BAB 6

Mystery & Detective Completed 29704

Terkejut Aina.

Syurga? Siapa sebenarnya lelaki tu?

Aina bangkit memandang wajah Raihan yang masih lagi merah padam. Aina berjalan-jalan memandang bilik Raihan sekeliling manakala Raihan sendiri masih dengan angannya. Ada satu gambar tampak seorang gadis duduk di sebuah bar. Ada cawan di atas meja itu. Gambar kedua pula, seorang lelaki duduk dengan seorang gadis. Kini, ada dua botol di atas meja itu. Gambar ketiga, gadis dan lelaki itu berdiri, memandang antara satu sama lain. Gambar keempat, ada katil pula berdekatan dengan mereka berdua. Gambar kelima, gadis itu sedang duduk dan lelaki itu berdiri. Gambar keenam, gadis itu terlentang jatuh dan lelaki itu memalingkan wajahnya.

Saat itu Aina tersedar sesuatu. Adakah ini kejadian yang dialami Raihan? Tiba-tiba terdengar Raihan membisikkan sesuatu.. Dia sebut.... SYURGA! Apa maksud semua ini? Syurga? Neraka? Seksa? Aina masih bingung. Tiba-tiba Aina terfikirkan sesuautu. Didekat bibirnya ke arah telinga Raihan yang juga berparut. Gadis itu masih lagi dengan lukisan kartunnya.

"Heaven..."

"Heaven......"

Serentak dengan itu, Raihan mengambil satu kertas. Dia terus sahaja melukis seorang gadis dan seorang lelaki duduk di satu tempat. Mereka seperti sedang berbual dengan mesra kerana ada senyuman di bibir mereka. Saat itu, Aina sudah menganggak sesuatu. Aina terus keluar meninggalkan hospital bahagia tersebut. Handphonenya dipandang sebentar. Masih tiada panggilan atau mesej masuk. Tampaknya Saiful takkan turut serta dalam aksi seterusnya. Aina masuk ke dalam keretanya dan memulakan enjin.

"Heaven.. Here I come.."

***

Sujud yang terakhir, lama masa yang diambil. Dia bangkit untuk tahiyyat akhir. Diberi salam dan tangannya ditadah untuk berdoa. Tanpa sedar, air matanya mengalir, membasahi pipi. Sebentar lagi.. Sebentar sahaja lagi.

Aina memandang sekeliling. Hanya beberapa sahaja manusia di dalam masjid. Dan dia satusatunya gadis muda yang solat di situ. Yang lain kesemuanya sudah tampak dewasa. Di mana hilangnya anak-anak muda? Sibuk dengan dunia? Sibuk dengan keseronokan? Entah. Aina sendiri tidak pasti.
Telekung dilipat rapi dan dimasukkan ke dalam beg. Kepalanya ditutup pula dengan tudung. Dipandang lama cermin di hadapannya. Ini saatnya. Aina menarik nafas panjang. Tiada masa untuknya memandang belakang lagi. Dia sudah pergi sejauh ini. Dia perlu meneruskan perjalanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience