*7 Julai 2012*
*Aku terkejut dengan pertanyaan Angah mengenai ayahnya. Bukan aku tidak ingin menceritakan hal yang sebenar tetapi aku tidak mahu melihat anak-anakku kecewa dengan apa yang berlaku dan menyalahkan ayah mereka. Aku tahu angah telah menjumpai surat penceraian kami di dalam album yang selalu ku simpan kerana album itu tersemat memori kami sekeluarga.
*Angah memberontak dan meninggalkan bilik tanpa menyalami aku seperti selalu. Aku tidak mahu mengganggunya kerana aku tahu dia begitu marah dengan apa yang di ketahuinya. “Ayahmu sudah pulang nak, cuma dia tidak boleh tinggal sebumbung dengan kita lagi.” Detik hatiku. Maafkan ibu anak-anakku kerana tidak dapat membawa ayahmu pulang kerumah meskipun ibu tahu kalian amat merinduinya.
**
*8 Ogos 2012*
*Sudah sebulan angah seakan melarikan diri dari bertemu denganku. Mungkin kerana dia terlalu marah terhadapku. Aku amat rindukan suara manjanya dan juga pelukannya. Angah sentiasa mengukirkan senyuman dan senyumannya itu membuatkan aku hatiku sentiasa berbunga. Aku tidak tahu sama ada aku masih punyai waktu untuk mendengar rengekan dan melihat senyuman anakku itu.
*Petang itu aku mendengar suaranya melaungkan azan asar. Ketika itu aku masih di warung Pak Aji. Hati ibuku tersentuh mendengar alunan azan yang di laungkan oleh angah. Aku berharap selepas ketiadaanku nanti angah dapat menjaga anak-anakku dan ayahnya. Aku juga berharap satu saat aku solat berjemaah yang di imamkan oleh angah.
Seusai Fawwaz membaca diari milik ibunya, dia mencapai surat yang terselit di dalam diari tersebut. Pada sampul surat tersebut tertera namanya dan surat tersebut masih belum di buka. Dia amat pasti surat ini di tulis oleh ibunya sebelum ibunya jatuh sakit. Air matanya menitis kesedihan kerana selama ini dia tidak sedar bahawa ibunya sanggup berkorban nyawanya demi melihat anak-anaknya terus gembira.
Share this novel