BAYANGAN MU

True Story Series 34123

Hari semakin berganjak ke akhir tahun, Kini Lana semakin mendekati bekas kekasih hatinya walaupun ia tahu Syarif takkan kembali padanya lagi.

•••

Kenapa nak berjumpa dengan saya ni, cik tak tahu ke saya masih diwaktu kerja sekarang ni..!! Syarif menjauhi Lana.

Baby.. im back for you, Lana mendekati lelaki itu..

Hahaha.... "Im back for you.." Selama sepuluh tahun! ini saja ke yang cik mampu ucapkan! tergamaknya cik ya..

Lana mengenggam erat tangan Syarif.

Jangan macam ni!! saya tak mahu reputasi saya rosak disebabkan cik.. Harap fahamlah. Syarif menolak tangan Lana keras.

Syarif baby.." saya nak berjumpa dengan awak sebab saya nak minta maaf pada awak, Awak dah lupe kenangan dan janji kite ke..?

Kenangan ya...? Habis macam mana dengan kenangan cik yang dah rosak plan perkahwinan kita dulu..? Lupa..?

Biy, Saya masih ingat semua tu dan saya sangat menyesal kerana terlalu naif waktu itu..

Naif... dihari perkahwinan kita cik lari ke Uk dengan lelaki lain naif ya.? kalau cik balik kesini semata-mata nak pujuk keluarga saya lebih baik cik pergi sajalah, berhenti atau saya sendiri akan hentikan nya.. Syarif terus meninggalkan Lana disitu.

Airmata palsu Lana mula mengalir..

•••
"PEJABAT"

Tuan selamat petang, Adam mengangkat tabik didepan Syarif.

Hmm... Syarif mengangguk seketika dan ia meninggalkan Adam disitu baginya siapa berani buat hal.. dia harus tanggung akibatnya.

Adam terus pergi dari situ.

•••

Huk.. huk..

Ya allah Sue kenape ni..? cuba minum bebaik.. Wani menepuk perlahan belakang tubuh Suhada.

Tercekiklah weih adeh..

Tercekik..? bukan tersedak ke..?

Sama ajelah..

Aik same ke..? macam lain jer kau ni kan pepandai je ubah ayat sendiri, nyampah pula aku!!

Suhada menayang gigi kearah Wani laju..

Syarif berhentikan kereta di depan cafe yang baru dibuka sebulan lalu dan ter viral juga, Mata nya memerhati kearah dua gadis ditepi cafe itu dan akalnya berfikir ligat..

"Oooh kerja sini ya sayang tunggu jap" Syarif terus keluar dari kereta dan ia berjalan kearah gadis itu,

Wani melihat lelaki tinggi lampai menghampiri mereka dan ia mendapati isyarat untuk bangun dari situ. dan Wani terus bangun dan terus masuk ke cafe..

Weii nak kemana tu..? rehat tak habis lagi ni..

Toiiii..." Wani berlari anak masuk ke cafe

Suhada mengangguk laju.

Syarif mendekati Suhada dan pipi Suhada dicium perlahan..

Eee nyamuk ni pun.. Suhada melihat di screen lama sehingga ia tidak sedar ada lelaki dibelakangnya.

Pap..!!!Suhada terus menampar pipi Syarif.

Aduh!! Kini pipi Syarif agak merah bila ia mendapat tamparan free dari Suhada.

Ya allah" Maaf-maaf encik, eh tuan.. Kenape ni? duduk sini meh..

Syarif terus duduk bila dipapah Suhada.

Kenapa awak tampar saya tadi sakit tahu tak!!

Erkk.. sorry, Tuan tak pape ke sakit tak pipi tu..?

Syarif mengusap pipi perlahan .. terasa ngilu dan pedih, pertama kali kena tampar dengan perempuan berbaloi jugalah rasanya.

Padu jugalah penampar awak ni kan Hada..! berpusing otak saya ni..

Hahaha.... Opsss Seriuslah berpusing..? nak tengok itulah sape suruh cuit pipi saye tanpa amaran kan memang mendapatlah..

Kini Syarif mendekati dan pipi Suhada dicium sepantas sesaat.

Suhada tergamam!! terasa panas diseluruh tubuhnya..

Hurmm itu buktinya..

Jadi tadi...?? Ia memegang pipi seeratnya!

Hahaha.. Dua satu.."

Eeeii tuan ni tak senonohlah!! gatal..! Suhada terus berjalan masuk kedalam cafe, ingin saja ia menjerit geram didepan lelaki itu tapi ia melihat sekeliling tiada siapa jadi tidaklah terasa malu sangat.

Kenapa ni Sue..? merahnye pipi kau nii.." Wawa mendekati

Takde apelah mungkin panas kot, ia melirih anak mata kepada pintu yang dibuka dari luar geram betul dengan dia ni! nak je sekeh dahi tu kuat-kuat biar otak tu kembali normal.!!

Hii..boleh saya ambil order..? Matanya melihat ke nametag lelaki itu, Oooh Syarif!

Saya nak order cik adik boleh..?

Ape..? ulang sekali lagi..!! ia mula mengepal penumbuk.

Eh tak-tak.. saya nak order coffee bean satu hot cup ya saya duduk sana..

Hurmm nasib baik.! baik sila duduk dulu ya nanti pelayan hantar kan...

Syarif mengenyit mata padanya sebelum ia pergi dari situ.

Eee dia ni kan memang dah sewel..! gatal..

Coffee bean hot dan cookies dihidang didepan Syarif dan pelayan itu berlalu pergi.

Cik.. Surat sedia ditangannya..

Ya saye ke..? pelayan perempuan menghampiri.

Ya cik, tolong beri surat ni kepada gadis tu ya.. urgent ni..

Oh iya baiklah tuan.. pelayan itu terus berlalu pergi, beb ni ade surat untuk kau..

Sape bagi ni..?

Tu tuan jpj yang bagi, kau bace lah..

Suhada melihat wajah Syarif lama dan surat itu diletak tepi, Geramnya masih kurang lentur dan surat pula diberi. untuk apa!

Syarif hanya senyum penuh makna, ia menujuk jarinya di pipi sendiri..

Eee..dia nih kan!! sabar jelah..

Sepuluh minit kemudian..

Berapa hot coffee tadi..? Syarif mendekati di kaunter.

Rm4.20sen..Hanya suara saja di keluar kan ia tak mahu menambah geram dihati bila melihat wajah lelaki itu.

Hada.." Awak marahkan saya ke..?

Cash or debit..? Jari masih menunggu jawapan lelaki itu.

Itu baru satu hukuman dari saya tau..!! Syarif meletak card di scan sambil melihat Suhada lama.

Okay.. "terima kasih Bye.." Suhada melampai tangan kearah Syarif yang masih didepannya.

Syarif memberi hadiah senyum sinis kepada Suhada sebelum ia pergi dari situ.

Sewel..!!

Beberapa saat Syarif keluar dari cafe itu dan sms diterima oleh Suhada

Ting...

Suhada membaca perlahan, dan dahi ditepuk perlahan..

'Saya sewel sebab awak dah curi sesuatu, lupa ke Hada.? bila awak nak bayar balik!! saya nak cash no debit or bank in faham sayang..! Pesanan dihantar melalui sms..

Alahai... dia dengar rupanye aku cakap dia sewel" Sorry tuan Syarif, Nanti saye bayarkan eh... Suhada sengeh sendiri.

•••

Assalamualaikum.. grill pintu dibuka dari luar, Kasut dihentak beberapa kali sebelum ia melangkah beberapa tapak masuk ke dalam rumah.

Waalaikumusalam.." Lewat balik.. puan Atikah duduk disofa.

Ada hal sikit dekat luar, Kenapa mak tanya pula ni selalu tak tanya pun..

Kasut dibuka dan stokin juga dibuka..

Kenape buat macam tu dekat Lana..? besar sangat ke kesalahan dia pada kamu Syar..

Apa maksud mak ni..!! Kasut di letak ke atas rak dibelakang pintu ia terus duduk di sofa.

Ape maksud makk...? kamu ni bertanya macam kamu tu langsung takde salah kan!!

Apa pula kali ni mak.. kenapa mak nak ikut campur urusan Syar!! Mak.. tolonglah faham Syar tak nak ada apa-apa kaitan dengan Lana lagi.

Habis tu untuk apa dia balik kesini kalau bukan sebab kamu Syar! puan Atikah mula naik angin.

Syar taknak biadap dengan mak, benda boleh dibawa bincang kenapa mak nak sangat Syar kahwin dengan Lana! sedangkan mak tahu apa punca nya kan..

Syar.. mak bukan nak marah ke apa cuma mak taknak kamu berputih mata bila dia berkahwin dengan orang lain nanti, Dia baik dia faham perasaan mak ni..

Jadi dah terbukti dia balik ke malaysia bukan untuk Syar, sudahlah mak jodoh dan ajal bukan takdir kita..

Tapi Syar..!"

Syar naik ke bilik dululah mak, Letih sangat harini Syar nak rehat awal sikit..

Puan Atikah hanya memerhati tanpa berbicara apa-apa lagi.

Lana is back guys.. :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience