BAB 14

Horror & Thriller Completed 10130

Aishah tersedar. Kiri, kanan, depan dan belakangnya gelap saja. Dia seorang diri di ruangan kosong itu. Seketika kemudian, terdengar suara sayup-sayup memanggilnya.

"Aishah... Aishah... Aishah..."

Semakin lama, semakin hampir suara itu. Tatkala itu, kelihatan bayangan seorang perempuan yang semakin hampir dengan dirinya. Apabila perempuan itu sampai di hadapannya, dia terkejut. Wajah yang amat dikenali. Perempuan tersebut menghulurkan tangan ingin bersalaman. Aishah menyambut huluran itu dan perempuan tersebut berkata.

"Terima kasih, Aishah. Terima kasih tolong aku."

Perempuan tersebut memberikan senyuman yang manis dan tiba-tiba hilang dari pandangan Aishah. Aishah terjaga dari tidur.

"Ya Allah! Astagfirullah.. Mimpi rupanya. Hm.. Teha.. You're welcome. Pergilah kau dengan aman."

Aishah tersenyum seorang diri di atas katilnya itu. Dia bingkas bangun, mencapai tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik mandi.

*****

Aina pergi ke dapur dengan satu tujuan, sarapan pagi. Jam menunjukkan 7.25 pagi.

"Ala.. Baru 7.25.. Awal lagi nak kejutkan Aishah dengan Taz tu."

Dia berjalan ke dapur dan ketika sampai di muka pintu dapur, dia terkejut.

"Mak kau meletup! Weh, Aishah! Kau buat apa kat sini?!"

"Aina.. Morning.. Laa.. Kau dah kenapa? Da kat dapur, buat apa lagi? Breakfast la."

"Awalnya kau bangun? Ada kelas ke?"

"Tak la. Ada someone kejutkan tadi. Lepas tu terus tak boleh tidur."

"Someone kejutkan?! Aku belum kejutkan kau lagi."

"Bukan kau la. Ada orang lain. Kejut aku dalam mimpi aku."

"Apa-apa la kau ni."

"Hehe.. Nah! Koko crunch je ada. Adoyai kau ni.. Aku bangun awal pun salah."

"Tak.. Bukan salah.. Aku pelik, kau tu kalau bukan aku yang kejutkan, takde makna kau nak bangun.."

"Da la! da la! Baik kau makan. Rezeki da depan mata tu. Membebel je."

Aina menarik kotak koko crunch lalu menuangkan ke dalam mangkuknya yang berisi susu. Aishah yang sedang memerhatikan berkata.

"Oi! Dah! Jangan banyak sangat tuang. Kang kawan kau lagi sorang yang tengah sedap terlentang tu tak dapat pulak."

"Hm.. Yela! Yela!"

*****

Di dalam kereta Acong, dalam perjalanan pulang selepas habis meraikan kejayaan kumpulan Aishah.

"Erm.. Seronok kan celebrate tadi?"

"Erm.. Yela. Seronok. I yang takde kena mengena pun tumpang seronok."

"Apa pulak you takde kena mengena? Kan you yang bagi lokasi tu. Kira menyumbang la jugak."

"Oh, kira jugak eh. Haha.."

"Eh, you! Semalam I mimpi...."

"Mimpi hantu?"

"Mana you tau ni?"

"Yela. Mana tak nya. Asal you mimpi je, pasal hantu.. Asal you mimpi je, pasal hantu.. Asal pasal hantu je, you mimpi.."

"Hey! I serius la.."

"Haha.. Ok! Ok! Sorry.. Hm.. You mimpi apa pulak?"

"I mimpi pasal Teha lagi."

"Teha lagi?"

"Erm.. I mimpi Teha datang kat I. Kitorang salam and dia cakap terima kasih. Then, dia senyum and terus hilang."

"Erm.. Dia senyum mesti cun kan?"

"Eleh.. Gatal!!"

"Laa.. I cakap je. Tu maknanya dia nak berterima kasih kat you... And maybe jugak tu tandanya dia da pergi dengan aman."

"Erm.. I pun rasa.."

Keadaan menjadi senyap seketika. Hanya lagu dari radio yang kedengaran. Setelah agak lama berdiam diri, Aishah berkata lagi.

"Eh, esok I dapat new housemate. I da cerita kat you ke?"

"Oh, ye ke?! You takde cerita kat I lagi. Siapa nama dia?"

"Entah! I tak tau. Hari tu dia datang time I takde kat rumah. Aina dengan Taz yang jumpa dia. Dorang kata budak tu kerja kat bandar."

"Oh.. Nanti kenalkan kat I eh. Cun tak?"

"Amboi.. Terserlah kegatalan you ni.. Nampak perempuan cun sikit, semua dia nak kebas."

"Ala.. Main-main je la. Jangan marah."

Aishah hanya bermasam muka tanda merajuk. Acong pula tersenyum. Sampai di rumah Aishah, Aishah keluar dari kereta, mengucapkan selamat tinggal kepada Acong dan masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience