Bab 1

Romance Completed 78329

Cebu City, Filipina.

Tangisan Gia Vatanika kedengaran di dalam rumah agam tersebut. Sejak kematian papanya empat tahun yang lalu, hidupnya bagaikan dalam neraka yang diciptakan mummynya. Walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, tapi tetap juga dirinya yang disalahkan atas setiap benda yang terjadi. Bahkan walaupun kesalahan itu datangnya dari adik kembarnya sendiri, tetap dia yang menjadi mangsa kemarahan mummynya, Madam Valona.

Walaupun Gia Vitalika membuat kesalahan sebesar mana pun namun Gia Vitalika langsung tak dimarahi oleh mummynya. Paling kuat kena back up. Tak tahulah kenapa mummynya melayan dirinya begini sedangkan dia dan Gia Vitalika adalah kembar cuma bezanya aku ni kakak dan dia adik. Kadang-kadang rasa macam nak lari dari rumah tapi kalau aku lari dari rumah, mana aku nak pergi? Aku tak ada sapa-sapa lagi di Filipina kecuali mummy.

Adik-beradik mummy yang lain semuanya dah pindah ke negara Gajah Putih iaitu Thailand. Kenapalah aku bodoh sangat sampaikan tak ikut diorang ke Thailand? Kenapa aku masih stay dekat sini?! Kalau aku ikut diorang ke Thailand mesti hidup aku takkan jadi macam ni.

“Bakit ka naman careless hah (Kenapa careless sangat ni)?! You even can’t do simple things like this! Sikit-sikit pecah! Sikit-sikit pecah! Kau ingat pinggan yang aku beli ni pinggan murah ke hah?! Hah?!” Madam Valona menunjal-nunjal kepala Gia. Gia pula masih menangis teresak-esak di atas lantai.

Vitalika pula sekadar tersenyum sinis memandang kakaknya yang dimarahi mummy. Sebenarnya yang pecahkan pinggan tu kerja aku.

“Anong nangyayari dito (Apa yang tengah berlaku ni)? May nangyari ba (apa benda yang jadi)?” Mr. Scott Padilla menghampiri mereka.

Siapa Mr. Scott Padilla? Dia ni ayah tiri kepada Gia Vatanika dan Gia Vitalika memandangkan selepas kematian papanya, mummy ambil keputusan untuk berkahwin dengan Mr. Scott Padilla sebab yelah mummy bukannya sejenis yang suka hidup susah sangat. Harta peninggalan papa dulu pun habis dijolinya dengan shopping.

Aku? Aku tak dapat apa-apa langsung. Harta papa semuanya diguna pakai mummy dengan Vitalika. Aku satu sen pun diorang tak bagi.

“Budak nilah! Suka sangat careless! Benda yang senang pun dia tak boleh buat! Ada pulak dia pecahkan pinggan saya yang mahal ni!” matanya dicerlung tajam kepada Gia. Rasa nak cekik je anak dia yang satu ni. Tak boleh diharap langsung!

“Bukan dia sengaja pun…yang nak marah sangat ni kenapa?” Mr. Scott Padilla menggelengkan kepalanya sebelum menghampiri Gia dan membantu Gia untuk bangun. Kesian dia tengok Gia asyik kena marah dengan Valona. Entah apa yang tak kena pasal Gia ni di mata Valona.

Dalam hatinya, Gia bersyukur kerana dapat ayah tiri yang baik seperti Mr. Scott Padilla. Disangkakannya dulu ayah tirinya akan berperangai buruk seperti mummy tapi sangkaannya meleset sekali.

“Sakit ba (sakit ke tak)? Kung masakit, sabihin mo sa akin (kalau sakit, bagitahu daddy)…” Mr. Scott Padilla bertanya dengan nada yang risau. Dalam masa yang sama dia terfikir macam mana Gia boleh lalui semua ini dalam umurnya yang baru sahaja 12 tahun.

“Hindi sakit na daddy (tak sakit pun daddy). Gia okay…” jawabnya perlahan namun jawapannya dicemuh oleh Madam Valona dengan Vi.

“Hindi na kailangan magsinungaling para lang makakuha ng atensyon!” cemuh Vitalika tak puas hati. (Tak payah nak menipu sebab nakkan attention je!)

“Sapat na (enough) Vi! I don’t want to hear you talk like this anymore! She is your sister and you need to respect her how you respect me and your mummy!” Mr. Scott Padilla bersuara keras memarahi Vitalika.

“She just my twinny okay…”

“Even she is your twinny but still she is your sister! Tandaan mo yan (ingat tu)! Let’s go,” Mr. Scott Padilla membawa Gia ke biliknya.

Gia mengeluh kecil sebelum mengikut langkah Mr. Scott Padilla. Mesti lepas ni mummy dengan Vi bertambah menyampah dengan aku. Yelah, daddy asyik back up aku je bila aku kena marah…lagilah diorang tak suka.
Sampai sahaja di bilik, Gia melabuhkan punggungnya di atas katil. Kakinya yang tadi tak rasa berdenyut terus rasa berdenyut. Rasanya dia terseliuh tadi masa mummy menolaknya jatuh ke atas lantai. Tangannya jatuh melurut ke kakinya lalu diurut perlahan.

“Kenapa ni?” soal Mr. Scott Padilla bila melihat Gia mengurut kakinya. Namun, mata tuanya tertancap pada kaki Gia yang mula membengkak.

“What’s happened to your leg, Gia? Kenapa bengkak ni?” dia melihat kaki Gia di hadapannya. Ini mesti kerja Valona tolak Gia tadi. Haih…sampai bengkak kaki Gia
dibuatnya.

“Tak ada pun daddy. Rasanya ni terseliuh sebab tadi Gia jatuh kot. Tak apa daddy…tak sakit mana pun.” Gia mengukirkan senyumannya kepada Mr. Scott Padilla walhal kakinya dah terasa nyut-nyut lain macam.

“Mana ada sikit ni. Lola! Lola! Halika dito (datang sini)!” tegas sahaja suara Mr. Scott Padilla memanggil pembantu rumahnya.

Lola yang tadinya sedang memasak di dapur segera menutup api dapur dan bergerak menuju ke atas. Ke bilik Gia.

“O,o (ya) sir? Anong mali (ada apa)?” tanya Lola dalam nafasnya yang tercungap-cungap. Maklumlah badan Lola ni agak besar jadi bila kelam-kabut macam tu, memang penatlah.

“Saya nak awak urut kaki Gia. Dah nampak bengkak sangat ni,” arah Mr. Scott Padilla.

“Eh tak apa daddy. Sikit je ni. Lola…tak payah urut kaki Gia. Gia ok je…”
Lola pula teragak-agak nak mengikut arahan Gia sedangkan bos besar dalam rumah ni majikannya. Kalau dia tak ikut arah Mr. Scott Padilla, tak pasal-pasal kena marah. Silap haribulan kena pecat.

“Lola…urut!”

“Yes sir…” Lola segera duduk di hadapan kaki Gia lalu kaki Gia dipegang untuk sesi mengurut.

“Lola…” Gia bertindak untuk menahan Lola dari mengurutnya. Lagipun, dia cuma anak tiri kepada Mr. Scott Padilla dan dia tak layak dilayan hormat macam ni.

“Gia…dengar cakap daddy. Biar je Lola urut kaki Gia. Kalau kata esok kaki Gia bertambah teruk macam mana? Sapa yang menanggung sakit? Gia jugak kan? Daddy tak suka tengok anak-anak daddy sakit macam ni,” ujar Mr. Scott Padilla dengan nada prihatin.

Dia tahu macam-macam yang Gia lalui dalam rumah ni disebabkan perangai Valona dengan Vitalika. Tak tahulah apa besar sangat kesalahan Gia sampaikan Valona dengan Vitalika layan Gia macam ni.

“Gia…”

“Hmmm?”

“Daddy nak tanya sikit boleh dan daddy harap Gia tak terasa dengan soalan yang daddy nak tanyakan ni…” pinta Mr. Scott Padilla lembut.

“Nak tanya apa daddy?”

“Daddy nak tanya kenapa mummy dengan Vitalika benci sangat dengan Gia?”

Gia nampak seperti keberatan nak cerita benda yang dah berlaku. Ya…mummy dengan Vitalika bencikannya sebab dialah punca kepada kematian tatay (papa).

“Daddy tahu maybe ada benda yang dah berlaku dalam hidup Gia dengan keluarga Gia tapi daddy sebagai daddy baru Gia, rasanya daddy tak ada salahnya kan kalau daddy nak tahu punca yang sebenarnya. Ceritalah dekat daddy. Daddy sedia nak dengar semuanya…”

“Emmm sir…saya rasa saya patut keluar dari bilik ni. Tak manis pulak dengar perbualan sir dengan Gia.” Lola bertindak untuk bangun keluar dari situ namun pantas dicegah oleh Mr. Scott Padilla.

“No need. Just stay here dan urut kaki Gia. You’re allowed to hear…” Lola mengangguk kecil sebelum kembali duduk dan mengurut kaki Gia.

“Sebenarnya daddy…apa yang berlaku memang salah Gia pun. Gia yang jadi punca kepada kematian tatay. Walaupun ahli keluarga Gia yang lain cakap benda yang jadi dekat tatay bukannya salah Gia tapi tetap Gia rasa Gialah punca kepada kematian tatay.”

“Maksud Gia?”

Air matanya yang ditahan tadi akhirnya mengalir keluar jua. Masih terbayang dalam benak matanya bagaimana keadaan tatay waktu itu. Menangis kerana kesakitan yang dialaminya.

“Waktu tu Gia mintak tatay datang ke sekolah sebab waktu tu ada action song dan waktu tu jugak mummy tak dapat datang sebab apa Gia tak tahu. Vi pulak time tu ada pertandingan mewarna. So, Gia mintak tatay datang jugak waktu tu even Gia tahu tatay sibuk. Sebabkan Gia cakap macam-macam dekat tatay, tatay setuju untuk datang jugak ke sekolah. Tapi, benda yang lain jadi sebaliknya. Tatay accident dekat selekoh jalan dengan lori. Tatay tersepit dalam kereta. Orang yang lalu dekat situ datang tolong tatay then bawak tatay ke hospital. Gia dapat tahu pasal keadaan tatay selepas sahaja habis competition. Waktu Gia dah sampai ke hospital, keadaan tatay dah tenat. Tatay waktu tu muka dia pucat then menangis. Menangis mungkin tahan sakit yang tatay rasa. Dan…pesanan dari tatay yang Gia ingat sampai sekarang ialah jaga mummy dengan Vi elok-elok. Sebab itulah Gia tak pernah langsung melawan mummy dengan Vi. Gia pegang amanah tatay…” ceritanya dengan penuh nada sayu.

Masih terbayang tatay menangis sebelum tatay menutup matanya untuk selamanya. Tatay…anak miss tatay…
Lola tangannya yang tadi mengurut naik mengelap air matanya di mata dan pipinya. Dia pulak yang emosi lebih sekarang hahaha! Yalah! Sedih kot dengar cerita Gia.
Patutlah selama ni dia tengok Gia diam je bila kena marah dengan mummy dan Vitalika. Rupanya inilah puncanya.

Kasihan Gia…walaupun dia tak bersalah atas apa yang jadi tapi mummy dan Vitalika sering menyalahkan dirinya. Kuatnya Gia nak tempuh segala masalah yang dia hadap.

“Lola! Lola! Tak siap masak lagi ke hah?! Dah masuk waktu makan lunch! Satu habuk makanan pun tak hidang lagi atas meja!” tiba-tiba suara singa Madam Valona menyinga dari bawah.

Hampir saja Lola melatah mendengar jeritan Madam Valona. Haih…tak boleh ke panggil elok-elok! Boleh sakit jiwa nak hadap suara singa Madam Valona tiap-tiap hari. Kutuknya dalam hati.

“Sorry sir…I need to go…”

Mr. Scott Padilla mengangguk tanda membenarkan Lola pergi menyiapkan makanan. Kadang-kadang dia pun terfikir, tak sakit ke anak tekak isterinya tiap-tiap hari nak menjerit je kerjanya?

“You ke mana hah?! Apasal tak siapkan makanan lagi?!” kecut jugak Lola bila melihat muka Madam Valona yang menyinga di hadapannya.

“Sorry madam…tadi saya dekat atas. Urut kaki Gia…” jawabnya takut-takut.

“Sibuk sangat urut kaki dia sampaikan lunch pun you tak hidang-hidang lagi!” bertambah besar mata Madam Valona menjegil kepada Lola.

“Saya cuma ikut arahan sir…” Lola menundukkan mukanya.

Madam Valona menjulingkan matanya ke atas. Entah apa yang ada pada Gia tu sampaikan suaminya sayang sangat dekat Gia. Bukan aku tak tahu, budak tu pun pandai jugak cari simpati dekat suami aku! Huh! Jangan kau bawak sial pada suami aku kali ini sudah! Kalau tak, memang nahas kau aku kerjakan!

“Dah! Pergi hidang makanan! Dah lapar ni!” Lola pantas mengangguk lalu menuju ke dapur. Seram tengok muka bengis Madam Valona namun dalam masa yang sama menyampah jugak dengan perangai berlagak Madam Valona.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience