Bab 67

Romance Completed 207956

"Eh, dua orang je ke? Mana yang lain? Biasa waktu-waktu macam ni penuh" kata Syam yang baru sampai ke gym.

Pelik pula bila tak ada orang dalam gym sekarang ni.

"Ada orang mengamuk tadi. Habis lari semua budak-budak takut kena belasah" jawab Aniq sambil menjeling pada Intan di sebelah.

Intan hanya tersengih mendengar kata-kata Aniq.

Tercetus ketawa Syam. Intan mengamuk la ni.. Patut la gym ni kosong. Takut patah hidung.

"Mana tak lari, takut patah hidung" kata Syam sambil ketawa.

"Mana ada.. Hari tu saya tak sengaja" jawab Intan yang sudah merah wajahnya.

"Dah tu, korang buat apa kat sini?" soal Syam pulak dan mata Syam yang memerhati terpandang pada tangan Intan yang sudah merah.

"Woo! Jangan cakap korang bertumbuk berdua pulak!" kata Syam tiba-tiba.

Tertoleh serentak Aniq dan Intan pada Syam.

"Kau mengarut apa ni!" kata Aniq

"Eh, mana ada" jawab Intan pula.

Jawab Intan dan Aniq hampir serentak cuma jawapan sahaja lain.

"Dah tu, tangan tu kenapa?" soal Syam sambil menunjukkan ke arah tangan Intan.

"Itu dia bergusti dengan punching bag" Aniq jawabkan.

Terkekeh-kekeh Syam ketawa.

"Jadinya sekarang ni nak work-out ke nak sesi luahan rasa ni" usik Syam pada Intan.

Terus Intan memandang wajah Syam.

"Ish, tak lah. Tuan Syam ni, jangan nak mengarut" laju Intan menjawab.

"Eh, tapi boleh juga sebab hari tu Tuan Syam cerita separuh je. Ni boleh cerita sampai habis" kata Intan teruja.

Aniq sudah memandang Syam pelik.

"Kau bagitau apa kat Intan ni Syam?" soal Aniq

"Caden" jawan Aniq sepatah.

"Macam ni la. Nak berbual di sini macam tak sopan. Kita salin pakaian dan ke cafe, minum petang. Nanti kita cerita" cadang Aniq.

Intan dan Syam mengangguk lalu mengatur langkah keluar dari gym.

Sambil berjalan keluar, Intan memeriksa tangannya yang sudah merah. Sakit juga.. Kalau tak rendam ais ni, mau bengkak.

"Nanti sampai cafe minta ais, rendam tangan tu" kata Aniq.

Tertoleh Intan pada Aniq di sebelah dengan dahi berkerut. Macam tau je apa aku fikir.

"Apa?" soal Aniq pelik bila Intan memandangnya begitu.

"Tu memang biasa, rendam tangan dalam ais" jawab Aniq lagi.

Intan hanya senyum dan mengangguk. Ye lah.. Tuan Aniq kan selalu work-out.. Apa yang nak dipelikkan. Jangan nak fikir yang bukan-bukan sangat ye..

+++

Intan melangkah masuk ke cafe, mata memerhati sekeliling mencari kelibat Aniq dan Syam. Dalam mata sedang memerhati, dilihat Syam melambai tangan pada Intan.

Laju langkah diatur. Mujur meja yang dipilih bukan di bahagian luar cafe, kalau tidak, jenuh pening dengan asap rokok.

Intan mengambil tempat dan melabuhkan duduk. Aniq dan Syam memandang wajah Intan di hadapan. Dari pandangan saja pun dah tau yang Intan banyak masalah.

Setelah pesanan sampai, air diteguk perlahan. Masing-masing menghilangkan dahaga.

"Apa masalah awak sebenarnya ni Intan?" soal Aniq memulakan bicara.

"Saya pun tak tau apa masalah sebenarnya. Banyak sangat yang saya fikir" jawab Intan sambil bermain-main dengan gelas di hadapannya.

"Saya rasa salah satunya pasti berkaitan dengan Caden. Kan?" soal Syam pula.

Pantas Intan memandang wajah Syam di hadapan.

"Tuan Syam cakap nak bagitau pasal Caden hari tu. Apa dia?" soal Intan ingin tahu.

Syam memandang Aniq di sebelahnya. Aniq mengangguk.

"Macam ni.. Masa saya semak fail tahun lepas, ada satu fail ni terjatuh dan bila saya ambil dan semak. Saya nampak gambar Caden dalam fail tu tapi butiran semua dan blank. Yang ada cuma Italy sahaja. Tu sebab saya minta Intan ingat semula misi di Italy" terang Syam.

"Tapi masa saya di sana, tugas saya hanya sebagai pemerhati dan nama Caden tiada dalam senarai untuk pemerhatian tu" kata Intan pelik.

"Intan, Caden sebenarnya terlibat secara tidak langsung dalam perkara ni. Apa yang saya tahu, Caden terpaksa disebabkan ada sesuatu perkara yang terjadi di sana" terang Aniq.

Adui.. Makin pening kepala Intan. Apa yang jadi, kenapa sampai Caden boleh terlibat pulak.

"Apa yang jadi sebenarnya?" soal Intan lagi.

"Yang tu saya rasa baik Intan tanya pada Caden sendiri" cadang Syam.

"Tuan rasa, salah ke tindakan saya berkahwin dengan Caden?" soal Intan. Wajah Aniq dan Syam dipandang silih berganti.

"Intan.. Jodoh, ajal, maut, rezeki bukan kita yang tentukan" kata Aniq.

"Macam ni lah, awak balik dulu. Bincang elok-elok dengan Caden. Yang mengenai misi bulan depan tu saya rasa, baik Intan fikir betul-betul. Larikan diri bukan penyelesaian masalah" kata Syam pula.

Kasihan pada Intan, banyak sungguh cabaran dan dugaannya. Mujurlah Intan bukan seorang yang cepat melatah.

"Er.. Tapi Tuan, Tuan Saiful minta saya beri jawapan secepat mingkin" jawab Intan lagi. Serba salah jadinya. Penat otak memikirkan masalah yang bertimpa-timpa ni.

"Mengenai perkara tu, biar saya bincang dengan Tuan Saiful. Awak selesaikan dulu masalah dengan Caden. Lagi satu, ada masa, bincang dengan Tuan Rahman baik-baik" nasihat Aniq.

"Baik Tuan. Terima kasih banyak-banyak pada Tuan Aniq dan Tuan Syam sebab sudi dengar masalah dan bantu saya" ucap Intan sambil senyuman manis diberikan.

"Tak ada apa-apalah, benda kecil je. Sekarang awak balik, tenangkan diri" kata Syam pula.

"Kalau macam tu, saya balik dulu Tuan Aniq, Tuan Syam. Terima kasih sekali lagi" ucap Intan lalu bangun meninggalkan Aniq dan Syam.

"Kenapa kau tak nak cerita apa yang berlaku sebenarnya pada Intan?" soal Syam pada Aniq di sebelah.

Aniq hanya senyum sambil menghabiskan minuman dalam gelasnya.

+++

Intan menyisir rambut yang baru dikeringkan dengan tuala. Mata memandang ke cermin di hadapan tetapi fikiran entah ke mana.

Sedang tangan asyik menyisir rambut, sepasang tangan memeluk erat pinggangnya dari arah belakang. Tak perlu Intan lihat, sudah tau siapa gerangannya.

"Wanginya sayang abang.." tegur Caden sambil melekapkan wajahnya pada leher putih Intan sambil menyedut aroma yang terbit di situ. Terpejam matanya menghayati.

"Lewat abang balik" tegur Intan sambil tangan Caden yang melilit pinggangnya diusap perlahan.

"Ada 3 metting abang kena attend tadi. Penat sangat" jawab Caden yang masih dalam keadaan tadi.

Intan meletakkan sikat di meja sisi lalu tubuh dipusingkan mengadap Caden.

Dapat dilihat wajah penat Caden. Tangan Intan naik mengusap wajah Caden. Perlahan Intan mencium sekilas bibir Caden. Terpejam Caden menerima ciuman itu.

"Aik, kejapnye" Caden buka mata.

Ketawa Intan dengan kata-kata Caden.

"Tak mandi lagi, mana boleh lama-lama" usik Intan sambil mencuit hidung mancung Caden.

"Kalau dah mandi boleh lama-lama ek?" balas Caden dengan senyuman gatalnya. Pelukan di pinggang Intan makin dieratkan.

"Dah, jangan nak mengada. Abang mandi dulu. Sayang panaskan lauk. Nanti kita makan sama-sama. Sayang lapar ni.." Intan bersuara.

"Kiss dulu" pinta Caden.

Menjeling Intan. Ish, ni kalau tak dilayan, sampai ke sudah dok melekat macam ni.

Intan menjingkitkan sedikit kaki dan merapatkan wajahnya dengan wajah Caden. Belum sempat Intan bertindak, Caden terlebih dahulu memaut bibir Intan. Lama berkeadaan begitu hinggalah Caden melepaskan pautannya.

Wajah Intan diusap perlahan. Lalu dahi Intan dikucup perlahan.

"Sayang panaskan lauk, abang pergi mandi sekejap. Okay sayang" kata Caden lalu melepaskan pelukan dan berlalu ke bilik air.

Tergeleng kepala Intan dengan ulah Caden.

Makanan yang dipanaskan sudah siap disusun di atas meja bersama air yang sudah siap dibancuh. Kaki kemudian di atur ke bilik tidur.

Daun pintu ditolak perlahan dan dilihat Caden sedang berdoa di atas sejadah. Sejuk mata memandang. Tapi bila terkenangkan apa yang Tuan Aniq dan Tuan Syam beritahu petang tadi, timbul rasa yang tidak enak di hati.

Takkan Caden terlibat dengan geng mafia Italy pulak. Kat Italy tu business dia import eksport perabotkan. Intan bersoal jawab dalam hati.

"Sayang" panggil Caden pada Intan yang berdiri di celah pintu.

Tapi panggilan Caden tidak dijawab Intan. Apa la yang difikirkan ni.. Orang panggil pun tak dengar.

Caden kemudian memegang lembut lengan Intan sambil memanggil Intan.

"Sayang.." perlahan Caden menyeru.

"Eh, abang. Sorry sayang tak perasan. Jomlah kita makan. Sayang dah panaskan lauk" ajak Intan lalu memaut lengan Caden.

"Sayang fikir apa ni.. Abang panggil pun tak dengar" tanya Caden sambil memandang Intan di sebelahnya yang sudah terlentuk kepala di bahunya.

"Tak ada apa" jawab Intan sambil senyuman dilemparkan pada Caden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience