Bab 6:Bayangan Kasih

Mystery Series 181

Lima hari kemudian, Haris masih dihantui gangguan Dani yang terus-menerus muncul tanpa memberikan sebarang petunjuk yang jelas. Dia duduk di kerusi studionya, memandang kanvas lukisan Dani yang telah siap, sambil menikmati pemandangan gunung dari jendela luas di hadapan. Cahaya matahari pagi yang masuk melalui jendela mencipta bayangan samar di lantai yang berdebu.

Rina datang kali ini tanpa mengajak Fahri. "Fahri kata dia sibuk, jadi aku datang sendiri," katanya dengan senyuman kecil sambil melangkah masuk ke studio. Tangan Rina membawa bungkusan nasi lemak dan cendol. Dia menyapa Haris dengan ceria, tetapi hanya mendapat anggukan kecil sebagai balasan.

Kerana sudah terbiasa dengan suasana rumah Haris yang tidak terurus, Rina tidak ragu-ragu untuk duduk di sofa yang penuh dengan bantal berselerak. Dia meletakkan makanan yang dibawanya di atas meja kecil di sebelah sofa. "Nah, nasi lemak dan cendol kesukaan kau. Tapi kalau tak makan sekarang, nanti basi," gurau Rina sambil tersenyum.

Haris hanya berkata, "Nanti aku makan," sebelum kembali merenung lukisan Dani yang seolah-olah memerhatikannya kembali.

Rina memandang sekeliling studio. "Haris, rumah kau ni dah macam kapal pecah!" katanya sambil bangun dan mula memungut sampah dari lantai. Dia terus membebel, "Macam mana kau boleh hidup dalam keadaan macam ni? Dah la berdebu, barang berselerak pula."

Saat itu, Haris yang masih terpaku di kerusinya tiba-tiba teringatkan ibunya. Wajah Rina yang sibuk mengemas, sambil membebel, menghidupkan semula memori lama di fikirannya.

---

**Flashback**

Ibunya berdiri di ruang tamu rumah mereka yang sederhana, tangannya memegang penyapu. "Haris, sampai bila nak sepah macam ni? Kau ingat rumah ni ada jin tolong kemas?" bebel ibunya sambil mengangkat beberapa buku yang berselerakan di atas meja. Haris, yang waktu itu masih remaja, hanya mampu tersengih.

"Ala, mak... kejap lagi Haris kemaslah," katanya sambil cuba mengelak pandangan ibunya yang tajam. Tapi ibunya tidak mudah menyerah.

"Kejap lagi, kejap lagi! Dah biasa sangat dengan alasan tu," balas ibunya sambil meletakkan buku-buku tadi di rak. Tiba-tiba, ibunya tersenyum kecil, matanya penuh kasih sayang. "Haris, nanti kalau dah besar, kahwinlah dengan perempuan yang rajin kemas rumah. Kalau tak, tengoklah, hidup kau akan lintang-pukang macam ni!"

Haris tertawa kecil. "Mak, Haris tahulah cari perempuan yang rajin. Tapi kalau perempuan tu rajin, nanti Haris kena rajin juga, kan?"

"Hah, itu baru betul!" jawab ibunya sambil ketawa. "Sama-sama rajinlah, baru seimbang!"

---

Kenangan itu menyentuh hati Haris. Tanpa sedar, dia tersenyum kecil memandang Rina yang masih sibuk mengemas dan menyapu. Wajah Rina di matanya seolah-olah bertukar menjadi wajah ibunya yang lembut dan penuh kasih sayang.

"Kenapa senyum-senyum?" tanya Rina, tersipu malu apabila menyedari Haris memandangnya.

"Eh, tak ada apa," jawab Haris tergesa-gesa sambil memalingkan muka, cuba menutup perasaan yang muncul tiba-tiba.

Setelah selesai mengemas, Rina menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan memeriksa apa yang boleh dimasak. "Haris, ayam ni masih elok lagi. Aku masak ayam masak lemak untuk kau, ya?" katanya dengan suara yang kuat agar Haris yang tidak terlalu jauh di studio mendengarnya.

Haris hanya mengangguk tanpa menyahut.

Tidak lama kemudian, aroma ayam masak lemak memenuhi ruang rumah. Rina kembali ke studio dengan senyuman. "Aku dah masak lauk untuk kau makan malam nanti. Kalau lapar, tinggal panaskan saja. Tapi sekarang, makanlah nasi lemak ni dulu. Kau dah kurus sangat tau!" katanya sambil menepuk lengan Haris.

Haris tersenyum tipis. "Nanti aku makan," jawabnya perlahan.

Tiba-tiba, pintu studio diketuk. Fahri muncul di ambang pintu, wajahnya kelihatan sedikit tergesa-gesa. Rina memandang Fahri dengan hairan. "Eh, kata sibuk?"

"Ada hal penting," jawab Fahri, nadanya serius.

Rina dan Haris saling berpandangan. "Petunjuk dari mimpi Haris ke?" tanya mereka hampir serentak.

Fahri menggeleng. "Bukan. Tapi aku rasa benda ni lagi penting."

"Eh, Haris!" kata Fahri dengan nada mengejutkan. "Tiga hari lagi, birthday Aira."

Haris yang sedang merenung secawan kopi, segera terperanjat. "Ya Allah, aku lupa!" jeritnya, hampir terjatuh dari kerusi. "Macam mana aku boleh terlupa benda besar ni?"

Fahri tertawa sinis. "Nasib baik aku yang ingat. Kau ni, selalu ada alasan, kan? Tapi kali ni tak boleh main-main, bro. Ini peluang kau untuk ambil hati dia. Jangan biarkan orang lain ambil kesempatan, nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah."

Haris memegang kepalanya dengan kedua tangan, keliru dan resah. "Aku... aku tak tahu. Aku tak rasa cukup baik untuk dia. Aku ni siapa? Aku bukan lelaki yang sempurna, Fahri. Aku tak ada banyak duit, kerja pun masih terumbang-ambing. Aku takut Aira rasa aku tak mampu beri apa-apa yang dia perlukan."

Fahri hanya mendengus. "Kau ni Haris, dari sekolah menengah lagi suka Aira, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa perkembangan. Jangan jadi pengecut, bro. Kau dah umur macam ni, kena cepat-cepat cari isteri. Jangan tunggu sampai terlambat."

Haris tersenyum tawar, tetapi ada sedikit kepahitan di dalam hatinya. "Padahal kau sendiri bujang tak laku," katanya sambil ketawa kecil, cuba mengelak daripada rasa cemas yang sedang melanda.

Rina yang sedang duduk di sebelah mereka, mendengar perbualan itu dan mula ketawa terbahak-bahak. "Hahaha! Betul juga Fahri, kau pun tak jauh bezanya. Bujang tak laku!" katanya sambil memegang perut yang terasa sakit akibat ketawa berlebihan. Namun, di dalam hatinya, ada perasaan yang tiba-tiba menjalar. Dia tidak menyangka Haris sebenarnya sudah lama menyukai Aira. Selama ini, dia fikir Haris hanya menganggap Aira sebagai teman biasa. Tapi, setelah memikirkannya, Rina baru sedar bahawa Haris selalu berusaha untuk lebih dekat dengan Aira, tanpa dia sedari.

Fahri membalas dengan nada gurauan, "Alah, Rin. Kau pun tak jauh beza. Tak kahwin-kahwin juga." Dia tidak menyangka persahabatan mereka sudah sampai ke tahap ini. Fahri mula berfikir, apakah selepas masing-masing berkeluarga nanti, mereka masih akan terus berkumpul seperti ini?

Rina cuba menyembunyikan perasaan yang tiba-tiba muncul dalam dirinya. Dia tersenyum lemah, cuba mengekang rasa yang datang tiba-tiba. "Okay, okay, aku setuju. Kalau nak surprise party, kita buat! Tapi, apa rancangan kita?"

Haris yang masih duduk termenung, akhirnya mengangguk perlahan, matanya masih penuh dengan keraguan. "Aku nak buat kejutan untuk Aira. Kita beli barang-barang untuk masakan dan dekorasi, buatkan surprise party dekat taman yang berhampiran dengan rumah aku."

Fahri menyeringai, "Eh,Haris.Jangan lupa kau tu main character dalam persiapan ni." Dia memberi Haris tepukan di bahu dengan penuh semangat.

Haris terdiam seketika, sedikit tertekan dengan idea untuk memasak. "O-okay, tapi korang kena bantu aku juga. Takkan aku nak buat semua benda sorang-sorang.Kalau macam tu,ada kawan pun tak berfungsi buat apa?"

Fahri, dengan wajah yang penuh kegembiraan, melihat kepada Rina. "Rina, kau kan pandai masak! Antara kita, masakan kau je yang terpaling 'pehh'!"

Rina hanya tersenyum. "Hah,'perhh' apanya,Tapi jangan harap aku masak sorang-sorang. Kena sama-sama lah!" katanya dengan suara yang sedikit tegang, tetapi dalam hatinya,entah mengapa walaupun dia sendiri sudah mengetahui kenyataan, dia merasakan bahawa sesiapa saja boleh mendapat peluang jika tidak menyerah,hatinya masih pada Haris.

Haris mengangguk sambil tersenyum lebar. "Okay,barang-barang siapa rajin boleh teman aku beli esok,masak..kita bertiga kot,takkan nak harapkan rina je,kena ada kerjasama,dekorasi taman..Alah..Semua kena bertiga lah..Korang sibuk ke tiga hari ini?Tak pe kalau sibuk,aku ajak je.."

"Tak pe,tak sibuk pun,kau Rin?",tanya Fahri,Rina sekadar menggeleng.

Mereka bertiga kemudian mula merancang dengan lebih teliti, saling berbincang tentang cara dan langkah terbaik untuk memastikan Aira akan terkejut dan gembira. Haris mulai merasakan semangat yang baru bangkit dalam dirinya. Kejutan ini bukan hanya untuk Aira, tetapi juga sebagai cara untuk dia memperkenalkan perasaannya yang tersembunyi selama ini.

Fahri semakin bersemangat. "Kita akan buat party ni dekat taman dekat rumah Haris. Kita boleh buat dekorasi yang simple tapi menarik. Beli beberapa benda untuk hiasan, pastikan nampak romantik dan personal. Kadang-kadang, perkara kecil yang bermakna tu yang buatkan seseorang rasa dihargai."

Rina yang sedikit cemburu namun tidak pernah menganggap Aira sebagai lawan.Kalau nak bersaing kena lah sihat,dia berjanji akan melupakan Haris selama-lamanya jika Haris dan Aira berkahwin.Tapi kalau belum,sepanjang masa itu dia sentiasa setia menjaga Haris sebagai kawan.Rina segera mengambil telefon bimbitnya. "Aku akan cari idea untuk bunga-bunga dan hiasan. Aku nak buat Aira rasa sangat special." Dia berbicara dengan penuh semangat, tetapi dalam hati, ada rasa yang sukar dijelaskan. Tiba-tiba, dia terfikir, mungkin inilah masanya dia boleh melihat perasaan sebenar Haris terhadap Aira.

"Macam mana dengan hadiah?" Haris bertanya, cuba mengalihkan perhatian dari kecemasan yang sedikit membebani dirinya.

Fahri memandang Haris dengan senyuman lebar. "Hadiah? Itu kerja kita juga!Kita buat sesuatu yang bermakna. Jangan beli hadiah biasa-biasa, yang tu tak akan ingat. Beli sesuatu yang mencerminkan perasaan kau, bro!"

Haris sebagai kawan,merasa begitu dihargai,"Thank you,lah!Korang dari dulu tak pernah berubah..Selalu ada untuk aku.Nanti kalau korang nak temabk siapa-siapa,bagitahu aku juga,nanti kita bertiga plan lagi..Kalau kau nak plan terus bincang decoration pelamin pun boleh."Mereka bertiga merasa momen ini sangat mengharukan,"Alah.."

Mereka bertiga ketawa riang, penuh dengan idea dan semangat yang baru. Tanpa mereka sedari, waktu sudah hampir petang. Perancangan demi perancangan berjalan lancar. Ketiga-tiga mereka sepakat untuk membuat kejutan yang penuh dengan kegembiraan dan emosi, tetapi juga ada sedikit rasa cemas dalam diri Haris.

Di dalam hati Haris, dia tahu dia harus mengungkapkan perasaannya kepada Aira. Kejutan ini hanya langkah pertama. Tetapi, dia masih ragu. Adakah dia cukup berani? Adakah dia cukup sempurna untuk Aira?

Dengan semangat yang masih membara, mereka bertiga meneruskan rancangan mereka untuk memastikan Aira menerima kejutan yang tak akan dia lupakan sepanjang hidupnya. Haris berharap kali ini, dia dapat memberi Aira sesuatu yang lebih daripada sekadar hadiah. Sebuah peluang untuk memperlihatkan siapa dirinya yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience