“Ha dah sampai pun… adik, sayang mama macam mana okay?” teruja melihat anaknya sudah berada di depan mata. Lantas Ayriz lari mendapatkan mamanya.
“Mama….. Isac tak suka Aliseeee…..” adu Alise sambil menangis. Mereka sudah memandang satu sama lain dan terus tertawa. Sikap Alise ini hanya mudah terasa jadi tidak susah untuk berbual dengannya. Cuma Haikal dan Fariz sahaja terkejut dengan hal itu. Isac yang mendengar namanya dituduh sudah memasukkan tangan di dalam kocek.
“Bila masa aku cakap? Kau jangan memandai…”
“Betul ma… tadi dia suruh Alise panggil Ayriz balik…”
“Tak adalah ma… nanti semua cakap Isac yang buat dia… tetiba dia muncul. Padahal tu si Ayriz tu fikir bukan bukan.”
“Dah dah anak mama dua orang ni…. sayang Alise, Isac tak ada niat pun. Dia cuma risaukan Ayriz. Dah tak nak lah nangis macam ni. Malu dekat orang.” Alise mengelap air matanya lalu terpandang seseorang.
“Ma… itu Fariz kan?” soal Alise memandang Fariz. Fariz sedikit gugup. Apa pula kali ini dia akan kena.
“Ye itu Fariz… Kenapa?” Lantas Alise pergi ke arah lelaki itu terus memanggil Fariz untuk pergi tempat berjauhan dengan ahli keluarga yang lain. Mereka hanya mengangguk antara satu sama lain.
“Fariz…”
“Iy… iye.” jawab Fariz takut takut.
“Kenapa awak takut dengan saya? Awak tak suka dengan saya ke?” soal Alise sudah bertakung air mata.
“Eh bukan lah Ayriz… saya cuma…..”
“Saya Alise lah…. awak tak suka berbual dengan saya ke?”
“Eh tak tak… ye ye Alise…” gelabah Fariz apabila Alise mula ingin menangis.
“Mennisa ada apa apa kan awak? Saya tahu dia daripada dulu tak puas hati dengan awak…”
“Ouh tak ada apalah… kena tampar je.. tak apa saya okay.” jawab Fariz sambil menunduk.
“Em okay….”
“Kau buat apa dekat sini sorang sorang?” tegur Ayriz apabila melihat Isac duduk termenung. Isac memandang gadis itu dan dia memandang ke hadapan semula.
“Kau siapa?” selamba lelaki itu bertanya.
“Kau perli aku ke? Ayriz lah!” Isac tersenyum geli hati melihat wajah marah Ayriz.
“Alise dah hilang? Penatlah aku lepas ni nak tanya je…”
“Diamlah kau! kau buat apa sorang sorang dekat sini?”
“Saja ambil angin…. best juga keluarga kau ni kan… meriah.” kata Isac sambil tersenyum sebaris. Melihat riak lelaki itu Ayriz tahu lelaki itu sedih.
“Tapi ni kan keluarga kau juga….Kau kan anak angkat papa mama.” jawab Ayriz tersenyum manis membuatkan Isac juga tersenyum sambil mencuit hidung gadis itu.
“Love…. aku nak tanya something ni.” Mendengar panggilan itu membuatkan dia menelan air liur.
“Em apa dia?”
“Kalau aku ajak kau kahwin… kau nak?” jelas riak Ayriz terkejut kerana tidak menyangka soalan itu yang akan ditanya Ayriz.
“Hah?” Isac memusing badannya menghadap Ayriz sambil itu tangan gadis itu digenggam erat.
“Aku tahu, aku bukan lelaki yang baik untuk kau jadikan suami tapi kalau kau sudi jadi bidadari yang akan mengubah aku, aku tak berat hati untuk ubah diri aku. Kau sudi jadi peneman hidup aku?” lunak suara Isac mampu menarik perhatian Ayriz, sedikit pun Ayriz tidak bergerak dan pandangannya masih lagi terkejut.
“Se…sejak bila kau ada niat nak jadi kan aku isteri kau?”
“Sejak kau tembak cermin aku.” jawab Isac tenang sambil kening dijongketkan.
“Tapi kau tahu kan aku ni…..”
“Ye aku tahu… aku tahu kau janda aku tahu kau sakit tapi itu tak ubah keputusan aku untuk jadikan kau orang terpenting dalam hidup aku.”
“Aku…. aku…”
“Kau tak perlu jawab sekarang pun. Dah jom mama papa dah panggil. Esok dah nak balik kan.” Isac terus bangun dan meninggalkan Ayriz masih lagi terkulat kulat di situ.
Sudah hampir sebulan sejak kejadian itu, Ayriz dan Isac tidak berjumpa. Mereka tidak berhubung dan dalam masa sebulan juga macam macam berlaku. Antaranya Fariz sudah terbang ke London kerana mendapat tawaran kerja di sana…Makakala, Sya dan Haikal sudah mengikat pertunangan mereka. Siapa sangka pertemuan di hospital itu membuatkan kedua dua itu berpaut hati. Lim dan Mel? Diam diam mereka sudah menjalinkan hubungan cinta. Entah bagaimana Mel boleh menerima Lim sebagai teman lelaki namun Lim yang sekarang sudah mudah dijinakkan oleh Mel.
“Sya aku dah penat tahu tak… Jom la kita pergi makan dulu. Ni dah banyak tau kita beli.” Ayriz sudah mengeluh penat apabila sudah tiga kedai dia masuk untuk mencari barang hantaran Sya namun satu pun tidak kena dimatanya.
“Sabarlah Riz… aku tak habis lagi. Semua tak cantik.”
“Ye aku tahu, sebab tu aku ajak kau duduk dulu. Ha situ kita duduk dekat situ.” tidak berlengah, Ayriz terus mendapatkan tempat duduk.
“Ish kau ni tak sampai dua jam lagi. Macam budak-budak dah penat.”
“Eh kaki aku ni macam nak patah kau tahu tak?” Sya menggelengkan kepada dan suasana menjadi sunyi sebentar.
“Eh Isac pergi mana? Aku dah lama tak dengan cerita pasal dia. Kau dengan dia macam mana?” soalan Sya membuatkan riak Ayriz berubah. Dia sendiri tidak tahu ke mana lelaki pergi. Ingin dicari tapi mengingatkan Isac pernah melamarnya membuatkan dia malu.
“Entahlah… aku pun dah lama tak dengar cerita pasal dia.”
“Kau gaduh dengan dia ke Riz? Bukan apa aku tengok korang dulu macam belangkas tapi balik daripada kes haritu dah tak dengar cerita pasal dia.
“Em sebenarnya….”
“Eh Riz tu bukan Isac ke? Dia dengan siapa tu?” belum sempat Ayriz memberitahu, Sya sudah menunjuk ke arah seseorang. Ayriz mencari cari lelaki yang dikatakan oleh Sya tadi. Wajahnya berubah menjadi bengang apabila melihat ada seorang perempuan dengan Isac.
“Lain macam je aku tengok perempuan tu Riz… Kau…. eh Riz, Riz…..” belum sempat Sya ingin membakar api, awal lagi Ayriz sudah jalan menuju ke arah mereka.
“Isac tunggulah I…. why you jalan laju sangat ni? Penat i kejar you….”
“Aku tak suruh.”
“Kenapa you sombong sangat dengan I… I tak cukup cantik ke? Ke you ada someone?”
“Aku…..”
“Yes memang dia ada someone pun.” terkejut mereka melihat Ayriz entah daripada mana berada di situ. Lagi lagi Isac yang tidak sedar kehadiran Ayriz.
“You siapa?”
“I siapa? Isac tak bagitahu you I siapa?” soal Ayriz sambil menjeling ke arah Isac. Isac membuat muka tidak bersalahnya sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.
“I future wife dia! Yes I am… you dengar kan… so jangan sesekali you nak ganggu future husband I.”beritahu Ayriz sambil bersilang tangan memeluk tubuh. Sya menutup mulutnya manakala Isac membesarkan matanya apabila mendengar pengakuan Ayriz.
“Isac… betul ke apa perempuan ni cakap?”
“Eh hello how dare you cakap dengan dia… now I tak nak tengok you dekat sini… kitaorang nak cari barang hantaran kitaorang… kan sayang?” soal Ayriz tersenyum sambil memegang lengan Isac. Jelas gadis itu nampak bengang dan terus pergi meninggalkan mereka. Puas hati Ayriz ketika itu.
“Kau??”
“Apa? Ouhh patut kau diam sebulan ni sebab ada perempuan kejar… berani berani lah kau keluar dengan perempuan lain lepas ni. Aku patah dua perempuan tu.” tegas Ayriz memberi amaran kepada Isac. Isac seolah olah sedang bermimpi ketika itu.
“Riz… kau serius lah?” soal Sya yang sejak lagi diam.
“Sya aku pinjam future wife aku kejap.” beritahu Isac sambil menarik Ayriz. Tidak sempat Sya ingin menghalang mereka sudah jauh. Sya menggelengkan kepala dan tersenyum gembira.
Suasana di dalam kereta menjadi sunyi apabila Ayriz dan Isac masing masing tidak bercakap. Ayriz hanya memandang ke luar tingkap… tiba-tiba dia berasa malu dengan perbuatannya tadi. Selepas setengah jam di dalam kereta mereka pun tiba di suatu tempat.
“Elyna…”
“Hm..”
“Betul ke apa yang kau cakap tadi? Kau serius?”
“Kenapa? Kau ada niat nak lamar perempuan tadi ke? Kalau macam tu pergi je lah dekat dia.” sengaja Ayriz ingin bertarik tali. Isac tersenyum dan sambil itu terus dijentik dahi Ayriz membuatkan Ayriz mengerang sakit.
“Sakitlah! Apa kau ni!”
“Dah kau tu cakap bukan-bukan. Aku tak cari kau sehab aku bagi masa dekat kau. Aku taknak kau terima aku sebab balas budi ke apa… kau tahu macam nak gila aku ni tahan diri tak kacau kau… Aku tengok kau daripada jauh je.”
“Jadi selama ni kau ada je la dekat dengan aku? Kenapa aku tak perasan?” terkejut Ayriz dengan pengakuan Isac itu.
“Aku kan pro.” bangga seketika Isac dengan dirinya dan membuatkan Ayriz menjeling menyampah.
“Tapi… kau boleh terima ke semua personality dalam badan aku ni?”
“Kalau aku tak sedia aku tak lamar kau haritu.” jawapan Isac membuatkan Ayriz tertunduk. Isac memerhati gadis itu dan dia terus mengambil sesuatu di bahagian pintunya.
“Ayriz Elyna… sudi tak kau jadi ibu kepada anak-anak aku?” Ayriz menutup mulut…Tidak sangka Isac sudah membuat persiapan dengan membeli cincin. Lambat-lambat Ayriz mengangguk dan membuatkan Isac tersenyum lebar. Lantas cincin itu disarungkan di jari manis Ayriz.
“Cantik cincin tu dekat jari manis kau love… terima kasih terima lelaki macam aku dalam hidup kau.” Ucapan seringkas itu mampu membuatkan Ayriz berasa terharu.
Lelaki yang pada permulaannya, lelaki yang tiada hati dan tiada perasaan. Yang tidak banyak berbicara tidak sangka berubah menjadi lelaki yang menjadi pilihan Ayriz Elyna.
“Lepasni aku nak bagitahu semua yang perempuan cantik sebelah aku ni orang special dalam diri aku… aku nak jerit DIA ISTERI AKU!!!!!!’” ucapan Isac membuatkan Ayriz tertawa bahagia dan Ayriz mengharapkan lelaki itu akan kekal menjadi miliknya untuk selamanya.
-TAMAT-
niena betul betul minta maaf sebab niena lama tak update… niena mengaku niena masih lagi bukan penulis yang baik… niena minta maaf kepada semua yang membaca… niena terpaksa abiskan chapter sampai sini.. terima kasih masih support nienaaa
Share this novel
Alhamdulillah.. happy ending..tq sis..moga terus menulis dan berkarya lg..