya dikuak luas oleh seseorang. Mona melangkah masuk. Setelah menghantar Noor dan Rashed ke muka pintu, dia bingkas naik ke kamar Hazim.

"Cari ni ke?" Mona melempar kasar iphoneX milik Hazim ke atas katil.

Hazim terkedu. Patutlah dia tercari-cari ke mana telefon bimbitnya. Sangkaannya mungkin tertinggal di tempat kemalangan atau dicuri orang.

"Perempuan yang you last call tu .... yang buat you macam ni?" ada air mata yang bergenang di tubir mata Mona, wajahnya juga memerah.

"Ni, apa pulak ni?" Mona melempar pula dompet milik Hazim.

Jelas terpampang dari sisipan dompet itu, kad akuan nikah dia dan Atilia Hana.

"Patutlah you gigih nak jumpa dia. You tipu i selama ni. Oh im such a stupid bitch! Rupanya i ni nombor dua!" Mona ketawa dalam linangan air mata.

Hazim bungkam tanpa kata. Rahsia yang selama ini disimpan rapi akhirnya terungkai. Dia belum bersedia dengan situasi ini.

"Baguslah, akhirnya Tuhan nak tunjuk segala-galanya. Puas hati you hah?!" sebiji bantal dicapai, lalu Mona membaling ke arah Hazim dengan rasa menyampah.

Hazim membiarkan. Rasa bersalahnya terhadap Mona menggunung.

"You tipu i! Tipu mak bapak i! Tipu your parents sendiri!" jerit Mona.

"You know what Hazim? I rasa i bodoh sebab pernah sayangkan you. I bodoh sebab yakin yang you akan sayangkan i jugak suatu hari nanti. I'm tired..." Mona menangis semahunya.

"I'm sorry." Dalam tunduk, Hazim mengucap kata maaf.

"To hell with your sorry!! I wish someday, you akan rasa apa yang i rasa. Sakit dia macam mana..." Mona memukul-mukul dada sendiri.

Tidak pernah dia sesedih ini, kerana seorang lelaki. Hari ini dia kecewa yang amat dengan kebenaran yang yang terbongkar.

"Kalau macam ni lah perangai you. You takkan bahagia, Hazim. You tak layak jadi seorang suami. Dayus!" ujar Mona.

"Mona! Wait!" laung Hazim setelah melihat Mona sudah mengatur langkah pergi dari situ.

Dalam keadaan kaki yang masih sakit, Hazim tidak mampu mengejar Mona. Masuk sahaja ke dalam bilik, Mona menghempas pintu kuat. Hazim cuba mengetuk beberapa kali.

"Mona! Aku boleh jelaskan!"

"Diam!!!" pekikan Mona dari dalam bilik diselangi dengan bunyi barang-barang berselerak.

"Mona! Buka pintu ni!!" panggilan Hazim tak diendah.

Setelah lima minit menunggu, barulah pintu bilik Mona terbuka. Hazim yang sedang duduk di lantai terus bangun dengan payah.

Mona meluru keluar dengan sebuah beg besar. Hazim cuba mengejarnya yang sudah ingin turun ke tingkat bawah.

"Mona. Kau nak pergi mana ni? Mona, stop!"

"Keluar dari rumah ni!" Mona menjawab sepatah.

"Pergi mana! Hei, Mona!" Hazim baru ingin mencapai lengan Mona.

Mona yang sedar Hazim ingin menarik dia terlebih dahulu menolak. Malangnya, Hazim tergelincir dan jatuh beberapa anak tangga.

"Fuck! Arghh!" Hazim menganduh kesakitan apabila punggung mencecah anak tangga.

Mona hanya berpaling sebentar melihat Hazim yang sudah terduduk. Lalu dia pantas menuju ke arah pintu rumah. Kedengaran sudah ada sebuah kereta sedia menunggu di hadapan rumah.

"Mona!!" Hazim menjerit.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, Mona memasuki perut kereta dan meluncur pergi. Tinggallah Hazim sendiri menahan sakit dalam kekesalan.

Berkali-kali dia mengutuk kejahilan diri sendiri. Satu demi satu hati wanita yang menyayanginya dilukai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience