DIA 33

Romance Completed 131781

Nak luruh jantung Hanis mendengar kata-kata bonda. Cerai? Tak lama lagi? Ya Allah...

"Cerai?" Soal Ernie.

Bonda mengangguk. Ayah sudah menahan api kemarahan.

"Yes of course dear. Masing-masing tak ada perasaan cinta jadi buat apa nak kekalkan rumah tangga mereka. Kan?"

Ernie tidak menjawab kemudian menoleh ke arah Hazzar. Hazzar sekadar memaparkan senyuman nipis.

"U akan... Cerai dengan Hanis? Atas alasan, tak ada perasaan cinta? Nonsense!!"

Semua terkejut mendengar ujaran Ernie. Riak wajah Hazzar juga turut berubah.

"Kenapa? I nak kahwin dengan U takkan I nak, ada hubungan suami isteri dengan Hanis? Takkan U nak bermadu pula?" Ernie menggeleng.

Madu? Mana ada orang nak...

"Madu? Kalau U ask your mom, dia pun tak nak dimadukan. Apatah lagi I." Balasnya.

"Habis kau tak nak kahwin dengan Hazzar?" Ernie menggeleng.

"Aku tak nak jadi penghancur hubungan suami isteri. Perasaan cinta boleh hadir bila-bila masa selagi U cuba untuk cintakan Hanis. Choose her." Ernie mengambil begnya lalu berjalan keluar dengan hati yang terluka.

Tiba-tiba dia baru teringat sesuatu. Dia menoleh.

"I tak mengandung. Bonda U yang suruh I cakap macam tu supaya dia dapat jodohkan U dengan Syaza. Dan... Dia tak bayar upah I, jadi tak salah kalau I bagitahu. Bye!"

Melopong mulut bonda mendengarnya.  Ikram mengejar Ernie. Ernie berjalan keluar. Langkahnya terhenti apabila terasa ada seseorang yang sedang memandangnya.

Ernie menoleh, Hanis. Dia terkaku. Dia kuatkan semangat untuk mendekati Hanis. Ikram pula hanya melihat ke arah Ernie dan Hanis.

"Don't worry. I takkan ambil Hazzar dari U. I memang bukan seorang perempuan sebaik U, I sanggup buat apa sahaja demi duit. Tapi Hanis, seteruk I, I tak ambil hak orang."

Ujaran Ernie membuatkan Hanis tersenyum nipis.

"I pasti sangat, apa yang U nak dari Hazzar, U akan dapat juga."

"Apa yang saya nak?"

"Kasih sayang dari seorang lelaki bergelar suami." Ujar Ernie.

Hanis menarik Ernie ke dalam dakapannya. Dia lega. Dengan harapan, cukuplah seorang yang hampir meruntuhkan masjid antaranya dan Hazzar.

"I... Balik dulu. Bye." Hanis mengangguk perlahan.

Ernie terkejut sedikit apabila melihat Ikram. Ikram mendekatinya dan memandang wajah Ernie lama lalu mendekati Hanis. Ernie mengeluh.

"Hanis... Saya tunggu awak."

Ikram mengundur ke belakang sedikit dengan senyuman nipis kemudian beredar dari situ.

"Ikram!" Panggil Hanis.

Ikram berpaling dengan wajah teruja. Mulut Hanis berasa berat untuk mengungkapkannya.

"Sa--Saya minta maaf." Gagap Hanis. Ikram mengangguk perlahan.

Hanis duduk di bangku di sebelahnya. Kedua-dua telapak tangannya naik menutup wajahnya.

"Ya Allah... Kenapa jadi macam ni?" Ujarnya bersertakan keluhan.

Hanis bangun dan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Semua orang masih berdiri ditempat yang sama. Ada riak wajah kecewa, marah dan tidak dapat digambarkan.

Bonda memandang ke arah Hanis dengan dahinya yang sudah bercantum. Langkah diatur mendekati Hanis. Jannah cuba menghalang tetapi ditolak ke tepi. Hujung jari telunjuknya menunjukkan ke arah Hanis.

"Kau... Bawa bala dalam keluarga aku! Keluarga aku pecah belah bila kau hadir dalam hidup Ikram dengan Hazz. Cuba kau tak payah bertembung dengan diorang, mesti sekarang kitaorang bahagia dan tak adanya nak bergaduh... Pasal kau!

Kau tak rasa serba salah ke dah hancurkan keluarga aku? Atau kau suka atau... Kau dengki dengan kami dan kau rancang nak musnahkan hidup kami? Hahh!?" Marah bonda.

Dia sudah seperti air mendidih dan dibiarkan sahaja.

"Bonda! Sudahlah! Jann penat tahu tak dengan... Masalah keluarga ni. Dengan bonda yang tak habis-habis salahkan Hanis. That's enough." Ujar Jannah.

"Jann diam!" Arah bondanya dengan pandangan tajam.

Jannah membesarkan matanya apabila bonda berkata begitu.

"Hanis ambil beg kau kita balik! Sekarang!!" Arahnya dengan nada dingin. Dengan segera Hanis mengambil begnya lalu mengikut belakang Hazzar. Jannah menggeleng kepala kemudian melangkah ke biliknya.

"Saya penat dengan awak Zalia." Ujar suaminya lalu meninggalkan bonda berseorangan di situ.

Bonda mendecit.

"Salah aku ke? Aku cuma nak keluarga ni aman. Arghhh!"

---

Hazzar memandu dengan kelajuan 180/km. Hanis sudah ketakutan tapi wajah Hazzar nampak seperti dia sedang marah, memang marah.

"Abang perlahanlah sedikit!" Ujaran Hanis tidak dipedulikan.

"Abang!!" Jerit Hanis apabila Hazzar membelok kereta lalu menekan brek secara mengejut.

Nasib baik pakai tali pinggang kalau tak, mesti kepalanya sudah terhantuk. Hanis menoleh ke arah Hazzar. Dia sudah pening. Hazzar menoleh memandangnya.

"Tiga bulan. Aku bagi kau masa tiga bulan untuk buat aku terima kau sebagai isteri aku. Kau buatlah apa yang kau nak! Tapi... Kalau aku tetap tak terima kau sebagai isteri aku dalam masa tiga bulan,"

"Abang nak ceraikan saya?" Celah Hanis.

Soalan Hanis tidak dijawab. Hazzar kembali memandu keretanya. Hanis mengeluh melihat Hazzar. Macam mana dia nak buat Hazzar terima dia sebagai isteri?

---

Setibanya di rumah, ada beberapa buah kereta mewah dihadapan rumah mereka. Hazzar mengecilkan matanya apabila melihat seseorang keluar dari perut kereta tersebut. Dia tersenyum sinis, Mark dan yang lain.

Pagar dibuka dan kereta Hazzar terus meluncur masuk ke dalam. Hanis masih hairan, siapa yang datang tu? Mereka keluar dari kereta.

"Kau masuk dalam." Arah Hazzar dengan nada rendah sebelum melangkah mendekati kawan-kawannya.

Tanpa melengahkan masa, Hanis terus membuka kunci rumah kemudian masuk ke dalam rumah seperti yang diarahkan tadi. Hazzar mengerling jam di tangannya.

"Aku ingat kau semua nak datang malam." Ujar Hazzar lalu berjabat tangan dengan semua manusia dihadapannya.

"Aku ingat nak lepak lama sikit dengan kau. Bro, tu ke maid kau?" Soal Kaef dengan senyuman nakalnya.

"Ha'ah. Kau jangan nak buat benda tak senonoh dekat dia." Ujar Hazzar.

"Apahal pulak? Hari tu kau cakap buatlah apa yang kitaorang nak. Ni? Tukar fikiran." Soal Luqman.

"Aku tak kisahlah kau nak buat apa dengan Hanis, jangan je kau buat benda sial tu dekat dalam rumah aku." Ujarnya.

"Kalau macam tu kitaorang bawak baliklah!!" Usik Kaef.

"Kau teringin nak makan penumbuk aku?" Mereka semua menggeleng laju. Hazzar memberi isyarat menyuruh mereka masuk ke dalam rumah.

"Hanis! Kau ambik 3 botol wain dekat dalam peti ais tu." Arah Hazzar selamba.

Hanis yang mendengarnya terkejut besar. Arak? Hanis teragak-agak untuk membawanya ke depan. Dosa besar kalau dia hidang arak dekat orang. Hazzar menoleh ke dapur, Hanis masih berdiri di hadapan arak. Dia bangun lalu mendekati Hanis.

"Aku suruh kau bawak arak ni pergi depan apahal kau pergi tenung arak ni!? Kau nak cuba minum?" Soalnya dengan nada dingin.

Laju Hanis menggeleng. Hazzar mendekatkan jarak antara wajahnya dan Hanis. Hanis pula melunturkan badannya kebelakangan. Hazzar berhenti. Tangannya mencapai botol-botol arak diatas meja serta snek kemudian beredar.

Hanis kembali menegakkan badannya. Dia menghelakan nafas lega. Nasib dia tak buat apa-apa. Hanis mengintai mereka yang berada di ruang tamu.

"Amboi! Takde air lain ke nak minum? Ni kalau aku halang jap lagi aku jugak yang kena tibai. Tapi dosa. Aku nak buat apa ni?" Ujarnya seorang diri.

"Aku naik bilik je lah." Ujarnya perlahan lalu melangkah keluar dari dapur.

"Cik adik Hanis nak ke mana?" Soal Mark dengan nada menggoda tapi, memualkan.

Hamis menoleh ke arahnya lalu tersengih kecil.

"Marilah, teman kami." Pelawa Ruzaini.

Terbuntang mata Hanis mendengarnya. Dah gila ke apa ajak orang minum benda yang semestinya HARAM! Hazzar mengerling ke arah jam lalu memandang Hanis.

"Dia nak solat maghrib." Sampuk Hazzar lalu menutup cawan berisi arak itu.

"Ala solat tu nanti-nanti pun boleh buat. Meh duduk dengan kami." Ujar Mark.

Hanis senyum geram. Tunggu kau!

"Kalau kena seen dekat Whatsapp pun dah marah, rasanya Allah marah tak kalau kita seen je bunyi azan tu. Dahlah tak buat langsung! Macam Whatsapp kan? Orang hantar mesej, tapi kita langsung tak balas. Saya naik dulu ye."

Hanis dengan segera mengatur langkah naik ke bilik. Nanti tak pasal-pasal dia kena cekik dengan Hazzar. Tersedak mereka mendengar perlian hangat dari Hanis.

"Bro... Aku makin geram tengok maid kau. Tunggu dia." Ujar Kaef.

"Ingat! Kau ada awek." Ujar Luqman.

"Awek je pun. Bukan bini. Setakat awek aku boleh pasang sembilan lah." Ujarnya sombong.

Mereka menoleh ke arah yang yang sudah separuh mabuk lalu kembali memandang antara satu sama lain. Senyuman penuh maksud diukir.

Usai solat maghrib, Hanis membuka telekungnya lalu mengatur tudungnya. Dia menoleh ke arah luar pintu bilik. Diam. Tak bising macam tadi. Hatinya tergerak untuk melihat keadaan mereka di bawah.

Jantungnya berdegup kencang macam nak meletup. Hanis memegang dadanya untuk bertenang. Dia melihat mereka dibawah. Hazzar sudah tidur akibat mabuk begitu juga dengan yang lain kecuali... Kaef?

Hanis menoleh ke kanan ke kiri. Kaef tiada di mana-mana. Hanis endahkan lalu mendekati meja yang bersepah macam sarang tikus.

Dia mencangkung untuk mengutip semua sampah sarap, botol-botol arak kemudian membawanya ke dapur. Semua dia buang ke dalam tong sampah. Tiba-tiba ada tangan yang melilit pinggangnya.

Hanis tidak bergerak. Menoleh juga tidak. Kepala seseorang melekat pada belakang badannya. Tangan tersebut menjalar seluruh badannya.

Hanis pandang ke hadapan, ada pantulan tapi dia tak dapat melihat wajah seseorang di belakangnya. Tiba-tiba...

Hanis menolak Kaef dengan kasar sehingga badan Kaef mengena pada peti ais. Kaef meleret senyuman nakal.

"Aku ingat kau suka sebab kau... Duduk diam. Macam kucing, bila kau belai dia duduk diam-diam." Kaef meleret senyuman sinis.

"Tak payah risau, Hazz takkan sedar sebab dia dah terlampau mabuk! Jadi... Yang ada cuma kau, dengan aku." Dia melangkah perlahan-lahan mendekati Hanis.

Kaef berlari ke arahnya dan dengan spontan Hanis menolak tubuh Kaef lalu berlari naik ke bilik. Kaef ketawa besar lalu mengejar Hanis.

"Aaa!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience