Bab 2

Drama Series 4917

Masa berlalu dengan begitu pantas. Bagaikan baru sahaja berlaku kisah tragik yang paling pahit dalam hidup Julia. Julia kini sudah bangkit dari mimpi ngeri itu. Dia mahu lari dari semua itu tanpa memandang ke belakang lagi.

Belum sempat Julia jauh dibawa ingatan lalu, Encik Ali datang menghampiri Julia dengan senyuman mesra dan Julia lantas mengusir kenangan pahit itu. Derap tapak kasut lelaki itu terus menyedarkan Julia dari lamunan.

Pagi ini bos Julia tidak datang seorang diri. Ada seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Encik Ali terus masuk ke dalam pejabat diekori lelaki itu setelah Julia menyambut kedatangan bosnya itu dengan ucapan 'selamat'. Lelaki itu terus membuntuti encik Ali ke dalam pejabat.

Setelah agak lama encik Ali duduk berdua dengan lelaki itu didalam biliknya, encik Ali pun menyuruh Julia supaya masuk ke dalam pejabatnya itu. Julia pun terus bergegas ke bilik bosnya itu bersama buku nota ditangan untuk mencatat sebarang tugasan dan arahan yang akan diberikan oleh encik Ali.

"Julia, ni kawan saya Faris. Faris, ni pulak PA saya. Namanya Julia."

Mereka saling berbalas senyuman. Julia sedar yang dia diperhatikan oleh Faris yang sedang memerhatikan dirinya dari atas ke bawah. Julia begitu geram dengan renungan liar itu.

"Baiklah,Faris akan mengganti posisi saya buat sementara waktu kerana saya akan menguruskan cawangan di Sabah untuk sementara. So Faris akan menguruskan syarikat ini untuk sementara. Jadi saya harap awak dapat membantu dia, seperti awak membantu saya." Ujar encik Ali.

Julia mengangguk akur. Julia sempat menjeling ke arah Faris yang sejak tadi asyik merenungnya dengan sinis.

"Kau patut berbangga dapat pekerja macam ni. Dah laa cantik, sexy pulak tu." Ujar Faris dengan nada menggoda.

Julia hanya memandangnya dengan pandangan yang lebih tajam. Dia hanya tersenyum nipis.

"Kalau tak de apa apa, saya keluar dulu ye bos." Kata Julia ingin beredar. Dia tidak betah berada di dalam bilik bosnya itu. Lagi lagi si Faris ni ada.

Encik Ali yang hanya diam itu terus berkata "kau jangan menggatal dengan Julia ek? Dia tu perempuan baik." Ujar encik Ali dalam nada tegas.

Faris hanya tersenyum nipis apabila mendengar apa yang kawannya cakap.Belum pernah lagi dia jumpa dengan perempuan secantik Julia itu. Selama ini, setiap perempuan yang berkepit dengannya itu hanyalah untuk suka suka sahaja. Rupa paras yang dianggap kacak dengan poket yang tebal telah melengkapkan dirinya sebagai seorang Playboy.

Hatinya sudah dibisikkan dengan nafsu jahat. Dengan penuh bongkak dia berkata " manusia sekarang ni plastik je. Yang baik tu luaran je. Aku akan buat perempuan tu tunduk pada aku."

Encik Ali hanya mampu menggelengkan kepala nya. Faris sangat dikenali dengan perangai Playboy nya itu. Faris seorang yang berbakat dalam tugasan tetapi sifatnya yang suka mainkan perasaan perempuan itu yang membuatkan dia tidak suka.

"Aku tak nak kau rosakkan pekerja- pekerja aku. Kau kena ingat yang aku pilih kau untuk gantikan tempat aku hanya untuk bekerja." Ujar encik Ali dengan lebih tegas.

Faris hanya tersenyum sinis. Dalam hatinya dia mahukan Julia. "aku takkan pernah kalah dan aku takkan peduli dengan semua itu. Aku hanya mahukan Julia." Kata kata itu hanya terluah di dalam hati.


Bersambung...


 

Sorry kalau tertypo... Selamat membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience