BAB 8

Romantic Comedy Completed 8105

Setelah tiba di bangsal, Mak Pah berlalu ke belakang untuk mencari suaminya manakala aku tertinjau-tinjau di reban ayam, mencari Helmi. Kulihat Helmi terbongkok-bongkok di belakang reban.

“Helmi buat apa?” Tegurku.

“Opocot,” Latah Helmi terkejut. Aku sendiri terkejut mendengar latahnya.

“Kenapa?”

“Helmi nak sembunyi dari Hanalah,” terang Helmi.

“Oh, ye ke? Kalau begitu, kita mulakan sekali lagilah. Kali ni, Hana janji, Hana pura-pura tak nampak Helmi,” Helmi menggelekek tertawa mendengar sarananku.
Kami bergerak ke bawah pokok rambutan. Helmi mengajak aku duduk di situ. Ada sebuah pangkin kayu yang dibina di bawah pokok rambutan. Helmi memandangku. Aku jadi malu. Aku tunduk sambil menguis-nguis kulit rambutan kering di hujung kakiku.

“Hana,” Suara Helmi kedengaran bergetaran tatkala menyebut namaku. Hatiku juga sebenarnya bergetaran malahan semakin kencang. Kupejamkan mataku rapat-rapat. Cuba mengimbangi gelora di hati.

“Hana, sudah lama kita berkawan dan Helmi ingin minta pendapat Hana…,” Helmi terhenti. Aku membuka mata dan menoleh ke arahnya.

“Kalau Helmi melamar Hana, sudikah Hana menerimanya?” Fikiranku di awang-awangan. Abang Irfan juga pernah melamarku tetapi hanya setakat itu. Dia tidak pernah menghantar rombongan untuk meminangku secara rasmi.

“Abang ingin melamarmu, Hana,” Abang Irfan meluahkan isi hatinya.

“Kitakan masih belajar?” Aku terkejut sebenarnya.

“Bila Hana dah selesaikan pengajian Hana di sini dan abang berjaya menggenggam PhD abang,”

“Kenapa abang lamar Hana? Siapalah Hana nak dibandingkan dengan abang?”

“Tidak lama lagi abang akan jadi seorang doktor perubatan. Hana pula seorang guru. Abang kerja tak tentu masa. Hana pula hanya separuh hari. Jadi, anak-anak kita tak akan terabai. Hana boleh jadi guru dan ibu kepada mereka.”

“Abang sebenarnya nak kahwin dengan Hana atau dengan guru?” Aku agak berkecil hati. Abang Irfan tertawa mendengar rajukku.

“Hana,” Suara Helmi bergema memenuhi ruang. Aku kembali di alam nyata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience