Rate

Bab 3

Family Series 3707

Sudah seminggu, ibu meninggalkan mereka adik-beradik. Emir dan Emyra meminta cuti kecemasan selama dua minggu kerana kematian ibu mereka yang menyebabkan Iman dan Imani duduk di kubur tanpa berteduh. Mereka demam panas selama seminggu, ketika itu jugalah mereka sering memanggil ibu mereka. Emir banyak menasihati Iman dan Imani kerana berhenti meratap pemergian ibu, Tetapi Emir hanya mendapat rintihan yang sayu daripada adik-adiknya. "Iman dah banyak buat salah kat ibu, ibu mesti benci Iman. Along, ibu benci Iman. Angah, ibu benci Iman. Adik, ibu benci Iman. Ibu tinggalkan kita sebab dia tak suka Iman. Iman jahat sangat buat ibu macam tu. Along, angah, adik, tolong kembalikan ibu, Iman janji, Iman berubah. Iman akan sayang ibu. Iman akan jaga ibu". Rintih Iman. "Ibu, maafkan Imani sebab tak jaga ibu. Imani tak tau yang ibu sakit. Imani anak yang kejam sebab tak tahu yang ibu hidap penyakit kanser tahap 3, maafkan Imani, ibu. Imani sayang ibu. Ibu kembali lah ke pangkuan kami, ibu". Rintihan Imani membuatkan Emir dan Emyra terkejut. Di mana dia dapat tahu tentang penyakit ibu, sedangkan mereka sendiri tidak tahu, mengapa ibu meninggalkan mereka, sedemikian.

EMIR'S POV
"Imani, mana Imani tau, ibu hidap kanser? Ibu beritahu Imani ke? Imani, tolong beritahu along mengapa?" Imani diam. Dia menunjukkan laci meja solek di mana ibu, angah dan dia sering bermain solek-solek bersama, jika ada kenduri atau majlis yang seperti itu. Emir segera menuju ke laci meja itu, dia hanya lihat sepucuk surat di dalam laci meja itu, Emir mengambil lalu membacanya. Selesai membaca, dia memberikan surat itu kepada Emyra. Jatuh air mata lelakinya terhadap seorang ibu yang telah meninggalkan mereka buat selamanya. Mereka adik-beradik merintih dan menangis, memanggil ibu mereka yang semestinya tidak akan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience