BAB 4 - KERANA ANGAU

Romance Series 37353

“CIK Luna... sihat hari ni?” Sapaan mengejut Sofea di hadapan bos baru. Dia sebentar tadi termenung punya termenung depan kolam renang, ternampak kelibat Luna, laju dikejarnya mahu menyapa.

“Alhamdulillah, sihat Sofea...” Manis senyuman menutup malu tak pasal-pasal buat drama thriller pula di hari pertama bekerja.

“Cik Luna saja mampu tersenyum manis hari ni.” Terkeluar ayat sadis selepas mengetahui berita paling sadis pagi ni. Kalau Cik Emma tak beritahunya tentang candle light dinner Mr. Ridduan di tepi pantai, sumpah sampai petang dia tak tahu menahu punca semua muka bergelar perempuan berkabung pagi ini. Muka Cik Emma sendiri pun masam dah macam tertelan biji asam kelubi. Tak cukup dia hentak meja atas penerimaan mengejutnya sampai terkeluar latah Cik Emma. Terkedu juga dia tengok bil yang diserahkan oleh F&B pagi tadi. Jumlahnya cukup besar.

Siapalah gerangan perempuan bertuah tu tak tahu guest yang mana satu? Atau sebenarnya salah seorang staf di sini? Melengung seketika Sofea ketika itu. Kalaulah orang itu dirinya...

“Apa dia Sofea? Saya tak dengar.” Sungguh, dia lebihnya tak faham apa yang dimaksudkan salah seorang staf dibawah jagaanya yang merangkap pembantu pemasaran.

“Eh... nothing Cik Luna. Cuma saya still terkejut. Kenapa Cik Luna boleh terjun macam tu aje kalau tak pandai berenang? Kolam tu paling dalam tau. Tempat orang berlatih diving.” Musykil sungguh dia.

Kalau diingatkan semula sebelum perkara menakutkan itu berlaku, dia dan Luna berdiri berhampiran kolam sedang menunggu Food and Beverage Manager untuk berbincang dan tengok-tengok kawasan wedding event yang baru diserahkan kepada Luna.

“Cik Luna masuk-masuk kerja, dah kena handle wedding event. Antara event-event terbesar dan pasti menyeronokkan. Teruja saya. Jarang juga yang berani buat wedding di sini. Kosnya boleh beli rumah sebiji."

“Biasalah Sofea. Kahwinkan sekali seumur hidup.
Yang mana mampu bolehlah berhabis." Balas Luna.

“Eh... ada aje yang kahwin dua kali, tiga kali seumur hidup. Rezeki juga tu kalau dapat kahwin berkali-kali." Ketawa sendiri Sofea.

Langsung Luna tak menyahut. Sofea turut disapa Ayu merupakan kawan baiknya yang juga salah seorang staf F&B. Ketika berbual, Sofea mengerling juga bosnya berdiri di tepi kolam termenung jauh ke pantai. Risau juga kot bosnya melangkah ke depan, mau terjatuh terus.

Tak sempat nak berpesan, dia nampak cincin Luna jatuh ke dalam kolam dan sekelip mata juga Luna terjun ke dalam sana.

Menggelabah Sofea menjerit dan menggila anak tekak melolong minta pertolongan. Untuk dia terjun ke dalam sana, tak mungkin. Dia juga tak pandai berenang.

Melihat tangan Luna terkapai-kapai ke permukaan air semula, seramlah. Boleh jadi sejarah hitam kalau bosnya mati lemas di situ. Tapi tidak berani pula terlepaskan ayat itu dan dia cuba tapis ayat yang bakal disuarakan. Kesian juga pada bosnya. Pasti trauma.

Sekurang-kurangnya, dia dapat bonus dari kejadian tempoh hari. Hero dalam hatinya kini semestinya Ridduan Mooray. Naik merinding romanya setiap kali terkenangkan wajah basah-basah Ridduan. Handsome sangat.... manis macam makan madu.

“Sorry...” Tersipu-sipu Luna bila Sofea bangkitkan hal tragis semula. Hurmmm... sure jadi big gosip dari setinggi jawatan hingga ke serendah-rendah staf. Nak buat macam mana. Mulut orang nak bercakap tak boleh nak tutup. Senyuman sajalah seperti sekarang cover malu.

Yang pastinya, staf-staf bawahan terutamanya perempuan semua sibuk gosip isu 'candle light dinner'. Gosip lemas Luna bagaikan dah basi, tak ada mulut yang nak sebut-sebut.

“Tak apa... by next time, be careful Cik Luna. Jangan berani-berani terjun kolam tu lagi. Nasib ada penyelamat kacak yang...”

“Hai Luna...”

Ayat Sofea kena potong, menoleh ke belekang. Ridduan Mooray! Oh... senyuman membunuh itu mampu membunuh segala kesedihan yang dirasainya kini gara-gara gosip tergempar pagi tadi.

“Hai Mr. Ridduan.” Tangan melambai-lampai. Haa... tenangnya tengok makhluk paling kacak ni. Kenapalah manusia muka setenang ni tak dianugerahkan untuknya?

Luna mengerling Sofea yang tak berkedip memandang Ridduan. Ridduan pula tak lepaskan peluang merenung ke arahnya. Apa ni? Dah jadi Segi Tiga Bermuda ke? Hadoiii... ni yang tak syok. Dia buat keputusan menerima tawaran bekerja di sini untuk tenangkan diri dari masalah di seberang laut di sana. Bukan nak tambah masalah di sini. Ada baiknya dia hilangkan diri. Malas nak layan jembalang tiba-tiba ni di pagi hari nan indah.

“Luna!” Ridduan tak putus asa.

Sofea tersentak dari keasyikan, “Cik Luna... tunggu sekejap. Saya nak kenalkan, ni Mr. Ridduan Mooray.”

Dah tahu pun! Tapi riaknya terpancar sebaliknya. Buat-buat tak tahu lagi bagus.

“Mr. Ridduan ni salah seorang guest di sini. Rasanya dah dua minggu dia menginap di sini. Segala urusan Mr. Ridduan di resort ni, Encik Shahrul yang uruskan. Kalau tak silap saya, Mr. Ridduan juga belum tentukan sampai bila nak duduk sini. Betul tak Mr. Ridduan?” terang Sofea tanpa ditanya sesiapa pun.

Encik Shahrul yang dipetik namanya salah seorang eksekutif marketing di bawah penyeliaan Laluna Maliqa sebagai Marketing Manager yang mengetuai Marketing Department selain Sofea dan Nabila. Biji mata Sofea masih tak berganjak daripada makhluk kacak.

“Yes... that’s right. Maybe lama lagi saya nak duduk sini.” Mata melirik pada penyebab utama dia ingin terus menetap lebih lama tanpa berfikir panjang. Bibir juga mengulum senyuman penuh makna tersirat.

“Oh... ya ke? Atau sebenarnya Mr. Ridduan memang nak cari jodoh dekat-dekat sini?” Sofea cuba mencungkil rahsia.

“Boleh jadi juga... kalau ada yang terpaut di hati saya apa salahnya.” Makin menjadi-jadi renungan pada orang yang dimaksudkan tapi tak sedikit diendahkan pun.

“Oh... so, girl yang terpaut di hati Mr. Ridduan tu, girl yang sama Mr. Ridduan bawa candle light dinner malam tadi ke? Mr. Ridduan dah melamar dia ke?” Misi cungkil-mencungkil oleh Sofea sebagai wartawan gosip tak bertauliah diteruskan walaupun jawapan pasti menghiris hati.

Luna mengerling tak puas hati. Soalan apa yang ditanya Sofea? Atau Sofea tahu kes malam tadi? Tak keruan juga jadinya bila topik panas menjadi perbualan. Kalau boleh dia tak mahu ungkit hal semalam. Terutama isu 'Candle Light Dinner'. Tutup kes!

“Kalau dia sudi, I will. Betul tak Cik Luna.” Saja memetik orang yang dituju. Dia nak juga dengar respons daripada empunya mulut Luna yang diam sedari tadi. Agaknya cemas hingga kulit pipi bertukar kemerahan.

“Wow... bertuahnya girl tu. Bukan saya ke Mr. Ridduan?” Saja Sofea introduce dirinya.

Bibir Ridduan pula tersenyum sumbing. Sofea ni membantutkan pertanyaanlah!

“So... that girl dah terima ke?” Tak habis lagi Sofea menyoal.

“Kalau dia tak terima saya, saya akan pastikan dia terima saya. Tak kisah cara apa sekali pun, saya akan buat sampai dia terima saya.” Kata-kata itu khas ditujukan sebagai hint.

“Orang macam Mr. Ridduan ni, ada ke perempuan nak tolak? Imposible.” Kepala menggeleng sambil memandang atas bawah. “Cik Luna... kalau ada lelaki macam Mr. Ridduan ni minat kat Cik Luna, Cik Luna nak tolak ke?” Siap berani mencuit lengan bosnya, ingin mendapat sokongan apa dikatakan adalah benar.

Pandangan jatuh arah lain. Memang tak berkenan langsung nak masuk campur perbualan mereka berdua ni.

“Sorry Mr. Ridduan... I need to go. Sofea, awak sambung kerja awak.” tegas arahan sebagai bos. Naik lemas namanya asyik dikaitkan.

“Tunggu... you all dah breakfast?” Itu hajat sebenar Ridduan. Tak puas rasanya makan malam bersama Luna, dia nak sambung sarapan pula. Dia tak kisahkan deal yang telah dibuat semalam.

“Belum lagi.” Laju Sofea menjawab manja.

“Jom breakfast. Saya belanja.”

“That’s good...” Teruja Sofea.

“You're so kind, Mr. Ridduan Mooray. But i’m so sorry. Saya perlu attend briefing. Sofea, awak boleh temankan Mr. Ridduan, right? Layan dia sampai dia puas hati okey. Kalau boleh suapkan makan ke mulut special guest kita ni. Saya tak nak dengar complain daripada special guest kita sorang ni. Saya pergi dulu, Mr.Ridduan.” Penuh profesional dia menolak pelawaan guest dan jadikan Sofea galang ganti. Sofea pun syok saja tengoknya tak ada la rasa bersalah.

“Yes bos. Arahan diterima. Saya akan pastikan special guest kita ni terima layanan paling special. ” Laung Sofea gembira. Haiii... tak sabar nak buat adegan suap-menyuap. “Jom, Mr. Ridduan.” Lebar senyuman sampai ke telinga.

“Ke mana?” Ridduan buat muka pelik.

“Lah... Mr. Ridduan ni muda-muda dah pelupa ke? Tadi kata nak breakfast. Jom... i’m ready.”

“Ooo... okey. Jom.” Beberapa langkah mara berhenti tiba-tiba. “Opsss... tiba-tiba saya rasa dah kenyang. Sorry ya Cik Sofea. Next time, saya lapar saya ajak awak makan. Okey...” Ridduan meninggalkan Sofea terpinga-pinga..

Sofea kecewa lagi. Seri wajah bertukar muram semula.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

PERSIAPAN barbeku untuk reunion group tengah hebat dijalankan. Staf kitchen sibuk memasang dapur barbeku. Di kawasan resort ini tidak dibenarkan membakar sesuka hati di atas tanah untuk menjaga kebersihan dan memelihara pasir pantai. Kayu unggun api telah tersedia ditempat yang sepatutnya. Meja panjang telah tersusun mengikut ketetapan juga siap terhias cantik.

Luna datang memantau progress turut membantu apa yang patut supaya lebihan kerja siap lebih laju.

Jambangan bunga Ros segar menjadi penghias meja, ditatap lama.

“Luna... awak tak rasa ke isi king crab ni manis? Manis macam gula." Soal Ridduan kemudian menyuap isi ketam lagi cuba menangkap rasa.

“Manis?" Berbunyi juga sedari tadi senyap. “Saya tak rasa manis gula. Manis seafood tu ada la."

“So kenapa isi ketam ni manis dalam mulut saya?"

“Maybe sos tu." Ditunjuk sos istimewa yang dibuat khas resepi original chef Marzuki.

“Iya... bukan dari sos... manis ni datang daripada Luna. Bila Luna duduk depan saya, sos Tabasco pun jadi manis rasanya..."

Timbul senyuman Luna, sama meleret senyumannya kini. Kenapa ada perasaan aneh ni? Elok pandang ke hadapan, semakin lama semakin jelas susuk tubuh Ridduan Mooray duduk di kerusi rehat merenung arahnya tidak jauh dari tempat berdirinya.

Sofea datang membawa goodies bag, menyusun di sekitar meja. Perasan riak Luna seakan nampak hantu, kornea Sofea bertaut ke arah yang sama. Hah! Makhluk paling kacak! Juga melambai-lambai ke arahnya...

“Mr. Ridduan... hai... hai...” Melaung juga membalas lambaian penuh teruja. Hati siapa tak berbunga gembira dapat lambaian cinta.

Luna tengok gelagat Sofea, geli hati dibuatnya. Nampak sangat Sofea sukakan si jembalang tiba-tiba tu. Kalaulah si jembalang tu kacau Sofea dan bukan dirinya, kan lebih mudah. Sah-sah Sofea menerima dengan hati penuh berbunga-bunga.

Ridduan menyimpan tangannya semula. Sebenarnya dia melambai Laluna Maliqa bukannya Sofea. Ni baru namanya kacau daun.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

FOKUS Luna menilik senarai reunion group yang bakal tiba bila-bila masa di hadapan front desk. Tangan juga tak kurang duduk diam menggoyang-goyang pen mengikut rentak lagu, mulut mula bersenandung.

'You're my everything,
The sun that shines above you makes the bluebird sing,
The stars that twinkle way up in the sky,
Tell me I'm in love....'

Bisik Luna menyanyikan rangkap lagu, sambil menanda sesuatu pada list.

'You're my everything...'

Bahu kiri Luna tercuit, langsung mulut terdiam dan menoleh. Tak ada orang! Automatik pandang ke kanan. Melantut setapak ke belakang muncul wajah jembalang tiba-tiba merapat depan wajahnya.

Biar betul! Atas dasar hak apa Ridduan Mooray boleh pandangnya sedekat itu? Jelingan paling maut dilemparkan. Dasar jembalang!

Ridduan mengajuk jelingan sebijik macam gerangan yang diusiknya. Salah seorang receptionist merapat sejak kemunculan jejaka pujaan dapat menangkap adegan sesaat, pecah ketawa mereka berdua tapi tidak Luna Maliqa.

“Mr. Ridduan jeling macam tu pun, nak luruh jantung saya ni..." Sampuk receptionist tertayang Huda di name tag.

“Belum dengar saya menyanyi lagi. Jangan menjerit, promise... nanti ramai pula jadi peminat saya."

Laju Huda mengangguk tanda setuju. Tak sabar ni.

"When I kiss your lips, I feel the rolling thunder to my fingertips, and all the while my head is in a spin deep within, I'm in love..." lunak suara dikawal mengikut tempo.

Yang menonton sudah semestinya terpegun. Huda sampai memanggung kepala dengan senyuman sendiri. Berangan la tu...

Tidak bagi Luna. Dia lebih tercegang, boleh pula Ridduan sambung lagu yang dia bersenandung tadi. Dengar ke?

"You're my everything, and nothing really matters but the love you bring..."

Fuhhh... part corus tu lebih mencairkan hati yang mendengar.

Kali ni Ridduan menongkat kepala menoleh di sisi berdirinya Luna.

“You're my everything, to see you in the morning with those big brown eyes..." berakhirlah nyanyian spontan. Cukuplah tu. Janji sampai apa yang nak disampaikan.

“Haihhhhh..... sedapnya suara Mr. Ridduan. Bergetar tulang rusuk saya ni." Puji Huda yang makin lemah di hadapan jejaka pujaan.

“Tulang rusuk marketing manager awak tu tak bergetar ke?" Diajukan pula pada yang konon sibuk dengan kerja. Malu la tu nak pandang mukanya.

“Tangan saya bergetar pernah kena kacau dengan jembalang, ada la." Balas Luna. Sorry... bukan sebab malu, malas nak pandang. Tak layan pun dah menjadi-jadi. Kalau layan... makin ke laut dalam.

“Cik Luna pernah nampak jembalang ke?" Berubah sedikit riak wajah Huda. Naik seram pula disebut-sebut makhluk tuhan yang satu tu. Cerita hal lainlah, “Mr. Ridduan tak pergi snorkeling hari ni?"

“Hari ni off. Saya nak luangkan masa dengan puteri bunian saya." Mengenyit mata Ridduan khas untuk Luna.

“Puteri bunian? Mana? Mana?" Makin melilau mata Huda percaya apa yang diperkatakan. Pulau macam ni, semua makhluk tu ada.

“Saya sorang saja yang boleh nampak. Awak semua tak mungkin dapat nampak dia. Dia ada aje di sekitar kita ni sekarang ni. Berlegar-legar."

“Cik Luna nampak jembalang, Mr. Ridduan pula nampak puteri bunian. Ishhh... saya tak nak nampak apa-apa. Tak ada kelebihan dapat tengok benda-benda macam tu pun tak apa. Cukup nampak orang sudah."

Hampir pecah ketawa melihat receptionist gelabah.

Kali ni bahu kanan Ridduan pula dicuit. Dia menurut pandang, Sofea sudah menyendeng disebelah. Malah merapatkan tubuh hingga berlaga siku mereka dengan senyuman habis menggedik.

“Happy je.... ada apa-apa yang nak share ke?”
Soal Sofea.

Eloklah tu. Sofea selalu datang tepat pada masanya dan sekali gus menjadi penyelamatnya. Saat itu juga Luna angkat kaki selepas senarai group diterima Huda.

“Luna...”

Tanpa menoleh, hanya tangan melambai ke udara tanda good bye Mr. Ridduan. Padan muka! Tapi di bibirnya terbit sepalit senyuman.

Sedap juga suara si jembalang tu tadi. Luna bersenandung lagi rentak lagu 'You're My Everything'.

“Sofeakan ada. Biarlah Cik Luna tu. Dia banyak kerja yang nak diuruskan. Terkejar sana, terkejar sini. Dah macam tak cukup tangan dengan kaki. Semua dia nak buat. Sofea boleh temankan Mr. Ridduan di sini.” Berlagu ayat hujungnya dan cukup berani Sofea mengenyit mata menggoda.

Laju Ridduan menonong seperti angin lalu. Malas nak melayan Sofea. Lain yang diharapkan, lain yang datang. Rimaslah!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

MENU makanan sepanjang penginapan reunion group tiga hari dua malam sibuk dibincangkan Luna dan Chef Marzuki, merangkap ketua kepada chef-chef di bahagian dapur. Hanya untuk pengesahan agar tiada masalah di saat-saat akhir. Dia sendiri mahu memastikan semua perkara berkaitan group yang diuruskan Sales Marketing Department tersedia mengikut perancangan.

“Chef! Mana Chef? Chef!” Garang laungan dari luar hingga masuk ke dalam dapur sambil membawa pinggan berisi daging panggang dan diletakkan depan Chef Marzuki.

“I nak daging ni dimasak well done bukan medium rare.” Tegas muka Ridduan tak puas hati dengan hidangannya.

Sesiapa sahaja berhampiran Chef Mazuki pasti terkejut dengan pencetus kekecohan. Terutama Luna langsung tunduk kepala. Berani sungguh si jembalang tiba-tiba ni menerjah masuk hingga ke dalam dapur mencari Chef. Tak beradap langsung!

“Mr. Ridduan, selalunya you nak daging panggang medium rare. Even medium pun you tolak. Sekarang you nak well done pula.” Jelas chef masih bersabar. Kerana terlalu lama melayan tetamu yang tak balik-balik ni, chef sudah hafal menu dan style masakan guest yang seorang ni. Selalunya, kalau Ridduan Mooray tak puas hati dengan masakan, waitress yang melayan masuk mengadap untuk tukar makanan. Tak pernah sampai menyerang masuk ke dapur. Buang tabiat?

“Itu sebelum ni. Hari ni I nak daging dibakar well done. Okey... Well done!” tegas Ridduan tak memandang chef pun sebaliknya mata hanya melekat pada perempuan yang di cari sampai berani menyerang masuk ke dalam dapur resort. Kena tetak dengan chef pun dia sanggup asalkan dapat tengok puteri buniannya.

“Izwan... kau bakar daging ni sampai well done. Kalau boleh, kasi hangit sikit. Ini arahan Mr. Ridduan.” Perli chef secara terang-terangan ikutkan kehendak pelanggan tak reti-reti nak balik.

“Baik chef...” Izwan, salah seorang pembantu chef menurut arahan ketua. Dia terpandang Marketing Manager baru yang diperkatakan kawannya. Betullah... sungguh cantik senyuman Luna. Ini kali pertama dapat berjumpa empat mata selepas kembali bercuti panjang. Sempat juga dia membalas senyuman tanda salam perkenalan.

Perasan mamat kitchen tak berkedip pandang Luna, ini bikin panas hati Ridduan. “Eh, cepatlah. Apa pandang-pandang!” Terjegil biji matanya, 'cungkil biji mata tu, baru berakal!'.

Izwan berlalu...

Terlepas juga keluhan tak puas hati Luna yang tahan sabar seharian dengan perangai susah nak baca guest seorang ni. Dia juga rimas! Rimas!! Rimas dengan Ridduan Mooray!!! Apa masalah dengan guest seorang ni? Apa yang tak habis-habis tak puas hati dengannya? Ke mana saja dia pergi ada saja tunjuk muka tu. Yang pasti bukan kebetulan tapi disengajakan. Nasib guest, terpaksa telan juga tak kira baik atau buruk selagi tak melampaui batas keterlaluan, dia perlu hormat.

Luna segera keluar dari dapur. Sebelum keadaan menjadi lebih kalut, baik dia hilangkan diri. Karang ada pula periuk, belanga, senduk, pisau berterbangan gara-gara si jembalang ni.

NEXT.... “Yes, Mr. Ridduan. Nak pesan apa?” “You...” ringkas. “Sorry?" Tak faham. “I... want... you.” Ini bukan permintaan main-main. Ridduan menyelit tangan dicelah ketiak Luna dan menarik badan Luna ke atas dadanya. “Pandang ke mata I..." Kali ni tangannya lebih kemas melilit di pinggang Luna. "Kenapa I rasa macam ni? Apa istimewanya you pada hati I?"

Share this novel

syahdu olva
2022-08-17 10:43:26 

rupanya jembalang besar tu...hehe

PinkRose
2022-08-17 04:01:04 

Makin mengada² Ridduan Mooray ni. dasar jembalang. hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience