Bab 90

Romance Completed 207871

Intan dan Caden berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah. Sebaik pintu dibuka, Carlos dan Fahmi sudah pun berada di hadapan pintu.

"Eh.. kereta sayang la.." kata Intan sambil menoleh pada Caden di sebelah.

"Carlos yang ambilkan" kata Caden.

"Thanks Carlos" ucap Intan sambil tersenyum.

"Sama-sama pretty" balas Carlos lalu menyerahkan kunci kereta pada Intan. Laju tangan menadah. Besar senyumnya. Patut la tadi bila tanya nak pergi kerja naik apa, tidak dibalas Caden. Rupanya kereta sudah ada.

Setelah kasut disarung, Intan berdiri di sisi Caden lalu tangan Caden disalam kemudian kekura tangannya dicium. Tangan Caden naik memegang kepala Intan dan ciuman dilabuhkan di dahi. Carlos dan Fahmi sudah tersenyum-senyum melihatnya.

"Carlos, tolong tengokkan Caden tau. Jangan bagi dia buat banyak kerja sangat. Kalau ada apa-apa, call saya ye" pesan Intan pada Carlos. Jemari Caden masih lagi dalam genggaman Intan. Bimbang pada luka Caden yang belum betul-betul sembuh.

"Pretty jangan risau, kalau ada apa-apa, saya call pretty okay" balas Carlos.

"Hm.. okay, janji!" kata Intan lagi.

"Sayang.. abang nak ke pejabat, bukan nak berperang" aduhai.. risau sangat.

"Ye.. sayang risau je. Okaylah, sayang pergi kerja dulu tau. Jumpa nanti. Bye Carlos, Fahmi" kata Intan lalu kaki melangkah masuk ke ruang pemandu dalam keretanya.

Caden hanya menunggu Intan bergerak dahulu dan barulah dia melangkah masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang.

+++

Rasa macam lama tak masuk pejabat. Mujur tak bersawang. Intan melabuhkan duduk di kerusi kerjanya.

Tok Tok Tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Puan. Maaf ganggu pagi-pagi ni" ucap Salim.

"Waalaikumsalam. Ada apa Lim?" soal Intan sambil memandang Salim di depan.

"Tuan Saiful minta Puan jumpa DSP Zaid jam sepuluh pagi ni di tingkat empat" maklum Salim.

"Tuan Zaid dari JIPS IPK tu ke?" soal Intan.

"Ya Puan. Er.. kalau tak silap saya, Tuan Zaid nak serah surat repsentasi Tatatertib" balas Salim. Hm.. mana nak lari Intan, ikut mana pun memang kau salah. Terima je la..

"Hm.. okay. Terima kasih Lim" balas Intan. Mengeluh perlahan dia.

"Saya harap Puan tidak dikenakan tindakan yang berat sebab apa yang Puan buat tu telah membuahkan hasil dalam membanteras jenayah berat di Selangor ni" kata Salim. Intan hanya tersenyum.

"Thanks Lim. Mudah-mudahan" jawab Intan.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu Puan" Salim minta diri. Intan hanya mengangguk.

Tubuh disandarkan pada head rest. Jemari naik memicit pelipis. Tiba-tiba pula sakit kepala.

Tok Tok Tok

"Masuk" siapa lah lagi ni.

"Morning Makcik..!" tegur Shira.

"Ish.. kau ni, kalau tak jerit-jerit tak boleh ke?" marah Intan lalu tubuh ditegakkan.

"Kau kenapa, ada masalah ke?" soal Shira lalu melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Intan.

"Tuan Zaid JIPS nak jumpa aku pukul sepuluh ni" kata Intan. Terdiam Shira.

"Kau nak aku temankan ke?" soal Shira. Intan menggeleng perlahan.

"Tak apa, aku pergi seorang je. Hm.. jom teman aku minum" ajak Intan lalu bangun dan mengambil jaket serta pouchbagnya.

"Eloklah, aku memang nak ajak kau sarapan pun" balas Shira lalu bangun dan mendahului Intan keluar dari pejabat itu.

"Eh, mana kau tau aku naik kerja hari ni?" soal Intan sambil menutup pintu pejabat.

"Aku call Salim tadi tanya kau ada pejabat ke tak" balas Intan.

"Eh, Tuan Aniq?" soal Intan sebaik bertemu di tangga. Waktu itu ada seorang lelaki yang tidak pernah dilihat berdiri di sisi Tuan Aniq.

"Intan, bila naik kerja?" soal Aniq.

"Baru hari ni. Tuan nak ke mana?" soal Intan pula.

"Oh, saya nak bawa Insp Q jumpa Tuan Saiful. Ada urusan sikit" jawab Aniq.

"Ooh.. Tuan Q tugas di mana?" soal Intan. Boleh tahan segaknya tapi muka tu keras sangat.

"Saya dari IPD Ampang" pendek saja jawapannya.

"Oh, okaylah Tuan, saya dengan Shira turun dulu" kata Intan.

"Hm.. Intan, ada Tuan Zaid minta awak jumpa dia?" soal Aniq. Serba salah mahu bertanya.

"Ada Tuan, jam sepuluh ni minta saya jumpa" balas Intan. Aniq hanya mengangguk. Tidak mahu diulas panjang perkara sensitif itu.

"Kalau macam tu saya gerak dulu, lama pulak Tuan Saiful tunggu nanti" kata Aniq lalu berlalu dari situ bersama Insp Q.

"Kau okay ke?" soal Shira yang sama-sama turun tangga.

"Aku terima je Shira apa pun tindakan yang bakal aku kena. Memang salah aku kan" balas Intan perlahan. Shira kemudian menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

+++

Tok Tok Tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan" ucap Intan.

"Waalaikumsalam. Insp Intan, sila duduk" pinta Tuan Zaid.

"Saya rasa awak dapat agakkan kenapa saya panggil pagi ni" Tuan Zaid mulakan bicara. Intan hanya diam tidak menyampuk.

"Saya tak mahu buang masa, apa yang saya nak cakap, disebabkan tindakan awak, pasukan kita berjaya membuat tangkapan dan rampasan yang besar. Namun begitu salah tetap salah. Awak tahukan tidak boleh ada hubungan peribadi dengan suspek atau sesiapa yang ada hubungan rapat dengan suspek? ni pula berkahwin." kata Tuan Zaid. Tegak pandangannya pada Intan.

"Saya tahu Tuan" jawab Intan membalas pandang.

"Saya dan juga beberapa panel yang lain telah berbincang dan telah membuat keputusan, awak dikenakan Amaran Keras dan tempoh edah adalah selama lapan belas bulan, iaitu dalam tempoh tersebut tiada kenaikan gaji tahunan dan tiada sebarang bonus, imbuhan atau apa-apa pemberian yang awak layak terima" maklum Tuan Zaid.

"Saya faham Tuan" balas Intan.

"Mengenai daftar perkahwinan yang belum dibuat, saya dan panel yang lain berpendapat memberi awak tempoh satu bulan untuk menyelesaikannya, jika tidak tindakan lain pula akan menyusul" kata Tuan Zaid lagi.

"Baik Tuan. Terima kasih kerana beri peluang pada saya" balas Intan.

"Intan, awak seorang pegawai polis yang hebat, banyak yang telah awak sumbangkan dalam pasukan khasnya Jabatan Siasatan Jenayah. Pegawai atasan tak akan lupa semua tu" kata Tuan Zaid lagi sambil menyerahkan sampul putih pada Intan yang mengandungi repsentasi tatatertib. Sampul itu disambut Intan. Satu surat serah terima dokumen juga diserahkan untuk Intan tandangan. Setelah selesai, Intan serah semula pada Tuan Zaid.

"Kalau tak ada apa-apa, awak boleh keluar" kata Tuan Zaid.

Intan bangun berdiri dalam keadaan tegak dan sedia.

"Terima kasih Tuan" kata Intan. Tuan Zaid mengangguk lalu Intan membuka langkah keluar dari pejabat Tuan Zaid. Rasa lapang dada.

"Wei, macam mana?" soal Shira yang menunggu di luar. Tidak senang duduk dia. Intan tidak benarkan ikut tapi Shira nak juga temankan Intan.

"Amaran keras, edah lapan belas bulan" balas Intan. Lapan belas bulan?

"Lamanya.. tak naik gaji la kau.." kata Shira.

"Eh, tapi tak apa, suami kau kaya.." jawab Shira sendiri. Intan yang berjalan di sisi Shira laju menoleh. Bahu Shira ditumbuknya.

"Itu duit dia. Tak ada kena mengena dengan aku" kata Intan menyangkal.

"Bukan kalau orang dah kawin ni, duit suami tu duit isteri, duit isteri tu duit isteri ke?" soal Shira.

"Dah, kau jangan nak memandai. Duit dia, duit dia la." marah Intan. Shira di sisi sudah ketawa terkekek.

"Alah.. gurau je pun" kata Shira. Masam wajah Intan.

+++

"Puan!" panggil Salim sebaik nampak Intan yang beruniform lengkap berjalan menuju ke pejabatnya. Terhenti langkah Intan.

"Ya, Lim. Ada apa?" soal Intan.

"Latihan tembak minggu depan macam mana? Puan dapat hadir tak?" soal Salim.

"Oh.. ye lah. Lupa saya" balas Intan. Terdiam dia seketika. Jadi ke Caden nak ikut, dia bukan sihat sangat lagi tapi kalau minggu depan rasanya dah sihat sikit kot.

"Puan.. Puan.." panggil Salim.

"Sorry-sorry, saya tengah fikir nak pergi hari apa" balas Intan.

"Bila tarikh akhir bagi nama?" soal Intan.

"Petang ni jam dua" kata Salim.

"Hm.. kalau kejap lagi saya bagitau boleh. Saya ada perkara nak bincangkan dulu" kata Intan.

"Boleh Puan, sempat lagi. Kalau dah dapat keputusan, Puan call je Pejabat Operasi, saya ada" kata Salim.

"Okay, thanks Lim. Saya gerak dulu" kata Intan. Laju kaki melangkah masuk ke pejabatnya. Labuh didudukkan lalu telefon di dalam poket diambil.

Intan : Assalamualaikum abang

Tak sampai seminit, mesej dibalas.

Caden : Waalaikumsalam sayang abang.

Intan : Abang sibuk ke?

Caden :Tak, ada sayang tanya?

Intan : Abang ingat tak sayang ada latihan tembak kat Lapang Sasar Bentong minggu depan?

Caden : Latihan tembak untuk ujian kelayakan tu kan?

Intan : Ha'ah. Er.. abang jadi ke nak ikut sayang? ingat nak pergi khamis, jumaat tu free time.

Caden : In sha Allah. Kenapa, tak nak abang ikut ke?

Intan : Eh, bukan. Abang kan tak sihat lagi.

Caden : Minggu depankan, in sha Allah abang dah sihat.

Intan : Jadi, abang ikutlah ye?

Caden : Ya, sayang.

Intan : Thanks abang. Muuaahh...

Caden : Most welcome sayang.

Ganggang telefon dicapai, nombor ditekan.

"Lim, saya ikut latihan tu, hari khamis" kata Intan lalu ganggang diletak semula. Tubuh disandar ke belakang dengan bibir tersenyum dan mata terpejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience