65

Romance Series 93217

Masuk kali ini sudah tiga pusingan Sofya berlari mengelilingi kawasan rekreasi itu. Nafasnya sudah mula tercungap - cungap manakala wajahnya merah membahang. Peluh memercik keluar membasahi bajunya. Akhirnya Sofya mengambil keputusan untuk merehatkan diri. Beberapa jenis senaman regangan dilakukan sebelum dia melabuhkan punggung di atas rumput.

“Fuhhh, letihnya!!" Omel Sofya sendirian.

Peluh yang memercik keluar segera dikesat menggunakan tuala kecil yang disangkut di lehernya sejak tadi. Sesekali tangannya mengibas - ngibas tuala itu bagi mendapatkan udara. Kelihatan para pengunjung yang membanjiri taman itu sejak awal pagi tadi sudah mula meninggalkan lokasi itu. Matahari sudah semakin menegak di atas kepala. Sinaran cahayanya juga sudah mula memeritkan. Jadi tidak hairanlah orang ramai mula meninggalkan kawasan tersebut. Sedang Sofya asyik melayan perasaan, tiba - tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada isyarat whatsapp masuk.

?? Girls ??

Dania :
Aayra.. Kau ok ke? Senyap je dari smlm

Sofya :
In shaa Allah, dia ok tu. Kita doakan yg terbaik utk diorg ok?

Dania :
Risau pulak aku. Dr smlm senyap sunyi je. Janji nak update kat kita. Tapi apa pun x de
??


*************

Sofya diam tidak berkutik. Mesej Dania itu hanya dipandang sepi. Entah mengapa dia juga turut merasakan perkara yang sama seperti Dania. Sejak semalam, Aayra langsung tidak membalas sebarang mesej yang dihantar kepadanya. Malah panggilan mereka pun tudak dijawab. Namun begitu Sofya tidak mahu terlalu memikirkan hal yang negatif terhadap masalah yang dihadapi Aayra. Fikirnya mungkin Aayra dan Harraz hanya ingin meluangkan masa bersama bagi menyelesaikan segala permasalahan mereka. Justeru itu sebagai seorang sahabat, mereka seharusnya mendoakan yang terbaik buat Aayra dan Harraz.

Sofya merenung jauh ke hadapan. Tanpa sedar, satu keluhan berat lahir dari bibirnya. Sejujurnya Sofya sendiri tidak yakin dengan apa yang difikirkan memandangkan dia sangat mengenali sikap sebenar Aayra. Walaupun luarannya tampak tenang, namun jauh di sudut hati tiada siapa yang tahu. Apatah lagi Aayra memang terkenal dengan sikap tenangnya itu sejak dari zaman persekolahan lagi. Apa sahaja yang menimpa dirinya, Aayra pasti akan melaluinya dengan tenang walaupun hal itu agak menyakitkan dirinya. Masih segar di ingatan Sofya tentang suatu peristiwa yang melanda diri Aayra ketika di zaman persekolahan dahulu. Ketika itu mereka berada di tingkatan tiga.

**********************************


Major throwback :

Loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat. Aayra dilihat hanya duduk di kerusi sambil merebahkan kepala di atas meja. Wajahnya kelihatan pucat sejak dari pagi. Puas Sofya dan Dania memujuknya agar berehat di bilik rawatan sekolah namun ditolak dengan baik oleh Aayra. Katanya dia hanya mahu berehat di dalam kelas ini sahaja.

“Aayra, kau tunggu kejap tau. Aku dan Dania ke kantin belikan kau roti kejap. Kau nak kirim apa - apa lagi tak?" Soal Sofya lembut.

Aayra hanya menggeleng. Sejujurnya dia benar - benar keletihan. Sejak semalam kepalanya terasa berat. Badannya juga panas. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia ponteng sekolah pada hari ini. Namun saat mengingatkan bahawa peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi, Aayra gagahkan jua melangkah ke sekolah.

Tanpa menunggu lama, Sofya dan Dania berjalan pantas menuju ke kantin. Tiba - tiba di pertengahan jalan, mereka bertembung pula dengan Nadia dan teman - temannya. Nadia dilihat begitu sinis menjeling ke arah mereka. Tanpa sebarang pamitan, Nadia terus sahaja melangkah menuju ke arah kelas 3 Amanah dengan penuh bongkak. Sofya mula dihantui dengan perasaan yang kurang enak. Namun sepantas kilat dia membuang perasaan itu jauh - jauh dari fikirannya. Tanpa membuang masa, dia segera mengekori langkah Dania menuju ke kantin tanpa perasaan curiga.

Sementara situasi di dalam kelas 3 Amanah pada ketika ini agak kecoh dengan kehadiran Nadia dan konco - konconya. Aayra yang sedang merehatkan diri, tiba - tiba disapa kasar oleh Nadia. Bahu gadis itu ditolak dengan sekuat hati sehingga membuatkan Aayra hampir terjatuh dari kerusinya.

“Apahal dengan kau ni Nadia? Tiba - tiba je datang kelas orang nak buat kecoh pulak. Aayra tak sihat tu. Kau jangan kacau dia boleh tak?" Tempik Nazrul selaku ketua kelas.

“Kau tak payah nak berlagak hero lah dekat sini, Nazrul. Masalah ni antara aku dan Aayra. Takde kena mengena dengan kau. So, lebih baik kau diam." Balas Nadia kuat.

Suasana di dalam kelas yang pada asalnya sedikit riuh rendah kini sudah bertukar menjadi sunyi sepi. Rata - rata yang ada di dalam kelas itu segera berlalu pergi meninggalkan Aayra dan Nadia. Masing - masing dilihat tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka.

“Ada apa hal ni, Nadia? Kenapa kau marah - marah ni?" Soal Aayra dalam nada yang cukup perlahan.

“Hei perempuan!! Kau ni memang tak tahu malu eh? Aku rasa dah berbuih mulut aku ni cuba remind kau pasal Irman. Tapi kau tetap juga tak serik - serik kan? Kau ni takde maruah eh? Kenapa dalam ramai - ramai jantan kat sekolah ni, dengan Irman juga kau nak rapat?" Soal Nadia lantang. Kepala Aayra sudah berada di cengkamannya.

Aayra menarik nafas dalam - dalam. Perlahan - lahan dia cuba menepis cengkaman Nadia dari kepalanya. Malangnya dayanya tidak sekuat yang disangka. Semakin lama semakin kuat cengkaman itu dirasakan.

“Sakitlah Nadia. Tolonglah lepaskan aku. Aku rasa kau dah salah faham sekarang ni. Antara aku dan Abang Irman, kita orang memang takde apa - apa. Aku hormat dia sebagai abang senior aje kat sekolah ni. Tak lebih dari tu." Rayu Aayra bernada lirih.

“Abang Irman?? Ewah.. Ewah.. Ewah. Bukan main lagi kau kan. Siap panggil 'abang'. Ini memang betul - betul dah melampau! Abang senior konon. Kau ingat aku buta? Semalam bukan main lagi kau dengan Irman bercengkerama tepi padang tu kan? Bukan main mesra lagi aku tengok. Macam itu yang kau panggil abang senior? Senior kepala hotak kau!!!" Kali ini Nadia semakin bertindak agresif. Tubuh Aayra ditolak kuat sehingga terjelepuk ke atas lantai. Manakala dahinya pula terhantuk ke arah bucu meja sehingga berdarah.

“Nadia!!! Apa yang kau cuba buat ni??" Tempik Sofya sebaik tiba di hadapan pintu. Langkahnya laju menuju ke arah Nadia manakala Dania pula berlari mendapatkan Aayra yang sudah terbaring lemah di atas lantai.

Nadia terkesima. Sejujurnya dia tidak menyangka bahawa tindakannya itu mampu membuatkan Aayra terluka. Darah yang mengalir di dahi gadis itu hanya dipandang tanpa kata. Wajahnya pucat. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia lari dari situ. Malangnya pergerakannya terbatas. Sofya terlebih dahulu memegang kedua - dua tangannya dengan kejap. Manakala rahangnya turut dicengkam kuat oleh Sofya.

“Kau memang dah melampau Nadia. Tak cukup - cukup lagi kau dah sakitkan hati Aayra sebelum ni? Sekarang kau cuba nak cederakan dia pula? Kau tahu tak Aayra tu tengah sakit sekarang ni?? Mana sifat keperimanusiaan kau ni Nadia?? Aku tak peduli. Kali ini aku akan laporkan tindakan kau ni kepada guru disiplin. Apa nak jadi pun jadilah." Marah Sofya lantang.

“Jaa.. Jangan Sofya. Aku merayu sangat - sangat dengan kau. Tolong jangan laporkan hal ni kepada guru disiplin. A.. Aku takde niat nak cederakan Aayra. Sumpah aku tak tahu yang Aayra tak sihat sekarang ni. A.. Aku minta maaf, Sofya." Rayu Nadia kalut.

“Jangan harap, Nadia! Merayulah kau puas - puas. Aku tetap dengan keputusan aku. Jom ikut aku ke pejabat guru disiplin sekarang. Atau kau nak aku buat dekat kau macam mana kau buat dekat Aayra?" Sofya masih dengan pendiriannya.

Nadia semakin cemas. Tubuhnya tiba - tiba menggigil. Dia seakan sudah dapat membayangkan apakah tindakan yang bakal dirinya lalui selepas ini. Tidak semena - mena, air matanya mengalir membasahi pipi. Nadia dihantui perasaan takut. Suasana di sekeliling kelas itu juga sudah bertukar menjadi riuh rendah. Semua orang seakan sedang mentertawakan dirinya. Teman - temannya juga sudah menghilangkan diri entah ke mana.

“Le.. Le.. Lepaskan dia, Sofya. Anggap je perkara ni tak pernah terjadi. A.. Aku dah maafkan dia. Aku tahu Nadia tak berniat nak buat macam ni. Semuanya hanya kerana salah faham." Ucap Aayra dengan nada yang masih lemah.

Buntang mata Sofya dan Dania memandang ke arah Aayra. Sungguh mereka tidak menyangka dengan keputusan yang dibuat oleh sahabat mereka itu. Begitu mudah Aayra memaafkan Nadia walhal gadis itu telah menyakitinya dengan teruk. Sofya dan Dania dilihat seperti tidak berpuas hati dengan keputusan Aayra. Namun saat melihatkan Aayra menganggukkan kepalanya, akhirnya Sofya melepaskan cemgkamannya secara perlahan- lahan.

“Kau pergi balik kelas kau sekarang Nadia sebelum aku ubah keputusan aku. Jangan sesekali kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi selepas ni. Pergi!!" Nada Aayra sedikit meninggi. Wajahnya juga sudah bertukar serius.

Tanpa sebarang pamitan, Nadia segera berlari keluar meninggalkan mereka di situ. Tidak lama kemudian Aayra mula dikerumuni oleh teman - teman sekelasnya yang ingin bertanya tentang keadaan diri Aayra. Senyuman diukir dengan sebaik mungkin. Darah yang mengalir sejak tadi segera dikesat menggunakan tisu basah.

Sejak dari itu, Nadia memang tidak pernah lagi berani menganggu Aayra walaupun adakalanya dia kelihatan seperti sakit hati apabila melihat Irman datang menegur Aayra. Namun begitu Aayra tidak pernah sesekali mengambil kesempatan dengan melayani Irman. Baginya Irman hanya sekadar abang senior yang berada di Tingkatan 5 dan bakal menduduki SPM tidak lama lagi.


****************************


End of throwback..

Lamunan Sofya terhenti saat dia menyedari seperti ada ranting kayu yang jatuh di atas kepalanya. Dia mendongakkan kepalanya sedikit ke atas dan tiba - tiba bibirnya mengukir senyuman. Ranting kayu yang jatuh di atas kepalanya itu segera dicampak ke tepi.

“Lama betul aku mengelamun ni sampai tak sedar waktu dah hampir menjengah ke tengah hari." Omel Sofya sendirian.
Sofya mula berura - ura untuk meninggalkan kawsan itu. Namun belum sempt dia melangkah, tiba - tiba dirinya disapa oleh seseorang.

“Kot ya pun nak mengelamun, janganlah mengelamun di tempat public macam ni. Nasib baik ranting aje yang jatuh atas kepala tu. Kalau tahi burung tadi, tak ke naya?" Sindir lelaki berbaju biru itu dengan nada yang sinis. Manakala lelaki berbaju merah di sisinya itu hanya tersenyum kelat sebelum mereka berdua melangkah pergi.

Sofya menjeling tajam. Apalah malangnya nasibnya pada hari ini. Sudahlah ranting kayu jatuh di atas kepala. Kemudian disindir pula oleh lelaki yang tidak dikenali. Nasib baiklah kelakuannya masih dibawah pengaruh sedar. Jika tidak, pasti makin dasyat lelaki itu menyindirnya. Akhirnya Sofya mengatur langkah laju meninggalkan kawasan itu dengan wajah yang masam. Doanya semoga dia tidak bertembung lagi dengan kedua - dua jejaka itu selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience