BAB 7

Romance Completed 43245

Aku memusingkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis. Cincin itu aku tetap lama. Lagi dua minggu aku akan bergelar isteri kepada Haiqal Iskandar.

Aku termenung sendiri apabila mengenangkan nasib aku. Macam mana kehidupan aku dengan dia nanti? Mampu ke aku bahagiakan dia?
Boleh ke aku jatuh cinta pada dia sedangkan aku hanya mengganggap dia macam seorang abang. Pada masa yang sama,aku tak nak kecewakan dia. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.

"Oi,mak cik kau termenung apa?'' sergah Afiq Raihan.

"Eh, mak kau meletop!" Aku melatah secara tidak sengaja. Afiq Raihan pula hanya mentertawakan aku.

"Kau ni kalau aku sakit jantung ke apa tak ke dah arwah. Tak reti bagi salam ke hah?" bidas aku. Seraya itu,aku menggosok lembut dada bagi menghilangkan rasa terkejut.

"Kau nak apa" Aku sekadar berbasa basi. Cincin tadi aku sarungkan semula di jari manis. Aku memandangnya inginkan jawapan.

"Petang ni kan ada meeting dengan Datuk Kamal pasal renew contract dia dengan kita."

"So?" Aku tidak faham dengan maksud yang dia ingin sampaikan.

"Aku tak boleh join sebab ada urusan dengan pihak bank petang ni. So,boleh tak kau wakilkan aku untuk petang ni?" Dia bertanya penuh pengharapan.

"Aduh,aku mana pernah handle meeting sorang sorang wei! Kau tak boleh ke tunda dulu urusan kau dengan pihak bank tu?" Kali ini giliran aku meminta pertolongan daripada dia. Gila ke,aku baru kerja beberapa minggu dah kena handle meeting sorang sorang!

"Tak boleh,sebab urgent sangat urusan tu. Ala, aku percaya kau boleh buat lah! Lagi satu, Datuk Kamal tu salah seorang pemegang saham yang terbesar kat syarikat ni. Jadi aku harap kau buat yang terbaik"

"Aku tak boleh buatlah,Afiq. Aku tak reti sangatlah pasal ni" Aku memujuk rayu kepada Afiq Raihan. Macam mana nak handle meeting sorang sorang dengan orang terpenting pulak tu? Aku buntu.

"Please,Hana. Aku tahu kau boleh buat." Dia mula memujuk aku. Dia membuat muka kesian.

Aduh,ni lemah kalau orang pujuk ni! Aku berpeluk tubuh sambil berfikir seketika. Akhirnya,aku buat keputusan.

"Ok,tapi ada satu syarat..."

"Apa?" Jelas nada suaranya bertukar kepada gembira.

"Lepas kau selesaikan urusan kau dengan pihak bank,kau kena join meeting tu sekali. Faham tak?" Aku bercekak pinggang.

Dia mengangguk faham sambil ibu jarinya diangkat. Dia mengulum senyuman.

"Okay,good luck yer. Mak cik! You can do this!" pesan dia sambil mengenyitkan mata. Seraya itu,dia berlalu pergi.

Aku hanya menjulingkan mata ke atas. Riak muka menyampah ditayang. Sempat juga aku menjelirkan lidah kepada dia.

Sekarang ni macam mana,aku nak handle meeting tu sorang sorang? Monolog aku sendirian.

?

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Aku berasa sangat gelisah kerana Datuk Kamal masih belum tiba.

Aku berjalan ke hulur hilir sambil menghafal info info penting yang akan digunakan semasa meeting nanti. Anis,relax..kau boleh buat! Aku meyakinkan diri aku.

"Tok..Tok..Tok.."

Ketukan di pintu menghentikan langkah aku. Lantas,aku bergerak ke arah pintu untuk melihat siapa gerangan yang berada di sebalik pintu. Tombol pintu aku pulas.

Kelihatan seorang lelaki tua yang berpakaian lengkap dengan sut. Aku mengagak bahawa itu mungkin Datuk Kamal.

"Datuk Kamal?" Aku bertanya lembut seraya itu aku mengukir senyuman manis kepadanya.

"Ya saya. Siapa cik adik yang manis ni?" Dia mengukir senyuman yang susah aku tafsirkan. Dia melihat aku atas bawah. Aku tak selesa dengan pandangannya.

"Oh,saya Anis Raihana. Saya pembantu peribadi Encik Afiq Raihan. Silalah masuk"

Dia masuk ke dalam sebelum mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Aku hanya mengekori langkahnya lalu mengambil tempat dihadapannya.

"Maafkan saya Datuk Kamal kerana Encik Afiq Raihan tak dapat join meeting pada hari ini. Jadi,saya akan mewakilkan dirinya pada hari ini." terang aku panjang lebar.

"Oh,tidak mengapa asalkan awak yang berurusan dengan saya. Kita berdua saja kan yang ada dalam bilik ni?" jawab Datuk Kamal sambil mengenyitkan mata ke arah aku.

Aduh,orang tua ni! Nak menggatal ke nak kerja. Aku menyumpah seranah lelaki tua tak sedar diri tu. Namun itu hanya terluah dalam hati. Aku terfikir mungkinkah Afiq Raihan sengaja nak mengenakan aku kali ini.

"Anis..awak dengar tak saya tanya ni?" tanya Datuk Kamal sambil melambaikan tangannya didepan muka aku.

"Oh,maafkan saya Datuk Kamal. Saya tidak sengaja" Aku menunduk malu dengan kelakuan aku tadi. Aduh,apa yang aku buat ni!

"Eh,tak payah Datuk bagai la. Panggil saja Abang Kamal. Lagipun,mana ada orang kat sini. Kita je kan ada" seraya itu dia mengambil tangan aku dan memegangnya lembut.

Aku menarik tangan aku semula. Kalau boleh nak saja aku potong tangan lelaki tua ni tapi sabarlah Anis,sabar! Geli aku nak berabang abang ni. Dia tak sedar ke diri dia tu dah macam pak cik kat luar sana tu tapi nak aku panggil abang pulak.

Aku menayangkan senyuman palsu.

"Baiklah,A..bang Kamal. Boleh kita teruskan dengan perbincangan kita?"

Aku rasa nak termuntah bila panggil lelaki tua ni abang. Kalau bukan sebab dia salah seorang pemegang saham terbesar syarikat dah lama aku tampar lelaki tak sedar diri ni. Biar sedar sikit yang diri tu layak ada cucu dah tapi sibuk nak menggatal lagi.

"Macam tu lah,abang nak. Baiklah,mari kita teruskan" Dia mengukir senyuman senget.

Aku menghela nafas lega. Akhirnya,boleh juga aku buat kerja aku. Aku harap dapat habis cepat sebab aku dah tak tahan nak melayan lelaki tua tak sedar diri ini.

Sepanjang perbincangan kami,aku rasa aku saja yang beri komitmen. Lelaki tua tu hanya mendengar sambil memerhatikan wajah aku. Kadang kadang aku rasa tidak selesa tapi aku tidak mengendahkannya.

Jam di tangan aku kerling. Jam menunjukkan pukul 5.40 petang. Aku tertanya tanya Afiq dimana. Lama lagi ke urusan dia. Akhirnya perbincangan kami menemui kata setuju.

Dia bersetuju untuk renew contract baru dengan syarikat. Aku menghela nafas lega buat ke sekian kalinya.

"Baiklah,datuk. Datuk boleh turunkan tandatangan disini." Seraya itu,aku menunjukkan kertas yang perlu ditandatangani.

Akhirnya,Datuk Kamal menurunkan tandatangan. Aku tersenyum. Yes,aku berjaya! Monolog aku dalam hati.

"Erm,sebelum kita tamatkan perbincangan kita ni boleh tak Anis buat kopi untuk abang?" Dia tersenyum manis.

Berbulu telinga aku mendengar lelaki tua itu membahasakan dirinya 'abang' tu. Aku hanya mengangguk sebelum menuruti permintaannya. Aku melemparkan senyuman palsu.

Aku bercadang untuk menyediakan kopi untuk aku juga. Memandangkan hari ini merupakan hari yang panjang,apa salahnya kalau tamatkan dengan secawan kopi kan? Hahaha

Selesai saja,menyediakan dua cawan kopi. Aku meletakkan satu daripadanya dihadapan Datuk Kamal manakala satu lagi dihadapan aku.

"Ini dia,Datuk. Sekejap ye saya nak buat panggilan"

"Terima kasih" jawab Datuk Kamal.

Aku mengambil tempat tidak jauh dari tempat Datuk Kamal duduk. Nombor Afiq Raihan aku dail.

Tidak lama kemudian,talian disambungkan.

"Hello,ha makcik nak apa? Aku dah selesai dah urusan kat sini. Aku dah on the way pergi office.Kau sabar jap boleh tak?"

Aku terkejut dengan jawapan yang bertalu talu keluar daripada corong telefon. Mamat ni kalau tak tegur elok elok memang tak boleh ke? Kalau ada depan mata memang dah kena dah anak Pak Ngah ni.

"Waalaikumusalam,oi aku tak cakap lagi apa apa dah cakap macam macam" sindir aku.

"Hish,yelah. Kau nak cakap apa?"

Sinis sahaja nadanya. Aku baru happy ii nak bagitau berita baik dia spoilkan pulak mood aku ni.

"Syarikat kita dapat renew contract baru dengan Datuk Kamal."

Ringkas saja jawapan aku. Hilang terus mood happy aku tadi.

"Wow, that's a good news. Congratulations then."

Tiada perubahan nada pun masih sama macam tadi. Aku hanya tersenyum bila mendengar entah pujian atau perlian yang keluar dari mulut mamat tu. Yang aku tahu aku happy gila sekarang ni.

"Kau tak payah datang office pun tak apa. Kami dah habis bincang"

"Kalau.. "

Tiba tiba skrin telefon aku terpadam. Aduh, habis bateri la pulak! Aku menepuk dahi. Aku segera mencari charger di dalam beg tangan.

Tanpa aku sedari, Datuk Kamal meletakkan sesuatu ke dalam air minuman milik aku.

Apabila charger telah ditemui,aku mengecas telefon pada plag yang berdekatan.

Aku kembali duduk dihadapan Datuk Kamal. Dia tersenyum melihat aku. Aku hanya membalas dengan senyuman yang dibuat buat. Lantas, aku menyisip sedikit kopi buatan aku tadi. Ah,leganya! Monolog aku dalam hati.

Tidak lama selepas itu,kepala aku mula pening. Aduh,apahal pening pulak ni. Gumam aku sendirian.

"Anis,ok? Nak abang tolong ke?"

Pertanyaan Datuk Kamal aku biarkan saja. Kepala aku terlalu sakit. Rasa bagai mencucuk cucuk. Seraya itu,aku memegang kepala aku.

"Anis..meh abang picitkan kepala Anis"

Tangan Datuk Kamal mula bergerak ke arah aku dan mula menyentuh muka aku. Aku menolak tangannya menjauhi diriku.

"Tak apa,Datuk. Saya ok. Datuk baliklah dulu"

"Tak apa,biar abang teman Anis kat sini lagipun hanya ada kita berdua saja."

Kali ini tangannya mula merayap dibadan aku. Aku tersentak. Lantas,aku menampar muka lelaki tua tak sedar diri tu.

"Woi,orang tua!Kau jangan sentuh aku. Dah lama aku sabar dengan kau tahu tak! Baik kau berambus sebelum aku report polis tentang ni"

Nada suara aku naik seoktaf. Aku dah tak tahan lagi. Tak kisah la kalau dia nak batalkan kontrak tu janji maruah aku terjaga. Kali ini sakit kepala aku menyerang lagi. Aku hampir jatuh terbaring namun sempat disambut oleh lelaki tua tu.

"Janganlah macam ni,sayang. Garangnya saya suka"

Aku menolak badan lelaki tua itu. Baru saja,aku ingin melawan lagi. Aku rasa aku dah jatuh tersungkur di lantai. Aku lihat lelaki tua itu memandang aku dengan penuh
ghairah.

"Ya Allah,kau peliharalah hamba Mu ini." Aku berdoa di dalam hati.

"Afiq Raihan,mana kau?" monolog aku sendirian sebelum tidak sedarkan diri.

?

Baru saja aku ingin membalas ,talian sudah diputuskan. Aku berasa pelik takkanlah Hana sengaja nak putuskan panggilan. Namun,aku hanya mengendahkan perasaan itu. Perasaan aku je kot.

Aku bercadang ingin terus pulang ke rumah apabila Hana mengatakan bahawa perbincangan dah habis. Tetapi,entak kenapa aku rasa tidak sedap hati. Aku berbelah bahagi sama ada ingin pulang ke rumah atau office.

Akhirnya,aku membuat keputusan untuk pergi ke office. Aku memandu kereta dengan laju. Aku cuba menghubungi Anis Raihanna tetapi tidak berjaya. Panggilan aku masuk ke dalam mel suara.

Aduh,kenapa tak angkat call pulak minah ni. Sejujurnya,hati aku makin tak sedap. Tiba saja di pejabat,aku melihat kereta Anis Raihanna masih terletak di parking kereta.

Tiada orang juga yang masih berada pejabat. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Patutlah dah lepas waktu kerja. Aku masuk ke dalam lif. Aku menekan butang no 5.

Cepatlah lif ni. Guman aku sendirian. Serius aku tengah risau gila ni. Sebaik saja pintu terbuka,aku menerobos keluar. Aku melangkah pergi ke bilik meeting.

Tombol pintu aku pulas. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Datuk Kamal sedang membuka pakaian Anis Raihanna! Aku menuju ke arah mereka. Aku menarik kolar baju lelaki tua itu. Satu tumbukan dikenakan pada mukanya.

"Dush!!!"

" Apa kau buat dengan dia hah! Dasar jantan tak guna! Sedar la diri tu sikit dah tua"

Aku menahan marah. Dada aku turun naik kerana terlalu marah. Patutlah aku rasa tak sedap hati dari tadi.

"Relax la Afiq. She just your PA right? I just wanna try her. That's all. She's hot Btw. " kata Datuk Kamal sambil tersenyum sinis.

" Kau gila ke?! Dia sepupu aku. Kau tak ada hak nak buat dia macam ni." Aku melangkah pergi ke arah Anis Raihanna. Aku cuba menyedarkan dia namun tidak berjaya.

"Apa kau buat kau dekat dia?!" suara aku naik seoktaf. Aku mengetap bibir. Mata aku mencerlung ke arah Datuk Kamal. Tangan aku mengepal penumbuk.

"Aku letak ubat tidur dalam minuman dia. Relax la" kata Datuk Kamal lalu tergelak sinis.

Aku menerpa ke arah dia lalu satu lagi tumbukan dikenakan pada mukanya.

"You know what ,our contract is over! Baik kau berambus sebelum mati kau aku kerjakan" aku memberi amaran.

Datuk Kamal terdorong ke belakang akibat tumbukan kuat daripada Afiq Raihan. Dia bangun sambil memegang mukanya. Bibirnya pecah.

"You will regret it one day" Dia tersenyum sinis sebelum pergi.

Aku mencempung badan Anis Raihanna. Pakaiannya aku betulkan. Aku membawanya ke arah kereta aku.
Tubuhnya aku letakkan di tempat duduk belakang dengan berhati-hati.
Lalu, aku memandu kereta dengan laju.

"Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini"
Doa aku sepanjang perjalanan.

Hana, aku minta maaf sebab tinggalkan kau dengan lelaki tua tak guna tu! Rasa bersalah menguasai diri. Kalau aku tak mintak kau buat kerja tu mesti tak jadi macam ni. Aku mengeluh sesekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience