" Tunggu ! " . Kata Askar itu .
KOSONG memandangnya sambil tersenyum .
" Apa maksud kau ? " Askar bertanya .
" Lawan kau main tipu , dia meminta bantuan bangsa lain . "
" Hah ! Kenapa kau tak cakap tadi , kan aku dah kalah , kalau kau cakap , aku dah dikira menang . "
KOSONG tersenyum .
" Heh , kau perlu lebih peka dan teliti . "
" Aku tahu dia main tipu , tapi aku kena bagi bukti , dan aku tidak tahu apa buktinya . "
" Dalam hidup , kau perlu lebih teliti dan peka . Jangan biarkan diri kau ditipu lagi . "
" Sebenarnya , adakah sedang berlaku pertandingan di sini ? Meja kau bermain tadi dikerumuni ramai orang . "
" Sebenarnya , pertandingan ini menentukan pemimpin bangsa Askar . "
" Ok . Trimas . "
KOSONG bangun lalu berjalan perlahan lahan ke meja tadi .
===============================
" Ada sesiapa lagi bangsa Askar disini yang mahu mencabar dia . Jika tidak , kita akan menabalkan pemimpin kita 5 minit sahaja lagi . "
KREEKK ...
Pintu besar dibuka . Ramai yang melihat siapa yang menganggu suasana ini .
______________________________________
Setelah KOSONG melihat meja tadi tiada sesiapa . Dia bertanya kepada seseorang dan askar itu memberitahu bahawa semuanya berada dalam dewan . Lalu menunjuk ke sebuah padang yang luas dan mempunyai sebuah dewan yang besar di hujungnya .
" Trimas . "
Share this novel