Can't you tell what I'm hiding behind this rage? — Har
Deruman enjin kereta Toyata Camry lama itu begitu membingitkan telinga Farhana. Wajah Har langsung tidak dipandangnya.
Pandangannya hanya difokuskan pada jalan raya. Hatinya membuak amarah, menunggu letup saja. Bibirnya juga sejak tadi tidak mampu berkata apa - apa.
Lengan yang masih terasa perih, dipulas - pulas urut. Biar berkurangan rasa sakit yang mencucuk.
Dah macam kereta besi buruk je. Ini ke Har yang bayar hutang bapak aku? Tak mungkin. Gumam Farhana sendirian.
" Hotel mana?" Soal Har kedengaran dingin.
" Mana - mana je," jawab Farhana ringkas. Dia mahu cepat - cepat keluar dari situ.
Rasa tidak selesa sejak tadi merayap - rayap ke pangkal hati dek bau kerusi lama yang hapak. Bunyi besi pintu kereta yang berkarat juga menganggu konsentrasi dia di jalan. Risau kalau - kalau tercabut pula pintu itu nanti.
" Mana - mana je? Kau dah booking bilik belum?" Soalan Har kedengaran geram. Sungguhpun begitu, dia tetap fokus pada pemanduannya.
" Belum," jawab Farhana pendek. Memang tak kuasa pun dia nak berbual dengan Har versi baru itu.
" Kenapa kau tak buat booking awal - awal? Dah tahu nak balik Malaysia, kan? Lagi satu hal, kenapa kau tak balik rumah sendiri je?" Bebel Har.
Pelik juga kenapa Farhana berkeras untuk bermalam di hotel dan tidak di rumahnya sendiri. Ada apa - apa yang dia tahu tahu ke?
" It's none of your business. Tak perlu peduli kenapa aku tak nak balik rumah," balas Farhana malas.
" Oh... heh! Jadi, kau nak balik rumah jantan tadi?" Teka Har menongkat kening meskipun rasanya dia sudah amat tahu jawapannya.
" Yes! And why do you even care?" Suara lunak Farhana meninggi seraya dia menoleh ke arah Har.
" Dasar perempuan murah! Yes, I fucking do care! Kau tu bakal isteri aku. Kau tak reti nak jaga nama baik aku ke?" Bentak Har dengan marah yang meledak tiba - tiba.
Stereng dibelok keras sehingga menyebabkan badan Farhana terjatuh di lengannya. Mereka berdua saling bersipandangan.
" Aku tak pernah setuju pun nak kahwin dengan kau tahu!"
" Aku hantar kau balik rumah," Har pula malas bertekak.
" Arghh!" Farhana menumbuk beg tangan yang berada di atas pehanya bagi melepas geram sambil dia menjeling memandangi wajah sisi Har yang diam saja.
Di sebelahnya duduk seorang lelaki yang baginya bukan Har Azmeer yang dia kenal. Lelaki itu nampak maskulin dan tampan. Bukan Har yang selekeh dan berserabut.
Stereng kereta membelok bertentangan dengan arah rumah Farhana. Farhana menoleh ke belakang melihat lorong yang sepatutnya mereka masuk. Sah. Salah jalan.
" Kau nak bawak aku ke mana?" Soal Farhana gusar. Bukan boleh percaya dengan lelaki bernama Har Azmeer ini. Entah apa jenis dendam yang dia bawa.
Har menjeling saja dari ekor mata bila soalan itu terlontar dari bibir si delima merekah. Bibirnya beku. Senyum pun tidak, apatah lagi bergerak - gerak ingin menjawab soalan itu.
" Baik kau bagitahu, sebelum aku report polis," ugut Farhana sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang sudah didail nombor 999.
Kereta dibrek keras hingga terdorong tubuh Farhana ke depan lantas menyebabkan kepalanya terhantuk panel cermin kereta. Dia mengaduh sakit.
Kepalanya digosok - gosok kuat. Namun bila dia berpaling ke arah tempat duduk penumpang ingin mencari si pelaku, ia hilang dari pandangan.
" Erghhh! Mana pula jantan ni pergi?"
Bebola matanya mencari batang tubuh Har namun tidak terlihat dari kornea matanya sehingga dia berpaling ke arah pintu tempat duduknya yang dibuka seseorang.
" Nak aku heret kau keluar lagi ke?" Soal Har dingin.
Tanpa banyak bicara, Farhana segera keluar dari perut kereta lalu dengan rasa geram yang terbuku di dada, dia menghempas pintu kereta buruk itu sampai bergegar kereta itu dibuatnya.
Har yang mendengar dentuman kuat itu mula menoleh ke belakang. Wajahnya yang dingin bertukar berang. Farhana yang memandangnya jadi diam terkutik.
" Kau ingat cara kau lepas geram macam tu bagus sangatlah? Kau tak boleh lari dari aku pun Farhana. Jangan mimpi. Kalau kau a bitch, aku akan jadi setan yang kau tak pernah kenal dalam dunia ni," ujar Har tegas. Dia sudah berdiri di hadapan Farhana dengan senyuman yang diherot ke sisi.
Lengan Farhana ditarik Har kuat sehingga kaki Farhana terpaksa menjinjit dari tanah mengikuti gerak kaki Har yang sudah memasuki perkarangan sebuah rumah.
" Hei! Lepaslah! Aku boleh jalan sendiri!!" Farhana cuba melepaskan genggaman tangan Har tetapi gagal.
" Dah, masuk dalam kereta. Aku nak hantar kau balik!" Arah Har sebaik mereka berhenti di sebelah pintu kereta BMW X6 hitam Azura.
Farhana pula jadi terkulat - kulat. Bebola matanya mula memerhati sekeliling. Kemudian, dia menutup mulut. Dia kenal benar dengan rumah ini. Dia kenal siapa yang menetap di sini. Bukan! Mereka sekeluarga mengenali isi rumah ini.
Pintu kereta dibuka, " kau siapa dengan Tan Sri Hisham?!"
Har menoleh malas, " kau nak balik ke tak? Atau kau nak aku langgar kau hidup -hidup kat sini? I can easily make it look like an unfortunate accident..."
Farhana merengus geram, lalu mahu tidak mahu dia terpaksa juga masuk ke dalam kereta.
" Kau siapa? Kau bagitahu aku sekarang," soal Farhana tidak berpuas hati sambari dia betul - betulkan duduknya supaya selesa.
" Manusia la bodoh. Takkan la aku hantu, jin pulak," tempelak Har dingin.
" Bukan kau cakap kau syaitan ke?"
Farhana menongkat kening. Har pula mencerlung.
" Kau memang tak sabar, kan sayang? Nak makan penampar aku."
Farhana tergamam kejut, " aku tak nak kahwin dengan kau. Batalkan perkahwinan ni! Aku tak nak! Aku tak nak! Aku benci kau, Har!"
Racau Farhana separa mati seakan ditampar realiti. Realiti dimana dia akan berkahwin dengan Har Azmeer, lelaki yang dia pernah bersumpah untuk jauhi dulu.
" Kenapa kau tak nak? Aku anak orang kaya. Aku boleh beli semua untuk kau, kau cakap je. Petik jari semua terhidang untuk kau... Alasan kau tak nak bersuamikan aku tu lemah. Benci? Aku nak tengok berapa lama perkataan benci tu bertahan untuk aku."
" Kau manusia tamak Har! Kau tamak! Kau pendendam!" Debik Farhana berani tapi debikan itu hanya dibalas tawa kuat dari Har.
***
Kereta berhenti mengejut di hadapan rumah bunglo Encik Nizmi. Farhana membesarkan matanya, dia masih belum bersedia untuk pulang ke pangkuan keluarga.
Segera tubuhnya menoleh ke arah Har yang sejak tadi hanya memerhatikannya saja.
" Aku tak nak balik! Aku tak nak balik! Kenapa kau hantar aku kat sini?!" Cerlung Farhana pada lelaki tidak berekspresi di sebelahnya.
" Habis? Kau memang nak tidur rumah rumah jantan tu?" Soal Har terjungkit kening. Dia faham itu hanya satu perkara biasa untuk Farhana. Tidur di rumah teman walaupun temannya berlainan jantina.
" Aku nak tidur hotel la! Bukan rumah kau!"
Jelingan Farhana membuatkan Har mendencit tawa halus. Rasa menyampahnya pada Farhana dari sejak dahulu masih sama. Tak pernah berubah.
" Eh! Telinga kau pekak ke? Siapa ajak kau bermalam dekat rumah aku?" Har herot senyum sinis.
Farhana mengetap bibir dengan keterlanjurannya. Hati dia menggigit sendiri. " Cepatlah! Apa yang susah sangat kau nak bawa aku pergi hotel?"
" Kau ingat aku bodoh? Esok pagi kau lari..."
Farhana ketap gigi buat sekian kali. Ah! Masakan lelaki ini boleh menghidu rancangannya. Dia menjeling diam lalu dia pandang bola mata Har.
" Tadi yang kau tanya hotel mana dengan aku tu apa?"
" I've changed my mind," kata Har bertukar fikiran.
Lupa pula di sebelahnya ini siapa. Farhana... Perempuan yang paling unpredictable dia pernah jumpa. Melepaskan Farhana dari perimeternya adalah satu perkara yang takkan mungkin terjadi.
Bukan senang untuk dia memancing wanita sebegini untuk memakan umpannya. Kalau dilepaskan bebas, alamat dia, tak mungkin lagi dia punya kesempatan untuk membalas dendam.
" Mudahnya kau change your mind... Tukarlah fikiran kau nak kahwin dengan aku tu sekali... Banyak lagi perempuan lain dekat luar sana... Silalah pilih Encik Har Azmeer," ujar Farhana dalam nada pujuk yang berpaksikan perlian. Moga saja sampai ke hati Har yang pasti kotor dengan noda hitam itu.
" Dah... Balik masuk rumah, they must be waiting for you," segera dia buka pintu dan memboloskan diri keluar dari kereta. Langsung dia tak pedulikan kata - kata Farhana.
Farhana mendengus keras. Lelaki tak guna! Pekak! Tuli! Buta! Arghh!!!
Bola matanya perhatikan saja sebatang tubuh tinggi itu menekan loceng rumah dan dia mula kegelisahan di tempat duduk.
Bukan dia tak nak bertemu empat mata dengan keluarganya, tapi takut nanti dia naik hantu bila berjumpa dengan papa dan keluarganya yang lain.
Pintu pagar rumah sudah terpelahang buka. Farhana di dalam kereta sudah macam cacing kepanasan.
No! No! Bukan malam ni.
Dia terpandangkan pintu belakang kereta dan mula mengherot senyum nakal. Perlahan Farhana ke pintu belakang kereta dan membukanya seperlahan mungkin.
Tak mahu dia ditangkap Har, dia turun menunduk dari kereta bersama beg tangannya. Sempat matanya menyorot ke arah bahu jalan yang kosong. Line clear!
BUK!
Terasa kepalanya tersangkut di antara dua kaki. Aduhh!! Apa ni? Dia telan air liur.
Perlahan dia angkat kepalanya. Jatuh terduduk dia sambil menjerit kecil bila dia terlihat pada bahagian yang tak sepatutnya dia lihat.
***
Lengan Farhana yang diheret Har hampir tiga kali pagi ini sahaja mula membekas merah.
" Lepaslah!" Lengannya, Farhana tarik kuat tapi tidak berjaya. Sejak bila Har sekuat ini?
" Lepas tu apa? Nak aku kejar kau lari? Sudahlah... Aku dah penat."
" Kalau penat, kau dah boleh 'jalan' dari hidup aku," jelingan dibalas dengan jelingan.
Saat tersembul muka Puan Salbiah di hadapan pintu, segera Har lepaskan genggamannya dan jemarinya jatuh melingkar memegang tangan Farhana.
Tersingahak, Farhana membuang pandang pada Har lalu dia melepas lelah menyampah. Belum sempat dia mahu menyebut sesuatu, Puan Salbiah sudah memotong dahulu.
" Terima kasih Har... Sebab hantarkan Farhana balik," tersenyum manis Puan Salbiah pada bakal menantunya.
" Tak ada apalah aunty... Hal kecil je ni," balas Har dengan senyum segaris. Sopan dan beradab tuturnya.
Di mata Puan Salbiah teruna itu amatlah bersopan dan memenuhi segala ciri - ciri menantu idamannya. Terutama untuk satu - satunya anak perempuannya, Farhana. Anak perempuan tiri.
" Mama nak berterima kasih apa dengan penipu besar ni? Pfftt, bazir air liur je," tempelak Farhana sebelum dia terkocoh masuk ke dalam rumah. Jemari Har dilepaskan kasar sampai tersentak lengan Har dibuatnya.
Sementara itu, Farhana sempat meliarkan pandangan mencari tubuh lain di dalam rumah tapi kosong saja. Dia melepas nafas lega. Mujur papa dah masuk tidur. Kalau tidak ada juga yang berperang mulut pukul empat pagi begini.
" Hana! Kamu jangan kurang ajar sangat ya!" Lengan Farhana direntap Puan Salbiah kasar tiba - tiba sampai terdorong semula tubuh Farhana ke muka pintu.
Meskipun Farhana sudah bertudung litup tapi perangai Farhana masih tetap sama seperti dulu. Keras dan kasar mengalahkan batu!
" Tak apalah aunty... Dia penat tu..." senyuman yang terlorek di bibir Har menambah bara api yang sedia membakar di hati Farhana. Dasar lelaki muka tembok!
" Haa.. Iyalah ya. Maaf susahkan kamu ya Har. Esok sudahlah kamu nak kerja..."
" Aunty ni... Hana, kan bakal isteri saya juga. Dah jadi tanggungjawab saya untuk menjaga dia. Aunty tak perlu risau."
" Ya Allah... Baiknya kamu Har... Tak sangka aunty bakal bermenantukan orang sebaik kamu," puji Puan Salbiah.
Farhana di sebelah hanya mampu menjeling menyampah. Mama ni tak tahu ke yang Har itu pelakon? Macam petik suis saja, perangainya boleh berubah - berubah.
" Tak perlulah aunty cakap macam tu. Segan saya... Erm, saya balik dulu ya, aunty... Hana?" Dari hujung mata, Har kerling pada Farhana yang acah - acah muntah. Heh, kau jangan ingat kau bakal selesa hidup dengan aku...
Meleret senyum Puan Salbiah memerhatikan Har Azmeer yang sudah hilang dari perkarangan rumahnya sebelum dia beralih memukul bahu Farhana bertubi - tubi.
Farhana yang terkejut dengan pukulan itu mula cuba mempertahankan dirinya sendiri hingga berlaku pergelutan kecil antara dua beranak itu.
" Kau ni dasar tak bersyukur langsung! Mulut tu tak reti nak bertapis sikit ke? Apa jadi kalau si Har tu merajuk dengan kau? Eee, geram betullah aku dengan kau ni. Tak habis - habis memeningkan kepala aku," kali ini cubitan pula yang menjadi modalnya bila Farhana sudah mula naik tangan menahan pukulan tangannya.
" Sakitlah mama! Balik - balik, dah la kena kahwin dengan jantan tak guna tu! Lepas tu mama nak pukul - pukul Hana pula, kenapa?!" Terjerit Farhana bila sekali lagi Puan Salbiah mencubit perutnya.
Lama - lama rasanya boleh bocor perutnya kalau dicubit begitu selalu. Sudah la dia dagingnya sedikit. Mahu tak pedih rasa cubitan Puan Salbiah di kulitnya?
" Kau naik bilik sekarang! Esok siap kau, aku bagitahu dengan papa!" Arah Puan Salbiah keras.
Dia sebenarnya ada perasaan sayang - benci dengan anak tirinya yang seorang ini. Meskipun dia menjaga Farhana sejak kecil tapi melihatkan wajah Farhana yang semakin mengikuti Inara, perasaannya mula bercampur gaul.
***
Beg tangan yang tergantung di bahu dihempas keras ke lantai sampai terperosok beg tangan itu jauh ke bawah katilnya sebelum dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Bantal ditarik dan disembam mukanya disitu. Teresak - esak dia menangis.
Bayangan wajah Qaish pula sibuk mengisi ruang benaknya.
" Qaish... Kenapa Qaish tinggalkan Hana? Kita dah nak kahwin dah... Qaish tak sayang Hana..."
Tatkala manusia sedang diulit mimpi yang indah - indah, Farhana bertemankan tangisan dan rindu pada insan yang bernama Qaish.
***
Di meja sarapan, Noah perhatikan saja gerak geri adik perempuannya yang dia sendiri tak tahu entah bila sampainya ke Malaysia.
Sebetulnya, umur Farhana sebaya saja dengannya, cuma dia tua beberapa bulan saja. Mulut yang penuh dengan roti telur dikunyah perlahan.
Apa Hana buat dekat Malaysia? Bukan kata dah nak menetap di Brooklyn ke?
Saat mata mereka berdua bertentangan, cepat - cepat Noah kembali dengan buku bacaannya. Menjadi seorang doktor di sebuah hospital persendirian memerlukan dia banyak membaca. Apalagi dengan dunia yang saban hari muncul banyak penyakit baharu.
" Morning." Sapa Farhana pada Noah yang seperti tak ambil peduli dengan kehadirannya di meja makan.
Apatah lagi dengan Naomi yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Buat apa aku balik kalau seorang pun tak nak tegur aku?
" Pagi, Hana sayang..." Tegur Ibu Kartini berbisik yang sedang menatang air kopi panas. Farhana mengukir senyuman manis.
Tak semua orang pun yang tak nak tegur dia...
Encik Nizmi yang segak dengan kemeja mula melabuh duduk lalu laju dia capai karipap yang digoreng Ibu Kartini serta sepotong roti yang dioles mentega.
" Morning. Noah, how's today schedule? Okay? Naomi? Your collage assignment dah buat? And my little boy, Noel? Hari ni basketball tournament, kan?"
Dan begitu juga papa, sama seperti ahli keluarganya yang lain, dia masih patung hiasan di dalam rumah ini.
" Ehem! Hello? I'm home..." Farhana angkat bahu memberitahu keberadaan dia di meja makan.
Terserlah pada wajah masing - masing ada riak terkejut semacam baru tersedar dengan kehadiran Farhana di meja makan bersama mereka. Tapi tidak bagi Noah dan mamanya yang serba salah.
Tiba - tiba saja, mereka melarikan bola mata ke arah sarapan semula.
" Great... Hari ni parents Har is coming so you need to cook, Hana." Arah Encik Nizmi bagaikan Farhana itu seorang pekerja di pejabat.
" Papa I'm not your employee," lebih kepada barang dagangan rasanya.
Langsung tak ada ucapan selamat datang atau selamat pulang. Hanya satu kerlingan mata saja?
Encik Nizmi menongkat dahi, " papa salah cakap ke?"
Noami yang mendengar, terlepas tawa. Dia memang sudah lama mentertawakan Farhana. Mana tidaknya, antara dia dan adik beradik lain, Farhana sahaja yang selalu diarah buat itu ini serupa orang gaji. Tidak seperti dia dan adik beradik yang lain, lebih banyak kebebasan.
" Who's getting married?" Soalan dilontar adik paling kecil, Noel dengan dahi berkerut. Matanya masih fokus dengan konsol, Nitendo Switch.
" Your BIG HEADED sisturrr..." kata Noami sambil termuncung - muncung mulutnya. Kepalanya ditongkat malas dengan tangan.
" Eh, I thought you're getting married dengan Abang Qaish? Where is he?"
Terpempam Farhana mendengar itu dari mulut Noel. Bukankah Noel sendiri ada memujuknya lapan bulan lepas? Takkan budak ni dah lupa.
" Ohh, Poor him... Sebab kau tiba - tiba tak nak kahwin dengan dia ke...? Teruk betullah perangai kau ni, Hana. Habis madu, sepah dibuang. Anyway, kirim salam dengan dia, and tell him that I'm willingly ganti tempat kau. He's smoking hot!" Balas Naomi yang langsung seperti tak mengingati apa - apa tentang kemalangan Qaish. Mulutnya disua roti bakar dan mengunyahnya dengan senang hati.
" He's dead already la..." Noah bangun dari kerusi, lalu dia menyalami tangan Encik Nizmi dan Puan Salbiah sebelum dia menepuk bahu Noel mahu menghantar adiknya ke sekolah.
Noami mengekot, " Ohhh, really?! Oppsiee..."
" Cepatlah abang. Kita dah lewat ni." Noel bangun terkocoh - kocoh seperti tak peduli.
Robek hati Farhana bila hanya itu sahaja yang meniti di bibir mereka. Bagaikan dia dan Qaish hanya satu cerita tragedi dari dalam berita televisyen. Rasa simpati yang hanya dipagar atas bibir.
Begitu juga Encik Nizmi dan Puan Salbiah yang tak tergambar simpati pada dirinya. Qaish tu pernah wujud, kenapa korang macam tak menghormati si mati?
***
Why didn't you tell me yang you dah balik? I boleh pick up you semalam. Siapa yang bawa you balik? You nak kahwin dengan siapa pulak kali ni? — Noah.
Pesanan ringkas yang dihantar Noah hanya dibaca sekilas tanpa dibalas. Soalan berbaur dominasi Noah itu sedikit menyerabutkan kepalanya.
Apa lagi dia nak? Cukuplah aku dah tolak cinta dia sewaktu zaman sekolah dulu... Masih nak kejar aku lagi ke?
Walaupun mereka bukan sedarah, tetapi bagi Farhana, tak patut Noah menyimpan perasaan sayang yang melebihi sayang seorang adik padanya.
Baginya, Noah itu adalah abangnya. Seorang keluarga, bukan seorang lelaki bukan mahram. Ya, mungkin dalam Islam, apa yang dirasakan Noah itu tidak salah tapi bagi dia, itu sudah tidak terjangkau akalnya.
Dapur besar tidak berpenghuni itu dia pandang kosong. Entah apalah yang dia perlu sediakan untuk makan malam hari ini? Sudahlah yang datang, tetamu dari neraka.
Ish! Apalah kau ni? Tak baiklah cakap macam tu. Pangkah hatinya yang baharu saja mengenal erti husnuzon.
" Hana mau masak apa? Ibu mau nolong—," tersembul wajah tua Ibu Kartini yang sudah hampir 20 tahun berkhidmat di banglo Encik Nizmi ini. Kalaulah ada cinta yang sesetia ini, dia pun mahu!
Hati Farhana sedikit lega saat Ibu Kartini memberitahu hasratnya untuk menolong. Tak adalah dia kelam kabut sangat.
" Hmm, apa kata kita buat masak lemak sotong puaka?" Farhana cuba menjual idea gilanya pada Ibu Kartini yang sudah mengaru kepala.
" Maksud mu apa ni Hana? Masak lemak Cumi puaka? Itu apa?" Mengerutu kepala Ibu Kartini mendengar resepi baru Farhana.
Farhana ketawa kecil lalu dia tergeleng melihat wajah lucu Ibu Kartini.
" Masak lemak sotong satu juta biji cili api!Haaaa!" Farhana buka satu plastik cabai hijau di hadapan Ibu Kartini dengan kening terjungkit beberapa kali.
" Biar terbakar mulut dia orang macam naga keluar api. Huuuu~," bibirnya dimuncung - muncungkan serupa naga yang menghembus api dari mulut. Kelucuan, Ibu Kartini ketawa.
Bahu Farhana dielus keras Ibu Kartini, elusan memberi amaran secara sayang, " kok kamu hilang akal ya, Hana? Ngak sopan deh kamu buat begitu pada tetamu. Allah ngak suka."
" Alah, ibu ni main tuhan - tuhan pula..." Muncung bibir Farhana. Dicampak malas ranting cili api ke dalam plastik putih.
Ibu Kartini tertawa kecil. Dia masak benar dengan perangai Farhana. Sekeras - keras hati Farhana, dia tahu anak gadis ini begitu lembut dan suci hatinya.
" Udah la ya? Tetamu itu kan bagaikan raja. Haruslah kita layani mereka dengan baik..."
" Raja? Haah... Macam Firaun!"
" Firaun?! Hahaha. Ada - ada yah kamu ini, Hana..." Ibu Kartini mula mengauk segenggam cili padi dalam tangannya lalu laju tangannya membuang ranting cili padi.
" Hana tak sukalah lelaki tu, bu..." luah Farhana sedih.
" Yahh... Laki - laki yang mana?" Ibu Kartini masih belum berkesempatan untuk mengenali Har. Dia cuma tahu ada sebuah keluarga yang bakal datang hari ini untuk menjamu selera. Itu saja.
" Lelaki berlagak dia hero, tapi nerd! Tak ada hati langsung! Perangai dia jahat! Hati dia busuk! Dah boleh tanam dia hidup - hidup kot, bu!" Farhana membuat onar. Hanya kerana peristiwa semalam, dia sudah membuat spekulasi.
" Sampe gitu yah bencinya?Astaghfirullahal'adzim..." Ibu Kartini mengurut dadanya begitu juga Farhana yang segera beristghfar dan mengurut dada. Baru teringat, dia sudah menambah dosa.
" Hana kenal ngak sama dia?"
" Kenal..."
" Kalau gitu, ceritain dong sama ibu, dia itu gimana orangnya... Kok sampe benci begini," dengan senang hati, Ibu Kartini meminjamkan telinganya pada gadis cantik itu.
Farhana mula menyandar punggung pada birai kabinet. Dia berfikir sejenak, siapa Har ya?
" Dia tu, orangnya pakai cermin mata besar - besar. Rambut kalau sikat, selalu belah tengah macam Sahrul Gunawan masa muda tu..." Farhana menjeling melihat Ibu Kartini yang ketawa mengangguk. Mesti dia fikir penampilan Har lucu.
" Pastu giginya berpagar, alah yang besi - besi dekat gigi tu. Dengan baju kemeja kotak - kotak, seluar slack besar... Gitulah dia. Jeleknya ya ampun, bu!! Lalat pun fikir dua tiga kali nak dekat dengan dia."
Ibu Kartini mulai ketawa berdekah - dekah seraya menyambung, " Aduh, lucu orangnya! Hahaha. Terus gimana akhlaknya? Bagus?"
Farhana berfikir lagi. Har... Lelaki itu...
Diam yang lama itu membuatkan Ibu Kartini tersenyum nipis. Pasti kerungsingan wanita muda ini memikirkan hal perkahwinannya. Dia amat memahami jiwa Farhana tapi dia cumalah seorang pekerja. Tak mampu mencampuri urusan hidup wanita itu yang dipandu keluarga.
" Hana ini makin cantik ya bila bertudung..."
" Eee, sajalah tu dia nak tukar topik!" Farhana mencebir tapi tidak lama dia ketawa kecil. Berselang seli tawa dua wanita itu dari dapur menghiasi suasana sunyi rumah bunglo itu.
***
Farhana membuang pandang ke luar tingkap biliknya bila dia terdengar dua buah kereta terparkir di hadapan rumahnya.
Hmm, besar - besar kereta, lepas tu kereta buruk semalam tu siapa punya? Bisik Farhana sebelum dia melompat dari katilnya.
Baju karikatur Garfield bertahi sawa itu disarung ke tubuh bersama seluar Ahjuhma yang dibelinya di pasar Deongdaemun, Korea Selatan beberapa tahun lalu. Dia memuncung mulut sambil kepala terangguk. Hmm, confirm parents dia reject aku!
Misi memalukan diri sendiri di hadapan keluarga Har Azmeer dilancarkan — Farhana
Keluar saja, tercegat Noah dihadapan pintu bilik. Lelaki itu mula menolak tubuh Farhana masuk semula ke bilik.
" You! Siapa yang nak masuk meminang you ni?" Soal Noah menggelabah. Pelik pula perangai si Noah bila dia balik ke Malaysia.
" Eh, you kenapa pulak menggelabah tak tentu ni?" Soal Farhana yang sudah merengangkan jaraknya antara Noah.
" Kenapa you tanya? I dah tak dapat you masa sekolah, masa universiti, takkan sekarang pun I tak boleh dapat you lagi?"
Farhana menggeleng lalu dia pegang dahi Noah, " tak demam. Sihat."
" Hana..."
Lengan yang ditarik Noah membuatkan tubuh Farhana jatuh di atas dada bidang lelaki itu. Noah yang sudah hilang akal itu mula memeluk tubuh Farhana erat.
" Eh, Noah! You gila eh?" Soal Farhana kehairanan. Bukan dia tak biasa Noah memeluknya tapi kali ini terasa asing pula.
" Hmm, I gilakan you, Hana..." naif tapi bermuslihat.
Farhana segera cuba meleraikan rangkulan Noah.
" Look! We are brothers and sisters! Nothing will ever happen between us. Okay? Clear? Now I need to get rid of that parasite from our house."
" Hana! You know I'll never give up right?!" Farhana yang mahu turun dari tangga itu hanya mengeluh saja pada Noah.
***
Melopong Puan Salbiah melihat pakaian Farhana yang comot amat itu. Lengan anak perempuannya itu dipukul - pukul kuat.
" Kau tukar baju kau sekarang! Tukar sekarang!" Marah Puan Salbiah.
" Ala mama ni... Relaks la... Santai - santai..." Farhana menangkap tangan Puan Salbiah daripada mendarat ke kulitnya lagi.
" Assalamualaikum... Encik Nizmi, Puan Salbiah... Assalamualaikum." Terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah.
" Yaa saya, waalaikumusalam... Haa, jemputlah masuk! Tukar baju kau, Hana!" Mencerlung Puan Salbiah pada Farhana yang hanya buat muka tak reti.
" Haa, masuklah..." Puan Salbiah menjemput lagi. Sopan saja dia mempelawa tetamunya itu bertamu ke rumahnya.
" Lalalalala— Ehhh! Kita ada tetamulah!" Farhana yang tadinya bergerak sedikit ke arah dapur mula memanjat tangga dapur dengan riang gembiranya.
Kononnya dia happy sangatlah dapat memperbodohkan keluarga Har Azmeer namun senyuman lebar itu mati saat dia bertentangan mata dengan Tan Sri Hisham dan isterinya, Puan Sri Rubina berserta anak - anaknya.
Sempat dia mencari - cari susuk tubuh Har Azmeer tapi tak ada pula ternampak di mata. Eh, agaknya bukan Har —Eh!
Berdiri tegak Har Azmeer di barisan paling belakang dengan senyuman herot.
Har Azmeer ni siapa?!!
" Err.. Kak Hana?" Hanani Azeera pandang Farhana atas bawah.
" Ohh... Hana baru lepas masak. Ehehe, kejap eh!" Malu, Farhana berlari naik semula ke atas. Dadanya berdegup kencang.
Tan Sri Hisham ada anak lelaki ke?!
***
Farhana turun semula dengan berjubah hitam bermanik hitam yang dihadiahkan nenek sebelah emaknya sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci. Tudung hitam di kepala dililit cantik. Serupa orang berkabung saja pakaiannya.
Iayalah! Berkabung kerana dia bakal mati di tangan bakal suaminya sendiri.
Farhana duduk di kerusi makan yang memuatkan hampir enam belas orang itu. Yang paling tak seronok, dia duduk pula bertentangan mata dengan Har Azmeer.
Saat dia tertangkap anak mata Har yang memerhatikannya dari atas bawah, dia mendengus kasar. Keningnya dicantum. Agak sudah boleh disulam keningnya jika ada yang menyua benang dan jarum.
" Tan Sri, jadi bila perkahwinan anak - anak kita nak dilangsungkan?" Soal Encik Nizmi yang sudah tidak sabar ingin melangsungkan perkahwinan atas nama perniagaan itu.
Perasaan Farhana yang menjadi korban perniagaan, langsung dia tak peduli. Perniagaannya harus juga dia selamatkan dahulu.
" Itu keputusan Har dan Farhana. Baik kita tanya mereka berdua."
" Lagi cepat lagi bagus," kata Har tersenyum manis pada kedua - dua ibu bapa Farhana.
Farhana yang duduk di meja, sudah membulat mata. Tak boleh jadi ni.
" Eh, betul! Betul! Bagus Har.. Kita cepat - cepatkan benda yang baik, kan?" Sokong Puan Salbiah teruja.
Noah yang mendengar sudah menjeling tidak suka. Tapi dia masih diam tidak membantah, cuma matanya saja ditunakkan pada lelaki yang bakal menjadi suami kepada Farhana.
" Question!" Farhana mendiamkan Encik Nizmi yang sedang bercakap.
Masing - masing menumpukan pandangan mereka pada Farhana yang sedang tertunak bola matanya pada Har yang segak dengan baju kemeja kapas hitam.
" Boleh Hana tahu, siapa Har Azmeer uncle? Cause I never know you have a son." Farhana mengerling pada tangan Har yang sedang mengepal sudu garfu sebelum dia merenung dua bola mata kemarahan Har.
" He.... is my second wife's son."
" So he's your son from another wife?" Entah kenapa soalan itu mendiamkan semua yang hadir di meja makan.
Tan Sri Hisham melingar mata pada semua yang memandang dia, lalu dia mendehem kecil, " no."
" Ohhh, I see... welcome to the club Har. What a perfect match. Unrelated blood... I feel you. I, myself an unwanted doll in this family. It sucks... I know," selamba Farhana menyua gelas berkaki runcing pada Har yang bermuka ketat di hadapannya.
Di bibirnya terlakar senyuman sinis.
" No offense. Carry on. What a wonderful dinner..." Perli Farhana pada semua orang yang menyantap makan malam itu. Hatinya puas. Puas sepuasnya.
Terketap rapat gigi geraham Har menjeling pada Farhana. Kalau tak kerana dia punya misi, sudah pasti wajah mulut Farhana sudah merah berbekas tangannya.
" Kurang ajar."
Jadi barulah Farhana tahu, Har Azmeer bukan anak dari benih Puan Sri Rubina. Patutlah air muka adik - adik perempuannya tak terlihat seperti Har Azmeer yang nampak lebih kebaratan.
Usai makan malam yang agak tegang itu, Farhana mendekati Har yang kelihatan seperti orang menahan amuk di sebelah pagar dekat taman ala Bali rumah bunglo itu.
" Looks like someone had to change his mind," perli Farhana. Tidak punya sekelumit keinginan pun di hatinya mahu mempersuamikan Har Azmeer.
Di mata perempuan lain, mungkin lelaki di hadapannya kini nampak sempurna. Tapi Har Azmeer selamanya budak hingusan bagi dia. Lelaki yang dipahat kerana dendam itu tidak mampu menandingi jiwa seorang lelaki kental.
" Says who? Looks like someone pushed me to play harder..." Jelingan mata Har Azmeer sedikit mengusik hati perempuan Farhana. Mata penuh kebencian itu membuatkan bulu tengkuknya naik merinding tegak.
" I'll make your beautiful face ruined with tears Hana... I promise."
Terima kasih. Harap anda semua terhibur.
Share this novel