Bab 25

Other Series 2183

Kami keluar dari hotel tepat pukul 10:30. Nasib jarak hotel dengan universiti tidak jauh sangat! Dan kini kami sampai pukul 11:30. Aku yang berada di dalam bilik hanya tersenyum sambil memandang Hana yang sedang tidur. Lena sungguh! Penat sangatlah! Aku perlahan-lahan mengusap kepalanya. Selepas itu aku segera bangun dari katil dan membuka pintu. Sebelum aku keluar, aku sempat memandang Hana. Aku menutup pintu perlahan. Aku menghembus nafas. Aku harus cepat! Dengan pantas aku menuruni tangga. Aku segera keluar dari universiti dan nasib menyelabahiku. Aku pantas menahan teksi. Aku segera memberitahu hospital yang ingin aku pergi. Pemandu itu hanya mengangguk sebelum memulakan pemanduan. Aku hanya senyap dalam kereta. Sesekali aku bermain handset.. Sesekali aku memandang ke luar tingkap. Setelah sampai aku menghulurkan duit dan mengucapkan terima kasih sebelum keluar. Tanpa menunggu masa aku terus masuk ke dalam hospital. Aku pantas menaiki tangga menuju ke tingkat 2. Sebenarnya aku dah lama buat periksaan. Just aku masih tak tahu apa keputusannya! Ketika aku ingin membuka pintu aku terserempak dengan seorang yang memang aku cari. Aku tersenyum memandangnya. `Ehh cik Ryana! Cik buat apa kat sini? 'soal doktor Syura.`Saya nak tahu pasal keputusan tu doktor.. Dah terlalu lama saya biarkan.. Dah tiba masanya untuk saya tahu segalanya doktor'. Balasku. Doktor mengangguk. Dia mengajakku untuk mengikutnya. Aku menurut. `Silakan duduk Ryana'. Ajak doktor Syura. Aku tersenyum sebelum duduk. Doktor Syura memanggil jururawat. Dia membisikkan sesuatu. Jururawat itu beredar dan kembali dengan satu sampul surat. Aku berdebar memandangnya. Doktor Syura memandangku. `Cik.. Saya harap cik tabah '. Ucapnya. Dia menyerahkan sampul yang berada di tangannya. Aku tergetar-getar mengambilnya. Aku pantas membuka sampul itu lalu mengeluarkan sehelai surat. Doktor Syura masih memandang. Mataku mula berkaca. Sungguh! Aku tak percaya! Aku memandang doktor Syura. Dia mengangguk. Air mataku tumpah jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience