Bab 65

Romance Completed 207871

"Sayang cakap apa tadi?" soal Caden tidak percaya.

"Sayang ada misi. Bulan depan bertolak" ringkas Intan mengulang ayatnya tadi.

Terus tegak badan Caden.

"Sayang.. Sayang baru je sihat. Takkan nak pergi misi lagi" soal Caden bimbang.

"Lagipun takkan sayang nak tinggalkan abang.." Caden sudah buat muka sedih.

"Tak ada orang lain ke?" soal Caden lagi.

Bertalu-talu soalan diajukan tapi Intan masih begitu.

"Sayang.." panggil Caden.

Pergi la dengan Alice tunang abang tu. Tak payah la peduli sayang!. Geram Intan mahu menjawab begitu.

"Tak ada, Tuan Saiful cakap, sayang calon sesuai untuk tugas tu" jawab Intan lalu bangun dari ribaan Caden

Belum sempat Intan bangun, tangan Caden pantas melilit pinggang ramping itu.

"Sayang nak ke mana?" soal Caden sambil menentang pandangan mata Intan.

"Nak balik" jawab Intan.

"Sayang.." panggil Caden.

Dia tahu, ada yang tidak kena dengan Intan.

"Tak ada apa yang tak kena" kata Intan tiba-tiba.

Bulat mata Caden memandang wajah Intan.

Aik! Dia dengar ke?

"Sayang nak balik pejabat, masih ada laporan yang belum siap" ucap Intan dan mahu bangun tapi lilitan tangan Caden semakin erat.

"Abang.. Sayang nak bangun la.." kata Intan dengan suara ditahan-tahan marahnya.

"Kiss me first" kata Caden lalu dirapatkan wajahnya pada Intan.

Belum sempat sampai, Intan lebih dahulu menutup muka Caden dengan tapak tangan kanannya.

"Sayang..!" rungut Caden tidak puas hati.

Tersungging senyum di bibir Intan. Tadi sibuk dengan Alice, apa tak pergi cium dia je!

Amboi Intan.. Kau nak ke Caden cium si seksi tu? Cakap bukan main.

Intan kemudian memegang kedua-dua pipi Caden dan menariknya rapat ke wajah.

Pantas bibir itu ditindih lembut. Caden terus memeluk rapat tubuh Intan.

Lama bibir itu bertaut, tangan Caden pula sudah merayap di bawah pakaian Intan.

"Urm.. Abang.. Not here" Intan merengek.

"Kita ke bilik rehat abang boleh?" pinta Caden dengan suara yang cukup Intan kenali maksudnya.

Intan mengelus-ngelus rambut Caden, terpejam matanya menikmati sentuhan itu.

"Tak nak! Sayang nak balik pejabat" usik Intan lalu pantas bangun dari ribaan Caden tanpa sempat tubuh itu dipegang.

Ketawa Caden dengan ulah Intan.

"Sayang..!" kata Caden sambil menggeleng.

Lalu Caden berdiri membetulkan pakaian dan rambutnya yang sedikit kusut.

"Hm.. Tangan siapa la yang kusutkan rambut abang ni.." ucap Caden sambil menjeling pada Intan yang berada di tengah ruang pejabat yang sedang membetulkan pakaiannya.

Ketawa Intan mendengar ayat Caden lalu bergerak ke arah Caden dan berdiri di hadapannya.

Rambut Caden disisir dengan jarinya, membetulkan supaya elok. Tali leher diketatkan dan dirapikan.

"Dah, handsome dah" ucap Intan lalu bibir itu dicium sekilas. Tak boleh lama-lama, nanti tersangkut!

"Tau.." balas Caden dan dahi Intan dikucup.

"Ee.. Perasan" ucap Intan dengan wajah menyampah.

Ketawa suka Caden.

"Okeylah, sayang nak ke pejabat semula ni" kata Intan lalu mengatur langkah ke meja kopi untuk mengambil begnya.

"Hati-hati sayang" pesan Caden.

Tangan kanan Caden dicapai lalu dikucup kekura itu. Tangan kiri Caden naik mengusap pipi kanan Intan.

"Sayang pergi dulu" kata Intan dan langkah dibuka menuju ke pintu.

+++

Sebelum kembali ke pejabat, Intan singgah di kedai 24 jam untuk membeli air. Dahaga pula tekaknya.

Kereta diparking di petak parking di tepi jalan berhadapan dengan kedai 24 jam.

Pintu ditutup dan kaki diatur menuju ke kedai dan tangan kanan sibuk menyimpan kunci di dalam beg manakala tangan kiri pula mahu menolak daun pintu kedai.

Belum sempat tangan mencapai pemegang pintu, pintu ditolak dari dalam menyebabkan kepala Intan terhantuk ke daun pintu.

"Auch..!" spontan Intan menyebut sambil tangan naik menggosok dahi.

"Mi dispiace" laju satu suara memohon maaf.

Intan mendongak ke depan. Uih, siapa ni. Handsomenya.. Mata hijau macam model Giorgio Armani, Fabio Mancini.

Eh, tadi dia cakap mi dispiace kan? Huh! Italy?

"Stai bene? (Are you okay?)" soal lelaki itu lagi apabila melihat Intan yang memandangnya tak berkelip.

"Sto bene (saya okay)" jawab Intan.

Terkejut wajah lelaki di hadapan Intan.

"Puoi parlare italiano?" soal lelaki itu dengan wajah tidak percaya.

"Sì" jawab Intan sambil mengangguk.

Aduh, tak jadi nak beli air.

"Lascia che ti dia da bere per le scuse (Let me pay you a drink for the apology)" pinta lelaki tadi.

Ish, biar betul ni. Tak kan nak ikut, kenal pun tak. Tapi handsome..

Ish, boleh la, kalau dia buat pelik-pelik, tau la aku nak ajar nanti.

"Mi dispiace, sono rick (Sorry, i'm rick)" Rick perkenalkan diri.

Seronok dapat jumpa lelaki handsome, nama pun lupa nak tanya ye Intan.

"Intan" sepatan Intan menjawab.

"Va bene, ma dove stiamo andando? (Okay, but where we are going?)" soal Intan lalu bergerak ke tepi.

"Non ho familiarità con questo posto, puoi mostrarmelo (I'm not familiar with this place, can you show me)" kata lelaki itu serba salah.

Tiba-tiba datang dua orang lelaki merapati aku dan lelaki tadi. Terdengar mereka berbincang perlahan.

Mungkin kenalannya agaknya tapi kalau diperhatikan macam bodyguard pun ada badan ketul-ketul walaupun mereka hanya berpakaian santai.

Tidak lama, kedua-dua lelaki itu meninggalkan aku dan Rick.

"Andiamo (let's go)" ajak Rick.

"Dove? (Ke mana?)" soal Intan yang masih lagi berada di kaki lima kedai.

"Mostrami. Ma dobbiamo prendere un taxi, non ho nessun mezzo di trasporto (You show me. But we must take a cab, i don't have any transport)" kata Rick sambil tersenyum pada Intan di hadapannya.

Oi... Manaih leting senyum dia..

"Va bene, andiamo con la mia macchina (It's okay, we going by my car)" kata Intan lalu memulakan langkah menuju ke keretanya di tepi jalan.

Remote kereta ditekan. Kereta unlock.

Pantas Intan masuk ke bahagian pemandu, manakala Rick ke sebelah penumpang.

"Posso chiedere? (Can i ask?)" soal Intan sebaik kereta mula bergerak.

"Sei venuto qui per una vacanza o un giorno lavorativo? (Did you come here for a vacation or a business?)" soal Intan sambil menoleh sekilas pada Rick di sebelah.

"Vacation and personal affairs" jawab Rick tersenyum.

"Oh, my. You can speak english" soal Intan. Lega.

Kalau tidak jenuh juga nak bercakap, bergulung lidah. Maklumlah dah lama tak bercakap bahasa tu. Berpeluh juga nak karang ayat.

Ketawa Rick di sebelah dengan ulah Intan.

"Comel" kata Rick sepatah.

"What did you say?" soal Intan pelik. Macam dia cakap 'comel' tadi. Ke aku salah dengar.

"Comel, awak comel" kata Rick sambil tersenyum memandang Intan yang sudah bulat matanya.

"Awak! Sengajakan. Dah tau boleh cakap melayu sibuk nak cakap bahasa dia juga" marah Intan sambil Rick dijeling.

"Jangan jeling macam tu, nanti saya jatuh cinta" kata Rick dengan bibir yang masih tersenyum.

Terus hilang senyuman di bibir Intan.

Kuat Rick ketawa. Akhirnya sama-sama ketawa, penuh gelak dalam kereta Intan.

Sebaik sampai, Intan mematikan enjin dan keluar dari perut kereta. Kaki diatur masuk ke dalam cafe dan diikuti oleh Rick.

Tempat diambil dan pesanan dibuat.

"Mana awak belajar cakap bahasa melayu?" soal Intan pada Rick di hadapannya.

"Saya ada kenalan dari Malaysia" jawab Rick pendek.

"Oo.. Jadi awak datang nak jumpa dia ke?" soal Intan.

Rick hanya tersenyum. Wajah Intan diperhati, macam pernah lihat wajah ini.

"Kenapa pandang macam tu?" tegur Intan tidak selesa.

"Wajah awak macam pernah saya lihat tapi tak ingat di mana" jawab Rick yang masih lagi meneliti wajah Intan.

"Ye la tu" jawab Intan sambil ketawa perlahan.

"Saya cakap betul, tahi lalat di dagu tu.." kata Rick sambil jarinya menunjukkan ke dagunya sendiri.

Hurm.. Sebelum ni, Caden pun ada sebut pasal tahi lalat ni juga masa minum cendol dulu..

"Awak dengar tak?" soal Rick.

"Hah? Sorry, awak tanya apa?" soal Intan.

"Dari mana belajar bahasa Italy? Tak ramai yang boleh berbahasa tu" soal Rick pada Intan yang manis bertudung walaupun berpakaian moden.

"Saya pergi kursus la.." jawab Intan sepatah.

Tidak lama pekerja datang menghantar makanan.

Air diteguk. Hilang dahaga.

"Sebelum ni saya pernah kerja di Italy tapi tak lama" kata Intan.

"Lucc.." perlahan Intan menyebut satu nama.

"Lucc?" soal Rick pada Intan. Terhenti suapannya dan garfu diletak pada pinggan.

"Oh, kawan saya. Lucca Marcello. Saya jumpa di Italy" jawab Intan sambil tersenyum.

"Jadi.. Awaklah orang nya.." kata Rick.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience