Bab 46

Romance Completed 53837

Kuatkanlah diri aku tempuhi semua ini Ya Allah. Berikanlah aku secebis kekuatan untuk terus tabah dan redha dengan segala ujian yg telah engkau turunkan ini. Sesungguh aku sudah tiada tempat mengadu selain daripada engkau Ya Tuhanku. Ya Rahman Ya Rahim. Hati aku merintih, Jiwa aku meraung. Aku terlalu lalai dengan urusan dunia ini sehingga lupa bahawa engkaulah pencipta semesta alam ini. Aku terlalu agung dan percayakan suamiku. Dialah orang pertama yg hadir dalam hidup aku ketika aku merasa dunia ini soalah tidak adil dan melihat para manusia yg lain sibuk mengjatuhkan aku dalam diam. Semua orang membenci, mencaci dan menghina diriku yg tidak sempurna ini. Tapi sekarang, Apa salahku Ya Allah..Aku juga manusia seperti mereka semua. Mempunyai hati dan perasaan. Aku sedih Ya Allah. Dengarkanlah aduanku ini. Hanya kepada-Mu aku mengadu. Doa Munirah selepas selesai melakukan solat tahajjud. Butiran jernih terus berjujuran keluar dari kelopak matanya. Redup saja tangisan Munirah tanpa mengeluarkan bunyi sedikit pun. Melepaskan segala rintihan di dalam hatinya. Perkara semalam masih lagi bergelinar di dalam fikirannya. Munirah sudah pasrah dengan semua ini. Jika perlu ia sendiri akan mengangkat kaki pergi. Dirinya masih tidak layak menumpang kasih dalam keluarga Azhar. Munirah hanya menyiksa jiwanya sendiri jika masih mahu bertahan dengan semua ini.

"waalaikumusalam..Munirah?? Marilah masuk. Jemput Wirda selepas membuka pintu itu. Terjekut Wirda selepas melihat susuk tubuh Munirah sudah berdiri di sini. Riak wajahnya sangat jelas lagi terkejut dengan semua ini. Bibir Munirah masih lagi tersenyum manis. Seolah tiada apa yg berlaku tadi. Tenang saja dirinya rasa tidak mahu menerjah dan menghasilkan sebuah drama nanti.

"Semua orang di dalam rumah terus tergamam dan ada yg mula tergopoh-gapah berlakon seperti tiada apa yg berlaku tadi. Azhar terus menolak kasar badan Mira dari terus mendekati dirinya. Tidak semenanya tubuh Mira terus jatuh terduduk di bawah. Tarikan perhatian mula dituju ke arah mereka berdua."

"Aduhh!! Apa abang ni??!!! Sakitlah. Kalau ye pun nak mengelak dari Munirah tahu tak perlulah nak sakitkan Mira. Ngadu Mira geramnya apabila Azhar sanggup mengetepikan dirinya semata-mata mahu menjaga perasaan Munirah. Datin Zubaidah datang menolong Mira bangun untuk menenangkan keadaannya. Hendak dan tidak mahu Mira kena terima semua ini. Dia hanyalah isteri tanpa rela dalam tempoh sebulan saja. Mira masih lagi 'buta' di mata Azhar. "

"Shut up!! Jangan cari pasal kalau kau tak nak aku ceraikan kau dekat sini. Cakap Azhar perlahan tapi tegas saja setiap bibit bicara ayatnya itu. Azhar mendengus kasar lalu berjalan menuju ke arah Munirah yg belum melangkah kaki masuk lagi ke dalam rumah. Mira menghentakkan kakinya kuat lalu berlari masuk keluar ke arah laman belakang. Sakit hatinya diperlakukan Azhar sebegini rupa. Mira tidak menyangka Azhar lebih memilih Munirah berbanding dirinya ini. Mira tidak akan maafkan semua ini. Senyuman Munirah terus mati apabila mendengar sayup-sayup pertelingkahan yg berlaku itu. Munirah menggelengkan kepalanya apabila Wirda cuba menyampaikan sesuatu. Rasanya tidak ada apa yg perlu ia huraikan cerita lagi. Munirah sudah penat dengan semua agenda lakonan ini."

"Sayang..kenapa tak beritahu abang nak datang terus ke sini? Boleh Abang jemput sayang dekat rumah. Tanya Azhar apabila berjumpa dengan Munirah. Senyuman di bibirnya terus mengukirkan senyuman girang sekali. Rasa rindu sahaja pada isterinya ini. Munirah tidak membalas pertanyaan Azhar malah hanya bersalam dengannya dan terus berjalan masuk tanpa mempedulikan Azhar di situ. Sedikit pun senyuman tidak terukir di wajah Munirah. Hanya wajah pucat lesu sahaja yg menerpa ke arah Azhar. Tergamam Azhar buat sejenak waktu di situ. Seperti halilintar sudah menerpa ke arahnya."

"Arrr Walid. Munirah sudah hantar dokumen itu kepada Tuan Haji Idris. Tuan Haji kirim salam dekat walid. Katanya, minta maaf sangat-sangat tidak dapat datang ke sini. Mungkin ada waktu terluang nanti Inshallah. Beritahu Munirah apabila terserempak dengan walid. Gembira saja dia sampaikan khabar itu kepada walid. Tiada apa yg lebih gembira bila dapat selesaikan juga urusan kerja ini untuk walid. Mata Munirah meliar sahaja melihat keadaan suasana di dalam rumah ini. Semuanya masih berlakon seolah tiada apa yg berlaku tadi. Hati kecil Munirah tertawa sendiri. Adakah dirinya terlalu bodoh sampaikan semua orang sanggup berbuat begini kepadanya."

" Waalaikummusalamwarahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih Munirah kamu sanggup pergi ke Port Klang semata-mata nak hantarkan dokumen itu. Kamu mesti penatkan?? pergilah naik rehat dulu. Nanti turun makan yee. kata Walid bersyukurnya rasa ada menantu sebaik Munirah. Orang yg telah banyak menaikkan nama baik Pusat Rawatannya. Walid bangga dengan Munirah. Munirah hanya menggangukkan kepala tanda faham saja. Dia berjalan naik dahulu apabila sudah tiada apa lagi yg perlu ia ujarkan. Pada masa yg sama Bonda menyambut baik kedatangan Munirah ke sini selepas dia baru sudah selesai mendirikan solat tadi. Di cium dan dipeluk tubuh kecil Munirah. Bagaikan menatang minyak yg penuh saja semua orang melihat layanan mesra bonda berikan kepada Munirah. Maklumlah Munirah sekarang adalah menantu kesayangannya bukanlah Mira. Jauh lebih beza jika hendak dibanding antara permata dan kaca."

"Munirah melabuhkan dirinya di atas katil sekejap kerana penat saja rasa baru pulang dari perjalanan yg jauh. Habis patah riuk tulang belakangnya ini. Munirah menanggalnya tudung untuk mengambil wuduk. Baru ia teringat belum menunaikan solat isyak lagi. Sebentar lagi boleh solat , Rukan islam ke-2 ini jangan pernah tinggalkan. Belum sempat Munirah bangun muncul susuk tubuh Azhar menguak pintu bilik itu. Segera dia berjalan menuju ke arah tandas. Rasa malas saja mahu hadap Azhar dalam keadaan penat dan letih seperti ini. "

"Munirah..tunggu. Abang nak bincang sedikit dengan Irah. Kenapa tak beritahu Irah pegi ke Port Klang? Bersuara Azhar lalu mematikan langkah Munirah. Azhar berjalan perlahan ke arah Munirah. Memegang pergelangan tangan Munirah. Sudah lama rasanya tidak merasa sentuhan tangan Munirah ini. Semakin hari nampak kecik sahaja tubuh Munirah. Pucat saja wajah Munirah. Mungkin kerana penat dan tidak cukup berehat."

"Nak bincang pasal apa ni? Pasal Irah tak beritahu kata pegi ke Port Klang? Irah tidak minta izin abang dulu? Abang..Irah dah whatsapp bahkan call abang lagi. Tapi..abang tak pernahkan nak balas semua itu. Apa gunanya ada telefon abang kalau itu pun susah nak jawab. Kata Munirah lalu menarik tangannya dari terus dipegang oleh Azhar. Munirah mengeluh perlahan lalu berjalan pergi tanpa mempedulikan Azhar yg masih terpinga-pinga di situ. Bukan ini yg Munirah mahu Azhar bincangkan. Munirah mahu Azhar beritahu perkara sebenar tentang hubungannya dengan Mira. Apa yg Azhar cuba sembunyikan lagi dari dirinya. Sesungguhnya sebuah kebenaran itu amat perit tetapi lagi perit kalau sebuah kebohongan ini terus terjalin. Bagaikan terjerat leher di besi. Sampai bila Munirah harus hidup dalam keadaan yg menipu ini. Semua orang penipu!"

"Azhar mengusap kasar wajahnya. Melabuhkan punggungnya di atas katil. Rasa kecewa saja dengan semua ini. Azhar terus menepuk kepalanya kuat sekali. Tertekan sangat dengan keadaan semua ini. Rasa bodoh dan tidak berguna saja apabila tidak mampu memberitahu perkara sebenar kepada Munirah. Semakin hari Munirah sudah hilang satu kepercayaan terhadapnya. Azhar sudah buntu dengan semua. Bagaimana ia harus mendapat kepercayaan Munirah semula. Azhar adalah orang yg telah menghancurkan hati Munirah dalam diam dan tanpa sedar."

Munirah mengusap lembut sisa air mata di pipinya. Sebelum ini Azhar selalu berbuat begini tetapi sekarang, hanya dirinya saja yg harus tempuhi semua ini sendiri. Munirah harus kuat. Munirah tidak mahu tunjuk sedih ini di depan semua orang. Tambah pula abah dan umi akan datang ke sini esok. Tidak mungkin Munirah mahu menunjukkan riak wajah seperti ini kepada mereka. Cukuplah selama ini Munirah sudah banyak mengecewakan mereka. Lagi tersiksa jiwanya jika melihat mereka sedih semula. Munirah terus bangun dan berjalan menuju ke dapur. Rasa dahaga saja tekaknya yg mula terasa kering ini. Jam menunjukkan pukul 3.30 a.m. Munirah terjaga dan melakukan solat tahajjud tadi. Dia tidak rasa mahu sambung tidur semula. Rasa tidak selesa sahaja mahu menganggu Azhar yg sedang beradu di dalam bilik tidur mereka berdua. Nasib rumah walid ada ruang solat di bawah, boleh juga dia solat di sini dan tidak menganggu sesiapa pun. Munirah mengambil gelas dan menadah air tapis coway. Tiba-tiba..

Ermm..ermmm..awal kau bangun. Tegur Mira apabila masuk ke dalam ruang dapur itu. Sejak dari tadi dia melihat dan mendengar saja luahan Munirah di atas kain sejadah. Sengaja dia mengekori Munirah sehingga ke sini. Terkejut Munirah hampir menjatuhkan gelas itu ke lantai. Dia memandang lama diri Mira yg sedang membuka peti sejuk. Mira tidak memakai tudung lalu menampakkan rambutnya di lepaskan sehingga paras pinggang. Sedikit pun Munirah tidak rasa terkejut jika tahu Mira bermalam di sini. Biarlah orang tengah hangat bahagia. Buat apa dia nak kisah dan halang lagi. Setelah selesai meneguk air kosong itu Munirah terus berlalu pergi. Malas mahu berbual dan menghadap Mira sekarang. Lebih senang tidak kuasa nak hadap orang sepertinya.

Kau..tak dengar ke apa yg aku kata tadi? Aii sejak bila dah pekak dan bisu ini. Kata Mira lagi terus mematikan langkah Munirah. Mira sedang tersenyum sinis lalu meneguk air jus oren di dalam gelasnya. Munirah memusingkan badannya dan memandang ke arah Mira. Dahinya berkerut sedikit lalu senyuman sinis itu dibalas senyuman menampakkan giginya.

Ehh..itu soalan ke? Lah..tak tahu pula soalan seperti itu pun ada. Sudahlah..malas saya nak tertekak dengan awak. Buatlah apa yg awak suka Mira. Saya dah tak kisah. Jawab Munirah geramnya malas nak bergaduh dengan Mira dalam keadaan waktu sekarang. Orang lain masih lagi dibuai mimpi yg mereka berdua sibuk nak bertekak.

Wahh..dah kurang ajar ehh kau sekarang. Mana peginya adab peketi kau sangat tu. Di depan semua orang bukan main baik lagi kau. Bila belakang..hergh Pijak semut pon tak mampus! Munirah Safiyah..aku cuma nak beritahu kau satu saja.."Stay away from Azhar." Kata Mira tegasnya lalu berjalan pergi ke arah Munirah. Sekarang dirinya betul berada di depan Munirah. Di tatap tajam anak mata kecil Munirah itu. Sudah lah pendek. Budak bawah umur pula itu. Tidak kuasa Mira hendak bergaduh dengan budak kecil sepertinya. Munirah hanya ketawa kecil saja. Rasa kelakar Mira sanggup 'warning' dia sampai seperti ini.

Stay away form my husband? Are u kidding me Amira Athirah? Alah..saya tak boleh janjilah. Abang Azhar masih lagi suami saya. Saya sebagai seorang isteri kenalah taat pada perintah suami. Kan syurga di bawah tapak kaki suami. Awak tak belajar ehh semua itu? Ehh kan awak dah biasa kahwin sebelum ini. Lupa pula. Perli Munirah sambil tersenyum riang di situ. Dia seronok dapat melihat riak wajah Mira sudah membahang. Cuba menahan amarah yg teramat sangat. Mahu saja dia menampar dan memukul perempuan tak guna di hadapannya ini. Mira cuba berlagak tenang dan terus membuka telefonnya. Mahu menunjukkan sesuatu kepada Munirah. Biar perempuan ini rasa dengan sesiapa ia sedang berdepan sekarang.

Look..Kau tengok dengan siapa kau bertemu dalam diam Munirah. Wau..Asyiknya pasang sorang dalam diam. Aku terpikir juga kalau Azhar dapat tahu semua ini mesti hancur hatinya kan..Apa jenis isteri kau Munirah? Sanggup simpan kekasih lain dalam diam? Ehh terkezutnya i..Inikah perempuan yg Azhar tergila dan agungkan sangat..Soal baik di depan saja tetapi bila dibelakang..ermm tak heranlah. before ni pun kau biasa kena tangkap basahkan? Jadi tak heranlah kalau setakat benda kecil ini. Ujar Mira sambil berjalan di sekeliling Munirah. Rasa bangga saja apabila berjaya juga buatkan Munirah mati kata di situ. Mira boleh melihat riak wajahnya yg sudah kendur dan mengalah. Mungkin kerna takut semua kebenaran ini akan terbongkar tidak lama lagi. Seperti yg ia sudah tahu Munirah bukanlah setanding dengannya. Kematangan Munirah masih belum cukup lagi untuk berumah tangga dalam usia seperti ini.

"Jadi..apa yg awak mahu sekarang Mira..."

Pendek saja soalan itu dituju ke Mira. Munirah mengeluh perlahan. Fikirannya masih memikirkan sesuatu. Rasa bodoh saja Mira sanggup curi tangkap gambarnya bersama dengan Huzair. Padahal mereka berada di hospital saja. Apa yg bodoh sangat Mira ini sampaikan tidak boleh bezakan situasi itu. Yg pasti dia tidak bersalah dan menjalin hubungan dengan Huzair. Perempuan seperti Mira sudah gila dan sanggup buat apa saja asalkan hatinya rasa bahagia.

Well, Satu saja aku pinta 'Stay away from Azhar'. Senang je kan? Benda kecil je Munirah. Kalau nak lagi besar..kau mintalah cerai..kan bagus. Bisik Mira di tepi telinga Munirah. Senang sekali dia berkata begitu. Munirah mengenggam kuat bajunya. Sebelum Mira melangkah pergi Munirah terus merentap kuat rambut ikal mayang Mira.

"Auchh!!!" Sakitlah bodoh!! apa ni lepaslah!! Jerit Mira kuatnya meronta untuk melepaskan diri dari pegangan tangan Munirah pada rambutnya. Akibat kuat sangat bergelut mereka berdua terus terduduk di atas lantai. Munirah menekup kuat bibir Mira daripada dia terus menjerit. Mira tidak berdaya langsung nak berlawan tenaga Munirah semula. Perempuan ini nampak saja bertubuh kecil tetapi kekuatan dalamnya sangat kuat sekali. Mira terus diam dan masih memegang tangan Munirah yg menekup mulutnya.

Shu...Shuu...kalau kau tak nak aku apa-apakan kau..diam sekejap sayang..diam..kau nak ke semua orang terjaga nanti? Tak nak kan? Tambah pula bila orang nampak kau bersama aku..Mesti mereka semua akan risaukan aku berbanding dengan kau. Halah..lupa pula..kau kan ada masalah mental? Mestilah semua orang akan care pasal aku. Kau tak ingat ke Mira before ni kan kau dah biasa nak bunuh aku..Nasib nyawa aku masih panjang lagi. Syukur sangat . okey..berbalik dekat tadi.. Kau bodoh aku bangang Mira?? Gambar kau snap itu dekat hospital..Waktu itu aku pergi appointment. Lelaki itu doktor Huzair. Doktor yg rawat penyakit aku. Ehh, Bukan ke hari itu tarikh appointment aku sama dengan kau? Hehehe..lupa pula. Kita dua kan "gila"? Sama-sama ada masalah mental.. Tapi itulah..aku tak adalah gila tunjuk depan-depan macam kau. Tahap gila aku boleh kawal lagi. Kau pon..nak tunjuk gila janganlah terdesak sangat Mira. Kau kena ada situasi juga. Mesti dah lama tak makan ubat ni kan? Bawa-bawalah bertaubat.. Sedar diri tu sikit kau gila. Okey..berbalik dekat topik utama kita..aku tak kisah kau nak tunjuk atau tidak gambar itu dekat suami aku. Yang pasti tiada sesiapa yg akan percayakan kau..Kau hanyalah seorang perempuan yg mengemis kasih pads suami aku. Aku tidak kisah jika suatu hari Azhar akan tinggalkan aku demi kau. Sebab aku belum dapat apa yg aku nak selama ini. Semua ini hanya dusta dan permainan hiburan. Terus saksikan janji palsu manusia demi satu kebahagian yg terlerai. Luah Munirah semua ini dekat Mira. Jiwanya sudah lama mati. Sekarang yg tinggal hanya jasad yg tidak berjiwa.

Munirah melepaskan tangannya dari mulut Mira selepas melihat Mira tergamam selepas mendengar semua ini. Daripada melawan dia terus mengalah. Mira menyesot ke belakang sedikit badannya. Mencari sedikit nafasnya semula. Munirah terus bangun dan memandang kosong ke arah Mira. Sedikit pun tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Look..bukan ini yg aku mahukan..tetapi kau sendiri yg memaksa aku Mira..aku bukan perempuan kejam tapi disebabkan oleh seorang lelaki telah menghancurkan hidup aku..aku berubah seperti ini. Maafkan aku. Kata Munirah terus berjalan pergi dari situ. Meninggalkan diri Mira yg masih terpinga dan tidak dapat berfikir apa yg telah berlaku tadi. Adakah Munirah sedang berdendam dengan seseorang tetapi siapa? Adakah Azhar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience