MIMPI HINGGA REALITI

Fantasy Series 2325

"GGGGGGGRRRRRRHHHHHH" bunyi dari jauh yang sangat menyeramkan semakin kuat dan kuat dan kuat semakin dekat.
"Ali! Syafiq! Lari!!"

" Ali! Lari sekuat hati kau!!!"

"Tengahlah ni!!!"

"Ali belakang kau!"

"AAAHHHHHH!!!"

"Syafiq tolong!!"

"Aliiiiii!!!!"

"Syafiq!!!!! Bangun!!!! Cepat bangun!!! Pergi sekolah!!! Nanti lambat!!" Ali menjerit-jerit kat telinga Syafiq supaya bangun awal pagi. Syafiq bangun dengan mimpi yang menyeramkan. Syafiq ceritakan mimpinya kepada Ali. "Wei, Ali. Malam semalam aku mimpi yang kita kena serang dengan mayat hidup. Lepastu, kau kena serang dengan mayat hidup tu."

"Lagi sekali...... Asyik-asyik mimpi benda sama je kau ni. Takde ke mimpi baru yang lagi best? Dahlah cepat pergi mandi. Nak gi sekolah ni. Aku tunggu kat bawah tau."

Syafiq pun pergi siap sedia untuk ke sekolah. Syafiq melihat penampilannya yang tampan dan kemas di hadapan cermin. Dia rembeskan sedikit wangian untuk memberi kesan sampingan. 'Boleh tahan.' kata Syafiq dalam hatinya sambil bergaya di hadapan cermin biliknya. Syafiq turun ke bawah.

"Amboi. Bukan main kacak dia nak pergi ke sekolah. Nak ambil hati Moon lah tu."

" Kau pun bukan main kacak nak pergi ke sekolah nak tarik perhatian Iman kan?!"

" Maksudnya betullah kau nak ambil perhatian Moon kan?!!"

" Kau pun sama lah kan?!!"

" Okey okey dah. Berhenti gaduh dan pergi sarapan sekarang!!" jerit kakak Dos, girlfriend kepada abang Rizwan. "Apa gaduh-gaduh ni? Kan tak baik adik- beradik gaduh. Dah dah. Dua-dua adik abang kacak dan tampan. Jom makan. Dos, jom makan.

" Maaf akak Dos. Kami janji takkan gaduh lagi." kami serentak minta maaf.

" Selepas mama ngan papa tinggalkan kami, kami jadi semakin terukkan?"

" Mana adalah. Adik kembar abang bukan macam tu. Adik abang sangat kuat, tampan, bijak, baik hati dan pandai main ngan senjatakan? Betul tak? Kan adik abang hebat."

" Yelah akak maafkan kamu berdua. Dah makan cepat nanti lambat gi sekolah."

" Okey akak."

Sampai sahaja di sekolah, ramai pelajar perempuan terjerit-jerit kerana ketibaan kami dan ramai pelajar lelaki tengah bengis ngan kami. Masuk kelas je, kami mengeluh kerana dikejar pelajar perempuan.

" Ali, awak okey tak?" tanya Iman, perempuan yang Ali suka.

" Ya. Saya okey cuma penat je." balas Ali dengan gembira kerana dapat tumpuan Iman.Manakala Syafiq pula tidak dapat tumpuan Moon, perempuan yang terkenal di sekolah tu.

" Aik. Awal korang datang."

"Viktor. Jika datang ke sekolah awal sekali, perlu amalkan selalu."

" Nah. Ambil kain ni. Lap muka awak. Peluh menitik-nitik tu." Rudy beri kain kepada Syafiq.

"Siapa suruh korang nampak segak dan kemas hari ni? Kalau nak ngurat perempuan pun bukan kat sekolah ngurat kat tempat lain. Faham?" Alicia cakap kepada Syafiq dan Ali dengan bengang sambil memegang pen dan buku. ' Boleh tahan segak juga Syafiq hari ini ' Alicia berbisik dalam hati sambil dia berjalan ke arah mejanya. Syafiq memandang Zass dan membuat bahasa badan ' kenapa dengan Alicia? Dia suka sangat masuk hal orang lain '. Zass balas dengan mrngangkat kedua-dua bahu dan tangan sambil menutup mata.

" Okey pelajar duduk tempat masing-masing dan buka buku matematik muka surat 115 sekarang!! Esok akan ada ujian matematik. Jadi cikgu nak kamu semua bersiap sedia. Faham?!" Cikgu Munah mengajar kami matapelajaran matematik.

~REHAT~

Alicia masih bengang dengan Syafiq sebab dapat top student bukan dia. " Beritahu saya macam mana budak macam awak boleh dapat top student?!"

" Tapi bukan awak?"

" Apa rahsia awak? Haa!"

" Kenapa nak tahu?"

"Supaya saya boleh kalahkan awaklah!"

"Kalau nak kalahkan saya, cari jalan sendirilah!"

Alicia pergi ke meja Syafiq dengan bengang lalu ada pelajar lain tertolak Alicia. Syafiq cuba nak selamatkan Alicia tetapi berlaku benda yang mereka berdua tak mahu berlaku.

~SITUASI DI RUMAH SYAFIQ~

Abang Rizwan sedang bersihkan rumah pada tempat tertentu sahaja. Terutama bilik rahsia. Akak Dos pula rehat di ruang tamu sambil dengar berita. " Rizwan!!! Datang sini cepat!!" jerit akak Dos.Rizwan datang dengan pantas sekali apabila terdengar akak Dos memanggilnya. " Kenapa terjerit-jerit ni? Macam ada benda penting je."

" Ini ha. Diaorang masih tak hentikan eksperimen tu."

"Masih teruskan?"

"Ya. Masih teruskan."

"Nampaknya kita perlu beritahu mereka cerita yang sebenar.

"Betul awak nak beritahu mereka?"

"Ya. Saya pasti. Kalau tidak, mereka akan ditangkap untuk jadikan bahan kajian eksperimen."

"Nampaknya. Benar juga apa yang Syafiq ceritakan pada Ali. Saya terdengar apa yang mereka bualkan pagi tadi." Dos beritahu Rizwan. Rizwan terfikirkan sesuatu yang boleh asahkan mereka punya kehandalan malah minda juga. Abang Rizwan pergi ke bilik rahsia bawah tanah untuk bersedia jikalau berlaku sesuatu.

" Saya pergi ambil mereka di sekolah. Dos. Siap sedia. Lepas saya ambil mereka kita terus bergerak ke pangkalan General Rama. Faham?" Rizwan beri muka yang serious pada Dos.

" Bergerak sekarang juga." Rizwan terus bergerak ke kereta dengan segera.

Dalam perjalanan ke sekolah, Rizwan perasan ade orang perhatikan mereka berdua dalam kereta. Rizwan ambil mereka dengan cepat supaya 'orang' tu tak dapat jejak mereka.

"Kenapa dengan Syafiq, Ali? Nampak marah je." tanya Rizwan seperti tiada apa yang terjadi.

"Oooh~ Syafiq? Dia bukan marah tapi malu sebenarnya."

"Malu tentang apa ni? Cuba ceritakan apa yang jadi waktu sekolah tu."

"Hehehe. Betul ke nak tahu ni? Jangan menyesal ye?~ Hehe."

"Buat apa nak menyesal kalau nak tahu cerita sebenar?"

"Okey. Kalau nak tahu sangat? Meh saya ceritakan."

'FLASHBACK DI SEKOLAH'

"Syafiq mahu selamatkan Alicia tetapi jadi benda lain. Semasa Alicia menuju ke meja Syafiq, Syafiq tengah pegang bekal makanan. Apabila Alicia terjatuh, Syafiq mahu tangkap Alicia supaya tak jatuh dan selamatkan Alicia tetapi yang jatuhnya.......ialah.....bekal Syafiq di atas kepalanya. Tepat-tepat di atas kepala Alicia. Sebab tu Alicia marah dan paling terkejutnya.....Alicia beri satu das tumbukan pada muka Syafiq. Lepas tu, Alicia terus menuju ke tandas bersihkan rambut dia." Ali bercerita dengan gembira manakala Syafiq teringatkan apa yang terjadi antara dia dengan Alicia.

~SITUASI ANTARA SYAFIQ DAN ALICIA~

"Alicia! Kamu okey tak? Ada sakit kat mana-mana ke?"

" Ada! Atas kepala saya!"

"Itu saya tahu. Ada sakit mana-mana tak? Selain kepala awak."

"Ada! Hati saya yang dah lama sukakan awak tetapi awak tak ambil kisah pun..dan..awak dah lukakan hati saya. Saya nak berterus terang dengan awak sekarang juga. Saya tak mahu simpan dah isi hati saya sebab ia akan jadi parut kepada hati saya." Alicia berterus terang sambil menangis.

Syafiq menuju ke arah Alicia dan memeluknya sambil mengusap kepalanya. "Saya dah agak dari awal lagi yang awak suka saya. Maafkan saya sebab sakitkan hati awak selama ini. Saya akan ubati segala kesan-kesan parut awak dan luka. Dengan satu pelukan yang saya simpan selama ini. Hanya untuk awak bukan Moon."

"Maksudnya selama ini awak saja buat suka pada Moon hanya untuk saya cemburu terhadap Moon?!" Alicia tanya dengan marah.

"Hihihi. Maaf~ Jom pergi jumpa Cikgu Jenny. Cepat sembuh cepat balik." Syafiq menarik tangan Alicia menuju ke Bilik Kesihatan.

~KEMBALI DI DALAM KERETA~

Rizwan memandang Syafiq dengan teliti. Apabila sampai di depan rumah, Akak Dos terus masuk kereta dan terus ke pangkalan General Rama.

"Abang Rizwan, kita nak ke mana?" tanya Ali.

"Kita akan ke rumah Uncle Rama" jawab Rizwan. Syafiq terus bertanya kepada Rizwan.

"Kita buat apa pergi sana?"

"Kenapa? Takut jumpa Alicia ke?"

"Mana ada! Cuma....."

"Tak perlu risau. Abang dan Dos akan jawab."

Syafiq masih seperti mengelamun. "Okey. Dah sampai. Jom. Semua keluar sekarang. Nah. Tukar baju ni sekarang." Rizwan dan Dos pergi ambil 'barang-barang' dalam belakang kereta untuk Syafiq dan Ali.

"Dah siap? Nah ambil senjata ini. Jom masuk." Rizwan membuka pintu rahsia. Syafiq dan Ali terkejut apabila pintu rahsia itu terbuka.

"Abang! Apa dah jadi ni? Takkan penceroboh dah masuk?" jerit Syafiq.

"Tak mungkin. Pangkalan tidak pernah masuk penceroboh. Dos! Bawa mereka ke tempat berkumpul sekarang!" jerit Rizwan pada Dos.

"Baik! Jom. Ikut sini. Cepat!" Syafiq rasa tidak senang hati dengan tindakan Rizwan.
Semasa berlari menuju tempat berkumpul, Ali kesan perangkap dekat dengan laluan itu. Ali tidak sempat hentikan Dos. Dos sudah berada dekat perangkap lalu beberapa ketul batu besar jatuh tutup laluan. Jadi mereka perlu cari jalan keluar daripada tempat itu. Secara tiba-tiba, Syafiq kesan serangan dari belakang mereka.

"Ali! Elak!" lalu Syafiq membaling bom cahaya tepat pada muka orang misteri itu.
"Ali! Lari!" mereka tiada pilihan daripada lari dan fikirkan jalan. Mereka masuk satu tempat yang gelap sehingga orang misteri itu masuk dan serang serentak. Tetapi orang tu dapat elak serangan kami lalu membuat serang balas terhadap mereka. Mereka sempat elak serangan. Sambil tu, Syafiq membaling shuriken dengan menggunakan pedang untuk balas serangan. Syafiq berlawan dengan orang itu dengan kemarahan sebab membuat perangkap untuk mereka tetapi Dos yang kena. Syafiq boleh bunuh orang itu tetapi dihalang Rizwan dan Dos.

Baru Syafiq dan Ali perasan itu hanya latihan untuk mereka. Syafiq memandang atas tepi dinding ada kawan dia dan juga kawan Ali iaitu Rudy, Zass, Iman, Khai, Jet, Roza, Viktor, Chris, Moon, Sam, Mika, Bulat, Affrin dan Alicia. Syafiq tersenyum-senyum pada kawannya dan juga kawan Rizwan manakala Ali membebel pada Dos kerana Ali ingat Dos mati kena hempap batu besar itu.

"Syafiq, Ali, kamu berdua membuat rekod baharu dalam akademi ini kerana dapat kalahkan General Rama. Sila naik ikut tangga tepi sana tu." seorang akak yang mereka tidak kenal berkata.

Syafiq dan Ali terkejut dan takut apabila dapat tahu orang yang serang mereka ialah General Rama. Mereka naik tangga sepantas yang mungkin untuk larikan diri daripada General Rama yang sedang mengejar mereka.

Di tempat yang tidak ketahui orang ramai ada sebuah gua. Dalamnya bercahaya merah bersama gelakan yang gila. "Tolong!! Jangan buat! Saya sanggup bekerja untuk awak! Tolonglah! Saya merayu!" merayu orang yang akan jadi bahan kajian 'orang' tu.

"Sanggup tolong aku? Haahahahahahahaa! Sanggup tolong aku? Jangan nak mimpilah. Aku ada penolong yang lagi bagus. Bukan macam kau! Aaahahahahahahahaa! Selamat tinggal!" jerit 'orang' tu sambil memusingkan roda.

"Doktor memang nak balas dendam pada mereka?" tanya pembantu dia.

"Akukan Doktor Ming. Aku akan balas dendam terhadap budak-budak itu! Terutama Si Syafiq tu!" Doktor Ming marah dengan baling botol kaca ke dinding.
"Tapi tak perlu risau. Saya punya eksperimen sudah pun jadi. AAAHAHAHAHAHAA!" jerit Doktor Ming.
"GGGGGGRRRRRRRHHHHHHHH"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience