Pagi itu Isha mengetuk pintu bilik adiknya di sebelah bertubi-tubi. “Ada apa ni? Bising tau tak. Orang nak tidur lah!” omel Arizza di pagi hari dengan mata yang separuh terbuka. “Tidur apanya matahari dah terpacak atas kepala. Anak dara tak elok bangun lambat! Nanti tak ada orang nak.” Isha membalas. “I don’t care. Akak nak apa ni?” soalnya tidak mempedulikan kata-kata kakaknya. “Shawl akak yang baru beli tu mana? Yang warna coklat pastel tu? Hari tu Izza ada pinjam kan?” soal Isha. “Ada dekat dalam almari akak lah. Izza dah lipat elok-elok. Cari lah sendiri.” balas Izza yang masih mengantuk. Isha terus berlalu ke biliknya dan mencari selendangnya itu. Dia bersiap dan turun ke dapur untuk bersarapan. “Morning ayah!” sapa Isha pada En.Faizul yang sedang menikmati sarapan di meja. “Morning dear! Izza tak bangun lagi?” soal ayahnya. “Sambung tidur balik. Pemalas betul!” balas Isha. “Kamu dulu pun macam tu jugak. Dah kerja ni baru okey sikit” usik ayahnya. Isha hanya tersenyum. “Okey lah ayah, I got to go!” katanya sambil mencium tangan En.Faizul. “Yelah. Baik-baik drive tu.” balas ayahnya. Isha hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta Ford Fiesta miliknya. Dia sempat melambai ke arah ayahnya yang masih berdiri di muka pintu.
Sampai sahaja di pejabat, Isha terus melulu masuk ke bilik mesyuarat dan mengambil tempat di sebelah Nia. “Azwa mana? Tak sampai lagi?” soalnya ingin tahu. “Entah! I call dia tak angkat pun. Mesej tak reply. Later on maybe.” balasnya ringkas. Kelihatan En.Zamil dan beberapa orang penting dari syarikat Rachel Group sedang memasuki bilik itu. Mereka segera bangun untuk memberi hormat dan memulakan mesyuarat. En.Zamil menyoal dengan membuat isyarat mulut tentang rakan baik mereka, Azwa yang masih tidak muncul lagi. Isha dan Nia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Perasaan tidak puas hati jelas terpancar di wajah majikan mereka itu. Sesudah sahaja mesyuarat itu selesai, En.Zamil pantas mendapatkan Isha dan Nia. “Isha, Nia! Tunggu dulu. Yang lain boleh keluar.” arah En.Zamil dengan nada serius. Mereka hanya memandang En.Zamil dengan penuh kebingungan. “Where was she?” soal En.Zamil. Isha dan Nia diam seribu bahasa. “We’re sorry. Kami tak tahu En.Zamil. I’ve called her many time but no answer. Then i sent her message. Still no respone.” jelas Nia pada majikannya. “Cuba contact dia lagi. She supposed to do that presentation just now.” kata En.Zamil dengan tegas. “Baik En.Zamil.” balas Nia. Dia pantas mendail nombor Azwa di skrin telefon bimbitnya. “Isha, kamu dah prepare nak bertolak esok?” soal majikannya. “Lagi sikit. Malam ni saya keluar dengan Abang Aizal and Arizza untuk cari barang-barang.” jelasnya. En.Zamil hanya mengangguk. “Tak dapat lah En.Zamil. Saya call telefon rumah dia pun tak ada orang jawab.” kata Nia. “Mana pergi kawan kamu ni? Dah lah meeting tak masuk, call tak jawab, mesej tak reply.” marah En.Zamil. “Tak apa lah En.Zamil, nanti kalau ada response kami inform pada En.Zamil ya. Kami keluar dulu.” kata Nia mengakhiri perbualan dan menarik Isha keluar dari bilik mesyuarat. Setelah duduk di meja masing-masing, mereka masih belum memulakan kerja. “Beb! Mana Azwa ni? banyak kali dah aku contact dia ni. Tak jawab-jawab pun.”Nia meluahkan rasa bimbangnya terhadap rakan baik mereka. “Kejap. Biar aku try call dia pulak.” kata Isha. Akhirnya panggilan itu dijawab. “Hello! Kau kat mana Wa? Kau tahu tak En.Zamil bising kau tak masuk meeting tadi? Kau ni menyusahkan orang lah.” omel Isha pada rakannya itu. “Sorry lah beb. Aku ada kat rumah kakak aku ni kat Jerantut. Dia mintak aku jaga anak dia. Dia kena ikut abang ipar aku outstation hari ni. Esok baru aku balik sana.” jelas Azwa panjang lebar. “What? Are you kidding me? Beb! You told me that you need to look after your niece? Using that reason kau ingat suka-suka hati kau lah tak payah masuk office? Habis tu presentation kau semua tu kau tak fikir? Aku tak faham betul lah dengan kau ni.” kata Isha dalam nada yang agak keras. “Kan aku dah cakap sorry. Dah lah. Tak payah nak kecoh-kecoh. Small matter je.” balas Azwa. Belum sempat Isha membalas, Nia merampas telefon di tangan Isha. “Azwa! Kau kat mana? Kau tahu kan yang kau sepatutnya present projek tu hari ni? kau senang-senang je tak masuk office kan. Esok kau tunngu lah En.Zamil hentam kau. Kau jawab sendiri dengan dia okey. Kitorang tak tahu.” Nia memarahi rakannya. Azwa tiba-tiba mematikan panggilan itu. Dia tidak mahu menambah kekusutan di fikirannya dengan bebelan dari dua orang rakan baiknya itu. “Dia boleh off phone! Ish! Geram betul aku dengan perempuan ni.” kata Nia. “Rileks Nia. Dia cakap dia balik sini esok. Kita tunggu esok macam mana.” Isha cuba meredakan kemarahan rakannya itu. Nia hanya mengangguk tanda setuju.
Malam itu Isha keluar bersama Aizal dan Arizza untuk mencari barang-barangnya. “Apa lagi yang tak ada Isha?” soal abangnya di dalam kereta. “Sweater and muffler. Since sekarang ni tengah winter dekat sana. Lepas tu Isha nak cari beberapa helai longsleeve shirt and jeans.” jelas Isha di sebelahnya. “Kalau macam tu kita pergi Travel Shop dulu lah. Kat situ ada jual sweater and muffler terus. Then baru kita cari baju kat mana-mana.” balas abangnya. “Wah! Bestnya. Dapat pergi sana time winter. Nak ikut boleh?” pinta Arizza. “Tak boleh. Akak pergi ni pun atas urusan kerja. Bukan untuk suka-suka. Next time kalau ada masa kita ajak lah ibu dengan ayah. Okey?” balas Isha cuba memujuk. Adiknya hanya mengangguk tanda akur. Setelah selesai mencari barang-barang yang diperlukan, mereka pergi ke Pantai Batu Hitam. Kereta Toyota Wish milik Aizal yang dipandu laju menghala ke Jalan Bukit Pelangi. “Kita nak pergi mana ni? Tak nak balik ke?” soal Arizza di belakang. “Awal lagi lah kalau nak balik. Kita lepak-lepak makan angin dulu. Baru pukul 10.30 malam. Sebelum pukul 12.00 nanti kita gerak lah. Okey?” Aizal cuba menenangkan kegelisahan adik-adiknya. “Lagipun dah lama kita tiga orang tak keluar macam ni. Masing-masing busy. Bila lagi kan dapat gathering macam ni.” tambahnya lagi. “Agree!” balas Arizza ringkas dengan nada yang ceria. Isha hanya tersenyum lebar. Mereka berjalan di tepi pantai sambil bercerita tentang kerja masing-masing. Isha berasa sungguh tenang dengan suasana sebegitu. Malam itu baru dia sedar yang Akmal dan dia tidak pernah pergi ke pantai bersama. “Eh, dah 11 lebih ni. Jom lah balik. Isha pun tak kemas lagi barang-barang kan?” soal abangnya. “Tanya lagi. Mesti lah belum. Dah terang-terang pun kita baru beli barang tadi kan.” balasnya selamba. “It’s okey! Don’t worry! Izza ada. Dia boleh tolong. Kan Izza?” Aizal membalas dan disoroti dengan ketawa. “Ingat kan dia nak tolong tadi. Suruh orang lain pulak!” omel Isha. Arizza hanya membuat muka setelah mendengar kata-kata abangnya. “Abang nak kemas? Memang tak lah. Korang berdua lah yang kemas. Malam ni abang nak tidur puas-puas. Sebab esok nak kena hantar Isha pergi airport kan.” kata Aizal. “Hello! Orang yang nak ke oversea ni pun tak beria macam abang okey! Tolong hantar je pun. Bukan suruh pergi sekali. Pemalas!” kata Isha sambil menarik tangan adiknya meninggalkan Aizal di belakang. Aizal hanya ketawa melihat gelagat adiknya itu. Sampai sahaja di rumah Isha terus mengemas barang-barangnya untuk berangkat ke luar negara esok. Dia perlu bangun awal kerana jadual penerbangannya esok pada pukul 11.00 pagi. Mujur perjalanan dari rumahnya ke lapangan terbang hanya memakan masa sejam. Jadi dia tidak perlu terlalu berkejar untuk ke sana.
Share this novel