21

Other Series 56144

NATRAH mendekati lobi hotel. Ada beberapa orang pekerja di bahagian receiptionist yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing. Dia mendekati salah seorang pekerja di situ bagi mendapatkan bantuan. Dia tidak boleh berdiam diri dan menunduk dengan kemahuan gila Ehsan tersebut. Dia harus melakukan sesuatu.

"Hai miss. Can I help you with something?" Jasmine, pekerja tersebut menegurnya ramah dengan senyuman di wajah.


"Errr..yeah. Can I use phone?" tanya Natrah dengan matanya melirik ke arah telefon di atas meja.


"I need to make a call to someone. It's extremely urgent!" ujar Natrah lagi. Wajahnya mulai kebingungan.


"Sure. Here you are"


Telefon diletakkan di hadapan Natrah.


"Call somebody huh?" tegur Ehsan tiba-tiba dari arah belakang. Gagang telefon dirampas lalu diletakkan semula di tempatnya.

"We need to talk!" Pergelangan tangan Natrah ditarik kasar ke sisi. Ehsan membawa Natrah ke tengah ruang yang menempatkan ruangan menunggu bagi para pelancong.


"Apa encik Ehsan ni? Lepaslah!" bentak Natrah dengan wajah mencuka. Dia benci dilayan sebegitu apatah lagi oleh orang asing seperti Ehsan. Rasa penyesalan kerana bersetuju atas urusan kerja selalu datang menerjah ruang hati dan fikirannya. Jika masa bisa diundur semula, pastinya dia tidak ingin berduaan dengan lelaki itu.


"Awak tahu kan, saya tak suka awak call sesiapa. Saya dah bagitau awak yang saya nakkan ruang dan masa bersama awak. Kenapa tak boleh nak faham?" Ehsan mulai meninggi suara. Dia berang dengan sikap degil Natrah tersebut. Untung saja dia sempat menangkap perbuatan gadis itu, jika tidak sia-sialah rancangannya selama ini.


"Encik yang tak boleh nak faham sebenarnya! Saya dah cakap, saya tak boleh dengan encik. Saya tak boleh paksa hati saya, diri saya untuk encik..."


"Here we go again!" Ehsan mencantas. Dia sudah bercekak pinggang sambil mendengus. Susahnya nak lembutkan hati keras milik Natrah! Namun gadis itu juga yang berjaya mencuri hatinya. Masakan dia ingin melepaskannya semudah itu? Over my dead body!!

"Saya mintak sangat-sangat dengan encik Ehsan untuk faham hati saya. Faham keputusan saya. Saya tak boleh dengan encik. Kalau kita bersama sekalipun, encik rasa saya boleh bahagia ke?"


"Saya boleh bahagiakan awaklah! Awak nak apa? Name it! I buy you those things"

Natrah menyungging senyuman sinis di wajah. See? Inilah dia tak suka pasal Ehsan. Lelaki itu fikir kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit padahal wang bukanlah segala-galanya.

"Bercakap dengan encik Ehsan ni, sama je macam bercakap dengan Kuti. Menyakitkan je! Tapi encik lebih menyakitkan lagi dari Kuti!"

Natrah berlalu meninggalkan Ehsan dengan perasaan marah dalam hati. Kalaulah dia boleh lempang Ehsan, pasti dah lama dia buat!

"Who's Kuti?" jerit Ehsan dari jauh. Namun Natrah tetap tidak berganjak, bahkan langkahnya lebih panjang. Biarlah Ehsan dengan gilanya itu, dia malas nak join!

NATRAH berbaring malas di atas katil. Rasa semangatnya sudah hilang semenjak bertengkar dengan Ehsan sebentar tadi. Dia menggerutu geram dan merasa tidak adil dengan sikap dan kedegilan lelaki itu. Dia tidak bebas dan tidak berdaya. Dia bencikan semua itu. Berada di lingkungan Ehsan seakan-akan memenjara dirinya sendiri. Dia tidak tahu apa bakal berlaku di kemudian hari namun dia hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja.

Dia memuntahkan keluhan panjang. Nak ke mana-mana pun dah tak mampu. Segala-galanya sudah 'disita' oleh lelaki psiko tersebut. Arghhh!! Natrah menangis semaunya.

Dia benar-benar sudah buntu saat ini. Apa yang bisa dilakukannya lagi? Ehsan punya wang. Sudah pasti lelaki itu 'membayar' semua pekerja hotel untuk mengintai setiap gerak-gerinya. Dia dapat merasakan itu. Arghhh, kenapa Ehsan bisa berubah seseram itu?! Naik seriau dia tatkala mengenangkan sikap dingin dan degil lelaki itu.


Pintu biliknya diketuk berkali-kali. Natrah mengerling sekilas ke arah pintu kemudian mendengus penuh benci. Itu pasti si psiko itu! Arghhh!! Lantaklah! Dia malas nak ambik port. Dia sudah lelah emosi, lelah jiwa, lelah fikiran! Dia kepingin bebas dan jauh dari lelaki bernama Ehsan itu.

Ketukan di pintu bertalu-talu menyebabkan dia menekup kedua belah telinga dengan bantal. Dalam kesunyian itu, dapat dia dengar ada suara-suara yang memanggil namanya. Dia menangis lagi. Dia sudah ketakutan. Terbayang-bayang jika Ehsan melakukan sesuatu di luar kotak fikirannya. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini!

"Ara! Ara!" Natrah mendengar penuh teliti panggilan tersebut. Ara? Itu suara lelaki tetapi Ehsan tidak pernah memanggilnya dengan panggilan itu. Kalau bukan Ehsan, siapa pula di sebalik pintu?

Perlahan-lahan Natrah melepaskan bantal ke atas tilam. Dia mengamati lagi suara tersebut. Itu kan suara...

"Love! Are you there?"

Tanpa berlengah, Natrah berlari ke arah pintu. Demi terbuka luas pintu bilik, wajah kerisauan Eirfan terpampang di hadapannya. Air mata Natrah laju menitik ke pipi. Lantas tubuh sasa itu dipeluk erat. Segala beban dan rasa takut tadi hilang serta-merta. Berada di samping Eirfan membantunya kembali berpijak di bumi yang nyata. Teresak-esak dia menahan sebak di dada.

"Hey, what's wrong my Love? Kenapa ni? Hmm?" Suara Eirfan kedengaran lembut. Tangannya naik mengusap rambut Natrah. Dia terkejut dengan reaksi Natrah yang memeluknya tanpa sedar.


Betapa dia risau akan keadaan Natrah yang jauh darinya. Untung saja dia bertindak bijak dengan mencari Natrah sendiri di bumi Kenyalang tersebut. Jika dia terus berdiam diri dan menunggu saja, mungkin keadaan akan sangat berubah.

"Hubby, I'm scared!" rintih Natrah dengan esak tangisnya. Wajahnya disembamkan ke dada lelaki itu. Dia tahu, tidak seharusnya dia bertindak sebegitu namun dia perlu tempat untuk bersandar. Dia menggigil ketakutan kerana terbayang perkara buruk yang bakal menimpanya jika Ehsan bertindak gila.


"Shhh...Dah. I'm here okay?" Tubuh Natrah kembali didakap. Ada apa dengan Natrah sebenarnya? Dia nampak tak terurus dan wajahnya agak cengkung. Badannya tampak sedikit susut. Dia mula fikirkan yang bukan-bukan apatah lagi Natrah pergi berdua dengan Ehsan. Apa saja bisa berlaku. Ya Allah, mintak simpang!

"BAK sini IC saya" Natrah meminta dalam tangisan. Setelah mendengar cerita daripada Eirfan, hatinya kembali berdetak hebat. Nabihah dan Ayish ditimpa kecelakaan. Jika sesuatu berlaku ke atas mereka, dia tak akan sesekali memaafkan Ehsan.

Dengan rasa penuh bersalah, Ehsan menyerahkan dompet Natrah kepada gadis itu. Dia tampak wajah Natrah penuh kebingungan. Namun pada masa yang sama, dia dapat rasakan aura kebencian gadis itu terhadap dirinya.

"Handphone saya!" jerkah Natrah. Dapat dia lihat lelaki itu terperanjat dengan suaranya. Namun ada dia kisah? Not at all...

"Natrah. I'm truly sorry for everything" ucap Ehsan penuh sesalan. Dia juga terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Eirfan sebentar tadi. Tetapi masakan Eirfan berbohong? Lelaki itu tidak bisa berbohong, apatah lagi ianya bersangkut-paut dengan nyawa seseorang.

"You should be" sahut Natrah ringkas. Wajahnya penuh kerutan.

Tiada segaris senyuman langsung pada wajah comel itu. Tampak jelas kalau gadis kesayangannya terluka dan semuanya berpunca gara-gara dia.

"Kalau sesuatu berlaku pada kakak dan anak saudara saya, jangan harap saya akan maafkan encik! I swear I'll bring you down!" ujar Natrah sebelum berlalu. Dia menarik tangan Eirfan untuk mengiringinya ke lobi hotel.


Setelah urusan check-out selesai, Eirfan kembali mendapatkan Natrah yang duduk termenung di atas luggagenya. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran gadis itu. Semenjak sesi 'pertelingkahan' dengan Ehsan selesai tadi, Natrah hanya mampu berdiam diri. Entahkan kerana terkenangkan keadaan Nabihah atau kerana ketakutan yang ditunjukkannya sewaktu dia awal tiba tadi. Namun yang pasti, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Dah selesai semua. Tunggu maxim kejap. Hantar kita ke airport" kata Eirfan. Dia sudah berdiri di sebelah Natrah.


Tiada sahutan dari gadis itu. Natrah termangu di alamnya sendiri. Wajahnya sarat dengan bebanan. Kasihan dia!


"Love..." Bahu Natrah disapa lembut.

"I'm scared" rintih Natrah dalam tangisan. Macam-macam yang difikirkannya ketika itu. Dia tak sanggup kehilangan Nabihah dan Ayish. Dia tak punya keluarga lain selain mereka berdua. Ketakutan yang sempat lenyap sebentar tadi kembali menerpanya. Dan ketakutan itu semakin mengelilinginya.


Jika Ehsan tidak menyeka telefonnya, sudah pasti dia dapat mesej dan panggilan daripada Eirfan mengenai keadaan Nabihah dan Ayish. Dan pastinya, keadaan tidak akan setegang itu.


"They will be fine. Percaya pada Allah. Kalau Dia kata tak, maka takkan berlakulah benda tu. Banyakkan berdoa. Yang penting kita kena sampai sana dan pastikan Love sempat derma darah pada kak Bihah. Don't worry too much okay?"

Kepala Natrah diusap lembut. Dia faham dan tahu perasaan ketakutan akan kehilangan seseorang yang disayangi. Dia juga pernah merasainya. Dan dia redha. Jika dia tidak redha, tidak mungkin dia mampu bernafas sehingga ke saat ini. Dan dia ingin Natrah kuat seperti itu. Walau pernah tersungkur, kembali pada jalanNya adalah yang terbaik.

"Do that again" pinta Natrah apabila tangan Eirfan berhenti mengusap kepalanya.


Tersentak dengan permintaan Natrah, wajah comel itu ditatap. Namun Natrah hanya memandang ke hadapan. Tak sedikit pun berpaling ke arahnya. Dia tak memahami maksud Natrah itu.


"Hmmm?"


"This..." Natrah ambik tangan Eirfan lalu letak kembali di atas kepalanya.


Senyuman Eirfan melebar dengan permintaan Natrah. Arhhh, masa ni pulak dia mintak dimanja! Silap-silap haribulan, diangkutnya Natrah itu ke pejabat tok kadi. Erkkk, apa pulak kau fikir ni Eirfan?!


"Tell me a lie" pinta Natrah lagi.


Sekali lagi, Eirfan tersentak. Tak faham dan buntu!


"Tell me a lie" ulang Natrah lagi. Kali ini, pandangan matanya bersatu dengan anak mata Eirfan. "Something lies. Anything. Hurry up"


Lama Eirfan berfikir. Nak tipu dia pasal apa? Dia bukannya pandai menipu, walau dalam keadaan terdesak sekalipun! Wajah Natrah kembali ditatap. Dan ternyata wajah comel itu juga sedang memandangnya dengan penuh harapan. Matanya seakan berair. Natrah menangis dalam diam.


"Err, garam rasanya manis sangat. Gula pulak rasa masin" Entah kenapa itu pula yang berlegar-legar dalam fikirannya. Spontan!


"Okay" Natrah tersenyum perlahan-lahan sambil mengangguk kepala. "Garam rasa manis. Gula pulak rasa masin" Natrah ulang kata-kata Eirfan.

"Love, are you really okay?" Risau tak bertempat dia dengan keadaan Natrah itu.

"Okay" Natrah menyungging senyuman manis. Dia percayakan Eirfan. Sekiranya satu dunia mengatakan kata-kata Eirfan itu suatu penipuan, dia seorang saja yang akan percayakan lelaki itu. Jadi, jika Eirfan kata Nabihah dan Ayish akan okey walaupun sebaliknya, dia tetap akan percayakan lelaki itu.


"Maxim dah sampai" bagitau Eirfan.

SETELAH selesai mendermakan darahnya, Natrah duduk bersandar di atas kerusi itu. Di dalam hati, tak habis-habis dia berdoa agar semuanya dipermudahkan. Setibanya di hospital, dia terus mencari-cari kelibat Nabihah dan Ayish. Apabila dikhabarkan oleh doktor akan keadaan Nabihah, tak henti-henti dia berdoa kepada Allah untuk keselamatan kakaknya. Berkali-kali juga dia ulang ayat Eirfan ketika di lobi hotel tadi. Entah kenapa hatinya tenang ketika mengulang ayat Eirfan tersebut. Seluruh kepercayaan seakan menjadi kenyataan.

Melihat keadaan Ayish yang hanya cedera ringan, dia menarik nafas lega. Untung saja Ayish tidak mengalami cedera parah. Kini doanya hanya untuk Nabihah.


"Love..."

Eirfan sudah mengambil posisi di sebelah Natrah. Dia baru saja menghantar Ayish dan Azrul ke kereta tadi. Azrul izin pamit untuk menghantar Ayish ke rumahnya. Puan Ramona dan Khadeeja ada untuk menjaga Ayish. Sesudah itu, dia akan kembali ke hospital untuk Nabihah.

"Kak Bihah akan okey. Jangan risau sangat, okey sayang?" ujar Eirfan serentak itu tangannya naik ke kepala Natrah.

Air mata Natrah menitis laju ke pipi. Dia ingin percayakan itu tetapi hatinya tak kuat. Benar-benar sudah rapuh saat itu.

"Lagipun, gula kan masin. Dan garam pulak rasa dia manis. Kan?" Eirfan ulang ayat itu. Baru kini dia faham akan maksud ayat-ayat itu.

Natrah mengangguk kepala laju. Ya, Eirfan benar kerana lelaki itu tak bisa berbohong. Dia hanya perlu percayakan Eirfan dan berdoa untuk keajaiban daripada Allah.

Tangan Eirfan digenggam erat. Mencari kekuatan melalui segenap tubuh itu. Wajah tenang Eirfan dipancak dalam minda. Dia ingin tenang seperti Eirfan.


Eirfan tersenyum. Genggaman Natrah dibalas erat. Cukup untuk Natrah tahu kalau dia sentiasa di sisi gadis itu tak kira apa pun yang berlaku. Walhal saat ini otaknya terlalu sarat dengan pelbagai persoalan. Ingin saja dia melontarkan satu persatu pertanyaan namun dia pendamkan saja dahulu. Dia tidak mahu membebankan fikiran Natrah dengan terlalu banyak soalan.

Yang penting, emosi Natrah harus stabil dan terjaga buat masa terdekat. Selebihnya, pandai-pandailah dia nanti.

MENDENGAR khabar gembira dari doktor, segala beban fikiran yang terletak di atas bahunya seakan menghilang sebegitu saja. Syukur ke hadrat Ilahi, Nabihah berjaya diselamatkan. Untung saja dia sempat tiba. Jika tidak, mungkin dia tidak dapat melihat Nabihah di dunia ini lagi.

Melihat Nabihah yang terbaring lemah di atas katil, sedikit sebanyak melegakan hatinya. Walaupun keadaan Nabihah belum 100% pulih, namun hatinya tetap gembira dengan perkembangan kakaknya itu. Dia tahu, Nabihah kuat. Dari kecil lagi, Nabihah yang banyak berkorban seorang diri demi kelangsungan hidup mereka. Dia yakin kakaknya sekuat da setegar lebih dari yang dia sangkakan.

"Happy?" bisik Eirfan yang berdiri di sebelahnya.

"Too much" sahut Natrah dengan senyuman mekar di wajah.

Leganya hati Eirfan dapat melihat kembali senyuman yang dirinduinya itu. Baru kali ini dia dapat melihat senyuman itu, jika tak, cemberut saja wajahnya.


"Terima kasih awak. Sebab jadi hero" ucap Natrah. Senyuman di wajah tak pernah habis menghiasinya.


"Kenapa saya? You're the real hero. Love yang dermakan darah. Not me"


"But you reached me out! Kalau tak, saya takkan mampu maafkan diri saya sendiri. Saya betul-betul takkan maafkan Ehsan kalau kak Bihah..."

"Hey, kak Bihah dah okey sekarang kan? Dia cuma belum sedarkan diri saja" cantas Eirfan. Bahu Natrah ditegak menghadapnya.

"Allah dengar doa kita. Jadi kita tak payah fikir yang bukan-bukan. Letakkan segala-galanya pada Dia. Dia akan mengatur semuanya" nasihat Eirfan lagi.


"Love percayakan saya kan?"


Melihat Natrah mengangguk, lebar senyuman Eirfan menghiasi wajah. "Then everything is done!"


"Maksu!" Suara Ayish menerpa di hadapan pintu bilik membuatkan Natrah dan Eirfan menoleh.


"Ayish!!" Tubuh kecil iti dirangkul ke dalam dakapan. Pipi gebunya dikucup berkali-kali.


"Ayish rindu maksu tak sayang?"


"Rindu sangat-sangat. Maksu jangan pergi mana-mana lagi ye? Nanti Ayish cari maksu kalau umi marah Ayish"


Pecah tawa Natrah dan Eirfan mendengar celoteh si kecil itu. Pipi gebu Ayish dicubit geram. Eee geramnyalahh!


"Nabihah dah sedar ke?" tanya Azrul apabila mendekati katil Nabihah. Khadeeja turut berada di sebelah papanya. Ayish mendekati katil Nabihah lalu dipangku oleh Khadeeja.


"Belum lagi. Tapi doktor cakap keadaan dia stabil. Tu dah kira bersyukur sangat"

"Takpelah. Kita doa banyak-banyak"


Natrah mengangguk kepala.

"Oh ye. Ara yang bayarkan bil hospital Kak Bihah ke? Tadi abang ingat nak bayarkan, tapi dorang cakap semua bil dah dibayar"


Dahi Natrah berkerut. Bila pulak dia bayar? Padahal dia baru nak pergi bayarkan. Dia pandang Eirfan di sebelah. Seakan mengerti, laju saja lelaki itu menggeleng kepala.


"Ara baru je nak bayarkan. Tapi terkejut pulak dengar abang cakap ada yang dah bayarkan"


"Laaa yeke? Abang heran jugak. Siapa yang tolong bayarkan. Abang teringatkan Ara. Tu pasal abang tanya. Tapi kalau bukan Ara, bukan Eirfan, siapa pulak yang bayarkan ye?"


"Yang tu, nanti kita tanya nurse kat depan tu. Ara kalau nak balik, Ara baliklah. Ara tak rehat lagi dari semalam kan? Banyak dah makan tenaga tu. Abang dan Deeja ada kat sini. Nanti ada apa-apa, abang inform Ara lagi"


Natrah mengangguk perlahan. Dia juga keletihan sebenarnya. Sejak semalam lagi dia berperang dengan perasaan takutnya.


"Kalau macam tu, kami baliklah dulu bang. Nanti saya hantarkan Ara"


Azrul mengangguk kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience