69

Romance Series 93218

Seawal jam 8 pagi lagi Aayra dan Harraz sudah terpacak di hadapan ruang perlepasan antarabangsa KLIA 2. Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk menghantar Dania dan suaminya pulang ke Korea. Lagi pula sejak semalam mereka sudah berjanji untuk bertemu di sini. Dari jauh kelihatan Dania dan suaminya, Hefny sedang mengatur langkah menghampiri mereka. Kedua - dua pasangan itu kelihatan sedikit teruja saat terpandangkan sosok tubuh Aayra dan Harraz di situ.

“Thanks for coming, babe. Tak pasal - pasal menyusahkan korang je nak kena datang sini jumpa kita orang." Ucap Dania sedikit teruja. Tubuh Aayra dipeluk erat bagi melepaskan kerinduan. Selepas ini entah bila pula mereka akan bertemu.

“Ishh!! Ada ke patut cakap macam tu. Susahkan apanya? Takde susahkan apa - apa pun. Lagipun hari ni kan hari minggu. So takde masalahlah kalau aku nak datang jumpa kau dekat sini." Ujar Aayra yang turut sama membalas pelukan erat Dania.
Suasana yang pada mulanya kelihatan ceria kini tiba - tiba bertukar menjadi sayu.

“I'm gonna miss you, babe. Lepas ni entah bila pula kau nak balik Malaysia kan?" Luah Aayra bernada sayu.

Air muka Dania turut berubah sayu. Sejujurnya dia juga turut berasa sebak untuk meninggalkan teman baiknya itu. Kerinduannya terhadap Aayra masih belum terubat sepenuhnya. Namun apakan dayanya. Suaminya terpaksa pulang ke Korea dengan kadar yang segera atas urusan kerja. Untuk membiarkan Hefny pulang sendiri ke sana, Dania tidak sampai hati walaupun sudah mendapat keizinan suaminya sendiri.

“If you all berdua free nanti, jemputlah datang ke Korea. Soal penginapan, you all berdua tak perlu risau. I'll sponsor everything. Just datang bawa diri aje." Pelawa Hefny ramah.

Semua tumpuan tertumpu ke arah Hefny. Senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya.

“In shaa Allah, bro. If we plan to go there, we will definitely contact you." Balas Harraz bagi pihak Aayra.

Aayra mengangguk setuju. Seketika kemudian pandangannya kembali tertumpu ke arah Dania yang turut sama merenung ke arahnya. Seperti memahami akan maksud renungan itu, Harraz dan Hefny segera meminta diri untuk memberi ruang kepada isteri masing - masing berbicara di saat - saat akhir.

“Aayra.." Panggil Dania lembut.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya merenung wajah Dania dengan pandangan yang sayu.

“Sorry kalau soalan aku ni agak personal. Tapi aku just nak tahu yang kau dengan Harraz betul - betul dah ok ke?" Soal Dania meminta kepastian.

Saat mendengarkan soalan itu, Aayra lantas tersenyum. Dia sudah dapat menjangkakan soalan itu sejak dari awal lagi. Lambat atau cepat, Dania pasti akan menyoalnya jua.

“Kenapa kau tanya aku macam tu? Apa aku dengan Harraz nampak awkward sangat ke depan korang?" Soalan Dania turut dibalas soalan.

“Bukanlah macam tu maksud aku. Cuma aku nak pastikan je sebelum aku balik Korea, semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Kau pun tahu kan macam mana aku sayangkan kau? Aku tak sanggup tengok kau bersedih mahupun terluka. Bila kau sakit, aku pun turut merasakan kesakitan tu tahu tak?" Jelas Dania sayu.

Aayra mula dihimpit perasaan terharu sebaik mendengar penjelasan panjang lebar temannya itu. Entah mengapa, hatinya tiba - tiba menjadi sebak. Wajah Dania ditatap lama sebelum mereka berdua kembali berpelukan antara satu sama lain. Air mata yang cuba ditahan - tahan sejak tadi akhirnya tumpas jua. Kedua - duanya dilihat begitu asyik melayan tangis.

“Thanks for your concern, babe. Aku tahu kau cuma nak tengok yang terbaik untuk aku dan Harraz. But trust me, everything is under control and we all just fine. Aku dan Harraz dah pun selesaikan isu ni dengan baik. So nothing to worry. Trust me ok?" Aayra cuba meyakinkan Dania.

Dania mengangguk faham. Lapang hatinya setelah mendengar penjelasan Aayra. Lagipun dia percaya Harraz mampu menyelesaikan isu ini dengan baik. Di tambah pula dengan kasih sayang Aayra dan Harraz yang begitu utuh, sudah pasti salah faham seperti itu tidak membawa sebarang kesan yang mendalam dalam rumahtangga mereka.

“Good to hear that. I know both of you are meant together. Kasih sayang antara korang berdua terlalu kuat sehinggakan apa sahaja dugaan yang melanda, korang berdua boleh tempuhinya dengan tenang. And I believed, kasih sayang Harraz kepada kau memang tiada tandingannya. He love you so freaking much. To be honest, kadang - kadang aku sendiri pun cemburu tengok kasih sayang korang berdua. Both of you saling melengkapi each others. How I wish I could be strong like you. Kuat dalam menempuhi setiap dugaan yang melanda. Kau doakan aku supaya boleh jadi kuat macam kau ok, babe?" Pinta Dania seraya memeluk tubuh Aayra buat kesekian kalinya.

Aayra mengangguk bersama senyuman. Air mata yang berlinangan sejak tadi diseka perlahan. Suasana sayu yang menyelubungi diri mereka sejak tadi kini sudah mula bertukar riuh rendah sebaik ketibaan Sofya. Ketiga - tiga mereka dilihat saling berpelukan antara satu sama lain. Sedang asyik mereka berbual, tiba- tiba pandangan Aayra tertumpu ke arah satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Ya, dia sangat yakin dan pasti bahawa lelaki yang dilihatnya itu adalah Ezmal. Tapi apa pula yang dibuat lelaki itu di sini? Lama Aayra berfikir sendirian sebelum fikirannya tiba - tiba menangkap akan sesuatu.

‘Wait! Jangan - jangan, Ezmal datang ke sini dengan Sofya tak? Tapi apa pula kaitan Ezmal dan Sofya? Entah - entah..' Aayra mula tersenyum dengan penuh makna.

“Err.. Sofya, kau datang sini tadi dengan apa? Kau drive ke?" Soal Aayra pura - pura ingin tahu.

“Eh, taklah. Aku datang dengan kawan aku. Kebetulan dia ada hal dekat sini, so alang - alang tu aku tumpanglah sekali." Bohong Sofya dalam nada yang cukup perlahan. Sejujurnya dia tidak berniat untuk membohongi teman - temannya itu.

“So mana kawan kau tu? Kau bagitahu tak dekat dia yang kau ada di sini dengan kita orang? Karang dia cari pula." Sampuk Dania tanpa mengesyaki apa - apa.

Aayra tersenyum nakal. Hatinya kuat mengatakan kawan yang dimaksudkan Sofya itu adalah Ezmal. Lagi pula dia tidak merasakan kedatangan Ezmal ke sini adalah atas urusan kerja. Lihat sahaja penampilan lelaki itu. Ianya kelihatan begitu santai sekali.

“By the way, itu ke kawan yang kau maksudkan tu? Kenapa tak panggil dia datang joined kita sekali? Kesian aku tengok dia. Berdiri kat situ sorang - sorang dari tadi macam orang sasau je gayanya." Usik Aayra sambil memuncungkan bibirnya ke arah Ezmal.

Serentak Dania dan Sofya berpaling ke arah yang dimaksudkan Aayra. Hampir terjojol biji mata Dania saat melihat susuk tubuh Ezmal yang berada tidak jauh dari mereka. Manakala Sofya pula hanya menunduk malu setelah menyedari dirinya terperangkap.

“Bingo!! What a surprise, Sofya!! Sejak bila kau dengan Ezmal jalinkan hubungan ni? Wah, dalam diam - diam eh korang? Patutlah bukan main berseri - seri muka kau sekarang ni kan? Rupanya dah ada buah hati. Dengan Ezmal pula tu." Usik Aayra lagi.

“Seriuslah wehh?? Kau dengan Ezmal?? Kenapa kita orang tak tahu pun?? Sampai hati kau rahsiakan dari kita orang kan Sofya? Merajuklah macam ni." Dania mula menarik muka masam.

“Alaaa, korang.. Janganlah macam ni. Bagi aku explain dulu pleaseee." Rayu Sofya dengan wajah penuh simpatinya.

“Ok, explain now!!" Balas Aayra dan Dania serentak.

“Amboi, laju!! Ok! Ok! Aku cerita sekarang. Sebenarnya aku dengan Ezmal tu baru je lagi. Orang cakap masih dalam frasa suai kenal hati budi masing - masing. Lagipun aku bukan sengaja tak nak cerita dengan korang. Cuma aku nak pastikan hubungan ni betul - betul 'confirm' je dulu. Once dah confirm, baru boleh cerita. Sebab tu aku amek keputusan untuk diam je dulu." Jelas Sofya malu - malu.

Aayra dan Dania dilihat tersenyum penuh makna. Dari raut wajah Sofya ketika ini pun mereka sudah dapat mengagak sejauh mana hubungan itu terjalin.

“So maksudnya sekarang ni hubungan korang dah confirm lah ye?" Soal Aayra nakal.

Sofya tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya tersenyum penuh makna. Wajahnya sudah berona merah menahan malu. Akhirnya tawa mengiringi mereka bertiga.

“Alhamdulillah, congrats Sofya!! I'm so happy for you!! Akhirnya kau dah temui kebahagiaan yang kau cari - cari selama ni. Aku doakan semoga hubungan kau dan Ezmal akan kekal hingga ke jinjang pelamin. So, bila korang berdua plan nak langsungkan?" Soal Dania teruja.

“Yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. Lagipun banyak lagi benda yang aku nak kena settle kan sebelum aku betul - betul off market. Korang pun tahu kan situasi aku sekarang? Aku harap Ezmal boleh bersabar dengan keputusan aku ni." Balas Sofya dengan nada yang sukar dimengerti.

“Don't worry, babe. Aku kenal Ezmal tu macam mana. Dia bukan jenis lelaki yang suka mendesak dan aku yakin Ezmal akan faham dengan keputusan kau ni. Just put your trust on him ok?" Pujuk Aayra lembut.

“In shaa Allah, thanks babe. Korang berdua doakan yang terbaik untuk aku, ok?" Pinta Sofya sekali gus tubuh Aayra dan Dania dipeluk dengan penuh erat.

Bunyi pengumuman yang berkumandang di ruang legar KLIA 2 itu menandakan bahawa sudah tiba masanya Dania dan Hefny pergi meninggalkan mereka. Sebaik bersalaman antara satu sama lain, Dania dan Hefny mula mengorak langkah meninggalkan mereka di situ. Perasaan sayu kembali menghantui diri mereka. Sebaik bayang - bayang Dania dan Hefny hilang dari pandangan mata, Aayra dan Sofya masing- masing meminta diri untuk pulang. Doa mereka semoga perjalanan Dania dan Hefny ke Korea akan tiba dengan selamatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience