Bab 58

Romance Completed 78329

Ketika mereka menunggu untuk panggilan masuk dalam balai perlepasan, Gia sempat membelek chat yang dihantar oleh Maya. Berita hangat lagi trending dalam Philippine News. Dia memandang Luqman di sebelahnya sebelum membaca isi yang terkandung di dalam news tersebut.

Hot news! Isang sikat na modelo, Gia Vatanika ay nakita kasama ang isang guwapong lalaki sa isang restaurant sa N Escario St, Cebu City ngayong gabi. Ang tanong kung sino ang lalaki? Pareho silang mukhang napaka-friendly sa bawat isa tulad ng isang mag-asawa.

(Berita panas! Model terkenal, Gia Vatanika dilihat bersama seorang lelaki hensem di dalam salah sebuah restoran di N Escario St, Cebu City petang tadi. Persoalannya siapakah lelaki itu? Mereka berdua nampak sangat mesra seperti pasangan couple.)

Hah sudah! Cepatnya berita naik macam api tengah marak! Aduh! Ni mesti ada wartawan dekat area restoran tu tadi. Haih! Sudahnya berita macam ni pulak yang naik.

“Kau ni dah kenapa? Apahal aku nampak kau ni gelabah semacam je?” Luqman memandang Gia yang seperti susah hati.

“Tak ada apalah.”

Luqman terpandang ke arah telefon Gia. Aik? Macam aku kenal je orang dalam gambar tu? Pantas telefon Gia dirampas dan membaca isi berita. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni aku tak faham apa yang dia tulis! Maklumlah ni gambar screenshot. Nak translate memang tak bolehlah.

“Dia tulis apa ni?”

“Tak penting pun.”

“Tak penting apanya? Siap tulis hot news lagi? Dah tu ada gambar aku dengan kau dekat restoran tadi. Cakaplah diorang tulis apa.”

“Betul ni awak nak tahu?”

“Hmmm!”

Nak tak nak Gia terpaksa jugak bagitahu Luqman artikel yang ditulis tersebut. Naik terkejut Luqman dibuatnya.

“Bila masa pulaklah aku dengan kau bermesra?” Setahu aku, dekat restoran tadi tu aku cakap biasa je dengan Gia. Tak ada istilah mesra macam dalam artikel tulis.

“Awak tahu kan? Viral news kalau diorang nak bagi artikel diorang gempak so diorang akan tulis macam ni lah. Biar je…nanti lama-lama berita ni hilang jugak.”

“Kau yakin ke?”

“Yakin sangat. Awak rileks je…”

Tak lama kemudian, panggilan untuk penumpang ke
Manila bergaung di dalam airport. Gia mengajak Luqman untuk masuk ke dalam balai perlepasan. Lagipula ada mata yang memandang ke arah mereka. Kebanyakannya mesti ada yang dah baca news tu.

TELEFONNYA dicampak kasar ke atas meja kerja. Tak puas hati dengan artikel yang disebarkan mengenai Gia dengan Luqman. Sakit hati dia dibuatnya bila baca artikel tu. Punggungnya dihenyakkan ke atas sofa dengan perasaan marah.

Patutlah kau tak balik rumah! Rupanya kau pergi bersenang-lenang dengan mamat tu! Nampaknya amaran aku kau buat endah tak endah ya, Gia? Tak apa…tak apa…masa masih banyak lagi nak bagi pengajaran dekat mamat tu! Jangan ingat dia buat kerja diam-diam, aku tak tahu yang dia dengan kawan dia sebenarnya tengah siasat latar belakang aku.

Pintu bilik ofisnya diketuk dari luar. Danial memberi
kebenaran untuk masuk. Orang suruhannya melangkah masuk dengan tablet di tangan.

“Bos…saya dapat information yang Gia dengan Luqman
sekarang tengah on the way balik ke Manila. Flight diorang 8.30 malam ni.”

“Diorang balik berdua je?”

“Ya bos.”

Macam mana lagi aku nak buat supaya kau takkan stay terus dengan Luqman? Makin hari aku tengok makin rapat kau dengan Luqman. Bahaya ni kalau Gia dengan Luqman rapat. Silap hari bulan rahsia aku semua terbongkar kalau Gia setuju untuk dedahkan rahsia aku.

“Bos nak kami buat apa sekarang?”

“Tak payah buat apa. Tunggu arahan aku je nanti.”

“Baik bos.” Orang suruhannya melangkah keluar dari ofis Danial.

Danial masih lagi memikirkan rancangannya untuk pisahkan Gia dengan Luqman. Senang-senang aku bunuh je Luqman terus. Settle!

TEKSI berhenti di hadapan kondominium. Luqman memandang Gia sedap tidur dengan kepala di bahunya. Dia menaikkan jarinya lalu menunjal sedikit kepala Gia yang terlentok elok di bahunya. Ketika jarinya ada pada dahi Gia, dia dapat rasakan dahi Gia panas.

Dia ni demam ke? Belakang telapak tangannya diletakkan pada dahi Gia. Sah! Dia ni memang demam. Dah tu tadi atas flight elok je tak demam apa pun. Luqman pantas kejutkan Gia dari lenanya.

“Gia! Gia! Bangun! Kita dah sampai dekat kondo kau. Bangun!”

“Hmmm?”

“Kita dah sampai.” Luqman keluar dari teksi lalu pintu
sebelah Gia dibuka. Gia perlahan-lahan keluar dari perut teksi.

Tak tahu kenapa sekarang ni kepala dia rasa pening sangat. Isy! Takkanlah aku mabuk sebab duduk dalam flight tadi? Isy! Tak mungkin! Selama ni aku ok je atas flight. Tak pernah pulak nak pening sampai macam ni sekali.

“Kau ok tak ni?”

“Ok sikit-sikit…” Gia mula melangkah masuk ke dalam kondominium. Tapi, beberapa langkah kemudian pandangannya mula kabur. Badannya mula tak seimbang. Bila-bila masa saja dia boleh tumbang.

“Kau tak ok ni,” Luqman menampung berat badan Gia dari belakang. Kalau dia tak tampung Gia tadi, sila-silap Gia dah terbaring di atas lantai. Luqman memapah Gia menuju ke sofa di ruang lobi kondominium.

“Kau duduk sini kejap. Aku pergi dekat kaunter suruh diorang call Maya turun ke bawah.”

Gia cuma mengangguk kecil. Rasa tubuhnya sekarang ni sangat lemah. Pandangan aku pun dah mula berbalam-balam serupa nak pitam. Maybe aku jadi macam ni sebab aku stress sangat kot dengan kepergian daddy. Sebelum ni tatay yang tinggal aku tapi sekarang ni daddy pulak. Dengan keadaan aku yang baru keluar hospital mungkin sebab tulah aku rasa lemah macam ni.

“Aku dah bagitahu dah dekat dia tu tadi. Maya kata dia tengah on the way turun,” Luqman duduk di sofa berhadapan dengan Gia. Melihat keadaan Gia yang lemah buatkan dia tak sampai hati nak biarkan Gia berjalan. Ikutkan hati nak je dia dukung Gia naik sampai ke kondo dia terus tapi apa pun aku masih fikirkan batas antara aku dengan dia.

Andai kata kalau Maya tak ada di sini, memang dia akan tolong bawak Gia sampai ke bilik tapi ini disebabkan Maya ada, jadi lagi elok rasanya kalau Maya yang tolong Gia dalam waktu sekarang ni.

“Gia! What’s wrong with you?!” Maya yang baru keluar dari lif berlari mendapatkan Gia yang tersandar lemah di sofa.

“Medyo nahihilo lang ako (aku rasa pening sikit),” jawab Gia.

“Luqman…thank you for helping Gia.”

“It’s okay.”

“Let’s go…” Maya memimpin Gia menuju ke lif.

Tapi, sebelum masuk ke dalam lif, Gia bertanya sesuatu kepada Maya. “Maya…Luq ada cakap tak dia stay dekat mana?”

“Hmmm? Kenapa kau tanya?”

“Tak ada lah. Aku nak tahu je. Kau tahukan dalam keadaan sekarang ni nyawa dia dalam bahaya. Aku tak nak jadi apa-apa dekat dia. Kalau orang-orang Danial dapat tangkap dia, susah nanti. Aku takut bila jadi macam-macam dekat dia, ibu dengan keluarga dia risaukan keadaan dia nanti.”

“Kau nak aku tanya dia ke?”

“Tolong Maya. Kalau dia tidur dekat tempat penginapan area sini aku ok lagi. Tapi, kalau jauh dari kondo ni, kau suruh je dia tidur dekat kondo aku. Ok?”

“Ok… tapi kau macam mana pulak?”

“Tak apa. Aku tunggu dekat sini.” Maya berjalan menghampiri Luqman yang tunggu di ruangan hadapan kondominium. Maybe tengah booking kereta.

“Luq!”

“Yes?”

“Emmm…Gia told me to ask you. Where are you sleeping tonight?”

“Somewhere else. Yeah…why?”

“Is it far from here because if place you want to stay this night far from here, Gia told you to spend the night at her house.”

“Why? Nahhh…it’s okay.”

“This is Gia’s command for your safety. She didn’t want if something happens to you, you family will be worried about you.”

“Because of Danial?” Sepertinya dia dapat agak sebab-munasabab Gia. Maya mengangguk. “Tell her that she doesn’t need to worry about me. I can take care
of myself.”

“But Gia is worried about your safety. You don’t ever know how worried she is about you. That’s why she asked me to tell you spend the night at her house.
Please?”

“Are you sure about this? No, what I meant is I’m a man and you both are woman. It doesn’t seem looks appropriate for three of us to stay in a same house plus I’m a Muslim. I have to keep my boundaries as a Muslim.”

“Tapi sekarang ni keadaan awak tak sesenang dulu Luq. Saya tak mintak pun awak stay dekat kondo saya sampai bila-bila. Saya cuma mintak awak stay satu malam ke dekat kondo saya. Ok? Lagipun, awak cakap esok awak dah nak balik Malaysia kan? Esok pagi awak boleh pergi. Saya tak halang dah sebab saya tahu keselamatan awak di Malaysia lebih terjamin.”

Melihat kesungguhan Gia cuba memujuknya membuatkan dia lima puluh lima puluh.

“Sorry Gia tapi between three of us still have boundaries that need to take care of. Aku harap kau faham apa yang aku cuba maksudkan dekat kau.”

“Ok saya faham tapi awak nak stay dekat mana Luq?”

“Area-area sini je. Lebih kurang 5 km dari kondo kau ni ada rumah penginapan. Aku dah booking. Kau jangan risaulah. Aku ok je. Tu…teksi yang aku booking tadi pun dah sampai. Aku pergi dulu,” Luqman menghadiahkan senyuman kecil kepada mereka berdua sebelum berlalu masuk ke dalam perut teksi.

Alamat rumah penginapan ditunjuk kepada pemandu teksi sebelum teksi bergerak dari situ.

“Dahlah Gia…jom naik. Lagi lama kau berdiri tak pasal-pasal kau pitam! Esok kau ada fashion show pulak,” Maya memimpin Gia menuju ke lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience