PROLOG : 2009

Romance Completed 48899

PROLOG : 2009

NUR RAFAL ZAFIIRAH mengesat airmata yang mengalir laju di pipi. Hidungnya yang tidak henti berhingus dari tadi sekali-sekala dia lap menggunakan tisu, jika tidak tersedu-sedu dia menahan kesedihan. Sudah sejam lebih dia duduk berteleku di atas kerusi tua yang terletak di ruang tamu rumahnya. Kertas tisu juga bertaburan di sekitarnya.

“Ya Allah, Rafal! Apa yang teruk sangat hang nangis ni? Cerita apa yang buat hang sedih sangat sampai nak banjir rumah ni hang buat?!” bebel Puan Farida sambil bercekak pinggang di tepi kerusi. Menggeleng kepala dia melihat perangai sensitif anak bongsunya itu.

“Alaa mak…Kak Su tengah tengok Raef berlakon ni… Mak tengok la sekali, sedih sangat mak...” Beritahu Rafal bersama sedunya. Dia tidak hiraukan ibunya yang masih berdiri seperti patung di sisinya.

“Hang ni tak habis-habis dengan si Raef ni, bukan dia kenal hang pun! Hang tu budak kampung ja tak padan dengan budak bandar macam dia tu! Hang belajar pun tak tinggi mana Rafal oi… Daripada hang dok layan cerita ni perabih airmata, baik lagi hang tolong mak siapkan bahan buat niaga besok!” bising Puan Farida. Pelik sungguh dia dengan anak bongsunya itu. Terlalu fanatik dengan pelakon kacak si Wan Raef.

“Satgi Kak Su tolong la mak… Kak Su nak perabih tengok cerita ni sat, dah nak habih dah ni…” dalih Rafal. Puan Farida mendengus geram.

“Ikut hang la Rafal oi… Mak tak kuasa nak layan piil hang ni. Satgi habih cerita tu hang pi dapoq tolong mak!" Puan Farida akhirnya mengalah. Dia malas mahu melayan karenah anak bongsunya itu. Dia kemudian berlalu ke dapur manakala Rafal tetap fokus dengan pelakon kegemarannya.

Prolog pendek aje sebagai teaser cerita.. Kalau nak tahu lagi, stay tune jam 7 petang untuk bab baharu setiap hari..

Share this novel

Nur Suhaidah
2023-08-14 18:32:39 

haaaaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience