Bab 15 : Mandi Lumpur

Adventure Completed 1867

“Nyamannya rasa. Kalau hari-hari macam ni, mesti seronok,” monolog Gama sambil menghirup udara segar.

“Pergilah tanya, Akil,”

“Apa pula. Korang pulalah yang pergi,”

Gama terdengar suara manusia berbisik tidak jauh dari tempat dia bersandar pada batu besar. Matanya dialihkan pada beberapa manusia. Dia yakin yang mereka akan datang bertemunya semula. Sama seperti dua orang manusia yang pernah menjejakkan kaki di situ.

“Apa yang korang bisik-bisik tu? Saya tak sukalah kalau korang tidak menghiraukan saya. Saya yang besar daripada korang ni pun masih korang palaukan saya, kan,” merajuk Gama.

“Allah. Dia merajuk pula. Tak padan dengan badan besar,” perli Tengku Ehsan dalam nada yang perlahan.

“Shu. Tak baik cakap macam tu, Izan,” tegur Nur Halimah.

“Biar saya yang cakap dengannya,” Ismail Razak berdiri menghadap Gama.

“Wahai Gama, penjaga tempat yang cantik ini, ada apa-apa yang boleh kami bantu awak?” sopan dan formal kata-kata Ismail Razak.

Shasya Edrina turut berdiri di hadapan katak gergasi itu, bersebelahan dengan Ismail Razak. Disebabkan rasa takutkan pada haiwan yang bernama ‘katak’ itu, lengan baju jejaka itu dipegangnya erat.

“Betul tu, Gama. Ada apa-apa yang boleh kami bantu awak? Percuma saja,” celah Shasya Edrina.

Geli hati Ismail Razak melihat gadis itu. Namun, ditahan sahaja daripada meletus ketawanya. Walaupun takut, gadis itu tetap mencuba berdepan dengan haiwan yang ditakutinya itu.

“Betul korang nak bantu saya?” ragu penjaga itu.

Matanya memandang enam pasang mata yang sedang berdiri di hadapannya itu. Badannya dibongkokkan sedikit untuk melihat enam tubuh manusia itu.

Apabila terasa katak gergasi itu mendekatkan wajahnya pada mereka, pantas Shasya Edrina menyorok di belakang Ismail Razak. Tertarik tubuh jejaka itu ke belakang akibat pegangan yang kuat oleh gadis itu.

“Jadi, apa yang awak nak kami bantu, Gama?” tanya Nik Akhil pula.

“Emm…biar saya fikirkan dulu,” balas Gama.

“Harap bukan benda yang susah,” risau Tengku Ehsan sambil menoleh memandang gadis yang sedang berdiri di sebelahnya.

“Ima, awak buat apa tu?” tegur jejaka itu apabila melihat Nur Halimah tekun memandang bunga yang berada di atas batu besar di mana Gama bersandar tadi.

“Hah? Oh. Saya tengok bunga-bunga yang berbentuk seperti bunga raya tu. Saya macam dengar mereka sedang berbual-bual dengan Gama tadi,” ujar Nur Halimah sambil menunding jarinya pada bunga-bunga tersebut.

Terkejut semua apabila mendengar kata-kata Nur Halimah.

“Betul ke, Ima?” tanya Shasya Edrina sambil mendekati gadis itu.

“Saya tak pastilah betul atau pun khayalan saya je,” jawab Nur Halimah.

“Betul apa yang dikatakan gadis itu,” tersentak mereka apabila mendengar suara besar itu.

“Terdapat beberapa bunga di sini yang boleh bercakap dengan saya. Tetapi, hanya saya sahaja yang boleh mendengar mereka bercakap. Manusia macam kalian tidak boleh mendengar kata-kata mereka,” sambung Gama.

“Jadi, mereka ialah kawan-kawan awak ke, Gama?” soal Nik Akhil.

“Merekalah peneman setia saya sejak dulu sampailah sekarang,” senyum ‘katak’ gergasi itu pada bunga-bunga yang tumbuh di atas batu itu.

‘Dia senyum?!’ terkejut mereka apabila ternampak senyuman penjaga itu.

Mereka hanya berkata di dalam hati sahaja supaya tidak didengari oleh penjaga tersebut. Jika dia mendengar isi hati mereka, pasti dia akan merajuk kembali.

“Baiklah. Saya sudah tahu apa yang saya nak minta kalian bantu,” Gama berpaling semula ke arah mereka.

Masing-masing menelan air liur untuk mendengar lanjutan butiran kata-kata penjaga itu.

“Saya mahu kalian mandikan saya,” terbeliak mata mereka apabila mendengar sambungan kata-kata Gama.

“Mari ikut saya,” ajak Gama sebelum dia berjalan mendahului yang lain.

“Macam mana kita nak mandikan dia yang besar tu?” luah Shasya Edrina.

“Nanti kita fikirkan bagaimana. Jom kita ikut dia dulu,” kata Ismail Razak.

Mereka mula berjalan mengekori penjaga kawasan berbunga itu. Apabila ‘katak’ gergasi itu berhenti berjalan, mereka turut berhenti. Terlopong mulut mereka apabila mereka tiba di kawasan lapang yang berlumpur.

“Sini ke tempat kamu mandi, Gama?” soal Ismail Razak untuk kepastian.

“Sinilah tempat saya mandi. Yahoo!” tanpa isyarat, Gama terus melompat masuk ke dalam lumpur.

Terpercik lumpur mengenai tubuh dan wajah mereka.

“Eee…gelinya. Dia ni badak ke nak mandi lumpur pula,” geli Shasya Edrina sambil mengesat wajahnya yang terkena lumpur.

“Tak baik cakap macam tu, Ed. Nah sapu tangan,” tegur Ismail Razak sambil menghulurkan sapu tangan pada gadis bandar itu.

“Tak perlu nak geli sangat, Ed. Utamakan tugasan kita dulu. Susah betul orang bandar ni,” pedas kata-kata Nik Akhil pada gadis itu.

Monyok muka Shasya Edrina ketika ditegur sebegitu. Siti Syazanah dan Nur Halimah mendekati gadis itu sambil memujuknya.

“Tak apalah, Ed. Kita kena lupakan perkara-perkara yang kita tidak suka seketika supaya kita dapat selesaikan tugasan kita dengan cepat dan semuanya berpuas hati.

Syaza pun sebenarnya takut juga dengan semua penjaga di alam ini kerana saiznya amat mengerunkan Syaza. Namun, apabila memikirkan ianya tugasan kita dan Syaza tidak keseorangan, Syaza lupakan semua tu. Syaza yakin Ed pun dapat menanganinya,” pujuk Siti Syazanah.

“Betul tu, Ed. Ima pun sama juga. Ima tak pandai nak berkomunikasi dengan orang lain dan penakut orangnya. Tetapi, korang banyak membantu Ima sehingga Ima berubah menjadi berani. Ima sangat bersyukur kerana dapat berjumpa dan berkawan dengan korang semua,” senyum Nur Halimah ketika meluahkan isi hatinya.

“Syaza! Ima!” terharu Shasya Edrina apabila mendengar luahan hati sahabatnya.

Tubuh dua sahabatnya itu dipeluk dengan erat. Dia turut gembira dan bersyukur kerana mempunyai kawan yang memahaminya.

“Ed pun sayang korang juga,” kata Shasya Edrina.

“Ehem!” berdehem Nik Akhil.

“Saya tahu yang korang sedang beremosi sekarang. Tapi, tugasan kita jangan lupa pula,” tegur Nik Akhil.

Tiga sahabat itu melepaskan pelukan apabila mendengar teguran lelaki gengster itu. Geli hati mereka apabila teringat sesi luahan hati sebentar tadi.

Sang jejaka turut tersenyum apabila mendengar gelak tawa sang gadis.

*****

Seronok Gama apabila badannya dimandikan dengan lumpur oleh enam manusia itu. Kelihatan Nik Akhil berdiri di atas bahu kanan manakala Ismail Razak berdiri di atas bahu kiri sambil mengosok belakang penjaga kawasan itu.

Tengku Ehsan dan Nur Halimah sedang membasuh kaki Gama sementara Siti Syazanah dan Shasya Edrina sedang membasuh tangan Gama. Kedengaran gelak tawa mereka berenam apabila ‘katak’ gergasi itu sengaja mengusik mereka dengan memercikkan lumpur sehingga mengenai wajah dan tubuh mereka.

“Gama! Janganlah buat macam tu!” geram Shasya Edrina.

Walaupun dia geli dengan haiwan yang bernama ‘katak’, namun, dia cuba mengatasi rasa takut itu.

“Janganlah garang sangat. Takut saya,” ejek Gama dengan nada memerli.

“Gama!!” marah Shasya Edrina lantas membaling lumpur ke arah wajah ‘katak’ gergasi namun mengenai Nik Akhil.

“Alamak!” takut Shasya Edrina apabila melihat wajah bengis Nik Akhil yang sedang mengumpal lumpur pada tangannya.

“Jangan, Akhil!” jerit Shasya Edrina terus bersembunyi di belakang Siti Syazanah.

Nik Akhil terus mencampak lumpur itu. Kotor baju Siti Syazanah akibat terkena serangan dari jejaka itu.

“Nik Akhil!” nyaring suara Siti Syazanah sambil menjeling tajam ke arah jejaka tersebut.

“Bukan salah saya. Ed yang mulakan dulu,” selamba muka Nik Akhil.

“Bukan salah saya. Salah Gama!” bela Shasya Edrina.

“Hahaha,” geli hati yang lain apabila melihat situasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience